Thursday, July 12, 2012

Rumah tangga ibu Kim Kardashian dalam masalah setelah dia menulis 'xoxo' kepada bekas kekasih..



Perkahwinan selama 21 tahun Kris dan Bruce Jenner dilaporkan dalam masalah selepas Bruce mendapati isterinya yang juga ibu kepada adik beradik Kardashian menghantar e-mel kepada bekas kekasihnya, Todd Waterman. Insiden yang berlaku, membuatkan kes kecurangannya terdedah ketika masih berkahwin dengan mendiang Robert Kardashian. Bruce berusia 62 tahun, dilihat mendapat tahu mengenai e-mel Kris kepada bekas kekasihnya yang disertakan dengan 'xoxo'. Dalam episod terkini rancangan realiti keluarga itu, Kris jelas bingung selepas dia terserempak dengan Todd, yang kini merupakan animator Hollywood, di sebuah kelab Los Angeles-bahagian kelab tenis.


Dia memberinya pelukan yang panjang dan bertukar maklumat perhubungan. Setelah itu mereka terus cepat-cepat saling ber e-mel antara satu sama lain, saling usik-mengusik dan teks, seperti yang dilakukan oleh orang yang bercinta. Episod bulan lepas menunjukkan Kris bertolak untuk bertemu dengan bekas teman lelaki Todd di belakang suaminya. Tetapi kemudian dia berpaling ke kereta selepas dia menyedari ia adalah satu langkah yang tidak baik.





P/S - Owh, apakah?





.

Mungkin biasa di China, dan sekarang Malaysia juga apa kurangnya?



Kejadian seperti ini pernah berlaku di China, namun kali ini ia berlaku di negara ini. Akibat sikap tidak prihatin masyarakat setempat, seorang wanita warga emas yang menjadi mangsa ragut terbaring menahan kesakitan selama lapan minit tanpa dibantu sesiapa meskipun ketika itu terdapat beberapa orang lalu-lalang berhampirannya. Kejadian itu dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan perumahan tersebut. Rakaman berkenaan menunjukkan mangsa, Tan Kim Chuan, 60, terbaring tanpa dihiraukan penduduk yang lalu-lalang di kawasan terbabit selepas beberapa minit kejadian ragut itu berlaku.


Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, pembantu kedai kopi terbabit baru keluar dari rumahnya di Flat Padang Tembak, Air Itam untuk ke tempat kerja di Lebuh Carnavon sebelum beg tangannya diragut dari arah belakang oleh dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.





.

Tidak dinafikan, wanita obses beli baju, beg



Seorang wanita secara purata akan membeli 3,109 barangan dalam tempoh beberapa tahun termasuk 271 pasang kasut, 185 pakaian dan 145 beg, kata kajian terbaru di Britain. Walaupun mereka berbelanja sehingga £83,498 (RM417,000) membeli pakaian sepanjang hayat, sebanyak 60 peratus wanita Britain disifatkan masih sukar mencari pakaian sesuai dipakai apabila keluar pada waktu malam. Menurut tinjauan, angka itu mendedahkan, dalam usaha mengikut aliran fesyen yang sering berubah, secara purata seorang wanita akan membeli sebanyak 3,109 barangan.


Kasut merupakan barangan paling mahal dimiliki mereka dengan belanjakan sebanyak £13,898 (RM69,000) secara purata sepanjang hayat. Kaum wanita berbelanja £7,699 (RM38,00) untuk membeli pakaian, £5,420 (RM27,000) beg dan £5,905 (RM30,000) untuk jeans. Kajian Sure Women juga mendedahkan, sebanyak 14 peratus wanita akan menyembunyikan pembelian daripada pengetahuan ibu bapa. -Agensi






.

Kenapa Victoria Beckham susah senyum?


Victoria Beckham mungkin biasa dilihat berwajah masam ataupun marah. Ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya sama ada isteri pemain bola terkenal ini mampu tersenyum dan bergembira ataupun tidak. Apakah sebabnya? Sedangkan dia memiliki kehidupan hebat dan cemerlang sebagai seorang selebriti yang dikenali di seluruh dunia. Apatah lagi bila memiliki seorang anak perempuan yang sentiasa menjadi tumpuan jurugambar dunia hari ini.. Dan, marilah kita lihat gambar-gambarnya sebelum ini..Adakah dia pernah tersenyum??


