Friday, June 15, 2012

Perokok belanja hampir RM 180 sebulan beli rokok



Secara purata, seorang perokok di Malaysia membelanjakan hampir RM180 sebulan, demikian menurut kajian Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia 2011. Penemuan kajian yang melibatkan 4,250 responden dewasa berumur 15 tahun dan ke atas itu didedahkan pada Persidangan GATS Malaysia 2011 di sini hari ini. "Secara purata, seorang perokok membelanjakan sebanyak RM178.80 sebulan hanya untuk membeli rokok yang dikilangkan," kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hassan Abdul Rahman selepas merasmikan persidangan itu.

Beliau berkata kajian itu juga menunjukkan sebanyak 45.8 peratus perokok terfikir untuk berhenti disebabkan amaran kesihatan bergambar. "Kesedaran itu timbul disebabkan 87.1 peratus perokok sedar tentang maklumat mengenai antimerokok di televiyen atau radio," katanya. Dr Hassan berkata berdasarkan kajian itu, 92.2 peratus responden percaya merokok boleh menyebabkan penyakit serius manakala 85.8 peratus responden pula percaya menghidu asap rokok orang lain akan menyebabkan penyakit serius. Beliau berkata kajian itu juga menunjukkan responden menyokong peningkatan cukai produk tembakau serta kesedaran mereka tentang larangan merokok di restoran.


"Sebanyak 70.6 peratus responden menyokong peningkatan cukai ke atas produk tembakau manakala 83.5 peratus responden pula percaya aktiviti merokok perlu dilarang di dalam restoran," katanya. Kajian GATS 2011 itu melibatkan kerjasama antara Kementerian Kesihatan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Atlanta, AS. Dr Hassan berkata hasil kajian GATS Malaysia 2011 akan menjadi sumber utama dalam menyediakan Pelan Tindakan Kawalan Tembakau Negara pada masa depan. - Bernama





.

Terkini : Biarpun berisi, Aishwarya Rai tetap menyerlah



Dia muncul di Cannes dengan gaun gaya Barat ketika dia melangkah dikarpet merah pada tayangan perdana Cosmopolis. Tapi malam tadi, Aishwarya Rai Bachchan memilih untuk menyerlah dengan pakaian tradisional India ketika dia menghadiri pesta pembukaan hotel Bulgari di London. Bintang yang berusia 38 tahun itu memang menyerlah dan dilihat sangat yakin pada dirinya walaupun badannya masih berisi. Aishwarya menjadi berita utama bulan lalu setelah dia dikecam oleh peminat dari negara sendiri kerana gagal menurunkan berat badan dengan cepat setelah bersalin.


Namun, bintang Bollywood itu nampaknya telah mengabaikan kritikan itu dan sebagai gantinya dia telah mengambil pendekatan sendiri untuk menjadi ibu baru yang kekal fokus pada anak perempuannya sebagai gantinya.





.

Jangan risau, ada kelab malam untuk orang gemuk



Bertubuh gemuk bukan hambatan untuk tampil percaya diri. Ratusan lelaki dan wanita bertubuh gemuk justru bangga dengan keadaan tubuhnya ketika berkumpul di Club Bounce, sebuah kelab malam di California, AS. Ya, Club Bounce memang didirikan khusus untuk mereka yang memiliki berat tubuh mulai dari 125 kilogram, bahkan ramai di antara mereka yang berat sehingga 150 kilogram.


 "Saya menyukainya, saya akan pergi ke Club Bounce malam ini. Saya akan memakai baju terpendek yang pernah saya ada," kata Monique Lopez, wanita berusia 23 tahun bertubuh "subur" tersebut, akhir minggu lalu.


Lisa Marie Garbo (40) adalah pemilik Club Bounce, lima tahun lalu. Dia memang sengaja mengkhususkan kelabnya untuk orang-orang gemuk. "Tetapi saya tidak pernah terfikir bahawa gemuk adalah kata-kata buruk. Menurut saya, ramai orang kini berpendapat demikian," katanya. Kelab itu berkapasiti 400 orang. Sebanyak tiga perempat pelanggannya adalah wanita, dan selebihnya adalah pelanggan lelaki.






.

