Wednesday, June 6, 2012

Labah-labah gergasi serang penduduk kampung



Labah-labah gergasi yang menggigit telah menyerang penduduk kampung dan mencetuskan panik apabila muncul di kawasan terpencil di timur laut India, menurut pegawai. Tetapi mereka berkata percubaan penduduk tempatan merawat bengkak yang menyakitkan disebabkan oleh gigitan mungkin lebih berbahaya daripada labah-labah itu sendiri. Dua mangsa yang didgigit telah meninggal dunia di daerah Tinsukia. Pihak berkuasa berkata adalah tidak jelas sama ada mereka mati akibat racun atau rawatan oleh dukun yang membuat torehan dengan pisau cukur sehingga luka untuk mengeluarkan bisa.

Majistret tempatan, Kishore Thakuria berkata mangsa telah dibakar sebelum pembedahan dilakukan. Satu lagi mangsa dengan tujuh kesan gigitan telah dirawat dengan antibiotik untuk melawan jangkitan selepas mereka juga cuba untuk merawat kecederaan, kata Dr.Anil Phapowali di hospital tempatan di bandar Sadiya. Labah-labah berbulu pertama kali dilihat hampir sebulan lalu merentasi dataran berumput daerah Tinsukia dan hutan hutan tebal utara Sungai Brahmaputra. Ahli ekologi Universiti Dibrugarh di Assam, L.R. Saikia, berkata ia mungkin spesies tarantula yang sebelum ini tidak diketahui. "Ia kelihatan seperti satu spesis baru. Kami masih belum dapat mengenal pasti," katanya, Selasa.

Pegawai tidak boleh menggunakan anti-racun dalam merawat mangsa gigitan sehingga spesies dapat dikenalpasti. Sementara itu, orang kampung sentiasa memasang lampu pada waktu malam dan mengawal labah-labah daripada memasuki pondok yang diperbuat daripada lumpur dan daun kelapa mereka. Terdapat kira-kira 100,000 orang kampung, kebanyakannya petani miskin, yang tinggal di kawasan yang terputus daripada jalan-jalan di tepi sungai. Pegawai-pegawai berkata labah-labah ini juga kini muncul di selatan Brahmaputra.





.

Kaktus yang jarang ini ada di Cuba


Baru-baru ini para ilmuwan di Cuba menemukan sejenis kaktus jarang yang eksotik, namun berbahaya, bernama Opuntia stricta. Berdasarkan keterangan Carlos Acevedo, seorang ahli biologi di Center of Coastal Ecosystem Research di Cayo Coco, tanaman ini ditemukan di pantai kepulauan Gulf of Ana Maria di Jardines de la Reina yang terletak di sebelah Selatan provinsi Ciega de Avila. Selama perjalanan di kepulauan tersebut untuk mempelajari karakter flora laut dan darat, para ilmuwan berhasil mengidentifi kaktus yang tumbuh di pantai berpasir tersebut.

Hingga saat ini, Cuba telah mencatat sekitar 322 tanaman invasif yang dianggap membahayakan kelestarian ekosistem asli dan merosak keanekaragaman hayati di sana. Salah satunya adalah kaktus tersebut, yang jika dibiarkan tumbuh dengan cepat maka kemungkinan besar boleh berpengaruh pada kualiti tanah, air, dan pantai.




.

Timun ini unik dan berduri


Bentuk buah ini unik. Bulat lonjong dengan tonjolan kulit mirip duri atau tanduk. Warnanya kuning menyala dan isi buahnya berwarna hijau segar. Rupanya yang unik dan cantik ini masih ditambah rasa yang unik pula. Penampilan buah ini mirip buah tembikai. Ciri khas buah yang berasal dari Afrika ini adalah tanduk atau duri yang ada di beberapa bahagian kulitnya. Mirip buah naga tetapi lebih besar. Umumnya warna kulitnya kuning jingga dengan isi buah berwarna hijau segar. Kerana bentuknya yang unik, kiwano punya berbagai nama julukan, sebut saja African horned cucumber, jelly melon, hedged gourd, juga ada yang menyebut mentimun bertanduk, atau labu lindung.

