Sunday, July 22, 2012

Raksasa laut menggemparkan penduduk


Penduduk menemukan raksasa laut yang terdampar di pantai di China. Raksasa dari kedalaman laut ini belum diketahui asal usulnya. Ketika ditemui, raksasa laut ini sudah berada dalam keadaan teruk membusuk. Jadi, identifikasi pada raksasa laut ini pun sukar dilakukan. Namun, menurut laporan dari Guangdong, tenggara China, penemuan ini memiliki berat yang sangat berat, iaitu 4.5 ton. Seorang nelayan yang dikenali sebagai Hwang (66) mengaku terkejut ketika menemui raksasa ini. Sejak berita penemuan ini tersebar, warga tempatan pun membanjiri lokasi tempat raksasa itu berada dan mengabaikan bau menyengat yang dikeluarkan raksasa itu.

Haiwan raksasa ini ditemukan tersangkut tali. Seperti dilaporkan The Sun, nelayan yang menangkap haiwan ini dan tak boleh membawanya ke darat kerana ukurannya yang terlalu besar.





.

Wanita ini membuat panggilan sebanyak 65 ribu kali setahun


Bertemu dan bercinta dengan seseorang lelaki ideal membuat seorang wanita berasal dari Belanda melakukan hal nekad. Bahkan membuatnya berurusan dengan mahkamah. Si wanita ini menyerang lelaki ini dengan menelefon sebanyak 65 ribu kali dalam setahun. Lantaran merasa sangat terganggu lelaki, yang berusia 62 tahun itu mendakwa wanita itu ke mahkamah. Nama keduanya dirahsiakan mahkamah. Dalam dakwaan itu lelaki menuduh wanita menelefonnya dengan tidak sopan. Sedangkan keduanya belum sekalipun bertemu.

Yang menghairankan, adalah menelefon sebanyak 65 ribu kali itu. Dengan jumlah sebanyak itu, "Wanita ini menelepon 178 kali setiap hari," seperti ditulis ABC News. Ini bererti, dia menelefon sekitar lapan kali tiap jam, selama tujuh hari seminggu atau satu panggilan telepon setiap lapan minit, tanpa pernah berhenti," ujar lelaki yang merasa terganggu dalam dakwaannya. Menurut jurucakap pendakwa, Nicolette Stoel kepada Associated Press, dalam mahkamah, wanita yang namanya tak disebutkan, menyatakan dia menelefon dengan jumlah yang wajar.

Dia juga membantah pernyataan lelaki yang menyatakan mereka tak pernah menjalin hubungan. Pengadilan akhirnya memutuskan, agar si wanita tak lagi menelefon lelaki tersebut.





.

Masuk dalam kolam renang, tapi tak basah..



Siapa yang tidak tahu fungsi kolam renang? Seperti biasa, kalau kita masuk ke dalam kolam renang yang ada air, sudah tentulah kita akan basah.. Namun berbeza dengan kolam renang yang satu ini.


Kolam renang ini di sebut spektakuler, kerana kolam renang ini dibuat dari kaca tembus pandang yang seolah-olah seperti ada orang didalam kolam tersebut... unik bukan ?? Jika anda berada didalamnya, anda tidak akan basah walaupun sedikit. Ianya sesuatu yang berbeza namun agak menarik..







.

Menjadi juara tinju ketika baru berusia 8 tahun


Petinju cilik "DJJ" Zamora III akhirnya berhasil memenangi gelaran amatur pertamanya, April lalu. Petinju yang berlatih di Sasana Mayweather, Amerika Syarikat itu tampil sebagai juara di usia 8 tahun. Zamora III merupakan petinju yang ditangani oleh pakcik sekaligus pelatih Floyd Mayweather, Roger Mayweather. Meskipun berusia sangat muda, teknik bertinju Zamora sudah mampu mencuri banyak perhatian para pengamat tinju. Bakat Zamora sebenarnya sudah dilihat sejak dirinya berusia 7 tahun. Namun sesuai aturan, Zamora baru boleh naik ring di usia 8 tahun. Ini merupakan batas usia termuda bagi seorang petinju amatur untuk naik ring.


