Thursday, April 26, 2012

Hattan jadi Datuk


Setiausaha Politik Perdana Menteri, Mohamed Suffian Awang dan penyanyi rock terkenal, Hattan antara 152 individu yang dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ke-81 di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan penganugerahan tersebut pada majlis yang diadakan dalam dua sesi berasingan iaitu pagi dan petang. Seramai 77 orang menerima DIMP pada sesi sebelah pagi manakala 75 lagi menerimanya pada sebelah petang termasuk personaliti TV3, Karam Singh Walia. - UTUSAN






.

Ayuh.. layan pelanggan di drive thru McDonald


Bagi lembu yang lari dari kandang, lari ke restoran McDonald mestilah tidak termasuk dalam senarai. Tetapi itu adalah apa yang dilakukan oleh Darcy, lembu tenusu, Jumaat lepas - ketika ia mendapat status selebriti di bandar Colorado.

Pemiliknya berkata dia sangat terkejut dengan kejadian itu. Pemilik hanya menyedari Darcy telah menghilangkan diri apabila polis dipanggil untuk memberitahu mereka ia merayau disekitar McDonald. Pekerja restoran berjaya mengambil gambar Darcy menekan hidungnya kepada tingkap drive-thru tetapi pemilik haiwan, Sandy Linn, bergurau dia tidak akan membuat mana-mana pesanan makanan.


Zach, yang menjaga Darcy, berada di sekolah apabila ibunya bergegas memberitahu dia mengenai lembu yang melarikan diri itu. Namun akhirnya lembu itu berjaya ditangkap dan dibawa pulang.




.

Aneh cara lelaki ini naik gunung


Seorang lelaki yang berasal dari England berusaha menyelesaikan pendakian Gunung Kilimanjaro dan lari maraton dengan menggendong boneka harimau sepanjang 2.7 meter di belakangnya.

Paul Goldstein merupakan seseorang yang sudah memecahkan rekod maraton di Brighton. Goldstein berlari dengan menggendong boneka harimau seberat 15 kilogram. Namun saat ini, Goldstein menguji keberaniannya dengan mendaki Gunung Kilimanjaro di Afrika dengan membawa boneka harimau yang sangat besar.

Lelaki yang berusia 49 itu cuba untuk mendaki puncak Gunung Kilimanjaro dan akan menyertai kejuaraan maraton pada minggu depan. Pendakian gunung yang dilakukan Goldstein merupakan kampennya untuk melindungi Harimau Benggala. Sebagai seorang pemandu pelancong, Goldstein sering menghabiskan waktunya dengan mengambil gambar harimau-harimau di alam bebas.

"Harimau itu terancam pupus, saya akan sangat menyesal bila melihat dunia tanpa seekor harimau. Harimau merupakan haiwan yang cukup bererti bagi saya," ujar Goldstein, seperti dipetik dari Orange.
Goldstein bahkan merancang untuk menyumbangkan dana sebesar puluhan ribu poundsterling kepada Wort More III Alive, sebuah yayasan yang digagaskan oleh Taman Nasional Bandhavgarh, India.(AUL)





.

(Incredible footage) spider ate a snake for breakfast


Australia has cemented its reputation as the home of the world's most dangerous creepy crawlies with this video of a spider eating a half a metre long snake. Cairns kite surfer Ant Hadleigh filmed the golden orb spider devouring the brown tree snake in the backyard of a friend's house in Freshwater, Queensland.

He told The Cairns Post: 'I thought it was pretty incredible. A few times the snake managed to get up and attack the spider, and the spider would run back up the web. 'I would have put my money on the snake for sure, especially seeing how big it was.


' He said the snake stayed alive for 'an hour or more' after getting trapped in the spider's web, when it finally succumbed to the arachnid's venom. The spider, he said, was the same one he'd seen eat a wasp the previous day after a battle between the two critters. He added: 'You could see the spider just chewing into it and the part which the spider was eating had gone all black and the insides were bubbling. It was pretty crazy.' 'The wasp kept trying to sting it, and it (the spider) used its feet to push the stinger away every time.'





.

Ubat kesuburan tingkat risiko hidap leukemia?


Ubat kesuburan dipercayai boleh meningkatkan risiko menghidap leukemia di kalangan bayi yang bakal dilahirkan, dedah satu kajian terbaru, hari ini. Menurut kajian yang dibentangkan pada persidangan Kanser di kalangan Kanak-kanak 2012 di sini, bayi yang dilahirkan melalui rawatan kesuburan dikatakan menghadapi risiko 2.6 kali mendapat leukemia limfoblastik akut (ALL), iaitu jenis leukemia biasa yang sering dihidapi.

Risiko menghidap jenis leukemia yang jarang berlaku iaitu leukemia myeloid akut (AML) pula meningkat 2.3 kali ganda, manakala wanita yang hamil secara semula jadi selepas mencuba selama setahun didapati menghadapi 1.5 kali risiko melahirkan anak yang menghidap ALL. Namun, kajian tersebut menunjukkan tiada peningkatan risiko leukemia bagi persenyawaan tabung uji (IVF) atau permanian beradas. Kajian ini merupakan yang pertama menunjukkan kaitan antara ubat kesuburan dan leukemia di kalangan kanan-kanak.

