Tuesday, February 21, 2012

Minum teh elak serangan jantung


Pengambilan tiga cawan teh setiap sehari cukup untuk mengelak anda daripada serangan jantung dan diabetis jenis 2, menurut satu kajian terkini.
Kajian diketuai Dr. Carrie Ruxton itu menunjukkan pengambilan teh hitam secara teratur, sama ada ditambah dengan susu atau tidak, boleh mengurangkan masalah jantung dengan memotong paras kolestrol jahat dan juga gula dalam darah.

Beliau yang merupakan Pakar Pemakanan berkata, manfaat teh terletak pada kandungan flavonoid, iaitu bahan anti-oksidan yang berfungsi mengawal penyakit kardiovaskular.

“Sebenarnya banyak manfaat yang terkandung dalam minuman kegemaran ramai ini daripada apa yang kita jangkakan,” kata Ruxton, yang juga merupakan anggota Panel Penasihat Teh (TAP).

Menurutnya, secawan teh menyediakan antara 150 dan 200 miligram flavonoid dan ia merupakan sumber anti-oksidan terbaik berbanding hidangan-hidangan lain.
Sebagai perbandingan, kandungan anti-oksidan dalam dua cawan teh bersamaan dengan lima bahagian sayur-sayuran.

Seorang lagi anggota TAP, Dr. Tim Bond pula berkata, masalah kronik seperti sakit jantung, strok dan diabetis berkait rapat dengan proses keradangan dan kehadiran radikal bebas pro-oksidan yang berlebihan dalam badan.

“Bahan anti-oksidan dan anti- keradangan yang terkandung dalam flavonoid teh hitam memberi kesan positif kepada tubuh,” katanya.












.

Negara maju : 3 mati kebuluran

Mayat pasangan warga emas dan anak lelaki mereka ditemui di sebuah apartmen di selatan Jepun, selepas dua bulan mereka meninggal dunia dipercayai kerana kebuluran.

“Mayat dua lelaki dan seorang wanita itu ditemui Isnin lalu di apartmen di bandar Saitama di utara Tokyo, kata polis tempatan.

“Mereka dipercayai pasangan berusia 60-an dan anak mereka berusia 30-an tetapi belum dikenal pasti identiti mereka,” katanya.

Mayat yang telah reput itu dilaporkan ditemui oleh pemilik rumah berkenaan yang datang untuk menuntut sewa rumah yang tertunggak selama enam bulan.
Bekalan elektrik serta gas masak telah dipotong dan mereka dipercayai hanya hidup dengan meminum air sahaja.

Tiada makanan ditemui di apartmen itu dan polis hanya menemui beberapa yen duit.












.

Otter looks to the heavens and 'prays for food'


This incredible photo captured the spiritual moment a faithful otter looked to the heavens for guidance on catching his next meal.
The once in a lifetime snap was taken by photographer Marac Andrev Kolodzinski who spent two hours waiting in freezing cold weather at Whipsnade Zoo, in Dunstable, Bedfordshire, to capture the divine moment.

Marac, 49, from Herefordshire, has been taking photos for over 20 years but this is the first time he has captured an otter who appears to be praying.
He said: 'You don't get those snaps by chance, I had to keep wandering around keeping watch on what was going on, waiting for the right time.

'I took the photos at Whipsnade Zoo, which has this island with a purpose built moat for the otters. I had to hide there for a long time to get the shot.
'The otter was running around cradling a stone under his arm when he was surprised by another otter jumping out of the water which caused him to jump and throw the stone in the air.

'When he started trying to grab it I took the snap.'And his unique photo has even attracted religious organisations who have been asking if they can use it with their publicity.

Marac added: 'I've had lots of religious people call me up, saying that I was a tool doing the Lords work.


'There was a guy from a religious cult that called me once, I think they were from Switzerland but I'm not sure. He wanted me to come out to Switzerland and preach to all these people about how I felt, and what I experienced at the time.'

But Marac has politely declined the offers.
ZSL Whipsnade Zoo is one of Europe's largest wildlife conservation parks and is home to 2,955 animals, many of which are endangered in the wild.
The majority of the animals are kept within enclosures cut some, such as the peacocks and Australian wallabies, roam freely around the park.

