Friday, June 1, 2012

Kenali Emelie Nereng, blogger yang cantik!



Cantiknya blogger yang berasal dari Norway. Namanya Emilie Nereng, namun dia dikenali dengan nama Voe. Dialah blogger popular dari Norway yang cantik dan peramah.


Didalam blognya banyak berisi foto cantik dan kegiatan hariannya namun sayangnya dalam bahasa Norway.
Jom tengok blog si cantik manis ni..Kalau tak faham bahasanya, tengok gambar pun jadilah kan..ngee...
 http://www.voeblogg.no/





.

Toyota Camry 2012 dan Toyota 86 kini dipasaran


UMW Toyota Motor sebentar tadi melancarkan dua model terbaru Toyota Camry dan Toyota 86 pada majlis di Litar Antarabangsa Sepang. Model Camry dijual dalam tiga varian iaitu 2.5V, 2.0G dan 2.0E. Harga bermula dari RM149,000 seunit.

Bagi model Toyota 86 pula didatangkan dalam dua varian iaitu transmisi manual pada harga RM243,000 manakala automatik pada harga RM249,000. Pelancaran kereta itu disempurnakan Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Ismet Suki.




.

Gempar dan terkini : Zhang Ziyi sudah meninggal?


Pelakon china ini sedang heboh dikaitkan dengan skandal seks bersama seorang ahli politik,dan sedang disiasat pihak berkuasa China berhubung dakwaan hubungan ranjang dengan Bo Xilai, 63, ketua Parti Komunis cawangan Chongqing yang disingkirkan Mac lalu dan disiasat atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa. Kes Bo mencetuskan skandal politik terbesar China sejak bertahun lalu. Laporan itu menuduh bintang berusia 32 tahun yang pernah membintangi filem Crouching Tiger, Hidden Dragon dan Memoirs of a Geisha mengadakan hubungan seks dengan Bo.

Namun, dikhabarkan pelakon itu telah meninggal dunia hari ni, 1 jun pada usia 33 tahun. Berita yang mengejutkan ini dikhabarkan oleh sebuah laman web dari luar negara. Memang mengejutkan. Namun rasanya, berita ini tidak benar kerana, berita kematian artis ini tidak dikhabarkan dimana-mana laman web lainnya...




P/S - Sumber





.

Majlis kesyukuran bertukar tahlil


Majlis kenduri arwah dan kesyukuran yang dirancang seorang pekerja kilang di rumah keluarganya malam tadi, bertukar menjadi majlis tahlil kematiannya selepas maut dalam kemalangan di Kilometer 230.5, Lebuh Raya Utara-Selatan, berdekatan Padang Rengas, dekat sini, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi, Masitah Ahmad Raduzan, 29, dari Taman Klebang Jaya, Chemor, dekat Ipoh maut selepas kereta dipandu seorang rakan lelakinya tidak dapat dikawal lalu melanggar tepi lori di laluan sama.

Kejadian itu menyebabkan Masitah maut di tempat kejadian, manakala rakan lelakinya yang belum diperoleh identitinya parah. Ibu Masitah, Izan Yaakub, 52, berkata anaknya malam kelmarin memaklumkan akan pulang ke rumah, tetapi hajatnya tidak kesampaian apabila kemalangan menimpanya. “Ketika menghubungi saya, dia dengan riang maklumkan akan cuti tiga hari dan mahu pulang untuk menghadiri majlis bacaan Yassin dan tahlil untuk arwah keluarga termasuk sepupunya yang meninggal dunia kira-kira sebulan lalu.


“Ia juga majlis kesyukuran atas kejayaan adik bekerja di Tenaga Nasional Berhad dan memasuki pusat pengajian tinggi di Melaka, tetapi rupa-rupanya hanya jenazah arwah dibawa pulang,” katanya dengan nada sedih ketika ditemui di Hospital Taiping, semalam. Izan berkata, beliau terkejut ketika menerima berita kejadian malang itu pada jam 7 pagi, tetapi reda dengan pemergian anak perempuan tunggalnya yang bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang itu. “Anak saya tidak menunjukkan sebarang perubahan kecuali menyatakan terlalu teringin untuk pulang bersama keluarga,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, pemandu kereta terbabit dimasukkan ke Hospital Kuala Kangsar.




.

Pelesit atas siling



Seorang tukang kayu yang sedang membaik pulih siling asrama sebuah sekolah di sini, terkejut apabila ternampak satu lembaga di atas siling. Dia yang tidak mahu dikenali berkata, dia segera merakamkan imej lembaga itu yang ketika itu berdiri dan memerhatikannya. Dia kemudiannya memaklumkan kepada Sinar Harian berkenaan kejadian terbabit. Menurutnya, ketika gambar itu diambil, lembaga misteri berukuran 15 sentimeter tinggi itu seakan-akan sedang bergayut.

“Apabila imejnya sekali lagi cuba dirakamkan ia terbang dan hilang,” katanya. Imej itu kemudiannya ditunjukkan kepada seorang pengamal perubatan tradisional. Pengamal perubatan itu berkata, lembaga itu adalah pelesit yang tinggal di atas bumbung asrama terbabit. Menurutnya, pelesit digunakan sebagai alat perantaraan dan boleh dijadikan orang suruhan serta sering digunakan oleh pengamal perubatan yang mengamalkan ilmu sihir. “Pelesit ini mempunyai keluarganya sendiri.

Kadang-kadang ia bertiga dan adakalanya ia hidup berlima. “Pelesit juga mempunyai ibu bapa seperti kita. Mereka ini akan menjadi orang suruhan atau orang perantaraan bagi mana-mana pengamal ilmu sihir,” katanya. Menurutnya, ia juga boleh mengakibatkan seseorang hilang ingatan seperti terkena histeria. “Secara umum, pelesit bukanlah satu makhluk yang baik dan boleh dijadikan pendamping. Makhluk seperti ini mampu menyesatkan akidah orang ramai,” katanya. -Sinar




.

Sedihnya.. Anak sendiri tak mengaku ayah


Seorang lelaki berusia 40-an tergamak menghantar bapa kandungnya berusia 70 tahun yang diserang angin ahmar ke Pusat Jagaan Nur Ehsan, Kempas, di sini, dan enggan mengaku dia anak warga emas itu, sebaliknya mendakwa dia hanya jiran yang prihatin terhadap nasib lelaki tua berkenaan. Bagaimanapun, tembelang lelaki terbabit yang juga jurutera di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini terbongkar apabila pengurusan pusat jagaan berkenaan membuat semakan dengan beberapa pihak.

Ketika mendedahkan perkara itu, Pengurus Pusat Jagaan Nur Ehsan, Norijah Bidin berkata, jurutera terbabit yang juga anak tunggal warga emas berkenaan menghubungi pihaknya dan bertanya mengenai kemudahan di pusat itu bermula bulan lalu. “Lelaki terbabit mengaku jiran warga emas berkenaan dan dalam perbualan telefon, dia menyatakan simpati terhadap nasib lelaki tua itu.“Lelaki itu turut mendakwa warga emas berkenaan hidup sebatang kara, justeru, dia berhasrat menghantarnya ke pusat jagaan kami.


“Pada masa sama, warga emas itu juga mengalami kesulitan untuk berkomunikasi selain nyanyuk dan gagal memberikan maklumat berkaitan warisnya,” katanya di sini, semalam. -metro






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!