Saturday, July 14, 2012

Kejadian aneh menimpa anak lembu ini


Penduduk Kampung Lawang di daerah ini gempar dengan kelahiran seekor anak lembu berkepala dua. Harun, pemilik anak lembu itu berkata, sepanjang dia memelihara ibu lembu yang melahirkan lembu aneh itu, tidak ada perkara pelik yang berlaku. Menurutnya, dia sendiri terkejut apabila melihat anak lembu yang lahir itu mempunyai satu badan dan dua kepala. Kejadian aneh itu turut menggemparkan penduduk Kampung Lawang sehingga ramai yang datang ke rumah Harun untuk melihatnya sendiri. Harun merancang untuk terus memelihara anak lembu aneh itu dan tidak akan menjualnya walaupun ditawarkan harga yang tinggi.


"Sudah bertahun-tahun saya menternak lembu tetapi baru kali ini saya mengalami peristiwa aneh seperti ini," katanya kepada Liputqn6.com. -Utusan






.

Siapa dia Ugandan Monkey Boy?


Setelah melihat ibunya dibunuh oleh ayahnya, John Ssebunya yang berumur 4 tahun menjadi trauma dan lari ke hutan. Dia dilaporkan dibesarkan oleh pasukan monyet vervet sampai pada saat dia ditemukan tahun 1991. Seperti sering terjadi ketika anak-anak liar ditemukan, dia menolak untuk ditolong oleh penduduk desa, dan dia mendapat bantuan dari keluarga angkatnya monyet yang melontar penduduk desa dengan ranting-ranting pohon. John telah diajarkan bagaimana berkata-kata, dan sekarang boleh menyanyi juga. Bahkan, dia bergabung dengan paduan suara anak-anak Mutiara Afrika.







.

Kamera yang unik dengan bentuk Barbie


Jika anda seorang penggemar kamera, tapi tidak ingin terlihat seperti kamera, anda mungkin harus melihat tawaran terbaru dari Barbie. Disebut Mode Barbie Foto, kamera ini dirancang dalam bentuk patung Barbie atau kamera barbie, atau boleh disebut juga adalah patung Barbie dengan kamera . Kamera ini tidak akan menggantikan DSLR anda atau bahkan iPhone, tetapi sebagai kamera untuk anak-anak yang suka patung Barbie, ini seperti sebuah mimpi menjadi kenyataan. Fashion Foto Barbie dapat menyimpan hingga 100 gambar, dan dilengkapi port USB mini untuk upload / pengisian ulang baterinya.






.

Lapangan terbang "Hantu" ini dijual dengan harga yang tinggi


Bandar Udara Madrid Barajas di Kota Ciudad Real, Sepanyol, menjadi hunian hantu sejak pembangunannya tidak diteruskan. Triliunan wang sudah digunakan, namun ianya hanya beroperasi tiga tahun saja. Terminal pesawat seluas 2.601 meter persegi ini dalam keadaan kosong. Hanya tersisa puing setelah sebelumnya digunakan sekitar lima juta orang saban tahun. Di bulan pertama operasi, lapangan terbang ini hanya melayan penerbangan peribadi. Putera Harry pernah mendarat di sana untuk meneruskan perjalanan ke lokasi berburu. Dibangun pada 2008, lapangan terbang dibuka setahun kemudian dan menghabiskan dana bertriliun wang.


Kegiatan di lapangan terbang itu terus menurun hingga akhirnya April lalu ditutup buat lalu lintas udara. Meskipun begitu, penjagaan di titik tertentu masih dilakukan. Landasan pacu terus dicat kuning untuk menandakan pesawat boleh mendarat di sana. Lapangan terbang boleh ditemui hampir seluruh bahagian Sepanyol. Paling parah di Kota Castellon. Landasan pesawatnya sudah rosak teruk. Daerah ini juga dipenuhi rumah namun sekarang ditinggalkan. Bangunan bata merah itu kini dijual setengah harga.




.

