Monday, June 18, 2012

Awas! Lelaki tak boleh kencing berdiri


Bagi kebanyakan lelaki, aktiviti membuang air atau dalam istilah popular disebut kencing, sudah pasti dilakukan sambil berdiri. Namun di Sweden, hal tersebut kemungkinan besar tidak akan dibolehkan, setidaknya bagi seluruh lelaki yang bekerja di Sormland County Council. Seperti yang dipetik dari The Local, amalan unik ini dilakukan oleh para pemimpin Left Party di Sweden. Mereka mengarahkan sebuah gerakan untuk semua lelaki yang bekerja untuk Sormland County Council agar tidak berdiri ketika membuang air di tandas pejabat.

Menurut Left Party cara buang air dengan duduk ini tak hanya mengurangi risiko masalah prostat tetapi juga membantu lelaki yang lebih sering duduk ketika buang air untuk memiliki kehidupan seks yang lebih sihat dan lebih lama.






.

Bintang tenis ini menendang panel iklan dan terkena kaki pengadil..


Bintang tenis Argentina, David Nalbandian hilang kelayakan dari Kejohanan AEGON akhir terhadap Marin Cilic di London selepas menendang panel pengiklanan di kaki seorang pengadil garisan, dan ianya membuatkan kaki pengadil itu luka dan berdarah.


 Nalbandian, 30, memenangi set pertama tetapi memberi reaksi marah pada set kedua kerana permainannya tiba-tiba serba tidak menjadi..


Nalbandian dengan marah, menendang dan apabila melihat kecederaan yang dialami oleh pengadil itu, dia merasa serba salah. Akibat tindakan beliau, Persatuan Tenis Profesional (ATP) dia telah hilang kelayakan.




P/S - Biasa tengok pemain tenis pukul raket kat tanah sampai patah. Tapi tak pernah lagi tengok keadaan macam ni..







.

Facebook nak nombor telefon untuk elak akaun pengguna digodam



Laman jaringan sosial popular, Facebook akan meminta pengguna aktifnya yang berjumlah lebih 900 juta orang supaya memberikan nombor telefon bimbit masing-masing bagi mengelak akaun mereka digodam. Ia sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan bagi mengelakkan laman sosial itu digodam seperti yang dihadapi oleh jaringan sosial lain termasuk LinkedIn dan eHarmony. Berjuta-juta pengguna Facebook sudah boleh melihat satu pautan di laman akaun mereka meminta mengikut 'kaedah keselamatan mudah'.

Mereka yang klik pautan tersebut akan dibawa ke laman keselamatan Facebook di mana mereka akan diminta memilih kata laluan unik dan diberikan tutorial bagaimana untuk mengenali penipuan melalui talian. Pengguna kemudian akan diminta untuk menyediakan nombor telefon bimbit bagi membolehkan pemulihan keselamatan akaun. Facebook mendakwa tindakan terbaru itu berkesan kerana apabila pengguna mengesahkan nombor telefon mereka, ia akan membenarkan laman web itu untuk memadamkan kata laluan mereka jika akaun itu digodam.


Laman web itu kemudian akan menghantar satu mesej teks kepada pengguna bahawa kata laluan mereka telah ditukar. Tindakan terbaru itu dipilih berbanding penghantaran emel kerana kebanyakan pengguna tidak mengendahkan dan hanya akan memadamkannya. - AGENSI





.

Giliran seorang lagi artis mula bertudung



Alhamdulillah, seorang lagi pelakon wanita kini tampil dengan imej bertudung iaitu Siti Fazurina yang popular dengan drama bersiri, Dunia Anita. Memetik laporan sebuah portal hiburan, Fazurina membuat keputusan untuk bertudung setelah menyambut ulang tahunnya yang ke-30. Menurut Fazurina, keputusan itu diambil tanpa sebarang paksaan sebaliknya hadir daripada hatinya yang ikhlas. Malah, dia juga menegaskan bahawa niatnya bertudung bukan untuk tempoh sementara dan akan tetap meneruskan aktiviti lakonan seperti biasa. -SH







.

Pergh... Buaya masak kicap, sup dan sate


Kejadian manusia dibaham buaya kerap kali dilaporkan dan menjadi buah mulut orang namun tidak ramai yang tahu, reptilia ganas itu juga sering menjadi santapan segelintir peminat makanan eksotik di bandar raya ini. Taman Buaya Miri di sini, bukan sahaja memberi peluang kepada orang ramai melihat lebih dekat haiwan tersebut malah sebuah restoran di situ turut menghidangkan daging buaya untuk dinikmati pengunjung seisi keluarga.


Pekerja restoran taman buaya itu, Sunani Sulong, 53, berkata, daging buaya di situ dihidangkan melalui tiga cara iaitu sup, sate dan masak kicap dengan harga berpatutan. -utusan






.

Kaki hilang kerana kemalangan



“Tolong carikan kaki saya, encik,” raung penunggang motosikal, P Ravindran, 51, kepada anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) supaya mencari kaki kanannya yang terputus akibat bertembung sebuah kereta dinaiki tiga beranak di Jalan Lesung Batu-Machap Umbo, dekat sini, kelmarin. Difahamkan, dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa menunggang motosikal Honda EX5 menghala bandar hilang kawalan lalu bertembung Proton Persona. Perlanggaran itu bukan saja menyebabkan mangsa yang berasal dari Karak, Pahang, putus kaki kanan, malah pahanya turut hancur selain patah kaki kiri.


Dia turut tercampak kira-kira 10 meter.Anggota JPAM Alor Gajah, Mohd Jumat Rahim, 24, berkata, dia dan dua rakan setugas melalui jalan berkenaan ketika ke Hutan Perca. “Sejurus tiba di tempat kejadian, kami terkejut melihat seorang lelaki terbaring atas jalan dalam keadaan berlumuran darah sambil meraung meminta tolong. -metro







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!