Ketua penyelidik, Dr. Jeremie Rudant berkata, teknologi bantuan reproduktif mungkin terlibat dalam perkembangan kanser kanak-kanak, kerana ia melibatkan rawatan berulang ketika konsepsi berlaku. Kajian yang dilakukan bersama Institut Penyelidikan Perancis, Inserm itu melibatkan ibu kepada 764 kanak-kanak yang menghidap leukemia dan 1,681 tanpa menerima sebarang rawatan.

Sebanyak 44,000 kitaran rawatan kesuburan dilakukan setiap tahun di United Kingdom dengan hampir dua peratus kelahiran dicatatkan pada 2007 berikutan rawatan yang diambil, berbanding hanya 0.5 peratus pada 1992. Namun, di sebalik peningkatan risiko, jumlah kes leukemia di kalangan kanak-kanak di negara ini masih rendah, iaitu kira-kira 400 kes setiap tahun. - AGENSI





.

Telefon Pintar paling laris masa kini


Xiaomi Corporation, syarikat pengeluar telefon pintar China, telah menjual 150,000 unit telefon pintar dalam masa 12 minit apabila jualan pusingan ketujuh dibuka atas talian, Selasa lepas.Lebih 1.65 juta unit telefon pintar Xiaomi telah dijual sejak memasuki pasaran pada 20 Oktober tahun lepas, menurut syarikat itu hari ini. Xiaomi hanya menjual produknya Atas talian dengan jumlah terhad pada masa-masa tertentu sahaja kerana keupayaan pengeluaran terhad, katanya.

Telefon pintar Xiaomi dalam kelas paling canggih, ditawarkan dengan harga mampu milik sekitar 2,000 yuan (RM971) iaitu lebih separuh daripada harga telefon pintar popular Apple iPhone. China kini muncul sebagai pengeluar telefon bimbit utama dunia dan negara itu telah mengeksport 875 juta buah telefon bimbit pada 2011 dengan jumlah keseluruhan nilai eksport negara itu mencecah US$62.76 bilion (RM192.20 bilion). - BERNAMA .




.

Giliran Manchester City datang ke Malaysia


Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City Football Club (Manchester City), akan mengadakan kunjungan julung kali ke Malaysia dan dijadual mengadakan perlawanan persahabatan dengan Harimau Malaya pada 30 Julai di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini. Ketua Pegawai Jenama Komersial Manchester City, Ian Cafferky, berkata pasukan yang menjadi pencabar pilihan Liga Perdana Inggeris itu berjanji akan membariskan pemain utama mereka dan ini adalah peluang untuk peminat pasukan Sky Blues.

"Kami akan membawa setiap pemain yang ada ke Malaysia. Lawatan ini sangat mengujakan pasukan Manchester City FC. "Ini jelas membuktikan terdapat satu keghairahan ketara terhadap Liga Perdana (Inggeris) di Malaysia dan kami sangat teruja untuk membawa pasukan kami menemui peminat di Asia Tenggara dan menyaksikan sendiri keterujaan peminat adalah suatu pengalaman yang menarik," katanya pada sidang media mengenai Jelajah Kelab Bola Sepak EPL oleh ProEvent International di sini hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Subahan Kamal; Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad; Ketua Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal; dan Ketua Pegawai Eksekutif Pro Events International Sdn Bhd (Pro Events), Julian Kam. Sementara itu, Rajagobal berkata kehadiran pasukan Sky Blues ke negara ini dan mengadakan perlawanan persahabatan adalah satu pengiktirafan dan penghormatan kerana Malaysia sekali lagi dipilih oleh satu daripada kelab utama Inggeris sebagai sebahagian daripada latihan persediaan pramusim pasukan.

"Ini adalah peluang skuad negara untuk bermain bersama pasukan bertaraf dunia. Tumpuan kita adalah persiapan Piala AFF Suzuki. Saya nak beri peluang kepada mereka (Harimau Malaya) bermain dengan pemain kegemaran mereka. "Saya harap skuad negara dapat belajar sesuatu daripada mereka, kita kena fikir secara positif daripada menyatakan perlawanan ini tidak sesuai untuk skuad," katanya. Beliau berkata, dua perlawanan persahabatan dengan skuad antarabangsa iaitu Arsenal FC dan Manchester City sudah diatur pada bulan Ramadan ini adalah tepat dan perlu dilihat dengan positif.

"Kita cuba fikir, mengapa kelab-kelab ini datang ke Malaysia, kemungkinan dia tahu kemudahan di Malaysia terbaik dan mereka melihat pasukan kita ada peningkatan. Ini penghormatan pada kita. "Wakil mereka juga memberitahu bahawa Manchester City serius membawa pemain yang terbaik untuk mendapatkan kemenangan," katanya. Skuad Harimau Malaya turut dijadualkan mengadakan perlawanan persahabatan menentang satu lagi pasukan Liga Perdana Inggeris, Arsenal pada 24 Julai nanti. - BERNAMA






.

Penemuan baru


Para ahli kaji bintang Jepun mendakwa mereka telah menemui galaksi yang terletak 12.72 bilion tahun cahaya jauh dari Bumi. Mereka juga mendakwa, ia adalah klaster galaksi yang paling jauh pernah ditemui oleh manusia. Mereka menggunakan teleskop berkuasa tinggi di Hawaii untuk membuat pemerhatian dan penemuan itu.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!