Saturday, August 18, 2012

Ais di Lautan Artik hilang?


Saintis mendakwa Lautan Artik yang dilitupi ais mungkin akan hilang dalam tempoh 10 tahun lagi ekoran meningkatnya pemanasan global yang mempercepatkan proses kecairan itu. Kumpulan saintis dari Agensi Angkasa Lepas Eropah berkata, bongkah-bongkah ais di Artik sedang mencair dalam tempoh yang lebih cepat daripada apa yang dipercayai sebelum ini. Menurut mereka, satelit baru yang mereka gunakan mendedahkan bahawa 900 kilometer kubik ais telah hilang sepanjang tahun lalu, ia 50 peratus lebih cepat daripada andaian semasa oleh pencinta alam sekitar. Saintis turut berpendapat punca kejadian itu berlaku disebabkan peningkatan pemanasan global dan pengeluaran gas dari rumah hijau.

Mereka juga mendakwa, keseluruhan wilayah Artik akan bebas daripada ais jika andaian mereka ini terbukti tepat dan sekali gus akan mencetuskan situasi panik untuk menyimpan rizab minyak dan bekalan ikan di rantau itu. "Analisis awal terhadap data yang kami perolehi menunjukkan kadar kehilangan ais di musim panas di Artik mungkin jauh lebih besar daripada yang kami jangkakan sebelum ini," kata Doktor Seymour Laxon dari Pusat Pemerhatian Kutub di Kolej Universiti London. Saintis telah melancarkan CryoSat-2 pada 2010 dengan mengkhususkan kepada kajian terhadap ketebalan ais.


Kapal selam turut dihantar ke Lautan Artik dan mendapati kedalaman ais turut mengurang sekali gus menyebabkan paras air laut dunia meningkat. Menurut CryoSat, data daripada eksplorasi mereka itu turut menunjukkan pada musim sejuk 2004, isipadu ais laut di bahagian tengah Artik dianggarkan 17,000 kilometer kubik, berbanding musim panas tahun ini iaitu hanya 14,000 kilometer kubik. - AGENSI






.

Walaupun berusia 106 tahun, dia membuktikan dia masih hebat..


Seorang lelaki warga Jepun berusia 106 tahun menjadi individu tertua yang mengembara ke seluruh dunia menggunakan pengangkutan awam, kata satu laporan pada Jumaat. Lelaki berkenaan, Saburo Shochi telah diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness yang menyaksikan beliau mengembara melalui Amerika Utara, Eropah, dan Afrika, kata harian Mainichi.

Dengan puluhan penyokong yang bersorak kepulangan beliau di lapangan terbang Fukuoka di barat daya Jepun, profesor emiritus dari Universiti Pendidikan Fukuoka itu mula mengembara dengan kerap pada usia 99 tahun, untuk menyampaikan ceramah mengenai pendidikan dan kesihatan kanak-kanak di luar negara.

Shochi, yang menyambut ulang tahun yang ke-106 pada Jumaat berkata: “Sepanjang hidup saya, saya tidak pernah berkata ‘Saya Penat’.” - AFP







.

Ada orang jual daging monyet di pasar


Di kebanyakan tempat di seluruh dunia, banyak haiwan-haiwan yang seharusnya dilindungi namun diburu untuk dimatikan bahkan untuk dijadikan santapan manusia. Beberapa bulan yang lalu ada berita bahawa di negara lain menjadikan kelawar sebagai bahan makanan. Ada pula berita lain yang mengatakan bahawa di beberapa tempat ada haiwan-haiwan yang hampir pupus turut ditangkap dan akhirnya menjadi mangsa di meja makan. Tak kurang juga yang membuat alasan, makanan seperti itu membuatkan umur panjang ataupun atas sebab lain. Namun kali ni, lebih kejam! Mereka menangkap monyet dan dijual dagingnya dipasar..! Agaknya ada ke orang beli eh?







.

Menarik : Jom cari cendawan


Mencari cendawan bukan sesuatu yang mudah, atau selesa seumpama ini. Kadar AS$200 (RM602.07) seorang, hotel Four Seasons Resort Vail menyediakan ekspedisi berpandu dengan kenderaan SUV mewah untuk mencari cendawan. Program ‘The Mushrooms & Mercedes’ turut meliputi waktu makan tengah hari yang disertakan bersama wain, keju dan ‘prosciutto’ (sejenis daging yang disalai) dan diakhiri dengan tiga hidangan bertemakan cendawan sekembalinya ke hotel. “Kami mempunyai hutan dan bukit yang sangat indah.

