Friday, July 6, 2012

Apple dengan tablet lebih kecil



Apple sedang bersiap sedia untuk melancarkan komputer tablet yang lebih kecil beberapa bulan akan datang dalam usaha untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran, Wall Street Journal melaporkan, Khamis. Journal, yang memetik sumber sebagai berkata, bahagian-bahagian pengeluar komponen telah diarahkan untuk memperlengkapkan persediaan untuk pengeluaran tablet besar-besaran pada bulan September, menunjukkan pelancaran boleh diadakan pada bila-bila masa. Dikatakan skrin tablet baru itu nanti mungkin akan bersaiz lebih kecil daripada lapan inci (20 sentimeter), berbanding skrin 9.7 inci (25 sentimeter) pada iPad keluaran Apple yang terkemuka di pasaran yang dilancarkan pada tahun 2010.


Akhbar itu memetik satu sumber sebagai berkata bahawa Apple telah bekerjasama dengan pembuat skrin Paparan Korea Selatan, LG dan AU Optronics dari Taiwan. Apple telah mendominasi pasaran komputer tablet sejak pengeluaran iPad tetapi menghadapi persaingan yang semakin meningkat seperti Samsung, Amazon, Microsoft dan Google yang melancarkan peranti untuk persaingan.





.

Kuat dan dikenali kerana gigi


Mike Greenstein, 91, mungkin merupakan warga emas terkuat di bandar raya ini. Ini kerana bekas veteran Perang Dunia Kedua itu mampu menarik sebuah trak dengan hanya menggunakan giginya. Ia memungkinkan warga emas itu mempunyai rahang dan leher terkuat di Amerika Syarikat (AS). Bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan AS pada 4 Julai, Greenstein yang juga digelar ramai sebagai Mighty Atom Jr membuktikan dia masih mempunyai gigi yang kuat dengan menarik sebuah kereta Buick miliknya di New York, dan ia disiarkan secara langsung oleh Fox News.


Pada percubaan pertamanya, Greenstein menggunakan pelapik pada giginya yang diletakkan pada rantai yang disambungkan dengan kereta seberat 1,723 kilogram itu, namun ia tidak bergerak. Selepas itu, dia mengeluarkan pelapik berkenaan dari mulutnya lalu mengarahkan seorang lelaki yang berada di dalam kereta supaya melepaskan brek. Greenstein yang meneruskan percubaannya itu akhirnya mula mengundur ke belakang beberapa tapak dan kereta berkenaan mula bergerak.

Pada usia 91, Greenstein mempunyai masalah bahu yang teruk dan tidak mempunyai banyak tenaga lagi namun giginya masih lagi kuat. Dia akan memastikan giginya sentiasa digosok dengan menggunakan garam Kosher sebagaimana yang diajar mendiang bapanya. - AGENSI





.

Cara baru caj telefon dan ipad



Satu kajian yang dijalankan dua jurutera dari Universiti South Carolina menunjukkan baju T yang diubahsuai boleh berfungsi sebagai kapasitor tinggi dan menyimpan caj elektrik. ‘‘Kita memakai fabrik setiap hari yang mana kapas dari kemeja-t itu mempunyai pelbagai fungsi. Sebagai contoh, ia menjadi alat penyimpanan tenaga yang fleksibel dan boleh mengecas telefon bimbit atau iPad,’’ kata pensyarah dari fakulti kejuruteraan mekanikal universiti tersebut, Xiaodong Li. Li dan rakannya menggunakan baju T yang kemudiannya direndam dalam larutan fluorida dan dibakar pada suhu tinggi dalam ketuhar yang bebas oksigen.

Sebaik sahaja dikeluarkan, gentian yang terhasil ditukar daripada selulosa kepada karbon aktif yang mampu menyimpan cas elektrik. ‘‘Kita tidak lama lagi akan melihat telefon bimbit dan komputer riba yang mudah dibawa di pasaran. ‘‘Bagaimanapun, alat penyimpanan tenaga yang fleksibel diperlukan untuk menjadikannya satu kenyataan," kata Li yang dipetik Innovation News Daily. Jurutera itu menegaskan, tekstil karbon yang diaktifkan bertindak seperti kapasitor tinggi kerana ia mempunyai penyimpanan tenaga tinggi yang padat. Kedua-dua permukaan baju T yang disalut dengan lapisan nanometer mangan oksida mempertingkatkan kebolehan penyimpanan bahan elektrik.


‘‘Ia menjadikannya stabil dan kapasitor berprestasi tinggi,’’ katanya. Pasukan penyelidik itu juga mendapati kapasitor fabrik boleh mengecas dan mengalirkan elektrik beribu-ribu kali dengan kadar pembaziran yang rendah. Kajian itu boleh membawa kepada inovasi terhadap pakaian atau pun perabot yang boleh satu hari nanti digunakan untuk mengecas atau mengawal alat elektronik tertentu. - AGENSI





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!