Monday, January 9, 2012

Pemenang Lulu Caldina buat contest!


Contest ni telah tamat sabtu minggu lalu..
dan, syabas, ramai yang dapat menjawab dengan agak tepat..
Walaupun hadiahnya kecil, tapi keihlasan lulu besar tau..ekeke :p


klik untuk tumbesaran yang lebih jelas

Benar, inilah objek sebenar dalam gambar yang lulu pertaruhkan untuk contest ini.
Jawapan paling tepat adalah : tin 100 plus sejuk.
mesti ada yang cakap, jawapan terlalu spesifik, takkan sejuk pun nak cakap..
Jawapan 'sejuk' perlu ada, sebab gambar untuk korang teka jelas ada kesan air..
betul tak? tapi takde kesan kemek..


Ada yang buat entri, walaupun lulu cakap tak payah, terima kasih..
ada yang jawab botol 100 plus, jawapan tu kurang tepat.
Ada pelbagai jawapan lagi, weeee, rasanya lulu bagi pembayang mudah... ;)
Boleh tengok senarai jawapan peserta kat sini [jawapan kat komen]


Ramai yang kata tin tu kemek, yer memang ada kemek sedikit kat bahagian bawah..
Tapi sebenarnya tin tu sejuk, sebab ada kesan-kesan air kat situ...



memandangkan hanya seorang saja yang menjawab dengan tepat...
Rasanya tak adil lulu pilih nama lain sebagai pemenang...
Lebih elok kita serahkan top-up tu buat pemenang yang menjawab dengan tepat...
Apa nak buat, rezeki dialah kan :D







Cik Lynn, sila tuntut top-up anda bernilai RM10 celcom/maxis di lulu.caldina@gmail.com




Buat yang tak berjaya, sila cuba dilain masa ;) Tenkiu sudi join..




.

Bayaran gaji Jan 2012 penjawat awam berdasarkan SSM

Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dibayar pada 31 Januari ini.

"Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari 2012 berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari 2012,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA akan dibuat seperti biasa mengikut jadual mulai Februari.









.

Suami Isteri Ini Telah Berkahwin 86 Tahun


Sepasang suami isteri, Karam dan Kartari boleh menjadi pasangan dengan perkahwinan terlama di England, ketika ini. Karam dan Kartari diketahui telah membina rumah tangga selama 86 tahun. Karam Chand lahir di sebuah desa kecil di pedesaan wilayah Punjab, India utara pada 1905. Keluarganya bekerja sebagai petani dan sesuai dengan kebiasaan waktu itu, dia berkahwin di usia muda.

Sementara, si isteri, Kartari, lahir di kawasan yang sama pada 1912. Info itu diperolehi dari pasport yang mereka miliki. Mereka berkahwin dalam sebuah upacara pernikahan 'Sikh' pada 1925. Karam yang datang bersama keluarganya ke Bradford pada 1965, mengatakan, tidak ada rahsia khusus untuk hidup dalam perkahwinan pada jangka waktu yang lama.

"Makan dan minumlah apa yang diinginkan, tetapi tidak berlebih-lebihan. Saya tidak pernah menahan diri dari menikmati hidup," kata Karam, seperti dikutip dalam laman BBC.

Karam yang ketika ini berusia 106 tahun masih menghisap satu batang rokok sehari, sebelum makan malam. Dia juga meneguk wiski atau brendi 3-4 kali seminggu. Karam dan Kartari tinggal bersama anak lelaki bungsu mereka, Satpal dan isterinya. Kartari mengungkapkan, dapat mempertahankan perkahwinan selama 86 tahun adalah dirahmati. Dia menyerahkan segalanya kepada Tuhan.

"Kami tahu bahawa berkahwin selama 86 tahun adalah dirahmati, namun kami sama-sama bersedia untuk pergi ketika saatnya tiba, itu semua terserah kehendak Tuhan, tapi kami benar-benar telah menjalani kehidupan yang baik," ujarnya.

Di sisi lain, Kartari tak sabar menerima surat ucapan selamat dari Ratu England pada tahun ini, ketika merayakan ulang tahunnya yang ke-100. Dia harus memastikan keadaan tubuhnya sentiasa sihat dan segar.

"Kami selalu makan makanan sehat yang baik, tidak ada bahan makanan buatan, namun kami menyukai ghee (mentega), susu dan yogurt segar," kata Kartari.

Kartari mengatakan, dia dan suaminya menikmati melakukan banyak hal, seperti makan makanan bersama-sama dan pergi ke kuil suci. Namun, saat ini, Karam tidak dapat berjalan tanpa bantuan dan lebih memerlukan perawatan dibanding isterinya yang masih aktif dan bahkan masih memiliki gigi sendiri.




.

Berdosa jadi ahli Facebook : Ulama Iran


Seorang ulama Iran menetapkan web media rangkaian sosial popular di seluruh dunia, Facebook bercanggah dengan ajaran Islam sekali gus berdosa menjadi ahlinya kerana menggalakkan peri laku tidak bermoral.

