Friday, August 3, 2012

Tiba-tiba ada lingkaran aneh


Penduduk di sekitar, Wilbur, timur Washington gempar dengan kemunculan lingkaran misteri di ladang gandum berhampiran kawasan pengeluar hidro kuasa terbesar di Amerika Syarikat. Pemilik ladang itu, Greg dan Cindy Geib berkata, corak lingkaran misteri itu dikatakan menyerupai telinga watak animasi Mickey Mouse. "Corak sama seperti ini pernah dilihat di kawasan berhampiran pada 2008 dan 2010," menurut Cindy. Sebelum ini, lingkaran misteri sering dikaitkan dengan kemunculan makhluk asing dan objek terbang tidak dapat dikenal pasti (UFO) yang boleh ditemui di beberapa negara. -SH







.

Doktor buang mayat pesakit selepas tak sengaja membuatkannya terbunuh


Seorang doktor warga Korea Selatan mengakui membuang mayat seorang pesakit selepas membunuhnya secara tidak sengaja dengan menyuntik ubat penenang. Polis berkata, mereka mengeluarkan waran tangkap ke atas doktor berusia 45 tahun yang dikenali sebagai Kim. Kim bertugas di sebuah hospital di daerah Gangnam, selatan Seoul. Mangsa berusia 30 tahun yang dikenali sebagai Lee menghubungi Kim selepas mengadu menghadapi kesukaran untuk tidur. Kim bagaimanapun menyuntik lima miligram dos ubat penenang tanpa preskripsi untuk mengurangkan masalah sukar tidur yang dihadapi Lee.

Dalam keterangannya, Kim mendapati denyutan nadi Lee terhenti apabila dia kembali memeriksa keadaan pesakitnya itu. Selepas cuba memberikan bantuan pernafasan, Kim kemudiannya memberitahu dia meletakkan mayat tersebut di atas kerusi roda dan menutup muka Lee dengan topeng pembedahan. Kim memandu kereta Lee ke taman berdekatan dan meninggalkan mayatnya di situ.






.

Hebat : Kulit tiruan dicipta


Sekumpulan saintis Korea Selatan mencipta kulit tiruan untuk kegunaan robot dan sangat sensitif sehingga ia dapat merasakan pergerakan kumbang kura-kura, regangan dan bekam. Jurutera daripada Universiti Kebangsaan Seoul sedang menguji prototaip sensor elektronik fleksibel yang menggunakan cantuman rerambut untuk mengesan objek melalui tarikan statik. Penemuan itu hasil penyelidikan ke atas rambut semulajadi di belakang bahagian kumbang, mungkin memberi petunjuk bahawa anggota tiruan boleh dibuat menjadi lebih sensitif.

Rambut tiruan dicipta daripada polimer gentian iaitu sejenis lembaran kecil bahan yang mempunyai ukuran diameter 100 nanometer dan satu mikrometer panjang. Walaupun tidak dapat dilihat berbanding rambut manusia, saiz kecil dan bentuk bahan tiruan itu serta logam yang digunakan menjadikan rambut tiruan tersebut lebih mudah mengalirkan arus elektrik dan kesemua gabungan terbabit membolehkan mengesan sentuhan yang sangat sensitif. Kulit tiruan itu juga berpotensi untuk digunakan sebagai pemantau denyutan jantung, dengan melekatkannya pada pergelangan tangan untuk mengesan denyutan nadi.

Sesungguhnya kulit tiruan boleh mengesan sentuhan halus yang tidak akan dapat dikesan pada manusia iaitu sentuhan yang hanya boleh 'dirasai' oleh bulu. Ciptaan tersebut juga boleh mengesan 'tekanan' termasuk berat sekeping kertas, sebarang objek yang digesel di atas permukaan dan pergerakan putaran serta pergerakan yang sukar dikesan oleh mesin mekanikal biasa. - AGENSI






.

Salah kebumikan bayi..eh..


Pegawai pemeriksa perubatan New York City berkata, pihaknya bertanggungjawab terhadap kesilapan yang menyebabkan sebuah keluarga mengebumikan bayi yang salah di tempat asal mereka di Poland. Justyna and Rafal Sliwa memberitahu akhbar New York Post bahawa mereka mengetahui tentang kesilapan itu pada 6 Julai. Mereka mengadakan upacara memperingati pada 16 Jun terhadap bayi yang dilahirkan mati, yang mempercayai bahawa ia adalah kepunyaan mereka. Pengebumian itu dilakukan pada 19 Jun di tempat asal pasangan itu di Lomza, Poland.

