Sunday, July 29, 2012

Sekarang ni, mandi tak payah guna air..


Terinspirasi oleh seorang rakan yang terlalu malas untuk mandi dan beberapa bulan mengkaji melalui internet, mahasiswa berusia 22 tahun di University of Cape Town itu menemukan jel jernih yang berfungsi sebagai sabun dan air untuk membersihkan kulit. "Dia malas dan dia pernah mengatakan, `kenapa tak ada orang yang menemukan sesuatu yang boleh diletakkan di kulit dan orang tak perlu mandi`," kata Marishane sebagaimana dipetik dari bilik Berita Reuters. Produk yang disebut DryBath itu membuat Marishane memenangi "2011 Global Student Enterpreneur of the Year Award" dan banyak diminati di Afrika, dimana fasiliti kesihatan dasar terbatas dan ratusan juta penduduknya tak dapat kemudahan air.

Produk itu berbeza dari bahan cuci tangan antibakteria yang biasanya beraroma keras alkohol. Penemuan Marishane berupa selaput biodgradabel tak beraroma dengan pelembab. Dia mendapatkan idea untuk membuat jel itu kerana rakan di kampungnya yang ada di daerah pedalaman mengatakan bahawa mandi ketika musim sejuk sangat menyusahkan, dan jadi makin menyusahkan kerana tak ada air panas. Dia kemudian mencari informasi untuk membuat formula yang dia inginkan dari Google dan Wikipedia menggunakan telefonnya.

Dan enam bulan kemudian dia muncul dengan DryBath dan memperolehi paten untuk produk yang kini dibuat secara komersial itu. Pelanggan utama produk itu adalah perusahaan penerbangan global yang melakukan penerbangan jarak jauh serta kerajaan, untuk keperluan askar lapangan.





.

Kenapa twitter bermasalah??


Satu kerosakan berganda pada pusat data laman mikroblog Twitter semalam, menyebabkan ia tidak boleh beroperasi selama kira-kira sejam, kejadian kedua dalam tempoh lima minggu yang memberi tamparan kepada reputasi laman sosial berkenaan. Ia juga mengakibatkan berjuta-juta penggunanya tidak menerima maklumat terkini daripada rakan-rakan, selebriti dan laporan berita sehari sebelum Sukan Olimpik London bermula. Naib Presiden Kejuruteraan Twitter, Mazen Rawashdeh meminta maaf di atas kerosakan tersebut. "Kebanyakan anda menjangka boleh menggunakan Twitter, tetapi antara pukul 8.20 pagi dan 9 pagi waktu tempatan (pukul 1.20 pagi dan 2 pagi waktu Malaysia), pengguna di seluruh dunia tidak mendapat menggunakannya.


"Bagaimanapun, pada kira-kira pukul 10.25 pagi (pukul 3.25 pagi waktu Malaysia) Twitter beroperasi semula,'' katanya dalam laman blog syarikat itu selepas perkhidmatan laman mikroblog itu boleh digunakan semula. Rawashdeh berkata, pusat data Twitter direka supaya dua sistem sejajar di mana jika satu sistem gagal, satu lagi sistem akan mengambil alih. "Apa yang berlaku secara tidak sengaja, kedua-dua sistem tersebut gagal berfungsi. "Ia berlaku kerana kegagalan sistem infrastruktur,'' jelasnya. Beliau berkata, pihaknya kini melakukan pelbagai cara untuk mengelak kejadian tersebut daripada berulang. - AFP






.

Buluh gombong, memeriahkan kedatangan ramadan


Penduduk di mukim Cipendeuy, di sini mempunyai tradisi menarik sama seperti di Malaysia bagi menyambut kedatangan Ramadan iaitu bermain meriam buluh. Bagaimanapun, ia agak berbeza sedikit dengan tradisi di Malaysia, apabila penduduk Subang bermain meriam secara 'perang'. Penduduk Subang akan mencari buluh terbaik dikenali sebagai buluh gombong untuk membuat meriam buluh tersebut. Selepas membuat lubang di buluh berkenaan, mereka akan memasukkan belerang yang telah dicampur dengan minyak tanah. Kemudian, acara 'perang' akan dimulakan bagi melihat meriam milik siapa paling kuat dan terbaik.