Ya, walaupun dia pernah tersenyum, namun melihat pada gambar-gambarnya selama ini, dia memang terlalu jarang tersenyum, apatah lagi setelah mengahwini pemain lagenda England itu, walaupun tidak selalu,  ia hanya seolah-olah berlaku kira-kira setahun sekali - dan nampaknya senyumannya memang pelik.. Mungkinkah itu sebabnya dia jarang tersenyum??






.

Tengok! Maradona buat hal lagi..



Pemecatan legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona (kiri) sebagai jurulatih sekalipun dengan kontrak masih berbaki setahun oleh kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE) Al Wasl, kelmarin bukan satu kejutan. Kehadiran Maradona, 51, dengan status penuh kontroversi di Dubai pada Mei tahun lalu amat dialu-alukan, dengan popularitinya yang diharap membantu perkembangan bola sepak Al Wasl dan UAE di peta dunia. Begitupun, sebaliknya berlaku apabila Al Wasl menamatkan saingan liga musim lalu di kedudukan kelapan daripada 12 pasukan – gagal layak ke Liga Juara-Juara Asia musim depan dan tanpa sebarang trofi kejuaraan domestik atau antarabangsa.

Kedudukan Maradona jelas tidak dapat diselamatkan apabila lembaga pengarah kelab, Marwan Bayat yang sebelum ini menyokongnya meletakkan jawatan dan penggantinya mengambil keputusan untuk memecatnya. Maradona menyertai Al Wasl selepas dipecat daripada jurulatih Argentina, dengan skuad kebangsaan negara itu berdepan dengan beberapa suka dan duka antaranya kekalahan besar 6-1 kepada Bolivia pada kelayakan Piala Dunia dan kekalahan 4-0 kepada Jerman pada Piala Dunia di Afrika Selatan.

Sejak mengemudi Al Wasl, Maradona juga tidak pernah lari dari kontroversi sekalipun gagal membimbing pasukan itu di atas padang. Antara insiden ketika kemenangan pertama Al Wasl di mana Maradona dipaksa meminta maaf selepas menendang tangan seorang peminat yang sering mengganggunya ketika bergambar bersama kain rentang cucunya, Benjamin. Lebih kontroversi ketika kekalahan kepada Al Ain dengan Maradona menuduh jurulatihnya, Cosmin Olaroiu kurang ajar dengan caranya meraikan jaringan yang membawa kepada denda daripada liga.



Tembak pistol angin 

Di luar padang, Maradona sering mengelak orang awam dan menghabiskan masa di villa mewahnya dan pernah melepaskan tembakan pistol angin kepada wartawan di luar rumahnya dan diancam untuk dipenjarakan. Maradona jelas merindui keluarganya, dengan berulang kali mengatakan dia tidak mahu pulang ke kelab itu jika pengurusan tidak membawa masuk bakat-bakat baru sebagai alasan kegagalan pasukan. Sebelum menyertai Al Wasl, tahun lalu Maradona pernah berkata: “Saya sepatutnya datang ke sini dengan tujuan bekerja dan bekerja keras untuk mencapai sesuatu. Ini bukan soal Maradona datang ke sini dan meletakkan taraf sebagai kejayaan atau kegagalan. “Niat saya datang ke sini bukan untuk bersenang lenang dan menghabiskan masa di pantai. Saya sangat gembira berada di sini. Ia satu peluang baik untuk saya. Saya percaya dalam hidup pada masa ini.





.

Perdana Menteri tuntut cerai dari isteri



Perdana Menteri Sweden, Fredrik Reinfeldt semalam memfailkan tuntutan cerai daripada isterinya selepas berpisah pada awal tahun ini. Tuntutan cerai tersebut dibuat di Mahkamah Daerah Stockholm, namun punca perceraian tidak dinyatakan. Reinfeldt, 46, dan isterinya, Filippa, 45, berpisah pada Mac lalu selepas berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan tiga orang anak. - DPA





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!