Cikgu bakar rambut saya di lab sekolah..


Seorang guru membakar rambut pelajarnya di lab sekolah. Courtney Blades-Wilkinson, 13, dan seorang teman baik telah membuat penyambungan rambut untuk merayakan ulang tahunnya. Tapi penyambungan rambut dan mewarnakan rambut adalah dilarang sama sekali di sekolah. Dan ketika seorang guru melihatnya, dia membawa gadis-gadis itu ke laboratorium sains untuk cuba mencabutnya. Di sana, menggunakan sesuatu seperti pengering rambut '.

Apabila gagal, guru, di Graham School, di Scarborough, North Yorkshire itu, memaksa mereka berganti-ganti memotong sambungan rambut masing-masing. Menurut ibu gadis itu dari Scarborough. "Saya sudah berbincang dengan wakil ketua sekolah dan katanya, semuanya okey kerana hanya ada beberapa hari sampai tengah semester berakhir tetapi guru ini tidak setuju.


"Gadis-gadis itu mengatakan betapa sakit dan minta untuk berhenti tetapi guru itu tidak mengendahkannya." Hal ini masih dalam siasatan, dan belum dapat dipastikan apa tindakan yang bakal guru itu terima.






.

Kejadian bunuh diri yang pertama


Salah seorang pekerja di pembekal Apple Foxconn membunuh diri, bunuh diri pertama sejak perusahaan itu setuju dengan klien AS untuk memperbaiki keadaan para pekerja. Pekerja 23-tahun itu melompat dari apartmennya di luar loji besar Foxconn di kota barat daya Chengdu, menurut kennyataan dari perusahaan. Harap ianya kejadian bunuh diri terakhir dengan pekerja di kilang raksasa elektronik China, yang mengupah seramai 1.2 million orang itu.




 P/S - Tekanan agaknya kerja kat situ..huhu





.

Isteri Shah Rukh Khan dan Priyanka Chopra perang?


Kisah permusuhan pelakon jelita Bollywood, Priyanka Chopra dan isteri kepada Shah Rukh Khan, Gauri Khan sering menjadi perhatian media dan peminat industri seni. Permusuhan antara kedua-dua wanita tersebut dikatakan berpunca daripada sikap Gauri yang cemburu melihat keakraban Chopra bersama suaminya. Namun, media baru-baru ini melaporkan permusuhan kedua-dua wanita itu telah berakhir. Sebagai tanda memulakan persahabatan, Gauri dilapor bakal menjemput pelakon jelita itu hadir ke majlis makan malam di rumahnya.

Sebelum ini, isteri kepada bintang pujaan Bollywood itu bertindak menghalang suaminya daripada bekerjasama dengan Chopra termasuk menyisihkan pelakon tersebut. Chopra dalam pada itu turut menerima kesan daripada konflik yang berlaku apabila peminat Shah Rukh Khan melabelnya sebagai 'perempuan jahat' selain menerima layanan dingin daripada pelakon-pelakon lain. - AGENSI






.

Permintaannya akhirnya bakal menjadi kenyataan. Alhamdulillah..



Detik manis diijab kabul sebagai pasangan suami isteri pada Jun 1999, cukup bermakna buat Hanafi Salleh, apabila beliau berjaya memperisterikan seorang gadis kelahiran Christchurch, New Zealand yang dikenalinya sejak enam bulan sebelum itu. Hanafi, 36, yang ketika itu bekerja sebagai pegawai tadbir syarikat perkapalan MISC, bertemu dengan Nurul Junaidah Joanne Abdullah semasa gadis itu melancong bersama rakannya ke bandar Muar, Johor. Kehidupan pasangan itu bertambah bahagia apabila mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Muhammad Syayden Ingham Hanafi dan Muhammad Jamey Alano Ingham Hanafi.

