Monday, May 28, 2012

Shah Rukh Khan mabuk?


Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan memohon maaf di atas kelakuannya pada perlawanan final kriket di Mumbai apabila beliau cuba memasuki padang selepas tamat permainan. Pelakon itu yang merupakan pemilik bersama pasukan Kolkata Knight Riders yang memenangi perlawanan final pada Ahad lalu mahu membawa sekumpulan kanak-kanak termasuk anak perempuannya ke luar padang Stadium Wankhede sejurus perlawanan tamat pada 16 Mei lalu.

Apabila pengawal keselamatan menghalang mereka, Khan bertengkar dengan beberapa pegawai dalam tempoh 10 hingga 15 minit sebelum akur dengan arahan tersebut. Khan, 46, yang menafikan beliau mabuk tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke stadium tersebut selama lima tahun.


"Saya mahu meminta maaf kepada kanak-kanak di atas kelakuan buruk saya tempoh hari. Saya sepatutnya memberikan contoh terbaik kepada mereka," katanya.





.

Hukuman Paling Sadis Di Dunia


Kekejaman terhadap penjahat yang dilakukan awam di China selama masa Dinasti Qing atau dikenali sebagai Dinasti Manchu (1644-1912). Tidak dijelaskan bila foto itu dibuat dan di mana lokasinya, dan inilah hukuman terberat bagi penjahat. Pada tajuk foto dituliskan “Kematian Kerana Ribuan Potongan”.hukuman ini namanya LING CHI, iaitu dijatuhkan dengan cara dipotong satu persatu organ tubuh, agar si pesalah mati dalam penderitaan.

Biasanya pelaksanaan hukuman berlangsung selama 3 hari. Namun selalunya dalam beberapa jam si pesalah sudah mati. Seseorang hanya dijatuhkan hukuman ini jika dia melakukan kejahatan yang amat besar, contoh untuk kes diatas adalah foto tersebut diambil ketika hukuman keatas seorang pembunuh keluarga diraja.





.

Derma organ di Facebook popular


Pesakit yang memerlukan pemindahan organ kini didapati lebih gemar menggunakan laman sosial bagi merayu penderma yang bersesuaian dan usaha itu dilihat hampir mencapai matlamatnya. Pasukan penyelidik dari Pusat Perubatan Universiti Loyola, di sini mendapati, hampir 100 halaman Facebook dibangunkan bagi mencari penderma buah pinggang untuk pesakit berumur antara dua hingga 69 tahun. Ketua Penyelidik, Dr. Alexander Chang berkata, penggunaan media sosial menjadi jalan yang efektif bagi merayu pendermaan buah pinggang, namun kajian terperinci perlu dilakukan bagi menentukan bagaimana ia boleh dilakukan dengan lebih selamat.

Menurutnya, satu daripada lapan halaman yang dibangunkan berjaya membantu pesakit menemui penderma yang bersesuaian, manakala hampir satu pertiga (30 peratus) berkata, penderma berpotensi turut menyatakan kesudian seandainya organ mereka bersesuaian. Tambah beliau lagi, sebanyak 37 peratus halaman dibangunkan oleh pesakit sendiri, 31 peratus oleh anak-anak mereka dan 32 peratus oleh ahli keluarga atau rakan-rakan. Sesetengah halaman hanya sekadar meminta penderma tanpa menyatakan maklumat lanjut, namun ada juga yang menyediakan maklumat terperinci mengenai pesakit termasuk sejarah perubatan, gambar keluarga dan kisah yang menyentuh emosi.

Jeff Kurze dari Michigan, menderita kegagalan buah pinggang berikutan serangan strok pada 2010 dan doktor menyatakan proses menunggu memakan masa hingga lima tahun. Isterinya, Roxy kemudian menggunakan Facebook bagi merayu penderma yang bersesuaian dan rayuan itu menarik minat seorang penderma lelaki yang tidak dikenali. Setelah pemeriksaan dijalankan, organ tersebut didapati bersesuaian dengan Kurze dan dia selamat menjalani pembedahan. Penyelidik juga mendapati, tiga peratus daripada halaman tersebut menerima tawaran bagi penjualan organ yang biasanya datang daripada penduduk negara dunia ketiga dengan bayaran antara sehingga AS$40,000 (RM120,000). Bagaimanapun, penjualan organ salah di sisi undang-undang. - AGENSI





.