Amalan Bersunat Kini Jadi Isu Besar


Kerajaan Jerman pimpinan Angela Merkel memberi jaminan kepada masyarakat Islam dan Yahudi di negara itu bahawa hak beragama mereka akan terpelihara dan tidak akan diganggu gugat oleh mana-mana peraturan mahupun keputusan mahkamah. Kerajaan pusat Jerman terpaksa membuat kenyataan itu ekoran kontroversi keputusan sebuah mahkamah wilayah Cologne yang membuat penghakiman bahawa amalan bersunat sebagai satu perbuatan jenayah ke atas kanak-kanak. Ini berikutan satu insiden yang melibatkan satu keluarga Islam yang menyaman seorang doktor yang menyunat anak mereka yang kemudiannya mengalami pendarahan yang banyak. Bersunat adalah satu amalan dalam masyarakat Islam dan Yahudi.

Jurucakap Chancellor, Steffen Seibert memberitahu para pemberita, kerajaan memandang berat penghakiman itu yang dibuat bulan lalu dan mencetuskan kekecohan di kalangan warga Islam dan Yahudi Jerman. "Kepada kerajaan pusat, ia adalah jelas sama sekali bahawa kita tidak pernah menghalang amalan agama Yahudi mahupun Islam di Jerman. Sunat yang dijalankan secara penuh tanggungjawab tidak seharusnya dikaitkan dengan sebarang pendakwaan jenayah di negara ini," katanya. Bagaimanapun katanya, kerajaan berpandangan oleh kerana ia kini telah menjadi satu isu perundangan, adalah amat jelas juga bagi pihak kerajaan membentuk satu perundangan yang jelas mengenai amalan ini (bersunat) demi masa depan warga Jerman yang beragama Islam dan Yahudi.


Katanya, kakitangan dari pejabat Chancellor kini telah diarahkan supaya duduk berbincang dengan pihak berkuasa yang berkaitan tentang bagaimanakah untuk menhalalkan amalan ini secara perundangan. "Ini kerana kebebasan untuk mengamalkan kepercayaan agama setiap individu dan warga Jerman adalah prinsip asas perundangan di negara ini," katanya lagi. Mahkamah Wilayah Cologne yang mendengar kes itu kemudiannya telah membebaskan doktor berkenaan daripada sebarang kesalahan atau kecuaian tetapi pada masa yang sama menyatakan bahawa "hak kanak-kanak untuk mengekalkan keadaan intigriti fizikalnya sepertimana sediakala mengatasi hak ibu bapa untuk menguatkuasakan amalan beragama mereka ke atas kanak-kanak" sekaligus membentuk satu contoh yang boleh dijadikan rujukan dalam amalan perundangan pada masa hadapan.

Sejak kes itu dibicarakan, masyarakat Islam dan Yahudi Eropah berganding bahu membantah sebarang keputusan perundangan yang boleh menyekat amalan beragama mereka khususnya dalam amalan bersunat di kalangan kanak-kanak yang diamalkan tanpa sebarang masalah sejak berzaman lamanya.





.

Pemungut sampah di China ini sangat cantik!!


Sebagai negara dengan jumlah penduduk terbesar di dunia, maka persaingan untuk mendapatkan tenaga kerja di China amat sukar dan terhad. Rupa yang cantik dan menawan belum tentu menjamin seseorang mendapat pekerjaan yang baik di China. Seperti yang terjadi pada gadis cantik yang tidak mahu disebutkan namanya ketika ditemui oleh seorang kawan di Nanjing. Dia terpaksa menjadi pemungut sampah kerana tidak berjaya mendapatkan pekerjaan walaupun dia lulusan sekolah menengah.







.

Bila artis ternama mengaku buta fesyen



Meskipun bergelar selebriti terkenal, namun aktres Jessica Biel mendedahkan dirinya kurang arif mengenai fesyen. Menurut pelakon ini, tunangnya, Justin Timberlake lebih tahu mengenai fesyen terkini dan sering membantunya memilih pakaian. Katanya, pelakon In Time itu juga memilih sendiri cincin pertunangan mereka. “Semasa Justin bertanya cincin mana yang menjadi pilihan, saya hanya menjawab tidak tahu. "Justin sendiri takut jika saya tidak suka dengan pilihannya. Secara jujurnya, dia mempunyai cita rasa yang lebih baik daripada saya.


“Malah, jika saya bersiap-siap hendak keluar juga, Justin akan mengambil peranan memilih pakaian yang sesuai untuk saya,” katanya yang gembira dengan keprihatinan tunangnya itu.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!