The park is over 600 acres and can be located from miles to the north and from the air because of the iconic Whipsnade White Lion figure carved into the side of the Dunstable Downs.
Marac said: 'There was something going with the otters that day, they weren't their normal selves. maybe it was breeding season but this guy was a right character.'











.

IPAD Pakistan


Di dalam sebuah kompleks tentera udara kawalan ketat yang membina jet-jet pejuang dan sistem senjata api, tentera Pakistan kini mempunyai empayar komersial tambahan, iaitu komputer tablet iPad versi tempatan.

Pengeluran komputer itu melibatkan kerjasama jurutera-jurutera Pakistan dan perkakasan komputer.

Jurutera-jurutera penerbangan memasang komputer tablet iPad versi tempatan itu, PACPAD 1 di sebuah pangkalan tentera udara di Kamra, utara Pakistan.

“Asalnya iPad, salinannya ialah PACPAD 1,” kata Mohammad Imran yang meletakkan produk itu di kedai kecil komputer dan telefon bimbitnya di sebuah pusat beli-belah di Rawalpindi tidak jauh dari sini. Komputer itu menggunakan satu sistem yang dihasilkan Google, Android 2.3 secara percuma.

Pada harga AS$200 (RM607.79), PACPAD 1 murah lebih separuh harga daripada komputer Apple atau Samsung dan komputer tablet keluaran China di pasaran.

Nama singkatan PAC adalah merujuk kepada Kompleks Aeronautikal Pakistan.

Hanya beberapa ratus produk itu telah dibuat setakat ini walaupun kumpulan baharu komputer tersebut akan disiapkan dalam tempoh tiga bulan lagi.

“Industri pertahanan cuba untuk menunjukkan kehadirannya dengan melakukan lebih daripada hanya untuk mengeluarkan senjata,” kata penulis kajian penglibatan tentera dalam perniagaan, Ayesha Siddiqa.











.

Jatuh dari tingkat 5


Seorang wanita warga China maut selepas terjatuh dari tingkat lima pangsapurinya ketika melarikan diri selepas mencederakan suaminya hingga pengsan dalam satu pergaduhan di Desa Permata, Bandar Baru, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa yang berusia 37 tahun mati di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman selepas jatuh dari pangsapuri terbabit, manakala suaminya berusia 44 tahun tidak sedarkan diri apabila diserang menggunakan objek tumpul serta pisau.
Difahamkan, pasangan terbabit yang berkahwin dua tahun lalu bertengkar kerana suaminya dipercayai mempunyai perempuan simpanan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata ketika kejadian lelaki terbabit dalam keadaan mabuk sebelum tertidur.

Katanya, isteri lelaki itu kemudian bertindak menikam mangsa menggunakan pisau serta memukul kepalanya menggunakan objek tumpul sehingga menyebabkannya tidak sedarkan diri.

Beliau berkata, wanita itu kemudian cuba melarikan diri melalui tingkap rumahnya tetapi tergelincir dan terjatuh ke bawah, menyebabkannya mengalami kecederaan serta pendarahan dalaman.

“Wanita itu turut mengalami kecederaan di bahagian belakang dada dan kedua-dua siku. Mayatnya dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat,” katanya di sini, semalam.
Kong Meng berkata, pemeriksaan terhadap badan suaminya yang kini dirawat di HPP mendapati 10 kesan tikaman dan polis yang membuat pemeriksaan di rumah pasangan terbabit menemui pisau di katil dengan kesan darah.

“Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku dalam kes terbabit kerana wanita itu tergelincir ketika cuba melarikan diri.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan yang hanya mahu dikenali sebagai Ang berkata, dia pada mulanya terdengar bunyi bising dari tingkat lima pangsapuri terbabit dipercayai suara pasangan itu sedang bertengkar.

Katanya, dia enggan mencampuri urusan rumah tangga mereka kerana sebelum ini pernah juga beberapa kali mendengar pasangan terbabit bertengkar.

“Namun, tidak lama selepas itu tiada lagi bunyi bising kedengaran dan saya hanya terdengar ada benda terjatuh di atas jalan. Saya terkejut apabila melihat seorang wanita yang sudah tidak bergerak dalam keadaan terlentang di situ,” katanya.










.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!