Berkahwin di kubur agar ibu bapa mereka turut 'hadir' memeriahkan majlis


Beberapa orang di Minnesota telah menyelesaikan masalah cara untuk memasukkan setiap ahli keluarga dan rakan pada hari perkahwinan mereka walaupun mereka sudah meninggal dunia. Diane Waller dan Kjarland Randy bertukar-tukar ikrar di hadapan kubur ibu bapa mereka pada hari Sabtu. Kira-kira 60 tetamu yang masih 'hidup' juga menghadiri upacara tersebut. 'Sesetengah orang berfikir ia adalah jenaka, tetapi ia sebenarnya akan menjadi satu pernghormatan mengapa kita berada di situ,'

Encik Kjarland memberitahu Austin Daily Herald. 'Orang lain, apabila mereka mendengar cerita kami, telah menangis,' katanya. Pasangan itu berkata mereka mendapat idea untuk tempat perkahwinan asal mereka kerana ibu bapa mereka sentiasa merestui mereka - sejak mereka mula-mula bersama-sama sebagai kekasih ketika masih remaja. Selepas seketika berpisah, kedua-dua pasangan itu berkahwin, tetapi 35 tahun mereka bercerai. Mereka bertemu semula dan jatuh cinta. 'Saya melihat dia,' kata Cik Waller. 'Saya jumpa  salah satu daripada adiknya di Facebook, mendapat nombor telefonnya dan menghubunginya.'


'Ibu kami akan menjadi terlalu gembira.', katanya. Encik Kjarland pergi ke tanah perkuburan untuk meminta 'kebenaran' ibu bapanya yang telah mati. Anak Cik Waller, Andre, juga mengambil bahagian dalam upacara itu. Pasangan itu, yang tidak pernah mendengar sesiapa yang mempunyai perkahwinan di perkuburan sebelum itu, meminta tetamu untuk meletakkan bunga ros merah di kubur ibu bapa mereka sebagai sebahagian daripada sambutan tersebut.





.

Ini kisah Heart Evangelista yang baru putus cinta


Rona suram yang pernah mendakap diri Heart Evangelista selepas percintaan hampir dua tahun dengan aktor dan model popular Filipina, Daniel Matsunaga terlerai pada pertengahan April lalu mula beransur pergi. Ceria dan sarat inspirasi ketika muncul di khalayak baru-baru ini, Heart, 27, bagaikan tidak terkesan dengan perpisahan yang mendapat sorotan meluas daripada media massa di negara kelahirannya. Mengakui kehidupan peribadinya semakin tenang, perpisahan itu bagaikan membawa rahmat apabila drama lakonannya melonjak malah dirinya dihujani pelbagai tawaran mengujakan. Selepas Legacy, aktres kelahiran Makati, Filipina yang dibesarkan di Foster City, California, Amerika Syarikat ini mampu tersenyum apabila drama berantai, Luna Blanca pula menemui penonton.

“Saya mendapat inspirasi daripada kerjaya ini. Satu demi satu drama yang dibintangi mencatat kejayaan dan ia akan disusuli dengan dua filem serta tawaran iklan. “Saya baik-baik saja, malah gembira dengan apa yang dilalui hari ini. Saya masih berusaha melupakan semua kenangan lalu. Sudah tentu saya masih berduka kerana lumrah perpisahan, selalu diiringi kesedihan,” kata gadis berdarah campuran Filipina-Cina yang menembusi dunia lakonan pada 2000. Keceriaan bekas kekasih kepada aktor popular, Jericho Rosales itu turut dikaitkan dengan keakrabannya bersama gandingannya dalam Legacy, Sid Lucero. “Kami cuma kawan baik. Agak melucukan apabila berlakon bersama dan sering dilihat berdua terus ada yang mengaitkan kami sedang menjalin cinta.

“Dari sudut lain, gosip itu memberi petanda positif kerjasama kami berdua meninggalkan impak kepada mereka yang menonton,” katanya. Tidak menafikan pernah keluar bersama, namun kata Heart, ia tidak seharusnya dijadikan isu kerana pertemuannya dengan Sid turut disertai barisan pelakon Legacy yang lain. “Saya bersama Sid hampir setiap masa, bukan berdua sebaliknya secara berkumpulan. Hubungan kami semua sangat rapat, jadi tiada salahnya kami keluar bersama. “Tidak, saya dan Sid tidak punya hubungan istimewa. Memang saya ada keluar dengan orang lain tetapi sekadar makan malam bersama, belum lagi ke tahap menjalin percintaan. “Apabila kembali bersendirian, saya teruja untuk keluar dan mencari apa lagi yang menanti di luar sana.

