Tuesday, March 27, 2012

The moment teacher was proposed to by bus driver boyfriend - in front of the entire SCHOOL


Primary school teacher Alex Hyde was left speechless after her boyfriend proposed - in front of the entire school. Romantic bus driver Bob Doyle popped the question at a specially arranged assembly.
Bob, 49, even made a video of himself singing the couple’s favourite love song which was shown on a giant screen in front of 700 pupils and staff.

The penny dropped for Alex as the video started - and suddenly Bob burst onto the screen singing Bruno Mars’s 'Marry You'.
Bob then took Alex, 38, onto the stage of Newbridge Preparatory School, Wolverhampton, in the West Midlands, where he went down on one knee and asked her to marry him.


The pupils then erupted into cheers when she said 'yes' during the assembly last Friday morning. She said: 'I was watching the screen thinking "that looks a bit like Bob".
'It took me a few seconds to realise what was going on - I was in complete shock.'

Bob, from Perton, filmed himself singing Bruno Mars’s 'Marry You' in locations where the couple had enjoyed romantic breaks.
He said: 'I filmed and edited it all myself. During one scene, I was singing on the beach and I was getting more than a few funny looks from people passing by.


'But it was all worth it to see Alex’s reaction.
'Marry You is our song, we always sing it when we’re doing the washing up, so I knew I wanted to do that.'
The couple plan to marry this summer.









.

Akibat menyentuh tangan


Seorang tukang jahit India di Arab Saudi yang disifatkan terlalu berani kerana menyentuh tangan seorang pelanggan wanita Arab yang disukainya berhadapan dengan hukuman penjara tujuh bulan dan 160 sebatan.

Wanita itu dikatakan bertanyakan mengenai pakaian miliknya yang dijahit di kedai jahit berhampiran pelabuhan barat Laut Merah, Jeddah apabila lelaki terbabit menghampirinya.
Mangsa memberitahu polis bahawa lelaki berkenaan menyentuh tangannya dan mengundang beliau ke rumahnya, sambil menambah bahawa dia turut menawarkan sejumlah wang dan berkata mahu mengahwininya.
Pekerja yang tidak dinamakan itu pada mulanya menafikan dakwaan wanita itu dengan mengatakan bahawa laporan itu dibuat kerana marahkan tindakannya menangguhkan tempoh untuk menyiapkan pakaiannya.

Beliau memberitahu penyiasat bahawa beliau sering kali menyifatkan wanita itu sebagai adiknya dan mangsa menerima perasaan itu. Beliau bagaimanapun mengakui menyentuh tangan wanita itu dan menyatakan kesilapannya serta memohon maaf.

“Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan dan 160 sebatan sepanjang empat sesi termasuk 40 sebatan setiap minggu. Dia juga perlu membuat satu pengakuan bertulis mengakui kesilapan dan berikrar untuk mematuhi cara yang betul dan menjauhi daripada melakukan sebarang kelakuan buruk,” lapor akhbar berbahasa Arab, Okaz.

Akhbar itu menyatakan bahawa mahkamah turut meringankan hukuman dan memutuskan untuk tidak menghantar pulang ke negara asal bagi membersihkan rekod polis. – Agensi







.

Gambar Pengarah Titanic menyelam ke dasar laut paling dalam


Pengarah filem Titanic, James Cameron selamat naik ke permukaan laut selepas melakukan ekspedisi solo menyelam di dasar laut paling dalam di Lautan Pasifik, Jurang Mariana, menggunakan kapal selam.


Penganjur ekspedisi projek Cabaran Laut Dalam di laman Twitter menyatakan bahawa ‘Jim Cameron sudah sampai ke permukaan laut! Tahniah kerana melakukan penyelaman bersejarah itu secara solo ke pusat paling dalam di laut berkenaan’.