Di bahagian tenggara Amerika Syarikat, kiwano disebut blowfish fruit kerana bentuknya mirip ikan buntal. Jika dipotong maka akan terlihat isi buah yang berair dan segar. Rasanya seperti campuran antara jeruk, limau nipis, dan timun namun ada sedikit rasa pisang. Teskturnya lunak dan ringan di mulut, dan bijinya halus putih seperti timun dan boleh dimakan. Buah ini selain dimakan begitu saja, dibuat jus atau dipotong sebagai hiasan kek dan dessert. Buah yang disebut 'Gakachika' di Zwimbawe ini dapat tumbuh secara semulajadi di ladang.





.

Kenapa saya pilih Chelsea?



Eden Hazard mengakui membuat keputusan menyertai Chelsea sebaik sahaja pasukan itu menewaskan Bayern Munich dalam final Liga Juara-Juara bulan lepas. Terdahulu, bekas pemain Lille itu sah menandatangani kontrak bernilai £32 juta (RM155.3 juta) di Stamford Bridge semalam meskipun terlebih dahulu dikaitkan dengan Manchester City dan Manchester United. Perancang Belgium itu memberitahu, dia yakin membuat keputusan yang tepat selepas tertarik dengan semangat luar biasa yang ditunjukkan pemain The Blues semasa menewaskan Bayern. "Chelsea memiliki pemain yang berpengalaman beraksi di bawah tekanan.


"Selepas menyaksikan mereka mendakap trofi Liga Juara-Juara, saya bertanya kepada diri sendiri mengapa saya tidak menjadi sebahagian daripada mereka. "Sebab itu, saya tahu saya telah membuat keputusan yang betul bagi menyertai Chelsea," katanya. Malah, Hazard juga mengakui mendapatkan nasihat bekas pemain Chelsea, Joe Cole yang pernah dipinjamkan ke Lille dari Liverpool musim lepas. "Saya pernah berbincang dengan Joe Cole dan dia memberitahu saya Chelsea adalah kelab yang sesuai buat saya. "Bagi saya, menyarung jersi Chelsea bagaikan mimpi menjadi kenyataan dan tidak sabar untuk beraksi bersama mereka musim depan," katanya. - AFP






.

Iphone dan ipad digoreng untuk dijadikan makanan. Goreng pun sodap..


Jurugambar profesional Henry Hargreaves mencipta karya seni yang unik dari beberapa gadget.Dia mengatakan, dimasa depan, gadget akan dijual murah dan akan jadi produk sekali pakai. Jadi,daripada dibuang ke tong sampah apa salahnya jika gadget tersebut "digoreng"....muehehe..


Henry menyebut karya fotonya ini dengan stylish food in future...atau makanan moden dimasa depan. Tapi terfikirkah kita, ketika pertama kali melihat makanan ini, bagaimana cara memakannya. Namun menurut Henry, foto makanan ini hanya sebagai contoh.


Dimasa akan datang, kemungkinan produk-produk gadget akan dibuat dari bahan yang mesra pengguna dan boleh jadi juga bahan pembuat gadget boleh diolah menjadi makanan....





.

Mati dalam keadaan ngeri di bilik air


Seorang wanita Jepun, dikatakan kakitangan Kedutaan Jepun di Jakarta, ditemui mati di rumahnya di Pulogadung, Jakarta Timur. Mangsa dikenali sebagai Setsuko Iwata, 65, ditemui oleh jirannya di bilik air, kira-kira jam 5.30 petang dalam “keadaan teruk” dengan kakinya diikat di rel langsir mandi dan mulutnya ditutup pita pelekat. Mayatnya dibawa ke Hospital Cipto Mangunkusumo untuk bedah siasat. Pihak polis yang masih menyiasat kes itu berkata, kemungkinan besar Setsuko dibunuh. Setsuko tinggal sendirian.

Dia berkahwin dengan lelaki Bali, Made Oka yang meninggal dunia beberapa tahun lalu. Pasangan itu mempunyai seorang anak, Odiana, yang tinggal di Surakarta, Jawa Tengah. Kedutaan Jepun di Jakarta belum mengesahkan sama ada Setsuko adalah kakitangan mereka. - Tribunnews.com





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!