Monday, May 14, 2012

Fasha Sanda memang pantas. Tahniah, sah hamil 2 minggu..


Menurut media hiburan, Fasha Sandha yang baru pulang dari berbulan madu disahkan hamil dua minggu.. Memang pantas, dan tahniah diucapkan.. Berita gembira ini disahkan oleh pengurus Fasha, Nik Yasmin.

"Akibat lewat datang bulan, Fasha telah melakukan pemeriksaan dan doktor mengesahkan bahawa Fasha kini hamil dua minggu. Doktor juga menasihati Fasha agar tidak melakukan kerja-kerja berat," ujarnya dalam nada gembira.

Semoga Fasha dan kandungannya dalam keadaan yang baik sehingga selamat melahirkan.. 





.

Lihat!! Kad Jemputan Kahwin Nurul Wahab


Penyanyi Nurul Wahab, 35, mula mengedarkan kad undangan perkahwinannya bermula Isnin untuk majlis yang akan berlangsung pada 6 Jun depan di Duchess Place, Jalan Ampang, dekat sini. Majlis tersebut akan diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat termasuklah pihak media dengan jumlah tetamu yang terhad. Nurul dan bakal suaminya, Eric Daniel Depp, 47, seorang warganegara Perancis akan melalui upacara akad nikah kira-kira pukul 11 pagi dan bersanding selepas majlis tersebut diikuti dengan jamuan makan tengah hari.

mStar Online turut menerima kad jemputan perkahwinan berkenaan yang berwarna hijau pada pagi Isnin dan dihantar sendiri oleh Nurul. Walaupun kad berwarna hijau lembut tersebut kelihatan sederhana, ia cukup melambangkan kasih sayang dan gelora cinta mereka yang disimpul utuh. "Memandangkan tetamu jemputan saya tidaklah terlalu ramai, jadi saya mengambil keputusan untuk menghantar sendiri kad tersebut kerana mereka yang dijemput itu merupakan orang penting dan rapat dalam hidup saya. "Bagaimanapun, ada juga beberapa kad yang dihantar oleh pengurus saya sendiri, maklumlah, macam-macam perkara yang nak dibuat sebelum hari perkahwinan kami," katanya.


Tambah Nurul, dia berharap tetamu yang dijemput itu dapat memberi maklum balas dengan segera dan jika tidak, mereka dikira tidak hadir. Antara selebriti yang telah mengesahkan untuk menghadiri majlis berkenaan ialah Ning Baizura, Amy Mastura, Misha Omar serta beberapa tetamu VIP yang enggan didedahkan nama mereka. Dalam perkembangan sama, Nurul memberitahu sebanyak enam individu telah sudi untuk menaja perkahwinannya nanti iaitu Rizman Ruzaini, Bon Zainal, Jakel, Zaha Weeding Planner, Deqsha dan Duchess Place.

Bagaimanapun dia tidak akan mengadakan sebarang majlis resepsi sebaliknya keluarga pihak lelaki akan meraikan perkahwinan mereka dalam sebuah majlis di Bali, Indonesia pada 14 Jun depan. Nurul dan Eric mula berkenalan pada September 2010 dan mula serius pada Januari 2011.-Mstar




.

Apple dan kontroversinya


Generasi terbaru iPhone keluaran Apple yang dijangka menggunakan nama komersial iPhone 5 mungkin berhadapan masalah penjenamaan. Ia kerana nama iPhone 5 telah digunakan oleh sebuah laman web, iphone5.com yang didaftarkan pada Februari 2008 di Australia dan kini memaparkan iklan-iklan membabitkan telefon pintar dan mesej-mesej berkaitan iPhone. Justeru, Apple baru-baru ini memfailkan aduan kepada Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang melindungi hak berkaitan harta intelek.

Namun, tindakan itu mendapat bantahan pengguna laman web berkenaan yang menggesa semua pengunjung iphone5.com supaya menghalang pengambilan alih nama berkenaan daripada Apple dalam satu pautan, hari ini. Bantahan pengguna laman web itu, bagaimanapun bukan masalah baru bagi Apple kerana syarikat itu pernah menghadapi situasi sama dan memenangi semua kes membabitkan tuntutan mengenai penjenamaan iPhone.

Pada penghujung 2011, Apple memenangi tuntutan ke atas penggunaan nama iphone4s.com dan turut memenangi hak ke atas laman web, iPods.com. Sementara itu, bantahan pengguna laman web iphone5.com langsung tidak diendahkan pemilik blog dan peminat Apple yang terus menggelarkan versi terbaru syarikat itu dengan iPhone 5 walaupun tiada nama rasmi yang telah diumumkan setakat ini untuk gajet tersebut. Khabar angin sebelum ini mengandaikan versi terbaru Apple akan menampilkan skrin yang lebih besar dan dibuat daripada bahan futuristik yang dikenali sebagai LiquidMetal. - AGENSI




.

Lionel Messi memang seorang yang dermawan


Bintang bola sepak FC Barcelona kelahiran Argentina, Lionel Messi, 24, bukan saja terkenal dengan kehebatan di atas padang dan kekayaan yang dimilikinya, malah beliau juga dikenali sebagai seorang yang dermawan. Terbaru, Messi dilaporkan mengambil keputusan untuk membiayai rawatan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang menghidap sejenis penyakit dikenali Growth Hormone Deficiency (GHD) atau Sindrom Kurang Hormon Pembesaran, sejenis penyakit jarang ditemui yang melambatkan pertumbuhan tulang.