Rakan misi ekspedisi tersebut, National Geographic berkata, Cameron menyelam pada kedalaman 10,898 meter pada pukul 7.52 pagi ini waktu tempatan (5.52 pagi waktu Malaysia) di Jurang Mariana menggunakan kapal selam yang direka khas.











.

Cara baru membersihkan jalan raya


KERJA-kerja membersihkan jalan raya lazimnya dilakukan oleh jentera besar yang dilengkapi penyapu bagi memudahkan proses pembersihan dilakukan, namun di China, cara tradisional masih digunakan.



Jauh berbeza berbanding peralatan moden, sebanyak 16 penyapu jerami akan diikat pada satu roda besar dan ditarik sebuah lori ketika proses pembersihan dilakukan.

Walaupun kaedah itu tidak moden, ia sangat berkesan membersihkan jalan raya, malah turut menjimatkan kerana penyapu jerami hanya perlu ditukar jika rosak.


Peralatan tradisional itu juga digunakan di seluruh China sejak beberapa dekad lalu. – AGENSI










.

Atas nama kebebasan


Seorang penduduk Tibet, Janphel Yeshi yang membakar dirinya berlari ke sebatang jalan di New Delhi semalam. Dia melakukan perbuatan itu bagi menyatakan bantahan terhadap Presiden China, Hu Jintao yang akan melawat India.

Penduduk Tibet tersebut, Janphel Yeshi, 27, melakukan perbuatan itu di Jantar Mantar yang merupakan tempat perhimpunan awam dan demonstrasi. Beberapa saksi berkata, dia yang memakai baju dan seluar panjang menjerit semasa api membakar tubuhnya. Menurut seorang ahli perniagaan Tibet, Nyima Tashi, Yeshi kemudian terjatuh selepas dia berlari.

"Kami semua terkejut," katanya yang berusia 39 tahun.

"Salah seorang penyokong kami membaling sehelai kot ke arahnya sebagai usaha untuk memadamkan kebakaran.

"Polis kemudian menghantarnya ke hospital," tambahnya.
Tashi berkata, dia pernah melihat Yeshi menghadiri perhimpunan bagi menuntut kebebasan Tibet.
"Kami menentang penguasaan China ke atas Tibet, kekurangan kebebasan agama dan hak asasi," jelasnya.

Seorang pegawai polis berkata, 85 peratus tubuhnya melecur.
Menurut Dr, R.K. Doshi di Unit Kecemasan Hospital Ram Manohar Lohia, beberapa kakitangan perubatan berusaha untuk menyelamatkan nyawa Yeshi.

"Keadaan dirinya amat kritikal. Peluang untuknya hidup amat tipis," katanya.
Sebilangan aktivis Tibet berkata, Yeshi merupakan penganggur yang telah merancang untuk melakukan perbuatan tersebut sejak beberapa hari lalu.

Menurut mereka, lelaki itu tiba di lokasi penunjuk perasaan dengan membawa botol mengandungi minyak tanah yang digunakan untuk membakar dirinya.
Dia melarikan diri dari Tibet pada tahun 2006 dan tinggal di sini sejak dua tahun lalu. - Agensi









.

Teh baik untuk wanita


Pengambilan dua cawan teh secara teratur setiap hari mampu membantu wanita meningkatkan peluang untuk hamil sehingga 27 peratus.

Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Boston Amerika Syarikat itu, sebaliknya mendapati, pengambilan dua minuman berkarbonat, tidak kira sama ada versi diet atau biasa, pula akan mengurangkan peluang untuk hamil sehingga 20 peratus.

Ketua Penyelidik, Professor Elizabeth Hatch berkata, kajian tersebut dilakukan terhadap 3,600 wanita yang cuba untuk hamil bagi menilai kaitan antara pengambilan kafein dan kehamilan.

"Mungkin ia disebabkan kandungan kafain di dalamnya, namun mungkin juga terdapat faktor lain yang berkaitan dengan gaya hidup seseorang wanita atau bahan bermanfaat lain yang terkandung dalam minuman tersebut," katanya.







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!