Friday, August 17, 2012

Sedih : Anak sulung Rini AF, meninggal dunia.. Al-Fatihah..


SETELAH empat hari kritikal, anak sulung penyanyi program realiti Akademi Fantasia (AF7), Rini meninggal dunia di Kajang, tengah hari tadi. Maryam Joanna Johanis, yang dilahirkan pada 9 Ogos lalu disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang. Maryam dibawa ke hospital selepas terjatuh dari katil secara tertiarap. Berita pemergian Maryam disahkan oleh rakan Rini yang juga penyanyi, Isma menerusi laman Twitternya. Menurut Isma ketika menziarahi arwah, Rini dalam keadaan stabil dan redha dengan ketentuan Illahi.


"Walapun beberapa hari sebelum Syawal tiba, namun Rini kelihatan cukup tenang berbanding di awal insiden beberapa hari lalu," kata Isma. Rini melahirkan Maryam di Hospital Putrajaya jam 9.34 pagi 9 Ogos lalu dengan berat 4.25 kilogram secara pembedahan.





.

Seram : Mayat yang sudah dikubur, rupanya masih hidup


Kejadian aneh terjadi di sebuah desa di Kalimantan Selatan. Mayat yang terlanjur dimasukan ke liang lahat dan ditimbun dengan tanah ternyata masih hidup. Mengetahui tanda-tanda mayat itu masih dalam keadaan hidup, beberapa orang yang saat itu mengikuti proses pemakanan pun langsung beramai-ramai kembali menggali liang lahat yang sudah ditimbun tanah tersebut. Kejadian aneh ini pun dirakam oleh beberapa orang yang saat itu membawa telefon bimbit. Hasil rakaman gambar pembongkaran makam dan evakuasi mayat hidup selama 7 minit 05 saat itu pun dimuat turun ke youtube.com. Terlihat jelas dalam gambar, sejumlah orang yang terlanjur memakamkan jenazah langsung melakukan penggalian. Bongkahan tanah yang sebelumnya menimbun tubuh jenazah langsung digali. Termasuk kayu penutup jenazah yang berada didalam liang lahat.

Jenazah yang diyakini masih hidup itu langsung dinaikkan keatas. Untuk membuktikan kebenaran apakah jenazah yang terlanjur dimakamkan tersebut masih hidup atau telah mati, beberapa orang langsung membuka kain kafan yang menutup sebahagian kepala dan mencabut gumpalan kapas penutup hidung jenazah. Dan ternyata benar, nadi tubuh lemas yang dikubur itu masih berdenyut dan mengeluarkan nafas dari hidungnya. Setelah dibersihkan, mangsa akhirnya dibawa kerumah sakit. Tidak diketahui secara pasti identiti mayat hidup tersebut, serta bila dan dimana kejadian itu terjadi. Namun sumber mengatakan bahawa peristiwa itu terjadi di Kalimantan Selatan.





.

Ikan paus boleh terbang?


Siapa yang tahu jika ada paus yang boleh terbang? Sebuah pemandangan menakjubkan tertangkap kamera di perairan laut Kanada. Seekor paus melompat dengan kekuatan luar biasa dari dalam air dan melakukan putaran yang menakjubkan di udara sehingga kelihatan seperti terbang. Paus raksasa tersebut membentangkan siripnya sehingga benar-benar nampak seperti terbang. Pemandangan seperti ini termasuk jarang sekali disaksikan, apatah lagi diabadikan dengan kamera. Seorang fotografer bernama Matthew Thornton yang berhasil mengabadikan pemandangan jarang ini.

Foto ini diambil Thornton ketika dirinya tengah menjadi pemandu pertandingan memancing di wilayah pantai Tofino, Kanada. Paus yang dianggarkan berat 30 tan ini berhasil memukau para pemancing yang ada di sekitar lokasi. Apalagi, aksi paus ini berlaku di dekat kapal para pemancing.






.

