Thursday, June 14, 2012

Pernah ke korang bayangkan memiliki rumah boneka? Ya, dia ada



Heather Benning telah mencipta sebuah rumah boneka impian pada sebuah bangunan terbiar. Benning, 32, menemukan rumah roboh pada tahun 2005 ketika dia bekerja sebagai seorang seniman di tempat tinggal bagi masyarakat Redvers, Saskatchewan. Ketika melalui kota terdekat dari Brandon, Manitoba, untuk mendapatkan kumpulan pasukan seni, dia melihat sebuah rumah runtuh dan mendekati rumah itu untuk melihat lebih dekat. Untuk orang lain, rumah itu memang tak dapat diselamatkan, tapi untuk Heather dia melihat sesuatu yang berbeza.

Dia berkata: "Ketika saya melihat rumah itu melalui jendela, saya melihat kehidupan rumah boneka. Saya berfikir sendiri, ianya akan menjadi projek utama saya di daerah tersebut. Pemiliknya segera setuju untuk menyumbangkan rumah untuk Heather. Dia segera membuat perubahan terbesar ke atas rumah itu dan dia juga mula mengumpulkan perabot dan barang-barang yang dapat digunakan untuk mengisi rumah, mencari khusus untuk sesuatu yang akan memberikan rupa sebuah rumah boneka tradisional. Sebahagian perabot dikumpulkan dari tempatan melalui penjualan garaj, lelong, dan kedai barang terpakai dan beberapa perabot disumbangkan oleh anggota masyarakat. 'The Dollhouse' ketika ini sedang diwakili oleh Galeri Telephonebooth di Toronto.





.

Comel okeh..aksi kucing yang cuba membangunkan kucing lain yang sedang tidur



Ramai yang akan mengakui bahawa menjadi sensasi YouTube adalah sesuatu yang boleh dilakukan dengan mudah, namun anak-anak kucing ini berhasil melakukannya.


Dalam sebuah video, 2 ekor kucing dilihat melakukan aksi yang melucukan. Seekor dari kucing itu kelihatan tidur dan seekor lagi berusaha untuk membangunkannya.


Tapi meskipun usaha kucing itu untuk membangunkan rakannya dengan menggigit-gigit telinga, menyentuh kepala dan menangkap ekor, kucing yang tidur itu tetap tidak berjaya dibangunkan.

Video itu telah dilihat 900000 kali, walaupun hanya di-upload kurang dari tiga minggu yang lalu. Akhirnya kucing itu putus asa untuk membangunkan rakannya.









.

Pengurus baru Chelsea..



Chelsea meyakinkan Roberto Di Matteo dia bukan hanya menjaga kerusi hangat untuk Pep Guardiola setelah menunjukkan lelaki yang berasal dari Itali itu sebagai pengurus tetap Chelsea. Mungkin pada mulanya, kemampuannya agak diragui. Namun kesempatan diberikan kepercayaan membuatkannya menunjukkan kebolehan yang belum pernah ditunjukkan oleh mana-mana pengurus sebelum ini termasuk the one, Jose Maurinho, iaitu memenangi Champion league.

Pada mulanya, dikhabarkan Pep Guardiola, bekas pengurus Barcelona telah ditawarkan jawatan kerusi paling panas di Chelsea itu. Namun dia telah memutuskan untuk cuti panjang sekurang-kurangnya setahun.


RDM telah menandatangani kontrak selama dua tahun. Sekurang-kurangnya, owner chelsea, Abramovich akhirnya sedar bahawa dia adalah orang yang tepat untuk memimpin Chelsea ke musim baru. Sudah tentu pemilik kelab ini bangga dengan pencapaian luar biasa RDM walaupun dia memimpin chelsea hanya dalam waktu yang singkat.. Good Job RDM.. - Lulu Caldina






.

Artis korea ini kuat makan, tapi tak pandai gemuk


Biarpun dipandang sebagai wanita bertubuh kecil, namun tabiat pemakanan anggota kumpulan SNSD, Yoona tidak sepadan dengan bentuk tubuhnya itu. Yoona cukup dikenali di kalangan rakan-rakannya sebagai wanita yang kuat makan. Malah, gelagatnya itu turut disedari oleh kebanyakan orang yang pernah bekerja dengannya. Menurut sumber, tabiat Yoona yang satu ini menarik perhatian kru produksi semasa mereka sedang menjalankan penggambaran iklan komersial di Pulau Jeju. “Yoona memang dikenali sebagai wanita yang banyak makan.

Semasa penggambaran iklan komersial yang dijalankan di kebun limau tangerin di Pulau Jeju, Yoona tidak berhenti daripada makan limau yang ada di kebun tersebut,” katanya memberitahu tabiat Yoona itu di dalam program Made In yang disiarkan di saluran Chosun pada 9 Jun lalu. Selain menceritakan mengenai tabiat Yoona, program itu turut mendedahkan rahsia kecantikan Yoona di samping berkongsi gaya rambut dan solekan penyanyi ini.




.

Suami pengsan lihat isteri digilis



Seorang suami pengsan selepas melihat mayat isterinya dengan kepala hampir hancur digilis jentolak ketika bertugas di kilang kertas kitar semula di Jalan Bakti, di sini, kelmarin. Mangsa dikenali sebagai Hazizeh, 33, yang juga warga Indonesia itu mati selepas separuh badan dan kepalanya digilis jentolak yang dipandu rakan sekerja, lelaki warga Myanmar. Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, pemandu jentolak berusia 28 tahun yang asyik memunggah kertas tidak menyedari kehadiran mangsa yang berada di sebalik tiang dalam gudang kilang terbabit.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu yang memandu jentolak tidak menyedari mangsa berada di belakangnya. “Hasil siasatan awal mendapati, mangsa ketika itu berada di laluan jentolak mengangkut barang. Kemudian, pemandu jentolak yang asyik mengangkut kertas kitar semula tidak sedar mangsa berada di belakang jentolak.

“Mangsa mati di tempat kejadian dipercayai parah di kepala dan patah tulang pinggul akibat digilis jentolak berkenaan,” katanya. Beliau berkata, polis dimaklumkan berhubung kejadian itu jam 8 malam selepas menerima panggilan daripada penyelia kilang terbabit dan bergegas ke sana. “Apabila sampai, mayat mangsa sudah dialihkan rakan sekerja, manakala pemandu jentolak itu melarikan diri kerana ketakutan,” katanya. Mohamad Shukor berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat dan urusan menghantar mayat ke kampung halaman di Indonesia juga sudah dilakukan.

“Kami minta pemandu jentolak itu membuat laporan di mana-mana balai polis berdekatan dan orang ramai yang mengenali suspek juga boleh melakukan demikian. “Maklumat boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara dengan tampil sendiri atau hubungi talian 03-32902222. “Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian,” katanya. -metro






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!