Monday, April 2, 2012

Pekeliling Kenaikan Gaji Baru Kakitangan Awam Sistem Saraan Malaysia 2012


Sudah pasti sebelum ini ramai yang tidak sabar menunggu Pekeliling Kenaikan Gaji Baru Kakitangan Awam Sistem Saraan Malaysia 2012 . Pekeliling ini baru sahaja diedar dan segala persoalan yang bermain difikiran kakitangan awam sebelum ini bakal terjawab.



Segala persoalan mengenai tangga gaji, kenaikan kadar bantuan sara hidup, pengiraan gaji lama ke gaji baru dan segala perkara yang berkaitan gaji bakal dijawab di dalam pekeliling ini.



Untuk mengetahui Pekeliling Kenaikan Gaji Baru SSM 2012 sila download dari tiga link dibawah ini:




Sumber : Ammar & Anastasyea

Kapal terbang, terbang menggunakan minyak goreng


Kapal penerbangan milik Australia, Qantas, pada 13 April 2012 akan melakukan penerbangan biofuel pertamanya. Armada Airbus Qantas akan terbang dari Sidney menuju Adelaide, Australia, dengan bahan bakar minyak goreng.

Penumpang sudah mula membeli tiket yang dijual untuk penerbangan pada Jumaat, 13 April 2012 tersebut, yang akan menggunakan campuran 50 persen minyak goreng dalam bahan bakarnya. Pesawat Airbus A330s ini dapat menampung 300 orang dan akan kembali ke Sidney pada keesokkan harinya. Terdapat seseorang dari Qantas yang akan memantau efek mesin yang biasa menggunakan avtur ini terhadap biofuel, yang diimport khusus dari Amerika Syarikat.

Penggunaan campuran minyak goreng, yang pernah dipakai kapal terbang Lufthansa di penerbangan domestik Jerman selama enam bulan, diharapkan dapat menekan pengeluaran tanggungan Qantas keatas bahan bakar konvensional. Penerbangan ini dilihat sebagai langkah penting untuk mengembangkan alternatif dari bahan bakar biasa, terutama setelah harga melonjak di atas USD120 se-tong.

"Biofuel memiliki harga yang kompetitif. Namun, ini memerlukan sokongan dari kerajaan, swasta, dengan akses ke infrastruktur dan permintaan pasaran," kata John Valastro, Qantas Head of Environment, seperti dipetik dari News. Qantas sendiri sudah yakin tidak akan ada masalah dalam penerbangan perdana itu.




.

Haiwan liar yang berwajah gembira

Apa yang ada dalam fikiran anda jika mendengar sebutan haiwan-haiwan liar? Buas dan seram mungkin akan menjadi hal yang pertama terfikir oleh otak anda. Namun perlu kamu ketahui, ternyata haiwan-haiwan liar seperti buaya, anjing laut dan gajah juga mempunyai wajah gembira dan lucu. Tidak percaya, cuba anda lihat foto-foto berikut!

Mungkin kumpulan foto-foto berikut boleh mengubah pandangan kamu mengenai haiwan-haiwan liar yang buas menyeramkan dan sangat menakutkan. Buang saja semua persepsi kamu mengenai haiwan liar yang buas dan menyeramkan, kerana tidak semua haiwan liar itu seperti apa yang kamu bayangkan.


Nampak jelas sekali buaya ini sedang melompat kegembiraan. Tapi, entah apa yang membuatkannya menjadi sebahagia ini..


Haiwan liar ini sedang mempamerkan kemampuan melompatnya. Hampir serupa dengan kucing, Cerpelai yang hobinya makan tikus kecil.


Haiwan yang dikenali sebagai haiwan pemalas ini juga punya wajah yang bahagia. Tapi entahlah ini wajah bahagia atau wajah pemalasnya..ngee


Haiwan yang hidup di dua alam ini mempunyai tubuh yang gemuk dan penuh dengan lemak. Mungkin anjing laut ini sedang menonton acara lawak sehinggakan ketawa seperti itu..


Ini adalah pose tenggiling yang sedang bersemangat dalam menjalani hidupnya. Dia menyambut setiap kesempatan baru dengan tangan terbuka dan hati yang senang. Perlu ditiru..!!





.

Mereka kembar, tapi benar-benar berbeza


Saudara kembar biasanya selalu kelihatan mirip, mula dari bentuk wajah, warna kulit, rambut, warna mata dan tinggi badan. Namun dalam keadaan yang jarang berlaku, saudara kembar boleh kelihatan berbeza kerana memiliki warna kulit, rambut dan mata yang berbeza, seperti yang terjadi pada Kian dan Remee.

