Thursday, January 5, 2012

Pertama Di Dunia


Abu Dhabi, menyediakan ATM emas pertama di dunia. ATM, terletak di Hotel Emirates Palace.

Dengan harga emas yang mencapai rekod tertingginya kerana risau akan pakej bantuan Eropah yang hampir mencapai US$1 triliun membahayakan kawasan itu, ATM emas akan memantau pergerakan harian emas. Bahkan, menawarkan emas batangan kecil yang beratnya mencapai 10 gram dengan rekabentuk khusus.

Jangan menganggap mesin ATM itu tidak berguna. Ini adalah kerana, para tetamu salah satu hotel termahal dunia itu selalu memiliki keperluan untuk mengawasi pelaburan mereka di mata wang dunia seperti euro, yen dan dolar AS.

Hotel tersebut memiliki 302 Grand Room, 40 suite Khaleej dan Khaleej Deluxe, empat suite Royal Khaleej dan 16 Palace Suite yang masing-masing memiliki tiga ruangan. Semalam di kamar tersebut, anda harus membayar sehingga US$10 ribu…..











.

Kembar terbunuh dijalan yang sama, selisih masa


Tahun 2002, Saudara kembar berusia 70an, mati dengan selisih satu jam dengan lainnya pada kemalangan yang berlainan di jalan yang sama di Finland selatan. Yang pertama mati adalah ketika dilanggar lori ketika menaiki basikalnya di Raahe, jarak 600 km ke selatan dari ibukota, Helsinki .

Hanya berbeza jarak 1.5 km dari kejadian dimana saudaranya juga mati. “Ini adalah kebetulan yang bersejarah, meskipun jalannya terkenal sibuk, tapi kemalangan jarang terjadi disini” ujar pegawai polis, Marja-Leena Huhtala mengatakan pada Reuters. ” membuat bulu roma berdiri ketika mengetahui kedua-duanya merupakan saudara kembar.







.

Peluru itu memang untuknya


Henry Ziegland menganggap dia bijak mengelak. Pada tahun 1883, dia putus dengan kekasihnya, yang kemudian sangat stress dan nekad membunuh diri. Abang kepada kekasihnya sangat marah kemudian mendatangi Ziegland dan menembaknya.

Setelah yakin dia sudah membunuh Ziegland, dia mengarahkan pistol kepada dirinya sendiri dan membunuh diri. Kenyataanya Ziegland hanya terluka sedikit di wajah dan pelurunya tersasar dan terkena di pokok. Tentu saja Ziegland merasa sangat beruntung. Bertahun-tahun kemudian dia memutuskan untuk menebang pohon itu, dengan peluru yang masih berada disitu.

Kerana merasakan pokok itu susah ditebang dia memutuskan untuk meledakkannya dengan memakai dinamit, Malang sekali ledakkannya membuatkan peluru itu mengenai kepalanya, dan dia tewas.







.

Bayi jatuh, diselamatkan dua kali oleh orang yang sama


Di Detroit, Michigan USA, tahun 1930an, seorang ibu muda (yang sangat cuai) harus mengucapkan sangat berterima kasih kepada seorang lelaki bernama Joseph Figlock. ini adalah kerana ketika Figlock sedang berjalan-jalan, bayi ibu muda tersebut jatuh dari tingkap dari tingkat atas dan mengenai Figlock.

Keduanya tidak terluka dan selamat. Bayi itu sangat bernasib baik. Namun setahun setelah itu, bayi yang sama jatuh dari tingkap yang sama, dan kebetulan sekali lagi lelaki yang sama berjalan dibawahnya, dan sekali lagi juga keduanya selamat…. memang aneh, namun benar terjadi..








.

Lelaki Tidak Lagi Dibenarkan Jual Pakaian Dalam Wanita


Bermula Khamis, hanya kakitangan wanita sahaja dibenarkan untuk menjual pakaian dalam wanita di Arab Saudi.

Ia dilihat sebagai satu langkah positif untuk menamatkan rasa janggal di kalangan wanita negara tersebut yang terpaksa memilih pakaian dalam mereka dengan dibantu pekerja lelaki sebelum ini.

"Saya dan beberapa wanita lain berasa kekok untuk melangkah masuk ke kedai pakaian dalam sebelum ini kerana kakitangan lelaki bekerja di dalam kedai terbabit," kata Samar Mohammed.

Satu perintah dikeluarkan oleh Raja Abdullah pada Jun tahun lalu ekoran bantahan beberapa tokoh ulama yang memberi tempoh enam bulan kepada pemilik kedai tersebut untuk membenarkan hanya jurujual wanita bekerja di premis berkenaan.

Pengharaman kakitangan lelaki bekerja di kedai alat kosmetik turut akan berkuat kuasa bermula Julai ini.

"Ini adalah perintah Raja. Semua persiapan sedang dilakukan untuk melaksanakan perintah ini," kata Menteri Sumber Manusia, Adel Faqih.

Pengumuman itu turut memberi peluang pekerjaan kepada lebih 40,000 wanita di Arab Saudi.









