Sunday, August 19, 2012

Sebuah desa yang kaya, memiliki bangunan pencakar langit


Desa Huaxi, kini boleh membuktikan kepada dunia, sebagai desa terkaya di seluruh China. Tahun lalu, desa ini mempamerkan kekuatan ekonominya dengan membuka secara rasmi gedung pencakar langit, Hanging Village of Huaxi. Seperti dipetik dari sebuah akhbar luar negara, pembangunan menara dengan 74 tingkat ini memakan waktu hingga empat tahun. Menara berupa hotel dan tempat tinggal ini memakan perbelanjaan sehingga 301 juta poundsterling. Beberapa pihak membandingkan menara ini seperti trofi Piala Dunia, kerana bahagian puncaknya berbentuk bola kaca.







.

Juruterbang lupa mendaratkan pesawat kerana asyik ber-sms


Kejadian ini menimpa penerbangan Jetstar dari Australia. Saat itu pesawat yang terbang dari Darwin dan hendak menuju Singapura, nyaris gagal mendarat di Lapangan Terbang Changi kerana perhatian juruterbang teralih gara-gara menerima pesanan ringkas (SMS) di telefon bimbitnya. Sebenarnya pembantu juruterbang sudah mengingatkan bahawa pendaratan akan segera dilakukan. Namun juruterbang itu tidak dengar kerana sibuk membalas pesanan ringkas. Akibatnya, pesawat gagal mendarat dalam beberapa minit terakhir kerana juruterbang itu lupa menyampaikan isyarat kepada petugas lapangan terbang.

Kapten yang memiliki pengalaman lebih dari 13400 jam penerbangan, sebenarnya dalam proses membuka roda dan mematikan telefon bimbitnya, namun dia tidak memerhatikan permintaan pembantunya. Tidak sampai pesawat berada di 700 kaki, pembantunya sedar landing gear tidak turun. Nasib baik pesawat akhirnya dapat mendarat dengan selamat, walaupun nyaris saja membahayakan penumpang. Dewan Transport Australia terus melakukan penyelidikan. Dan ditemui sebab kejadian itu.

Juruterbang Jetstar terikat oleh peraturan yang sama seperti penumpang dimana mereka harus mematikan telefon bimbit selama lepas landasan dan pendaratan dan hanya boleh menggunakan option'modus penerbangan' saat di ketinggian. "Insiden semacam ini seharusnya tidak terjadi. Kami sudah melakukan latihan kepada juruterbang mengenai bila persiapan suatu pesawat harus didaratkan sehingga boleh diketahui waktu yang tepat bagi pilot untuk bersiap," tutur Jurucakap Jet Star.






.

Lelaki ini memiliki badan elastik


Ini adalah kisah seorang lelaki yang telah membuat sesuatu yang boleh dikatakan mustahil dan mencapai hasil yang bagus dalam olahraga, meskipun fakta bahawa dia mulakan yoga ketika dia berusia enam puluh tahun. Dia belajar banyak dari buku-buku dan acara tv. Gao Minyuan adalah nama lelaki China ini, yang luar biasa fleksibel, dimana setelah pencen dari bekerja di sebuah kilang baja selama beberapa dekad menghadapi pencen dengan punggung dan kaki yang sakit. Pada usia 60 tahun dia mula mengikuti rutin dari sebuah buku popular dan mengamalkan yoga. Sekarang dia merasa jauh lebih baik dan dapat melakukan split seperti remaja. Yang jelas, kini tubuhnya berasa jauh lebih sihat berbanding dulu.





 .

Kerana penyakit, biliknya lebih bau dari tandas umum


Tak dapat mengawal untuk buang air kecil di mana pun dia berada di flatnya, membuatkan bilik yang dihuni lelaki ini berbau melebihi bau tandas umum. Dawart HJ Abdul Hamid (88 tahun) diyakini mengalami pembesaran prostat, yang membuatnya kehilangan kawalan terhadap pundi kencingnya. Keadaan ini membuatnya tidak dapat menahan keinginan buang air kecil. Ini membuatkan, seluruh ruangan di flatnya pun berbau air kencing. Jiran di flat di daerah Woodlands, Singapura, pun selalu mengeluh mengenai bau itu. Lelaki yang sudah pencen ini tinggal di flat dengan 3 ruangan bersama teman sekaligus pengasuhnya Khamis Ibrahim (51 tahun), yang tinggal bersamanya sejak si isteri meninggal tahun lalu.


Namun belum ada yang membantunya mengatasi masalah, hingga akhirnya media The New Paper membuat berita tentang Dawart. Bantuan pun datang dari pelbagai pihak, yang tidak hanya menawarkan deodorise (penghilang bau) tetapi juga bantuan untuk mendapatkan rawatan perubatan. Saion-EM Solutions, sebuah perusahaan yang mengeluarkan produk tempatan, melakukan fogging di flat Dawart secara percuma, yang secara normal biasanya dikenakan bayaran S$180.






.

Kemalangan parah menjelang hari raya


Seorang ibu dan dua anaknya terbunuh manakala seorang lagi anggota keluarganya cedera, apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah van muatan ais kiub di Jalan Kota Baharu-Pasir Puteh, dekat Kampung Mahligai di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, Maisarah Mohd Ali, 34, yang memandu kereta tersebut dan anaknya Zakiah Hanim Uda, 4, mati di tempat kejadian manakala seorang lagi anaknya, Rashidah, 3, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Anak saudara Maisarah, Aishah Shafikah Mohd Zuki, 7, mengalami cedera parah dan patah paha kirinya, kini dirawat di hospital yang sama dan dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Ab Rahim Che Ghani, berkata mayat ketiga-tiga mangsa dibedah siasat di HUSM sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan. Katanya pemandu van tersebut Adnan Jusoh, 38, yang mengalami cedera ringan sudah membuat laporan di Balai Polis Bachok di sini. Tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok dan Ketereh bersama 10 anggota berjaya mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dalam kereta berkenaan dalam masa setengah jam, katanya.


Beliau berkata kejadian berlaku ketika Maisarah yang memandu PERODUA Viva itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Selising, Pasir Puteh selepas menghantar suaminya ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa. Beliau berkata kemalangan tersebut adalah yang terburuk di daerah itu di musim perayaan ini dan beliau menasihati pemandu supaya lebih berhati-hati ketika memandu. - BERNAMA






.

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri hari ni


Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok (ahad), demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad, malam tadi. "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 19 Ogos 2012," kata beliau.



 P/S - Selamat Hari Raya Adilfitri..







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!