Kami mahu pengunjung kami keluar ke sana dan merasai pengalaman yang terbaik di Colorado,” kata Angelica Palladimo, pengarah makanan dan minuman di Four Seasons Resort Vail. Resort tersebut menawarkan 40 kawasan untuk ekspedisi cendawan pada tahun ini, dan sesi yang tinggal adalah pada 19 Ogos dan 24 Ogos. Hampir kesemua kawasan untuk ekspedisi itu sudah dijual, dan bukan semuanya untuk pengunjung hotel. Pihak hotel merancang untuk menawarkan program tersebut lagi pada musim panas akan datang. - AP





.

Lelaki malang Ini menderita Neurofibromatosis


Lelaki malang ini bernama Li Yong (58 Tahun) warga China, dia menderita neurofibromatosis satu penyakit genetical gangguan sistem saraf yang mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan sel saraf . Gangguan ini menyebabkan tumor tumbuh pada jaringan saraf yang akan menyebabkan kelainan pada kulit dan tulang penderita. Penyakit Li Yong sudah berada pada stage dua. Seluruh tubuhnya di tumbuhi tumor, wajahnya sudah benar-benar cacat dengan tumor yang sangat besar. Wajahnya dilihat seperti meleleh dengan tumor yang menggantung pada pipi sebelah kanan Sebelumnya lelaki Tiong Hoa ini bekerja sebagai tukang masak di sebuah rumah makan di daerahnya. Kerana penyakitnya tersebut dia di keluarkan dari tempatnya bekerja dan saat ini tidak ada orang yang memperdulikannya.

Kerana kemiskinannya dia merasa bahawa dia tidak mempunyai penyelesaian atas penyakit yang di deritanya. Jangankan untuk berubat, untuk makan saja dia sudah bersusah payah untuk mendapatkannya. Sebetulnya ini adalah tragedi kemanusiaan yang sangat mengerikan, hanya keajaiban yang mampu membebaskan dirinya dari penyakit yang mengerikan itu. Secara perlahan-lahan penyakitnya akan terus berkembang dan akan berhenti setelah dia menemui ajal.

Dalam keadaan tersebut dia harus mengemis untuk mempertahankan hidup. Bersyukurlah, untuk hidup sihat, anda tidak harus selalu minta kepada Tuhan. Tuhan tahu apa yang anda perlukan dan memberikannya lebih dari apa yang anda perlukan.






.

Inilah cerita Robin Van Persie yang sudah berpindah dari Arsenal ke Manchester United


PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger mengakui beliau tiada pilihan melainkan terpaksa menjual Robin van Persie kepada Manchester United musim ini. United semalam mengesahkan bahawa mereka bersetuju membeli penyerang antarabangsa Belanda itu dengan bayaran £24 juta (RM117 juta) bagi mengikat kontrak selama empat tahun di Old Trafford musim ini. Van Persie dijangka ke Old Trafford dalam tempoh 24 jam bagi menjalani ujian perubatan, selain menilai segala terma dalam kontrak dengan United sebelum menandatangani kontrak.

Menurut Wenger, memandangkan kontrak Van Persie hanya tinggal setahun dan enggan menandatangani kontrak baru, dia terpaksa merelakan pemergian pemain berusia 29 tahun itu kepada United. "Bukanlah satu perkara yang menyeronokkan apabila kita kehilangan seorang pemain yang mempunyai kualiti seperti Van Persie tetapi saya tidak ada pilihan. "Dan kini, dia telah pergi ke United, memang satu perkara yang menyedihkan semua orang di Arsenal. "Apa-apa pun, saya ucapkan selamat tinggal dan terima kasih kepada Van Persie kerana banyak membantu kami pada musim lepas," kata Wenger.

Dalam pada itu, Wenger bagaimanapun tetap yakin dua pemain terbaru, Olivier Giroud dan Lukas Podolski mampu menggantikan ketiadaan van Persie. "Kami telah membawa masuk Giroud dan Podolski, saya yakin dua pemain baru ini mampu membantu Arsenal menghadapi musim baru, " katanya lagi.






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!