.

Daging Kucing Beracun?


Kematian mengejut seorang jutawan China menyebabkan polis tertanya-tanya sekiranya ia disebabkan oleh daging kucing beracun.

Long Liyuan, 49, maut pada 23 Disember lalu di Wilayah Guandong selepas menikmati stew daging kucing, sejenis sajian dari selatan negara itu yang dihidangkan semasa beliau dan dua rakan perniagaannya bertemu untuk makan tengah hari.

Seorang daripada rakan Long, Huang Guang yang merupakan seorang pegawai kerajaan telah ditahan pada Jumaat lalu kerana disyaki meracuni hidangan tersebut.

Polis berkata, Long dan Huang mempunyai perbalahan dalam bidang perniagaan.

Berdasarkan maklumat daripada blog siasatan polis, Huang yang merupakan Timbalan Pengarah Bahagian Pertanian di Guandong Bajja disyaki melakukan perbuatan itu dengan menggunakan herba beracun, Gelsemium.

Herba beracun tersebut boleh didapati di dalam hutan di beberapa bahagian di China.

Ketiga-tiga mereka menunjukkan simptom termakan herba beracun itu, tetapi Long maut kerana beliau dipercayai paling banyak makan herba tersebut.

Long dan Huang dikatakan bertemu untuk berbincang mengenai kontrak perniagaan dan Long yang mengusahakan perniagaan berasaskan hasil hutan dipercayai berhasrat diberikan sebidang tanah untuk diusahakan, lapor sebuah akhbar tempatan.

Mereka dikatakan pernah menikmati hidangan yang sama sebelum ini, namun sajian daging kucing itu dikatakan agak berbeza.

Rakan kepada Long, Huang Wen berkata beliau hanya makan sedikit hidangan itu kerana merasakan daging kucing tersebut ‘lebih pahit’.

Long yang makan kebanyakkan hidangan itu didakwa mula berasa pening kepala dan tidak sihat menyebabkan beliau dikejarkan ke hospital, lapor media tempatan Nanfang Daily.

Polis pada awalnya menahan pemilik restoran terbabit atas dakawaan menghidangkan makanan yang tidak bersih.

Bagaimanapun, keluarga Long enggan menerima alasan keracunan makanan dan mendesak pihak polis menjalankan siasatan dengan lebih terperinci, selain menawarkan ganjaran wang tunai kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat mengenai kematian tersebut.






.

Inilah masanya Lulu Caldina review blog korang

Dengan segmen terbaru lulu, maka inilah 5 entri terbaik dan berjaya lulu review.... Terima kasih sebab sudi join, dan jika tidak terpilih, bukan beerti korang tak best tau... Nak blogwalking peserta segmen boleh intai entri ni  Lulu Caldina Review Blog.


http://ciksibuk.blogspot.com/

Pertama, ini 1st time saya join pertandingan. Dan selama ni saya tak pernah menang. Ni bukan ayat kesian okay, tapi hakikat sebenar. Lucky draw pun tak pernah menang. Bayangkan pernah annual dinner, meja ada 10 orang, 8 orang dari meja saya nombor naik. Gila weh..either saya ni very unlucky atau 8 orang tu terlebih lucky lah.

Kata-kata tu menarik, dan rasanya lulu sendiri mengalami nasib yang serupa.. Memula blogging, selalu join giveaway atau contest, tapi selalu tak menang.. Tapi, bila dah banyak kali tak menang, ada juga waktunya menang.. alhamdulillah.. Tak boleh berhenti berharap.. ekeke, tapi perasaan kecewa sebab kalah tu membuat kan lulu susah nak join lagi...


Blog Cik Sibuk ni simple, namun menarik.. mudah loading, dan hasil tulisannya pun tak terlalu berat untuk difahami.. Sedihlah kan, follower baru bawah 100, tapi, rasanya, ramai lagi yang tak tau kewujudan blog ni.. Keep it up girl..




http://sejutarasamakusu.blogspot.com/


mana tau, pengikut lulu pon boleh jadi pengikut Mak Usu juga kan.. Jadi boleh la Mak Usu kongsikan kat semua follower pengetahuan yang Mak Usu tahu.. Dan dalam masa yang sama kita boleh eratkan silaturahim antara sesama blogger.. Perkongsian tu yang penting..

Kamon followers, jom follow Mak Usu juga ;)...
Benar, bagi lulu, blog ni menjadi medan untuk berkongsi.. Kongsi yang baik jer lah, yang tak baik tu simpan jer dalam hati.. Buat apa nak buka pekung didada kan.. Namun, jujur, melalui berlogging ni memang banyak membuatkan kita mengenali lebih ramai orang... Semoga hasrat yang murni akan tercapai ... weeee


Lulu suka dengan header blog Mak Usu, mawar merah.. dan khabar terbaru di blognya, tahniah, dia mendapat tawaran masuk ke Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pemasaran) Kat UNIMAS... selamat belajar, selamat maju jaya, dan jangan lupa kongsikan cerita menarik semasa menjadi pelajar nanti..



http://fifitiez.blogspot.com/


Bagi i,walaupun baru baca arini,i tengok blog Cik Lulu nie comel,bersih,kemas,teratur..jadi i rasa memang layak sangatlah nak review blog orang lain.Yelah kan,sebelum menilai orang lain,kita kena pastikan kita elok kan?Kalau tak,nanti orang cakap..eeee..komen orang bukan main tapi sendiri tu sama jer..