Laman web sukan Goal.com melaporkan kanak-kanak berkenaan, Waleed Kashahs yang berasal dari Maghribi, mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pemain bola sepak tetapi perbelanjaan untuk merawat penyakit yang dialaminya terlalu mahal. Bagaimanapun, Waleed bernasib baik apabila seorang wanita di negaranya, Soad al-Affani, menghantar pesanan kepada Messi dan menceritakan keadaan kanak-kanak itu.

“Messi yang menerima pesanan itu segera bersetuju untuk membiayai rawatan Waleed sehingga kanak-kanak itu berusia 18 tahun. Beliau akan mengirim wang sebanyak 208 euro (RM825) setiap dua minggu selama enam tahun bagi membolehkan Waleed menerima rawatan terbaik,” lapor laman web itu. Messi juga dilaporkan mengambil gambarnya sendiri sambil memegang baju T kepunyaan Waleed dan menulis mesej untuknya agar sentiasa tabah.

Goal menyatakan, Messi amat tersentuh selepas mengetahui mengenai keadaan Waleed berikutan beliau sendiri pernah menghidap penyakit serupa ketika kecil dan menghadapi kesukaran mencari dana untuk membiayai perbelanjaan rawatannya. Pada 2007 Messi menubuhkan Yayasan Leo Messi, sebuah badan amal yang membantu membiayai pendidikan dan penjagaan kanak-kanak miskin. Yayasan itu menawarkan bantuan dan perbelanjaan percuma kepada kanak-kanak Argentina untuk menjalani rawatan perubatan di Sepanyol. – Agensi




.

Kareena Kapoor bakal berkahwin?


Hubungan cinta pasangan selebriti Bollywood ini bukan lagi rahsia. Umum mengetahui cinta antara aktres terkenal Kareena Kapoor dan aktor Saif Ali Khan. Berita perkahwinan mereka mendapat perhatian meluas di Internet sejak akhir-akhir ini, tetapi kedua-dua mereka sama ada Saif, mahupun Kareena, lebih selesa untuk mendiamkan diri.

Namun, ibu Saif, Sharmila Tagore baru-baru ini mengumumkan kepada Bollywood Mantra, anaknya bakal mengakhiri zaman duda pada musim panas ini. Sharmila juga mengakui anaknya beruntung dipertemukan dengan Kareena kerana dia bukan sahaja pasangan yang sesuai buat Saif tetapi juga mereka saling melengkapi. Menurutnya, tarikh perakhwinan mereka belum diputuskan kerana Kareena kini sibuk menjalani penggambaran untuk filem Heroine.

Sebelum ini, Saif pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Amrita Singh dari 1991 hingga 2004 dan memiliki dua cahaya mata. - AGENSI





.

Hadiah ''istimewa' di hari ibu?

Sambutan Hari Ibu tidak bermakna buat seorang wanita apabila dia dihadiahkan satu tumbukan di muka oleh anak lelakinya dalam kejadian malam kelmarin. ‘Hadiah’ daripada anak berusia 20 tahun itu menyebabkan ibu berusia 49 tahun terbabit terpaksa menanggung kesakitan apabila lebam di bahagian kanan mukanya, selain bengkak pada bahagian kiri lengan selepas dibaling dengan topi keledar.

Kejadian menimpa ibu malang itu berlaku apabila anak lelakinya meminta wang RM40 ketika berada di rumahnya di Kampung Titian Berayun, di sini, jam 10.30 malam. Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan bersendirian di rumahnya sebelum anaknya itu pulang dan meminta wang berkenaan.

Bagi mengelakkan anaknya melakukan perkara tidak diingini, mangsa tidak berfikir panjang apabila memberikan anak lelakinya wang yang diminta.






.

Juara Liga Perdana Inggeris


Manchester City muncul juara Liga Perdana Inggeris semalam dalam perlawanan terakhir musim 2012 yang penuh dramatik. City meledakkan dua gol dalam masa kecederaan ketika bangkit mengalahkan Queens Park Rangers 3-2, sekali gus menjulang gelaran liga buat pertama kali dalam tempoh 44 tahun. Manchester United yang turut melakar kemenangan 1-0 di Sunderland bagi menamatkan saingan dengan pungutan mata yang sama tetapi dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

Edin Dzeko dan Sergio Aguero muncul wira City, apabila meledak gol pada masa tambahan bagi membantu pasukan mereka meraikan kejayaan di Eastlands. "Menang seperti ini, ia cukup luar biasa. Saya tidak pernah menyaksikan perlawanan terakhir sebegini rupa. Selepas 44 tahun, saya dedikasi kemenangan ini kepada semua penyokong setia kami," kata jurulatih City, Roberto Mancini.


Arsenal pula menamatkan saingan pada tangga ketiga selepas mengetepikan West Bromwich Albion 3-2, sementara pasukan yang berada dalam zon penyingkiran, Bolton Wanderers menjadi kelab terakhir jatuh ke divisyen dua selepas sekadar seri 2-2 dengan Stoke City. Tottenham Hotspur pula mengalahkan Fulham 2-0 dan kekal berada di tempat keempat dalam carta liga yang sekali gus menjamin tempat mereka ke Liga Juara-Juara. - AFP





 P/S - Kalau chelsea menang Juara liga, automatik akan layak ke juara liga musim depan. Tahniah City, takziah MU ;) Game yang sangat dramatik okeh




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!