Saturday, August 11, 2012

Mesin pengimbas supermarket tidak memerlukan barcode dengan alat ini


Barang-barang di supermaket atau tempat shopping lainnya, selalu dilekatkan dengan barcode untuk memudahkan saat pembayaran dibuat. Tapi tidak semua barang boleh diberi barcode seperti buah dan sayuran. Sangatlah menyusahkan jika beli sayur atau buah di supermarket kerana kita harus menimbang dan pekerja supermarket harus melekatkan label barcode supaya bila dikaunter nanti, mesin pengimbas akan dapat membaca harganya.


Namun kini, hal tersebut tidak diperlukan lagi kerana Toshiba Tec sedang mengembangkan sebuah mesin pengimbas supermarket baru yang boleh membaca/ mengidentifikasi sebuah benda sehingga dikenali tanpa harus menggunakan barcode.

Dengan bantuan kamera yang dipasang di sistem pengimbas ini, buah atau sayuran boleh terus diidentifikasi tanpa label barcode dan kerjanya juga tidak berbeza dengan mesin pengimbas yang membaca barcode. Hebatnya lagi mesin pengimbas ini juga mampu membezakan beberapa jenis dalam buah atau sayuran.





.

Seram : Hantu budak kecil terbang di atas kereta


Dalam usaha menangkap perosak yang sering menconteng kenderaan milik mereka, pasangan suami isteri bernama Lisa Rigley (44) dan Phil (51) memasang kamera CCTV.  Sayangnya, mereka berhasil menangkap bayangan menyeramkan yang mereka sangka adalah hantu budak kecil yang melompat diatas kenderaan mereka,Volvo Estate. Susuk itu berbentuk orb bercahaya dan melompat di atas kenderaan dan kemudian menghilang di dekat rumah mereka yang berada di kawasan Clifton, Nottingham, England. "Bayangan budak kecil itu melompat pagar saya dan kemudian mendarat di atas kenderaan, lalu lari ke jalan," kata Lisa, yang bekerja sebagai penyambut tetamu doktor.

"Bulu roma saya benar-benar menegak. Saya memiliki rakaman gambarnya dan usia dari budak itu kira-kira empat atau lima tahun," jelasnya. "Itu pasti hantu. Kami memasang kamera beberapa tahun lalu ketika kenderaan kami dirosak namun tak pernah melihat hal ini. Jiran kami datang untuk melihat rakaman itu setelah mereka sering kehilangan beberapa hiasan di taman depannya," jelas Lisa, lagi.






.

Menakjubkan : Masjid yang dibuat dari pokok sagu


Di bahagian timur Indonesia berdiri sebuah masjid tua Wapawue yang sangat bersejarah dan selalu diliputi keajaiban. Bukan sekadar tua, melainkan yang tertua di Maluku kerana telah ada sejak tahun 1414 M. Dari segi seni binanya, boleh jadi inilah satu-satunya masjid yang terbuat dari pelepah sagu dan dipertahankan keasliannya selama berabad-abad. Berdiri di atas sebidang tanah diberi nama Teon Samaiha. Letaknya di antara pemukiman penduduk Kaitetu. Pembinaannya berdinding gaba-gaba (pelepah sagu yang kering), masih berfungsi dengan baik sebagai tempat solat, walaupun sudah ada masjid baru di desa itu. Bangunan induk Masjid Wapauwe hanya berukuran 10 x 10 meter, sedangkan bangunan tambahan yang merupakan serambi berukuran 6.35 x 4.75 meter.


Rekaan bangunannya berbentuk empat bujur sangkar. Dalam masjid ini tersimpan Mushaf Alquran yang konon termasuk tertua di Indonesia. Yang tertua adalah Mushaf Imam Muhammad Arikulapessy yang selesai ditulis (tangan) pada tahun 1550 dan tanpa iluminasi (hiasan tepi). Sedangkan Mushaf lainnya adalah Mushaf Nur Cahya yang selesai ditulis pada tahun 1590, dan juga tanpa iluminasi serta ditulis tangan pada kertas produk Eropah.





.

