Wednesday, May 2, 2012

Jessica Simpson selamat melahirkan anak perempuan


Setelah lama menunggu, akhirnya Jessica Simpson telah melahirkan anak pertamanya. Bintang yang berusia 31 tahun itu semalam menyambut kelahiran seorang bayi perempuan, Maxwell Drew Johnson, ke dunia, mengumumkan berita gembira melalui banner di website rasmi. Jessica menulis: "Eric dan saya gembira untuk mengumumkan kelahiran bayi perempuan kami, Maxwell Drew Johnson. "Kami sangat berterima kasih atas semua sokongan, cinta dan doa yang kami terima.  Hal ini merupakan pengalaman terbesar dalam hidup kami. '


Maxwell dilahirkan dengan berat £ 9 13oz (4.45kg) , dan mengambil nama tengah dari ibu Jessica, Tina, iaitu Drew. Sementara Maxwell adalah nama tengah Eric. Anggota keluarga Jessica dilihat tiba di hospital Cedars-Sinai di Los Angeles hari ini. Ibu Jessica dan adik, Ashlee, dan ibu bapa tunangnya, Eric Johnson, dilihat di hospital dengan wajah gembira..





.

Ketam gergasi Tasmania (2 gambar)


Seekor ketam gergasi Tasmania yang ditangkap nelayan Australia pada bulan lalu sepatutnya dimasak, namun takdir menyebelahinya apabila sebuah akuarium di sini bertindak membelinya pada harga 3,000 pound (RM14,723). Selepas 29 jam diterbangkan dari Australia ke London dan dikuarantin selama dua minggu, ketam gergasi diberi nama Claude itu telah bersedia untuk dipamerkan kepada orang ramai di London.

Claude menjadi ketam terbesar yang pernah dipamerkan di United Kingdom dengan berat 6.8 kilogram dan cangkerangnya setebal 38 sentimeter, cukup untuk membuat sebanyak 160 kek ketam. Ia mempunyai saiz yang agak besar iaitu menyamai 100 ekor ketam biasa di Britain dan beratnya ketika ini mampu bertambah sekali ganda kerana umurnya yang masih 'remaja'.


Claude ditangkap di perairan pantai Tasmania pada bulan lalu dan dijual kepada kumpulan Sea Life bersama dua ekor lagi ketam gergasi Tasmania. Ia akan dipamerkan di pusat Sea Life di Weymouth, Dorset pada Khamis ini, manakala dua lagi ketam tersebut akan ditempatkan di Birmingham dan Berlin tertakluk kepada tindak balas Claude di 'rumah' barunya itu. Buat masa ini, Claude ditempatkan di sebuah tangki berbentuk silinder yang mempunyai ketinggian tiga meter dan lebar, 1.8 meter.

Dalam habitat asalnya, ketam hanya makan benda-benda mati, namun Claude kini diberi makan ikan tenggiri yang dipotong dadu serta sotong dan dia dilaporkan gembira dengan diet barunya itu. - AGENSI





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!