Saturday, May 5, 2012

Dia memang luar biasa..


Seorang tukang urut di daerah ini dilaporkan mempunyai kebolehan luar biasa dalam perubatan tradisional termasuk berjaya menyembuhkan beribu-ribu orang. Daniel Tunliu, 53, mampu mengurut beratus-ratus orang dalam sehari dan kebolehannya itu menyebabkannya terkenal di dalam dan luar negara. Menurut Daniel, selain penduduk tempatan, dia juga pernah mengurut orang asing dari Sepanyol, Itali, Portugal dan Belanda.

Apa yang lebih mengejutkan, dia yang lebih dikenali dengan panggilan Om Dan tidak pernah menuntut bayaran atas khidmat urutan yang diberikannya, sebaliknya terpulang kepada pelanggan sama ada mahu membayar atau tidak. "Saya tidak pernah mengenakan atau menetapkan bayaran atas khidmat urutan yang saya berikan, semuanya terpulang kepada mereka. "Kalau dibayar, saya terima, kalau tidak pun tidak apa," katanya kepada Kompas.com.

Om Dan mengaku mula mengurut pada 1979 dan kerjayanya itu bermula selepas dia mengalami peristiwa aneh di mana seorang lelaki berbaju putih meletakkan tangan di atas kepalanya. "Selepas lelaki itu meletakkan tangan saya di atas kepalanya, saya terus pengsan dan menjadi tidak siuman selama tiga bulan. "Namun, selepas sembuh, saya secara tiba-tiba mendapat kemahiran untuk mengurut orang," ujarnya. - AGENSI





.

Samsung Galaxy S3


Samsung Electronics Korea Selatan pada Khamis mengumumkan pengeluaran telefon pintar perdana terkini pada majlis pelancaran di London bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai pembuat telefon mudah alih paling laris di dunia. S3 Galaxy menawarkan skrin 4.8 inci (12.2cm), 22 peratus lebih besar daripada Galaxy S2, produk terdahulu yang sangat popular dan membantu membaik pulih syarikat mengenepikan Nokia sebagai peneraju dunia.

Walaupun skrinnya lebih besar, telefon berukuran tidak lebih daripada sebelumnya kerana rangkanya yang kecil. Perkembangan baru yang lain termasuklah "ciri-ciri kamera pintar" yang menggunakan teknologi pengecaman muka; dan kawalan pengaktifan suara yang dipertingkatkan. Pemproses yang lebih baik juga membolehkan pengguna menonton video dan menulis mesej pada masa yang sama.

"Dengan Galaxy 3, Samsung telah memaksimakan manfaat kepada pengguna dengan menyepadukan perkakasan unggul serta meningkatkan kebolehgunaan telefon pintar," kata Presiden dan Ketua Bahagian Komunikasi IT & Telefon Bimbit di Samsung, JK Shin, . "Apa yang membuatkan saya paling bangga ia memberikan satu pengalaman telefon mudah alih yang paling lancar, semula jadi dengan manusia, membuka peluang baru yang memberikan kehidupan luar biasa," katanya.

Model baru ini juga menggunakan sistem operasi Android, dan prestasinya di pasaran dilihat sebagai penting dalam kejayaan sistem berasaskan Linux. "Kepentingan S3 Galaxy Samsung tidak boleh dipandang ringan," kata penganalisis kepada BBC. "Syarikat itu telah membina reputasi dalam menghasilkan telefon pintar Android 'mesti milik'.





.

From vampires to dictators : Robert Pattinson akan melakonkan watak dalam filem mengenai Saddam Hussien


Bintang Twilight, Robert Pattinson diatur untuk melakonkan watak orang yang bertanggungjawab memburu hingga tertangkapnya pemimpin diktator, Iraq, Saddam Hussein, menurut laporan. Aktor 25 tahun yang meraih popular sebagai vampire, Edward Cullen, telah mendaftar untuk membintangi watak militan AS didalam filem seterusnya, psychological thriller Mission: Blacklist.


Pattinson akan melakonkan watak Eric Steve, seorang menyebabkan penangkapan Hussein dalam sebuah lubang di sebuah rumah pertanian di dekat kampung halamannya Tikrit, oleh pasukan AS pada Disember 2003. Dia menunjukkan lokasi Hussein sementara ditugaskan untuk sebuah tugas operasi khusus di Tikrit, hanya beberapa jam sebelum ekspedisi akan berakhir.

Filem baru Pattinson adalah berdasarkan pada buku yang ditulis oleh Steve dan Davin Seay.





.

Wanita Saksi Suami Mati Ketika Sembang Di Skype


Keluarga kepada seorang pegawai perubatan tentera Amerika Syarikat (AS) yang berkhidmat di Afghanistan berkata, isteri lelaki berkenaan menyaksikan sendiri suaminya mati sewaktu kedua-duanya sedang bersembang menerusi video di Skype.

Punca kematian Kapten Bruce Kevin Clark masih belum dikenal pasti. Keluarga Clark mengeluarkan kenyataan berkata, lelaki itu sedang bersembang dengan isterinya yang berada di Texas menerusi Skype dan secara tragik melihat sendiri suaminya meninggal dunia. Pentagon berkata, kematian pegawai yang berusia 43 tahun itu masih dalam siasatan.