April lalu, Zamora naik ring di Silver Nugget Casino, Las Vegas, Amerika Syarikat. Seperti dipetik dari www.examiner.com, petinju cilik itu tampil luar biasa dan berhasil menang angka mutlak atas lawannya. Tidak disebutkan siapa yang menjadi lawan Zamora. Namun examiner melaporkan, Zamora memiliki pukulan yang cepat yang khabarnya bakal mampu membuat petinju pound to pound terbaik dunia, Manny Pacquiao iri hati.





.

Ada Pemeran Alien Di China


Pameran bertajuk ‘Alien Science Exhibition’ diadakan di China. Pameran ini memiliki misi untuk menjelajah psikologi visi manusia mengenai kehidupan di luar bintang. Ingin tahu? Seperti dipetik dari DailyMail, 'bintang tamu' yang muncul pada pameran ini termasuk ‘alien autopsi’ yang menampilkan alien yang siap dibedah.


Pameran yang diselenggarakan pada 20 hingga 28 Julai 2012 ini akan menampilkan pula elemen interaktif untuk anak-anak.“Saya yakin kita akan mendapat tanda-tanda kehidupan alien pada abad akan datang,” ujar Profesor Jocelyn Bell Burnell ketika di Euroscience Open Forum tahun lalu.


Menurutnya, jika tanda ini benar ditemui, masih perlu puluhan tahun untuk boleh bercakap dengan mereka melalui radiasi atau laser.


“Tak ada yang boleh pergi lebih cepat dari kecepatan cahaya. Jadi, percakapan satu arah baru akan terjadi 50 atau 100 tahun akan datangdatang,” tutupnya.







.

Fenomena ais biru yang sangat menakjubkan


Fenomena Blue ice atau fenomena ais biru terjadi ketika salji jatuh tepat pada gletser, lalu termampat dan menjadi bahagian dari sebuah glacier lalu gelembung udara yang terperangkap didalam ais terperah sehingga ukuran Kristal ais meningkat dan nampak jelas. Di beberapa daerah, gempa bumi telah mengangkat ais biru dari atas tanah dan menciptakan formasi menakjubkan yang menyerupai gelombang beku besar.


Warna biru pada ais ini kerap disalah-ertikan dengan fenomena hamburan Rayleigh Scattering. Justru sebaliknya, air ais yang berwarna biru itu adalah hasil dari partikel hydrogen-oksigen (OH) yang merenggang tepat pada air yang menyerap cahaya di hujung spectrum merah ais biru terdapat di wilayah Antartika, dimana tidak ada aktiviti, penambahan atau pengurangan jumlah salji.

Daerah-daerah yang terdapat ais biru tersebut telah dipergunakan sebagai landasan pacu, kerana permukaan ais yang keras sehingga sesuai untuk pesawat yang dilengkapi dengan roda, bukan ski.






.

Kenapa kereta tu bertindih??


Suasana normal tempat letak kereta di sebuah pusat membeli-belah di sini semalam, seolah-olah bertukar menjadi pertandingan trak gergasi selepas seorang remaja perempuan memandu dan 'mendaratkan' kereta neneknya di atas sebuah kereta lain. Kejadian itu berlaku di ruang letak kereta Lakes Mall di Muskegon apabila remaja berusia 13 tahun yang sedang menunggu neneknya membeli-belah di kedai Bed, Bath and Beyond, bertindak memandu kereta tersebut ke arah sebatang pokok sebelum melanggar tiang elektrik. Dia kemudian melanggar dua kereta lain sebelum kenderaan tersebut menindih sebuah kereta lain.


Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut, namun remaja itu dibawa ke hospital selepas mengalami serangan panik disebabkan insiden berkenaan. Pemilik kereta yang ditindih, Rosemary Weigel berkata, dia tidak percaya dengan kejadian itu kerana sukar untuk melihat sebuah kereta berada di atas kereta lain. "Bagaimana perkara sedemikian boleh berlaku?," tanya beliau. Walaupun mengalami kerosakan teruk, kereta Weigel masih boleh bergerak dan dia terpaksa masuk mengikut tingkap sebelah penumpang yang tidak rosak. - AGENSI






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!