Sunday, March 18, 2012

Surat khabar unik, selepas baca boleh dimakan


Selepas dibaca, biasanya surat khabar akan dikumpul atau dibuang. Namun, idea pekerja redaksi Metro, sebuah surat khabar yang diterbitkan di England, dan sejumlah ahli makanan benar-benar berpaling dari kebiasaan itu.

Mungkin terinspirasi Willy Wonka, tokoh dalam filem Chocolate Factory, yang membuat segala sesuatu di sekitar kita boleh dimakan, mereka menciptakan bentuk surat khabar Metro yang boleh dimakan. Seperti dipetik dari laman Metro.co.uk, kerja sama itu menghasilkan surat khabar yang boleh dimakan. Selesai dibaca, surat khabar tak perlu dibuang, tetapi terus dimakan saja.

Heston Blumenthal, seorang ilmuwan kuliner, mempunyai peranan besar dalam mewujudkan idea unik ini. "Surat khabar yang boleh dimakan ini sedikit banyak merupakan obsesi saya," katanya. Soal rasa bagaimana? Sukarelawan sudah mengoyak-ngoyak surat khabar itu dengan gigi mereka dan menelannya. Mereka juga menganggukkan kepala dan menilai keenakkan surat khabar itu.

Sudah tentu produksi surat khabar itu tidak hanya memerlukan suntingan yang ketat, tetapi juga pengolahan adunan yang cermat. Adunan itu sendiri terdiri daripada tepung maizena, minyak sayur, gula arab, air dan asam sitrat yang dimasak hingga menjadi pasta liat dan dibentuk menjadi lembaran kertas.

Pasta itu kemudian ditaburkan ke lembaran tipis itu melalui kasa sutra yang diatur sedemikian rupa menjadi headline, foto dan artikel. Proses pembuatan dan pencetakan surat khabar lazat ini memerlukan beberapa jam. Untuk mengeringkannya perlukan waktu sedikit lama. Untuk polesan terakhir, surat khabar itu diberi aroma vanila yang baunya lembut.





.

Hidup dengan hanya tiga jari


Kebanyakan penduduk di kampung Ulutuae Desa Maria di daerah Bone, Sulawesi Selatan mempunyai kecacatan yang sama iaitu memiliki hanya tiga jari.
Orang normal memiliki lima jari bagi setiap belah tangan dan kaki.

Hampir kesemua penduduk kampung itu mempunyai tiga jari, tidak kira jari kaki atau jari tangan dan keganjilan itu dialami oleh golongan muda mahupun tua.

Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Umbang berkata, kelainan fizikal yang dimilikinya sudah berlaku sejak turun-temurun dan dia pasrah dengan apa yang diwarisi daripada nenek moyangnya.

"Kecacatan ini disebabkan keturunan tetapi ada juga yang lahir secara normal.

Walaupun memiliki kekurangan jari, namun penduduk di kampung itu tetap menjalankan aktiviti harian sebagai nelayan.





.

Pelajar bunuh kekasih ibu


Mahkamah Agung New South Wales semalam menjatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun ke atas seorang pelajar Indonesia kerana membunuh kekasih ibunya yang merupakan rakyat Malaysia dan bekerja sebagai pemandu di Konsulat Malaysia di Sydney.

Agensi berita Associated Press Australia melaporkan, Andrew Iskander, 21, berdepan hukuman penjara maksimum selama 25 tahun kerana membunuh Mohd. Shah Saemin, 43, pada 21 Februari tahun lepas kira-kira pukul 12 tengah malam di Leichhardt, Sydney.

Hakim David Davies juga mengenakan hukuman penjara selama setahun 11 bulan dan 15 hari ke atas ibu Andrew, Nita Iskandar, 48, kerana bersubahat selepas berlakunya pembunuhan tersebut.

Bagaimanapun, hakim membenarkan hukuman penjara ke atas Nita ditangguhkan. - BERNAMA






.

Pemandu Teksi Pulangkan Barang Hiasan Emas


Seorang pemandu teksi memulangkan barang hiasan emas seberat 8.2 kg bernilai $410,000 kepada pemiliknya yang tertinggal barangan tersebut di keretanya tiga hari lalu.
Saksri Ketsrikaew, 56, berkata, dia mengambil masa selama dua hari memandu di sekitar Bangkok untuk mencari pemilik barang tersebut kerana tidak mempunyai nombor telefonnya.

Menurutnya, dia menghubungi stesen radio selepas mengetahui pemilik kedai emas, Eakerat Kanokwattana, 60, membuat laporan polis mengenai kehilangan barangan itu.
Eakerat pergi ke Bangkok bersama isterinya untuk urusan perniagaan emas di Chinatown dan mengambil teksi menuju ke pinggir utara Bangkok, petang Selasa.

Bagaimanapun, Eakerat kemudiannya menyedari bahawa dia tertinggal sebuah beg yang penuh dengan hiasan emas di dalam sebuah teksi.

Dia turut menawarkan ganjaran sekiranya hiasan itu dikembalikan.
Sebuah stesen televisyen melaporkan, Eakerat telah memberikan pemandu teksi itu emas bernilai $6,400 untuk membalas jasa baiknya.







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!