Friday, June 8, 2012

Blueekkk fesyen apakah awak ni?


MEMUAKKAN! Seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya dengan penampilan yang teramat aneh tertangkap kamera sedang membeli ais krim di sebuah restoran ayam goreng segera saji di Tokyo baru-baru ini. Orang ramai yang melihat kemunculannya terkejut dan hairan melihat penampilannya. Entah apa yang bermain difikiran lelaki ini. Dengan santai dia meneruskan niatnya untuk membeli ais krim.


Namun apabila dia keluar dari restoran itu dia malah mengajak orang yang memerhatikannya berbual-bual santai. Gila! Sangatlah santai kan. Apa akan jadi kalau orang macam ni masuk ke kfc atau Mcd? wah..







.

Manusia yang tidak tidur




Thai Ngoc, yang dikenali sebagai Hai Ngoc, mengatakan dia tidak dapat tidur di malam hari setelah menderita demam pada tahun 1973, dan telah lebih dari 11700 malam yang telah dia lalui tanpa tidur. Tapi katanya, dia tetap sihat dan dapat bertani secara normal seperti yang lain. Ngoc hidup dengan berbudi pada tanah di kaki gunung, sibuk dengan pertanian dan merawat babi dan ayam setiap hari.

Thai Ngoc enggan diperiksa kerana masalah itu, dan bertegas bahawa masalah yang dihadapinya tidak sedikitpun mengganggunya. Aneh, tapi benar berlaku..








.

Penyanyi ini pulih dari tumor otak



Penyanyi Sheryl Crow, mengakui kembali pulih selepas disahkan mengidap tumor otak tahun lalu. Menerusi satu temu bual bersama akhbar Las Vegas Review Journal baru-baru ini, penyanyi lagu All I Wanna Do itu memberitahu, dia berjumpa doktor November lalu selepas terlupa lirik ketika berada di pentas. Crow, 50, berkata, dia sangat bimbang dengan daya ingatannya apabila terlupa lirik lagu sendiri. "Saya tahu ada sesuatu yang tidak kena pada diri saya.  Selepas menjalani imbasan magnetik resonans (MRI), saya diberitahu yang saya menghidap tumor otak,'' ujarnya. Katanya lagi, walaupun masih di peringkat awal dan tidak merisaukan, dia tetap merasa tidak selesa.


Akui ibu tunggal itu lagi, dia juga pernah terlupa baris pertama lagu ketika membuat persembahan di Hard Rock, Las Vegas pada tahun 1990. "Bukan sekadar permulaan lagu, tetapi semua rangkap pertama lagu. Saya ketawa besar dan saya melihat pemain gitar tunduk,'' ujarnya. Bagaimanapun persembahan malam itu berakhir dengan baik. Crow sebelum ini, pernah mendapat rawatan kerana kanser payudara pada tahun 2006 dan menjalani pembedahan dan juga terapi radiasi. - AGENSI






.

Artis ini didakwa memandu mabuk



Aktres Amanda Bynes semalam didakwa di mahkamah kerana memandu dalam keadaan mabuk dan dia segera 'mengemukakan' kes tersebut kepada White House. Bagaimanapun, pelakon berusia 26 tahun itu menerusi tweet kepada kempen Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menafikan perbuatan tersebut. "Saya tidak mabuk, tolong pecat polis yang menahan saya,'' ujarnya. Dalam pertuduhan yang difailkan semalam berkaitan kes pada 6 April lalu, Bynes diarahkan berhenti selepas melanggar sebuah kereta polis di West Hollywood pada pukul 3 pagi ketika cuba membuat satu pusingan ke kanan.


Menurut dokumen mahkamah, aktres itu juga enggan melakukan ujian alkohol semasa ditahan. Jika disabit kesalahan, dia yang pertama kali melakukannya boleh dikenakan hukuman penjara 48 jam, tiga tahun tempoh pengawasan dan perlu mengikuti program rawatan ketagihan alkohol selama sembilan bulan. Lesennya juga mungkin digantung selama setahun. Bynes pernah membintangi filem Easy A, Hairspray dan She's the Man. - AGENSI





.

Lihat, pantai yang sangat unik


Pantai Gulpiyuri di Sepanyol memang berbeza. Pantai ini memiliki pasir seperti pantai umumnya, tapi cuba lihat ke depan, anda tidak akan menemukan laut luas, hanya ada tebing tinggi. Inilah pantai unik tanpa laut. Pantai unik ini terletak di Llanes, sebuah kota kecil di utara Sepanyol, di antara Punta Rociera dan Castro Molina. Pantai Gulpiyuri cukup kecil dengan panjang 40 meter dan lebar 15 meter.