Tunggulah apabila tiba masanya nanti,” katanya. Heart pada 12 April lalu mengumumkan perpisahannya dengan model dan aktor berdarah campuran Jepun-Brazil yang dikenalinya ketika mereka berlakon bersama dalam siri, Langit Sa Piling Mo pada September 2010. Tahun lalu, Heart terbang ke Brazil untuk bertemu keluarga Daniel namun kebahagiaan yang diharapkan tidak berkekalan dan menerusi Twitter, mereka meleraikan teka-teki yang sebelum ini sering dibangkitkan. “Orang sering berfikir, perkara paling menyakitkan untuk ditempuhi apabila kehilangan cinta tetapi hakikatnya, lebih parah apabila kita tidak menemui diri sendiri. “Putus cinta bukan bermakna seseorang itu jahat atau perasaan sayang sudah hilang tetapi ia berlaku kerana kami berbeza. Sendirian mematangkan saya,” katanya. Awalnya cuba menyembunyikan punca perpisahan mereka, Heart akhirnya bersuara dengan mengatakan perbezaan dari segi didikan dan budaya membuatkan dia dan Daniel memilih haluan sendiri.

“Dulu seseorang pernah memberitahu saya mengenai perkara ini dan ternyata, apa yang dikatakannya itu benar. Kami dibesarkan dalam dua dunia berbeza. “Kelainan budaya juga membuatkan kami sering bertekak mengenai perkara kecil. Sedikit sebanyak apabila dikumpulkan ia menjadi sesuatu yang besar. “Tetapi itu bukan bermakna perpisahan kami berakhir dengan permusuhan. Perkara itu tidak pernah berlaku. Saya akur menerima ketentuan ini kerana sudah punya pengalaman putus cinta,” katanya. Sebelum berita perpisahan mereka tersebar, Heart mempertahankan bekas kekasihnya yang dikatakan pulang ke Brazil selepas menerima ugutan bunuh.

Heart bagaimanapun menafikannya, malah menyatakan kepulangan Daniel ke Brazil adalah untuk menjalani satu pembedahan yang tidak dinyatakan. “Orang selalu berkata, kita tidak akan menghargai sesuatu sehingga ia pergi. Hakikatnya, kita tahu apa yang kita miliki kerana sering memikirkan ia tidak mungkin hilang. “Percintaan itu seperti serpihan kaca, ada ketikanya lebih baik meninggalkannya berderai daripada melukakan diri sendiri ketika kita cuba mencantumnya kembali,” katanya.


Kekecewaan Daniel Matsunaga 


Sedikit emosi apabila persoalan mengenai perpisahan mereka diajukan, Daniel menegaskan, komunikasi antara mereka mula dingin apabila berdepan kesukaran untuk menghubungi Heart ketika dia bercuti sebulan di Brazil. “Barangkali jarak menjadi penyumbang antara faktor utama perpisahan kami. Kami tidak pernah menyangka ia akan berakhir begini, namun terlalu banyak yang menyelubungi dalam hubungan ini. “Terlalu banyak masalah hingga perkara kecil pun sering mengundang perbalahan. Memang lumrah dalam perhubungan jika sering bertentangan pendapat.

“Masalah kami cuma kecil, tiada sebab ia menjadi besar hingga mengundang kepada perpisahan. Terlalu banyak tekanan dan akhirnya kami terpaksa menerima kenyataan pahit ini,” kata Daniel menyanggah pendapat segelintir tabloid yang menyatakan mereka berpisah kerana dia tidak tahan dengan leteran Heart. Mengakui berdepan tekanan hebat pada permulaan detik perpisahan mereka hingga mengundang khabar angin Daniel sanggup mengunci diri dan jarang menjamah makanan kerana terlalu kecewa. Tidak menolak malah tidak juga mengiyakan, Daniel berkata, pada saat getir itu dia bertuah kerana mendapat sokongan daripada orang tua dan keluarga yang memahami situasi dirinya.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!