Maklumat mengenai sebuah keluarga yang lain tidak didedahkan kepada umum. Seorang jurucakap wanita bagi pejabat pemeriksaan perubatan itu, Ellen Borakove berkata, kedua-dua bayi dengan jelas mempunyai nama yang sama. Pejabat itu sedang menyiasat mengenainya. - AP






.

Simpan Mayat Isteri Dalam Rumah Kerana Enggan Berpisah Dengannya


Lelaki ke-12 terkaya di Britain, Hans Kristian Rausing telah didapati bersalah oleh sebuah mahkamah di sini kerana menyimpan mayat isterinya di dalam rumah mewah mereka selama lebih dua bulan sehingga reput. Beliau dihukum penjara sepuluh bulan yang ditangguhkan selama dua tahun bagi membolehkannya menjalani rawatan pemulihan dadah sepanjang tempoh tersebut. Mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut setelah dia membuat pengakuan di mahkamah; “Saya tidak sanggup membiarkan dia pergi meninggalkan rumah ini..." Hakim Richard McGregor-Johnson ketika menjatuhkan hukuman tersebut berkata: “Jika terdapat satu contoh bagaimana dadah boleh memusnahkan kehidupan seseorang, ia dapat dilihat di dalam kes ini."

"Anda dan isteri anda memiliki segala-galanya dalam dunia ini, apa sahaja yang boleh diidamkan dan untuk seketika anda memiliki kehidupan berkeluarga yang bahagia. Tetapi kembalinya anda berdua dalam penagihan dadah telah memusnahkan semua yang anda miliki,” kata hakim itu lagi. Hasil bedah siasat tidak dapat memastikan punca kematian Eva Rausing tetapi mendapati tidak kurang dari tiga jenis dadah terkandung di dalam sistem badannya ketika dia meninggal dunia. Kedua-dua suami isteri itu adalah penagih tegar dan mereka berkenalan ketika menjalani terapi pemulihan dadah di sebuah pusat terapi pada tahun 1989.

Rausing, 49, telah didapati melonggokkan pakaian, plastik sampah, cadar dan pelbagai benda lagi ke atas mayat isterinya dan membiarkan mayat itu reput selama lebih dua bulan di rumah mewah mereka yang bernilai £70 juta di sini. Beliau kemudiannya menyembur bedak di atas longgokan itu. Mayat itu ditemui Julai lalu. Rausing dan isterinya dianggarkan memiliki harta bernilai £5.4 bilion selepas menjual saham mereka di dalam firma pembuat kotak minuman terbesar dunia, Tetra Pak. Beliau mewarisi perniagaan keluarga itu daripada datuk dan bapanya. Pihak polis menemui mayat isterinya itu secara tidak sengaja selepas Rausing ditahan kerana didapati memandu dalam keadaan yang mencurigakan Julai lalu.

Hasil siasatan lanjut kemudian mendapati, isteri Rausing, Eva sudah tidak kelihatan di mana-mana untuk tempoh dua bulan sebelum mayatnya ditemui. Pihak polis yang menyoalsiasat Rausing diberitahu yang isterinya telah kembali ke Amerika Syarikat (Eva adalah warga Amerika). Tetapi selepas pihak polis mengeledah rumah mewah pasangan itu, mereka telah menemui mayat Eva yang sudah reput di bawah timbunan pakaian, selimut dan plastik sampah di dalam bilik tidur utama yang dikunci. Rumah mewah mereka di barat daya London itu memiliki 50 buah bilik.

Ketika Rausing ditahan dia telah didapati positif kokain, morfin, diazepam, tamazepam dan nitrazepam. Rausing kemudian memberitahu pihak polis yang dia sedar yang isteri yang disayanginya selama 19 tahun itu telah meninggal dunia, tetapi dia menyimpan mayat isterinya di bilik itu kerana kasihankan anak-anak mereka. Beliau juga memaklumkan kepada pihak polis yang beliau tidak mempunyai sebarang ingatan bilakah sebenarnya isterinya telah meninggal dunia.






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!