Thursday, May 10, 2012

Menteri dipenjara kerana bazirkan wang rakyat


Mahkamah jenayah di sini semalam menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara ke atas bekas Menteri Pertanian Mesir atas kesalahan rasuah dan pembaziran duit rakyat. Amin Abaza yang berkhidmat di bawah Presiden yang digulingkan, Hosni Mubarak didapati bersalah menjual tanah milik kerajaan kepada usahawan,  Amr Mansy pada harga di bawah pasaran. Mansy juga menerima nasib sama selepas didapati bersalah menjual tanah milik kerajaan di Semenanjung Sinai kepada pelabur. - DPA




.

Kanak-kanak perempuan ini memang menakjubkan


Kanak-kanak perempuan ini mesti sangat meminati penyanyi Carrie Underwood. Wanita yang merakamkan anak saudaranya yang berusia tiga tahun menari dan menyanyi di tempat duduk kereta ini menyanyikan 'Good Girl' lagu Carrie Underwood. Kanak-kanak itu bukan saja menari mengikut rentak, dia juga tahu bagaimana untuk rock.









Kanak-kanak perempuan itu menutup matanya banyak kali menandakan dia 'feel' dengan muzik itu. Makciknya, merakam kejadian itu. Video 49 saat itu memuatkan hanya sebahagian kecil daripada lagu itu.






.

Nomophobia, fobia tanpa telefon


Masyarakat zaman moden kini berdepan dengan sejenis penyakit baru yang dikenali sebagai nomophobia atau fobia tanpa telefon. Dianggarkan lebih 66 peratus daripada penduduk Britain kini memilih untuk 'bersama' dengan telefon sepanjang masa dan tidak boleh berpisah dengan alat telekomuniskasi itu walaupun sekejap.

Antara tanda-tanda seseorang itu berdepan dengan masalah nomophobia adalah tidak boleh mematikan telefon, sentiasa memeriksa panggilan tidak dijawab, mesej pesanan ringkas (SMS) dan e-mel. Mereka yang menghadapi masalah itu juga dikatakan kerap mengecas bateri dan tidak boleh meninggalkan telefon mereka walaupun untuk ke tandas. Dalam tinjauan terbaru yang dijalankan oleh SecurEnvoy ke atas 1,000 responden di United Kingdom, sebanyak 66 peratus daripada penduduk negara ini menghadapai masalah tersebut.

Golongan muda berumur antara 18 hingga 24 tahun adalah kelompok yang paling ramai mengalami masalah itu apabila 77 peratus daripada mereka tidak boleh berpisah dengan telefon walaupun untuk beberapa minit. Mereka yang berumur antara 25 hingga 34 tahun pula adalah golongan kedua tertinggi yang menghadapai masalah fobia tanpa telefon dengan jumlah 68 peratus. Kajian itu turut mendedahkan purata orang Britain akan memeriksa telefon mereka 34 kali sehari dan 75 peratus pula menggunakan telefon di dalam tandas.

Pengasas bersama SecurEnvoy, Andy Kemshall berkata, kajian pertama mengenai nomophobia dilakukan empat tahun lalu dan didapati sebanyak 53 peratus daripada penduduk Britain menghadapi masalah itu. - AGENSI




P/S - Gambar dari google





.

Kerana memandu secara bahaya, penduduk kampung letakkan keretanya atas pokok


Muak dengan jenaka jiran mereka, mereka telah membuat sesuatu yang mustahil dan tidak disangka. Mereka mengangkat kereta jiran berusia 24-tahun, Zbigniew Filo ke atas pokok willow di Lubczyna, Poland, dan berharap lelaki itu akan mengubah cara dia memandu. Penduduk tetap menutup mulut tentang siapa yang meletakkan kereta Ford Escort itu ke pokok, tetapi telah mengakui bahawa salah satu kereta crane penduduk tempatan dipinjam untuk melaksanakan misi itu.

Jurucakap polis, Marta Pierko mengatakan: "Kami menerima telefon dari seorang lelaki mengatakan keretanya tersangkut di pokok, dan dia menuduh jirannya yang melakukannya. " Seseorang berkata : "Lelaki itu patut menerima 'hukuman' itu kerana cara pemanduannya berbahaya dan mungkin dia akan membunuh ramai orang. Mungkin dia akan berfikir dua kali bila memandu dan mengambil lesen memandu jika tidak mahu kejadian ini berlaku lagi.. "

Sekarang, lelaki itu malu dan telah berjanji untuk mengubah gaya memandu. "Saya mendapatkan pengajaran, tapi saya fikir itu agak keterlaluan," katanya.




.

Tyra Banks pun boleh buat kesalahan make-up


Tyra Banks dalam Next Top Model Amerika selalu mendorong anak didiknya untuk kelihatan lebih menonjol. Tapi bekas model yang berusia 38 tahun itu mengikuti saran sendiri yang ekstrim di Moth Ball semalam di New York City. Dia yang mengenakan mata smokey seksi, dilihat seolah-olah membuatkan seluruh wajahnya dengan bayangan arang.


Selain itu dia mengenakan lipstick merah jambu dibibirnya. Namun, setidak-tidaknya gaunnya cantik!! Di lengkapi dengan dua anting-anting emas besar yang tampak seperti jumbai lampu, dia kekal tersenyum dan yakin pada dirinya.




P/S - Cantik tak?




.

Jarak tempat kerja punca obesiti


Individu yang melalui perjalanan jauh untuk ke tempat kerja dikatakan lebih berisiko mengalami obesiti dan memiliki paras kecergasan yang rendah berbanding mereka yang tinggal berdekatan tempat kerja, menurut satu kajian yang disiarkan, hari ini. Kajian dalam Jurnal Amerika mengenai Perubatan Pencegahan itu dibuat berdasarkan data yang dikumpul di kalangan hampir 4,300 responden yang tinggal berdekatan kota metropolitan Dallas-Fort Worth, satu daripada kawasan paling sesak di negara ini dan juga di Austin, Texas.

Kajian itu mendapati, individu yang memandu jauh ke tempat kerja memiliki ukuran pinggang yang lebih besar, paras kecergasan kardiovaskular rendah, tekanan darah tinggi dan juga indeks jisim tubuh yang rendah. "Perjalanan yang jauh menyumbang kepada pengurangan penggunaan tenaga secara keseluruhan," kata Ketua Penyelidik, Christine Hoehner dari Universiti St. Louis, Missouri, Washington. Menurutnya, kajian tersebut menghasilkan satu informasi baru mengenai keputusan biologikal dan jarak perjalanan, secara tidak langsung menyatakan bahawa perlakuan berdiam diri atau lebih banyak duduk patut dielak di kalangan pekerja dewasa.

Selain itu, individu yang melalui perjalanan jauh juga dilaporkan kurang gemar berkunjung ke gimnasium atau melakukan aktiviti fizikal, berbanding yang tinggal dekat dengan tempat kerja. Perjalanan jauh ke tempat kerja melebihi 24 kilometer menyebabkan seseorang individu kurang berminat mengenai saranan melakukan aktiviti fizikal secara sederhana atau agresif dan memiliki risiko tinggi mengalami obesiti, menurut kajian itu. Pekerja yang perlu melalui jarak perjalanan melebihi 16 kilometer juga dikaitkan dengan masalah tekanan darah tinggi. Hoehner turut mencadangkan agar kajian terperinci dilakukan bagi mendapat keputusan yang lebih jelas mengenai bagaimana perjalanan memberi kesan terhadap kesihatan dalam senario yang berbeza. - AFP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!