Kian dan Remee (7 tahun) merupakan saudara kembar yang dilahirkan dari rahim ibu yang sama. Tapi jika dilihat, dua gadis ini nampak sangat berbeza. Kian memiliki kulit yang hitam, rambut hitam dan mata coklat besar, seperti anak keturunan Afrika. Sedangkan Remee berkulit putih, rambut perang dan mata biru.

Meskipun kelihatan berbeza, dua gadis ini benar-benar kembar yang lahir dengan jarak hanya satu minit. Kian dan Remee mewarisi 1 dari 1 juta kombinasi gen orangtua mereka. Si ibu Kylee Hodgson berkulit putih sedangkan ayahnya Remi Horder berkulit hitam.

Walaupun berbeza warna kulit, rambut dan mata, saudara kembar ini memiliki senyum nakal yang sama dan memiliki ikatan batin yang sangat dekat. Kini mendekati ulang tahun kelahiran mereka yang ketujuh, Kian dan Remee tidak pernah bertanya mengapa mereka tidak kelihatan sama, juga tidak pernah mengalami prasangka rasis.

"Mereka seperti contoh sempurna. Mereka tidak peduli dengan warna kulit mereka. Ini bukan menjadi masalah besar yang seperti orang lain lihat. Hal ini tidak penting sama sekali bagi mereka," ujar ibu, Kylee Hodgson (25 tahun), yang tinggal di Dudley, West Midlands.

Kian dan kakaknya Remee yang berumur 60 minit lebih tua, lahir pada April 2005 melalui pembedahan caesar. Saat lahir, Kylee mengatakan dua gadis kecilnya memiliki mata biru yang indah, tapi rambut Remee perang sedangkan Kian hitam dengan warna kulit lebih gelap.

Ketika Kian dan Remee kecil, mereka dilihat hampir sama. Kylee pun terfikir mereka akan kelihatan sama satu hari nanti. Namun semakin besar, perbezaan pada dua gadis ini semakin menonjol."Orang akan bertanya kenapa kami menggunakan anak-anak dengan pakaian yang sama. Saya hanya akan mengatakan kerana mereka kembar. Ramai yang tidak percaya. Tapi semua orang di daerah saya harus tahu mereka adalah saudara kembar dan menerimanya," ujar Kylee.

Kemungkinan perkawinan ras campuran untuk mendapatkan anak kembar beza warna sangat jarang, hanya 1 berbanding 1 juta. Warna kulit diyakini ditentukan oleh tujuh gen berbeza yang bekerja sama.
Jika orangtua berasal dari ras campuran, telur atau sperma akan mengandung campuran kod genetik untuk kulit baik hitam dan putih. Namun, jika kedua telur dan sperma mengandung semua gen putih, bayi akan memiliki kulit putih. Dan jika keduanya hanya mengandung versi yang diperlukan untuk kulit hitam, bayi akan menjadi berkulit hitam.





.

SELAMAT PENGANTIN BARU, AZZA DAN AZLAN


Suami kepada Azza (Elite) iaitu Azlan Zulaily tidak menganggap perbezaan umur sembilan tahun antara mereka sebagai halangan untuk membina rumah tangga. Azlan,25, berkata, dia sendiri tidak pernah mengira usia isterinya itu sebaliknya menerima wanita berkenaan kerana sifatnya.

"Azza seorang yang suka berterus terang. Yang penting dia seorang yang kelakar. Itu yang menyebabkan saya menyukainya," katanya kepada mStar Online selepas diijabkabulkan sebagai suami isteri di Masjid Bukit Antarabangsa di sini, Ahad.

Pada majlis itu pihak lelaki memberikan sembilan dulang hantaran berbalas sebelas oleh pihak lelaki.
Wang hantaran sebanyak RM10 ribu. Azlan yang merupakan pramugara AirAsia menambah selepas diijabkabulkan perasaan berdebarnya hilang dan mula berfikir untuk menjadi suami yang sempurna terhadap Azza.

Sementara itu Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari,34, berkata masih belum memikirkan lokasi berbulan madu. Mengenai soal anak, kedua-dua mereka menyerahkan kepada Allah dan tidak berhasrat untuk merancang. Antara artis yang hadir pada majlis nikah mereka seperti Rozita Che Wan, Roslan Shah serta anggota Elite iaitu Abby Abadi, Watie dan Sasha.


Majlis resepsi kedua-dua pasangan itu mendapat tajaan pasaraya Mydin dan akan diadakan di Ipoh pada tarikh yang belum ditetaplkan lagi.
Azza sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce pada 14 Februari 2001 di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur dan berpisah pada tahun 2005.

Hasil perkahwinan itu mereka tidak mendapat cahayamata sebaliknya Azza memilih untuk memelihara seorang anak angkat iaitu Marissa Janna yang kini berusia tujuh tahun. -Mstar





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!