Seorang penduduk tempatan berkata, mereka sudah biasa mendengar ledakan meriam setiap kali menjelang Ramadan dan menganggapnya sebagai satu acara sambutan di kawasan itu. - AGENSI





.

Kenali apa itu obrok


Memukul dram sambil mengelilingi kampung untuk mengejutkan orang ramai untuk bangun bersahur di bulan Ramadan sering dilakukan oleh golongan muda di kebanyakan daerah di Indonesia. Namun, berlainan pula di daerah Indramayu, Jawa Barat. Mereka mempunyai cara unik untuk mengejutkan penduduk agar bangun bersahur iaitu melalui kaedah yang dikenali sebagai obrok. Obrok adalah cara mengejutkan penduduk untuk bangun bersahur dengan menggunakan sistem bunyi dan pembesar suara, lapor Liputan6.com. Alat itu dilengkapi dengan bateri untuk membekalkan tenaga elektrik dan ditolak dengan kereta sorong yang direka khas seperti panggung mini.


Obrok yang dikenali sebagai 'Orkestra Tolak' di Jakarta turut dilengkapi dengan gitar elektrik, gendang dan alat-alat muzik lain. Mereka yang menyertai obrok ini terdiri daripada 10 hingga 15 orang. Kaedah obrok adalah cara yang paling praktikal untuk mengejutkan orang ramai untuk bersahur kerana kesan bunyi yang dihasilkannya cukup kuat. - AGENSI





.

Makanan hospital ada ulat dan ayam tak masak?


Seorang pesakit di sebuah hospital swasta cemas apabila hampir termakan ulat yang dihidangkan bersama dalam hidangan makan malamnya ketika menerima rawatan di situ. Mohamad Naim Ishak, 29, yang juga pekerja hotel di Batu Feringghi dimasukkan ke hospital berkenaan kerana mengalami masalah usus. Menurutnya, dia tidak menafikan sepanjang beberapa hari dimasukkan ke hospital itu kebanyakan makanan yang dihidangkan kurang memuaskan. “Kemuncaknya apabila pada hari terakhir berada di wad, saya dihidangkan sayur dan juga ayam. “Ayam yang diberikan masih mentah dan tidak masak sepenuhnya, sementara ketika saya mengangkat sayur untuk dimakan, tiba-tiba ulat keluar dari celahan sayur dan saya amat terkejut,” katanya.


Pengalaman pertama berada di hospital itu menjadi mimpi ngeri bagi Mohamad Naim. Dia kemudiannya membuat aduan kepada pihak hospital setelah merakam semua gambar makanan menggunakan telefon bimbitnya. Pihak hospital kemudiannya bersetuju untuk bertemu dan menyelesaikannya dengan cara baik. Mohamad Naim berkata, dia kemudian dibawa ke kantin hospital dan kakitangan dari Kuala Lumpur memintanya untuk menyelesaikan perkara itu di luar sahaja, tetapi sampai sekarang masih tiada berita diterima. “Bagi saya ini melibatkan ancaman kesihatan kepada pesakit kerana saya mengalami cirit birit selama tiga hari selepas makan sayur dan ayam itu,” katanya.


Tidak berpuas hati dengan tindakan acuh tidak acuh pihak hospital swasta itu, mangsa kemudiannya membuat laporan ke Pejabat Kesihatan negeri. Mohamad Naim menegaskan dia bukan mahu mencari publisiti, sebaliknya mahu menjadikan kisahnya sebagai teladan. “Walaupun bil hospital saya dibayar melalui insurans, tetapi ia sesuatu yang tidak patut berlaku. Saya juga membayar insurans bulanan dengan harga yang mahal. Kita bayar perkhidmatan mahal tetapi layanan dan makanan yang diberikan tidak sepadan,” katanya. -SH






.

Malangnya : Pendaki maut disambar petir


Polis Poland menemui empat mayat pendaki yang disyaki maut disambar petir di kawasan pergunungan Pieniny, awal pagi Jumaat. Empat mayat tersebut dikenal pasti sebagai sepasang suami isteri berusia 50-an, anak perempuan mereka dan teman lelakinya yang dilaporkan hilang pada petang Rabu lalu selepas bersiar-siar di kawasan pergunungan terbabit. "Berdasarkan kesan petir di kawasan mayat ditemui, kami percaya kesemua mangsa maut akibat disambar petir," kata pegawai polis, Jacek Bobek.






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!