Thursday, May 31, 2012

So Sweet! Pasangan ini memakai baju yang sama setiap hari


Jika anda menggunakan pakaian yang serasi hanya sebagai simbol seketika, maka mungkin ada baiknya anda belajar dari pasangan ini. Boleh percaya atau tidak, Mel Schwanke dan Joey Schwanke membuktikan bahawa mengenakan pakaian yang serasi seharusnya terus dipertahankan sehingga usia tua.


Tinggal di Nebraska, Amerika Syarikat, Mel dan Joey telah menghabiskan kebersamaan mereka dalam jalinan perkahwinan selama 65 tahun. Dan selama lebih dari setengah usia perkahwinan mereka, kedua pasangan ini selalu mengenakan pakaian yang serasi setiap hari.


Joey menambah, tidak ada rahsia khusus yang membuat mereka terus serasi. Namun rasa saling hormat dan saling mengisi menjadi kunci sukses keharmonian rumah tangga mereka.

Jessica Simpson memperkenalkan bayinya Maxwell kepada dunia


Dia melahirkan anak pertama hampir sebulan yang lalu tetapi telah tegas menolak untuk berkongsi gambar bayi perempuannya kepada peminat. Tetapi sekarang Jessica Simpson telah membenarkan majalah people menerbitkan gambar anaknya  Maxwell Drew Johnson di muka depan majalah itu.

Dalam gambar itu, Jessica kelihatan berseri-seri dengan bangga kerana dia memberitahu penerbitan bahawa bayi kecil itu, anak pertama dengan tunangnya Eric Johnson, telah mengubah hidupnya.


Dia berkata: "Kehidupan saya telah berubah. Dari bagaimana saya tidur dengan apa yang saya fikir, Maxwell telah mengambil alih segalanya! '






.

Elton John sakit


Penyanyi terkenal, Elton John, terpaksa berehat panjang setelah menghidap jangkitan kuman di saluran pernafasannya. Kejadian mengejut ini telah menyebabkan penyanyi yang popular dengan lagu ‘Candle in the Wind’ ini terpaksa membatalkan segala kegiatan nyanyiannya dalam masa yang terdekat. “Atas arahan doktor, saya terpaksa membatalkan empat konsert yang akan berlangsung di Los Angeles.

“Walaupun berat untuk membatalkan konsert itu, saya terpaksa akur dan memohon maaf kepada semua peminat kerana tidak dapat menghiburkan mereka,” katanya.






.

Anak patung beruang kegilaan artis ini


Pelakon Mila Kunis mempunyai tabiat yang luar biasa. Walaupun sudah dewasa, namun kekasih Ashton Kutcher ini masih belum berenggang dengan koleksi anak patungnya. Menurut Mila, dia sangat menyayangi anak patung beruang yang dimiliki sejak berusia sembilan tahun. "Saya sangat sayangkannya dan saya mahu ia sentiasa berada di sisi saya.


"Malah saya juga tidak segan silu untuk membawanya ke mana saja," kata Mila. Bagaimanapun, pelakon jelita ini masih belum bersedia mendedahkan anak patung beruang kesayangannya itu kepada khalayak. Sebaliknya, dia lebih gemar menyimpannya sendiri. "Mungkin suatu hari nanti saya akan berkongsi ia dengan dunia, tetapi hari ini ia milik saya sahaja," ujarnya.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!