Walau kecil, pantai di Sepanyol ini sangat istimewa kerana setiap pengunjung yang datang tidak akan melihat laut, seperti yang ditulis laman World Tourist Place. Panorama yang tersaji dari pantai hanyalah kumpulan air masin dengan tebing tinggi. Unik bukan? Mungkin anda bertanya, dari mana asalnya air masin di Pantai Gulpiyuri? Air ini berasal dari laut yang berjarak 100 meter dari pantai.

Melalui gua yang berada di bawah tebing, air laut masuk dan mengalir ke arah pantai secara terus menerus. Fenomena alam yang menakjubkan. Sama seperti pantai pada umumnya, air laut di Pantai Gulpiyuri seringkali mengalami pasang. Meskipun seringkali mengalami air pasang, pelancong tidak akan melihat adanya ombak atau gelombang besar di sini. Sangat sesuai untuk pelancong yang ingin menenangkan diri.






.

Berita baik! BR1M bakal diterima buat semua untuk kali kedua



Cadangan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi pusingan kedua telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan itu boleh dilaksanakan sekiranya kerajaan memperoleh peningkatan sumber pendapatan termasuk penambahan jumlah kutipan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). “Semalam kita bincang dalam Kabinet. Datuk Seri Noh (Omar) pun ada. Saya beritahu Perdana Menteri, kalau agak ada duit lebih kita buat sekali lagilah (BR1M). Tidak tahulah, itu pandangan saya tetapi PM senyum sahaja. “Beliau kata apa susah, cari sumber, kita sudah ada sumber tetapi kadang-kadang pendapatan tidak dikutip dan bila Perdana Menteri arahkan LHDN tingkatkan kutipan, tahun lalu dapat tambah hasil RM26 bilion dan tahun ini diarahkan tingkatkan kepada RM30 bilion," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika berucap pada Program Mesra Rakyat sempena Sambutan 100 Tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Tambak Jawa, Jeram di sini hari ini. Hadir sama, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Amiruddin Setro; Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud dan Pengarah Pelajaran Selangor, Abdullah Mad Yunus. Sehingga kini, dianggarkan seramai 4.78 juta orang telah menerima manfaat daripada pengagihan BR1M daripada keseluruhan jumlah peruntukan sebanyak RM2.6 bilion yang diluluskan kerajaan.

Ia termasuk penerima BR1M di Parlimen Kuala Selangor yang mencecah 8,376 orang dengan nilai sebanyak RM4 juta. Muhyiddin berkata, kerajaan mampu menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat dan melaksanakan pembangunan melalui dasar transformasi nasional yang digerakkan oleh pentadbiran Najib. Malah, katanya, bantuan itu diberikan dalam bentuk subsidi mencecah berbilion ringgit setahun, namun tidak disedari rakyat kerana sudah terlalu lama menikmatinya di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN). “Subsidi yang kerajaan tanggung berjumlah RM2 bilion, tuan-tuan tidak tepuk tangan, fasal sudah biasa kerana apa yang BN beri biasanya orang sudah lali, sebab sudah lama sangat tetapi tidak dapat dinilai. Kalau sebelah sana beri RM100, ya Allah cerita gempak seluruh dunia.

“Kita beri RM500, bagi subsidi...(orang kata) biasalah itu tanggungjawab kerajaan, sedangkan tidak semua negara buat begitu. Jiran kita Indonesia, rakyat mereka berarak di jalan raya kerana membantah keputusan kerajaan menaikkan harga minyak," katanya. Pada masa sama, Muhyiddin turut menegur sikap penganjur perhimpunan haram Bersih 3.0 baru-baru ini yang sanggup melakukan demonstrasi ketika negara kekal aman dan makmur. Katanya, demonstrasi itu juga tidak wajar diadakan ketika rakyat menikmati harga komoditi seperti getah dan kelapa sawit yang terus meningkat manakala harga bahan bakar dapat dikawal tanpa berlaku kenaikan.


“Tidak ada rakyat kita yang mati kebuluran tetapi di mana-mana tempat saya pergi ramai yang meninggal dunia kerana sebab terlebih makan. “Macam hari ini, makanan yang disediakan sampai tidak termakan, masya-Allah, inilah ‘Baldatun Taiyyibatun Wa Rabbun Ghafur’ (negara yang baik dan diampuni Tuhan)," katanya. Dalam pada itu, beliau mengingatkan rakyat negeri ini kembali memberikan sokongan kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi memastikan lebih banyak manfaat disalurkan kepada mereka. “Kalaulah ini usaha kerajaan mengapa tidak sokong BN. Kita hendak ingatkan orang Selangor agar kembalikan semula kerajaan kepada BN. “Kita sudah buat banyak perkara semasa mentadbir dan kita akan buat lebih banyak lagi berbanding apa yang dilakukan pembangkang, ini janji kita," tegasnya.





P/S - Baguslah kalau betul. Bagi lebih lagii baik ;)





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!