Ngeri : Sahabat menusuk mata rakannya sendiri dengan pisau


Kisah sadis ini adalah mengenai seorang sahabat yang telah menusuk mata temannya sendiri dengan pisau.. Pergaduhan antara sahabat ini telah membawa kepada pengakhiran yang sangat mengerikan dimana, wanita yang mendapat tusukan pisau tajam itu, cedera tepat dimatanya. Dan setelah kejadian itu, dia segera dibawa ke hospital untuk mencabut pisau yang masih berada dimatanya.

Apakah pengajaran dari kisah ini?? Tolonglah jangan bergaduh walaupun dengan sahabat sendiri jika dia sedang memegang pisau..huhu...







.

Patung terbesar didunia - adakah akan tersenarai dalam Guiness Book Of Records?


Inilah patung terbesar di dunia, yang tingginya sehingga 4.87 meter, yang berasal dari Kota Camaguey, Cuba. Oleh kerana tingginya patung ini, ketika pertama diperlihatkan pada tahun 2010 yang lalu, patung ini diangkat menggunakan sebuah mesin crane. Patung ini sendiri dibuat oleh 13 orang selama sembilan bulan lamanya. Para seniman pembuatnya berharap patung ini akan masuk didalam rekod Guiness Book Record sebagai patung yang tertinggi di dunia yang pernah ada. Gila besar dan ngeri patung tu kan..







.

Wanita ini mengadu kepada doktor, telinganya gatal.. Penemuan mengejutkan, ada labah-labah dalam telinga


Kita semua pernah mendengar tentang orang yang makan labah-labah. itu semua pun sudah cukup menggerunkan - tetapi untuk seorang wanita miskin, sesuatu yang mengejutkan telah dihadapinya. Beliau tiba di Hospital Changsha Tengah China dengan telinga gatal, hanya untuk mengetahui bahawa puncanya adalah labah-labah yang telah merangkak ke dalam saluran telinga. Yang memburukkan lagi keadaan, doktor percaya arachnid ini telah berada di sana selama lima hari. Nasib baik untuk wanita itu - doktor memberitahunya masalah itu akan menjadi lebih besar lagi jika dia cuba menggaru.


Pada mulanya perubatan merancang untuk menggunakan pinset untuk mengambil labah-labah dan tariknya keluar - tetapi mereka bimbang makhluk itu mungkin menggigit pesakit. Sebaliknya, Dr Liu Sheng dan rakan-rakannya mencurahkan larutan garam ke dalam telinga dan menunggu untuk labah-labah itu meninggalkan telinga itu sendiri. Nasib baik ia tidak bertelur.





.

Spesies burung baru di temui di Peru


Para ilmuwan telah menemui spesies burung baru yang memiliki banyak tanda merah di tubuhnya dan hidup di hutan pegunungan di Peru. Sebuah kumpulan dari empat ornitolog muda menemukan burung tersebut sewaktu perjalanan ke wilayah tersebut pada September 2008 dan menerbitkan hasil penelitian mereka di jurnal The Auk edisi Julai 2012. Burung-burung kecil itu seringkali dilihat berpasangan, menjelajah kanopi rendah untuk mencari buah dan makanan ringan lainnya. Wajah mereka seolah memiliki masker hitam, tenggorokan putih dan tanda berwarna merah darah terang di atas kepala mereka. Warna merah ini juga turun sampai ke bahagian dada burung.  Para ilmuwan menamakan burung ini Barbet Sira atau Capito Fitzpatrick dalam bahasa ilmiah rasmi.

Habitat burung muncul terbatas pada bahagian kecil dari hutan yang beruap dan padat yang mengerumun di lereng tinggi Andes timur. Data genetik mengungkapkan spesies baru ditemukan erat terkait dengan Barbet merah. Namun, burung-burung baru ini ditemui memiliki warna merah lebih terang daripada spesis mereka yang lain. Nama spesies tersebut diambil dari John W. Fitzpatrick, seorang ahli ilmu burung terkenal yang memimpin ekspedisi lapangan ke Peru pada 1970-an dan 1980-an. Dia juga bekerja membantu mengidentiti enam spesies burung baru bagi ilmu pengetahuan. Saat ini dia adalah direktor Cornell University's Laboratory of Ornithology.






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!