Clark meninggalkan seorang isteri dan dua anaknya, masing-masing berusia3 dan 9 tahun. - AP





.

Chelsea planning 60,000-seater stadium after bidding for Battersea Power Station site


Chelsea have confirmed they had submitted a bid to acquire the Battersea Power Station site in order to build a new 60,000-seater stadium. The Blues announced they and property development partner Almacantar were hoping to acquire the 39 acres of land they could redevelop if they decide to relocate from Stamford Bridge. The clubs plans include preserving all the significant aspects of the power station itself. Chelsea said in a statement: 'Battersea Power Station is one of London's most famous buildings and has the potential to become one of the most iconic football stadiums in the world.

'Our joint bid was submitted in accordance with the sales process established by the joint administrators for the site. The process could run for a number of months. 'We are not the only interested parties and there is no certainty that we will be successful.' Chelsea cannot move from Stamford Bridge unless they can convince fan-led group Chelsea Pitch Owners, who own the land beneath Stamford Bridge, to sell them back the freehold. That was something they failed to do at an extraordinary general meeting of CPO back in October.

The statement added: 'We also appreciate that we have many significant hurdles to address if we are to build a new stadium on the site, including winning the support of our fans, the CPO shareholders and local Wandsworth residents, as well as securing the approval of Wandsworth Council, the Greater London Authority and heritage authorities. 'We must also stress that making an offer for the Battersea Power Station site does not mean the club has made a definitive decision to leave Stamford Bridge. 'Working with architects and planning experts, we have developed a plan to preserve all the significant aspects of Battersea Power Station.

Battersea Power Station site

'The four iconic chimneys and wash towers along with the Grade II* listed west turbine hall and control room will be restored and retained in their original locations and provide a unique architectural backdrop to a world-class stadium with a capacity of around 60,000 seats. 'Following feedback from fans, our initial plans include a 15,000 all-seated one-tier stand behind the south goal, likely to be the biggest one-tier stand in football. 'Also as suggested by many fans, the stadium proposed is rectangular in shape with four separate stands. The design includes a bigger family area and more room for disabled supporters.

'As well as a new home for our club, the development would include a town centre with substantial street-level retail shops, affordable housing and offices - all of which would benefit Wandsworth and bring a significant number of permanent jobs to the area. 'We would also make a significant contribution towards the Northern Line Extension, a new high-volume transport link proposed for the area. 'We will keep our fans updated as the process develops.'




.

Hidangan sup kucing ada di restoran


Para aktivis haiwan di Shanghai, China berhasil menyelamatkan sekitar 300 ekor kucing dari seorang dealer. Dealer tersebut telah membeli haiwan-haiwan curian itu untuk dijual ke restoran-restoran di China selatan. Kucing-kucing itu akan dijadikan hidangan sup di restoran.  Para aktivis bergerak setelah mendapatkan info dari seorang pecinta kucing. Mereka kemudian menemukan 22 kandang bambu berisi banyak kucing di sebuah lokasi.

Kucing-kucing itu akan dikirimkan ke Provinsi Guangdong. Sebagian besar kucing yang berhasil diselamatkan itu telah dikembalikan kepada pemiliknya. Namun tiga kucing ditemukan mati dan sebahagiannya mengalami patah kaki. "Kucing-kucing itu mengalami kekerasan. Mereka dilemparkan ke dalam truk bukannya dimasukkan secara betul," kata Lai Xiaoyu, seorang aktivis yang terlibat dalam penyelamatan itu.


"Kucing-kucing yang hidup tadi akan berakhir menjadi sup di restoran-restoran," tambahnya. Restoran khabarnya membayar sebesar 50 yuan untuk seekor kucing. Dalam insiden ini, polis telah menahan dealer kucing, Yang Baoguo yang telah bertahun-tahun menjual kucing untuk restoran. Namun lelaki itu kemudian dibebaskan tanpa dakwaan setelah sempat ditahan beberapa jam.

Disebabkan undang-undang perlindungan haiwan belum ada di China. "Tak ada undang-undang di China yang menyatakan kucing tidak boleh dimakan," kata polis, Ma Yong. "Kucing bukan haiwan yang dilindungi," katanya.





.

Siapa paling sedih dan terasa dengan kehilangan Allahyarham Bob Kuman?


Pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek tidak dapat menahan kesedihan sambil cuba ditenangkan Yassin Senario ketika hadir ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Sega Hulu, Hulu Kuala Sawah, Negeri Sembilan, semalam bagi menguruskan pengkebumian rakan baiknya, Allahyarham Husni Mohd Rawi atau lebih dikenali sebagai Bob Kuman.

Allahyarham, 40, meninggal dunia di rumahnya, di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, jam 4.38 petang khamis, berikutan komplikasi jantung, darah tinggi dan paru-paru berair. Kita sedia maklum bahawa apek, merupakan sahabat rapat kepada Allahyarham.. Takziah buat apek dan seluruh keluarga Allayarham diatas kehilangan ini. - Foto BERNAMA





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!