Haiwan pun tahu erti kasih sayang


Bak kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus. Perkara sama juga berlaku kepada pasangan adik beradik gorila yang dipertemukan semula minggu ini di Taman Safari Longleat di sini, selepas tiga tahun berpisah. Paling menakjubkan, adik kepada gorila itu, Alf masih mampu mengenali abangnya, Kesho seekor gorila jenis silverback yang menjadi gorila dominan bagi kumpulan haiwan itu di taman safari berkenaan. Tambah mengharukan, mereka dilihat berpeluk, memicit bahu dan seolah-olah bersalaman antara satu sama lain.

Menurut ketua penjaga gorila Mark Tye, mereka sama sekali tidak pasti pasangan itu akan dapat mengenali antara satu sama lain. "Namun ketika saat-saat haiwan itu berjumpa, barulah anda tahu bahawa gorila itu saling mengenali. "Agak pelik melihat seekor gorila jenis silverback berkelakuan kebudak-budakan dengan berguling di atas tanah kerana ia biasanya agresif,'' katanya. - AGENSI






.

Samsung Galaxy Note 10.1 kini berada dipasaran


Samsung Electronics Co. seolah-olah memberi tamparan kepada Apple apabila mula memasarkan komputer tablet Galaxy Note 10.1 di Amerika Syarikat (AS) bermula hari ini. Galaxy Note 10.1 yang dilengkapi dengan kemudahan WiFi akan dijual pada harga AS$499 seunit (RM1,564) bagi model asas penyimpanan memori 16 gigabait (GB) dan AS$549 seunit (RM1,721) bagi penyimpanan memori 32GB yang turut dilengkapi slot kad memori binaan luar. IPad terbaru keluaran Apple dijual pada harga yang sama dengan produk terbaru Samsung itu, tetapi Galaxy Note 10.1 menawarkan beberapa ciri yang tidak dimiliki oleh iPad.

Resolusi skrin komputer tablet Samsung itu juga lebih rendah daripada iPad. Galaxy Note 10.1 merupakan komputer tablet pertama Samsung yang menggunakan program Android dan dilengkapi dengan pen digital serta boleh melakukan dua aplikasi secara serentak menerusi skrin yang boleh dibahagikan kepada dua paparan. Menurut penganalisis, kebolehan Galaxy Note 10.1 bertujuan untuk menarik minat pelanggan terdiri daripada ahli perniagaan dan golongan akademik. Ia merupakan satu strategi yang berkesan daripada bersaing secara langsung dengan iPad yang telah menguasai kira-kira 70 peratus pasaran tablet seluruh dunia.


Samsung mengeluarkan kira-kira enam komputer tablet Android bagi tempoh dua tahun lalu menerusi siri Galaxy Tab namun tidak satu pun daripadanya mampu meraih populariti setanding iPad. Menurut penganalisis lagi, komputer tablet Android kurang berjaya kerana kekurangan aplikasi dan harga yang lebih tinggi. Tetapi, menerusi Galaxy Note 10.1, syarikat Korea Selatan itu percaya mereka mempunyai produk yang akan menarik minat firma korporat dan sekolah berbanding iPad yang kaya dengan aplikasi dan paparan skrin yang lebih jelas. - AGENSI






.

Gambar anak perempuan Farah AF2..Tahniah!


BEKAS peserta finalis Akademi Fantasia (AF) musim kedua, Farah Diana Anuar selamat melahirkan seorang anak perempuan, semalam. Menurut kenyataannya diperoleh menerusi laman Twitter, Farah berkata, “Alhamdulillah. Selamat datang ke dunia, puteriku.


Farah OK dan baby juga sihat.” Farah AF2, 27, yang terkenal dengan ‘trademark’ Breep Breep mendirikan rumah tangga dengan usahawan Johan Johari, 27, di Putrajaya pada 15 Julai tahun lalu. Selain bidang nyanyian, Farah juga terlibat dalam bidang pengacaraan dengan menjadi pengacara bersama rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9.








.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!