Namun, selepas empat tahun berumahtangga, Nurul Junaidah Joanne yang sudah terbiasa dengan budaya Barat nekad melarikan diri bersama dua anaknya pulang ke New Zealand ketika Hanafi belayar ke Eropah. Wanita itu dikatakan melarikan diri kerana dia bosan dengan kehidupan di kampung kelahiran suaminya di Tanjung Agas, Muar, Johor. Menurut Hanafi, sejak itu, hubungannya dengan anak-anak terputus dan beliau berusaha mengesan dua anaknya yang masing- masing berusia tiga tahun dan sembilan bulan semasa dilarikan. Hanafi berkata, dia juga terpaksa melepaskan pekerjaan berpendapatan lumayan di atas kapal dan memilih menjadi nelayan bagi memudahkannya mencari dua anaknya.

"Kehilangan isteri dan dua anak pada 2004 disedari oleh ibu saya, Mariam Khairi apabila mendapati rumah yang kami sewa di Taman Tun Syed Nasir, Tanjung Agas iaitu tidak jauh dari rumah keluarga saya kosong," katanya pada sidang akhbar di pejabat Kelab Putera 1Malaysia di Jalan Kampung Attap di sini hari ini. Turut hadir Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Mariam, 72. Hanafi berkata, pada peringkat awal, beliau dapat menghubungi Nurul Junaidah Joanne dan tiga bulan kemudian berkesempatan menemui wanita itu bersama dua anaknya semasa kapalnya kebetulan berlabuh di sebuah pelabuhan kira-kira 220 kilometer dari barat Wellington. Katanya, dalam pertemuan singkat selama kira-kira 12 jam itu, beliau memberi wang RM4,000 kepada isterinya untuk membeli tiket penerbangan pulang ke Malaysia.

"Saya bagaimanapun hampa apabila isteri tidak menunaikan janji dan terus gagal dihubungi melalui telefon dan emel menyebabkan saya terus terputus hubungan dengan anak-anak," katanya. Pada Januari tahun lalu, kata Hanafi, beliau dikunjungi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mendapat khabar gembira bahawa sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat New Zealand iaitu Nelson Site Child Youth and Family telah menghubungi JKM memaklumkan dua anaknya berada di bawah jagaan agensi tersebut. Beliau berkata, Muhammad Syayden dan Muhammad Jamey Alano yang kini berusia 12 dan sembilan tahun diserahkan kepada agensi itu setelah pihak berkuasa New Zealand mendapati Nurul Junaidah Joanne, 27, terlibat dalam masalah dadah, manakala keluarga wanita itu pula sudah berhijrah ke United Kingdom.

Katanya, beliau bertambah gembira apabila menerima dua pucuk surat tulisan tangan daripada dua anaknya pada Oktober yang menyatakan kerinduan dan sayang terhadapnya serta harapan untuk kembali tinggal bersama bapa mereka di negara ini. "Sejak mengetahui anak-anak berada di bawah jagaan agensi tersebut, saya berusaha membawa mereka pulang tetapi gagal kerana masalah kewangan. "Saya kini tidak boleh tidur lena apabila dimaklumkan bahawa agensi tersebut mahu menyerahkan anak saya kepada keluarga angkat beragama Kristian apabila saya masih gagal mengambil mereka," katanya yang cukup bimbang akidah dua anaknya akan terpesong.

Hanafi kemudian nekad menemui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa menghadiri satu majlis bersama rakyat di Muar pada Mei lalu dan bersyukur apabila Muhyiddin mencadangkan dia bertemu dengan Abdul Azeez. Hanafi berkata, harapan bersatu kembali dengan anak-anak semakin cerah apabila akhirnya dapat bertemu Abdul Azeez yang berjanji mahu membantunya membawa pulang anak-anaknya. Beliau yang sudah berkahwin lain dan mempunyai seorang anak bersama isteri kedua berkata, berita gembira itu adalah hadiah hari bapa baginya yang jatuh pada Ahad ini dan perkara pertama mahu dilakukan jika berjaya membawa pulang Muhammad Syayden dan Muhammad Jamey Alano adalah mendidik mereka dengan ilmu agama.


Sementara itu, Abdul Azeez berkata, beliau sudah menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand dan akan cuba menemui Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia esok bagi meminta bantuan untuk membawa pulang Muhammad Syayden Ingham dan Muhammad Jamey Alano. Beliau berkata, sekiranya semua berjalan lancar, pihaknya menjangkakan mereka boleh membawa Hanafi ke New Zealand untuk membawa pulang anaknya pada minggu depan.






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!