Ulama kanan itu, Ayatollah Lotfollah Safi-Golpaygani memberi pandangannya mengenai Facebook dan keahlian warga negaranya dalam web berkenaan ketika sesi soal jawab dengan agensi berita ISNA, semalam.
“Pada asasnya, perbuatan melayari mana-mana laman web yang menggalakkan peri laku tidak bermoral dan melemahkan pegangan agama bercanggah dengan Islam dan tidak dibenarkan selain menjadi ahli adalah haram.

“Hanya penggunaan laman web yang menekankan kriteria agama dan tidak membawa kepada sebarang peri laku atau etika tidak bermoral, tiada masalah,” katanya.

Di Iran, biasa bagi ulama kanannya ditanya mengenai dasar isu sosial sama ada ia sejajar dengan nilai Islam. Jawapan mereka akan dianggap sebagai satu peraturan.

Meskipun kerajaan mengenakan banyak sekatan terhadap internet, seramai 17 juta penduduk Iran ahli Facebook, lapor perangkaan rasmi pada 17 Oktober lalu.
Oleh kerana Facebook popular di kalangan generasi muda, pemerhati percaya bilangan penduduk Islam yang mempunyai akaun Facebook lebih tinggi daripada angka itu.
Iran mempunyai 70 juta penduduk, 60 peratus daripada mereka berusia di bawah 30 tahun.

Lebih lima juta laman web dikenakan sekatan di Iran tetapi warga negara itu masih mendapatkan akses menggunakan perisian proksi dan rangkaian persendirian maya (VPN).





.

'The most beautiful girl in the world': Bayi perempuan Beyoncé dan Jay-Z


Penyanyi Beyonce Knowles telah selamat melahirkan anak sulungnya pada tengah hari Ahad di hospital Lenox Hill, New York. Menurut laporan E! Online, pasangan selebriti itu telah menamakan Blue Ivy Carter kepada anak perempuan mereka itu.

Difahamkan Beyonce telah mendaftar masuk ke hospital tersebut pada Jumaat lalu dengan menggunakan nama samaran, Ingrid Jackson. Ternyata anak sulung Beyonce menjadi berita panas apabila melihatkan orang ramai telah menyerbu hospital berkenaan sehinggakan seluruh kawasan tingkat empat yang diduduki Beyonce dikawal ketat.

Malah doktor serta jururawat juga tidak dibenarkan masuk ke tingkat tersebut.


Sebelum ini terdapat beberapa kontroversi mengenai kandungan Beyonce yang dianggap palsu. Beyonce dan suaminya, Jay-Z telah berkahwin pada April 2008 dan kelahira Ivy sudah lama dinanti-nantikan oleh pasangan tersebut.

Disamping itu, beberapa selebriti seperti Rihanna dan kelly Rowland turut memberi ucapan tahniah ke atas kelahiran bayi berkenaan.




.

Juara MasterChef Malaysia yang pertama

Usaha seorang doktor gigi, Dr. Ezani Farhana Md. Monoto, 26, yang sanggup meninggalkan kerjayanya demi untuk menyertai program realiti masakan, MasterChef Malaysia berbaloi apabila dinobatkan sebagai juara sulung.

Sememangnya kemenangan anak kelahiran Kajang, Selangor itu dijangka dari awal berikutan prestasi konsisten dan teknik masakannya yang mengkagumkan.

Dengan kemenangan itu, Ezani Farhana berjaya memenangi wang tunai RM100,000, trofi dan kontrak menerbitkan serta mengedarkan buku masakannya sendiri.

Dalam pertandingan akhir yang disiarkan menerusi saluran Astro Ria itu, Ezani Farhana telah menewaskan Wahidan Abang Supain, seorang pekebun dari Sandakan, Sabah.

Ketika ditemui selepas majlis penayangan episod Santapan Penamat di sini malam ini, ternyata Ezani Farhana tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya.

"Pengalaman menyertai MasterChef Malaysia juga menyedarkan saya bahawa saya mempunyai potensi untuk pergi jauh dalam bidang kulinari," jelasnya dalam nada bersungguh-sungguh.

Untuk episod kemuncak itu, Ezani Farhana telah menyediakan tiga juadah iaitu Salad Nusantara Kekapis sebagai hidangan pembuka selera, Lamb Cutlets dengan Medley Sayur-Sayuran (hidangan utama) dan Kek Ubi Bit Berempah (pemanis mulut).

Seramai 40 orang tetamu termasuk chef profesional yang pernah muncul dalam MasterChef Malaysia menjadi juri pada pertandingan akhir itu yang mewakili 40 peratus markah.

Sementara markah selebihnya adalah daripada tiga juri tetap iaitu Chef Zubir, Chef Joe dan Chef Riz.

Episod Santapan Penamat itu turut disiarkan menerusi saluran Astro Ria dan saluran MasterChef Malaysia HD.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!