Terima kasih (bagi lulu itu satu pujian), sebab nampak blog Lulu-Pages ni kemas dan teratur.. Walaupun bagi lulu masih banyak kekurangan dan perlu diubah.. Kalau ikutkan lulu masih belum layak nak review dan komen blog orang lain.. Namun, tujuan lulu buat segmen ni, adalah untuk memperkenalkan blog-blog yang berminat untuk dikenalkan kepada orang lain.. Semoga dengan cara ini, tujuan blogger yang join, akan tercapai...

'Cantiknya dia terletak pada hati yang menilai.' Indahnya ayat kat header tu...





http://fukkenlol.blogspot.com/


Seriously, bukan trafik yang aku cari, bukan populariti yang
aku nak. Yang tu aku boleh cari sendiri kot. Tapi kalau trafik ke
blog aku naik disebabkan segmen ni, nak buat camne kan? Rezeki~


Pada mulanya, bila buka blog yang satu ni, lulu respek juga bila tengok betapa kreatifnya dia buat entri untuk segmen ni.. Maka dari situ, lulu taulah bahawa penulis blog yang satu ini memang ikhlas nak join kan.. Terima kasih atas usaha tu, memang lain dari yang lain..

Mengenai blog ni, entri-entrinya memang menarik, siyes berbeza.. Awak memang kreatif eh? Rajinlah kan join segmen, dan usaha-usaha lain, agar org tau kewujudan blog best awak.. Sayang, follower baru 3++.. Semoga terus sukses..




http://mujadafewa.blogspot.com/


sebab muja nak berkongsi pengalaman berblog dengan orang ramai,, melalui review dari blog lulu,, muja harap idea muja dan pemikiran muja dapat dikongsi dengan readers daripada blog lulu,, harap sangat dapat review daripada blog lulu :D


Banyak kali sebut review, hoho, meh lulu tunaikan ;).... Dah berkali-kali refresh blog muja ni, tapi still tak nampak header tu lagi.. Ke memang takde header yer?? Kalau takde, kena buatlah kan, sebab bila masuk ke blog, lulu suka tengok header..


Sekarang ni muja tengah promote blogshop tau.. Wah baik hati, dan itu memang satu kualiti yang penting bagi seseorang blogger.. iaitu, tolong orang lain... Jom korang, support muja..






***






Sebenarnya, lulu sukar buat pilihan.. Nasib baiklah kan segmen ni tak ramai yang join.. Berpinar mata nak pilih yang terbaik.. dan, untuk Gen2Merah, respek habislah kan buat review selengkap tu, siyes lulu pun tak ingat header Lulu-Pages selama ni... memang follower terbaik ni.. ngeeee.... Blog ni tak payah review, dah selalu kena, bagi peluang orang lain pula.. muehehe..


Memandangkan masa segmen ni singkat, dan dibuat waktu cuti (new year eve), dengan sambutan yang lulu terima, terharu weh... Tenkiu korang semua...  Kalau rajin lulu buat segmen lagi eh ;)










.

Maut makan kulat beracun


Dua maut manakala seorang lagi masih dirawat di hospital, di sini, selepas menikmati cendawan di dalam tin yang sudah tercemar.

Empat mangsa dimasukkan ke hospital selepas memakan spesies kulat berkenaan ketika menyambut perayaan tahun baru di Canberra dan tidak menyedari makanan itu sudah tamat tempoh.
Seorang mangsa sudah pulih namun tiga lagi masih dirawat dan dipindahkan ke Hospital Royal Prince Alfred Sydney untuk rawatan lanjut.

“Dua mangsa yang berada di unit kecemasan sudah meninggal dunia. Bagaimanapun, seorang lagi mangsa masih mendapatkan rawatan susulan,” kata jurucakap hospital hari ini.










.

Dua sekeluarga rentung dalam kebakaran


Dua sekeluarga ditemui rentung selepas rumah yang didiami mereka musnah dalam kebakaran yang melibatkan empat buah rumah di Jalan Biru 4, Kampung Berjaya, di sini, kira-kira 1.40 pagi semalam.

Mangsa yang dikenali Chow Choo Mei, 60, (ibu) dan Lim Yee Chu, 26, (anak perempuan) ditemui di tingkat atas rumah dalam keadaan rentung manakala seorang lagi penghuni Lim Eng Geap, 60, (ayah) ditemui selamat oleh pasukan bomba di bilik air tingkat bawah rumah.
Eng Geap yang mempunyai masalah pendengaran hanya mengalami cedera ringan di bahagian bahu kiri kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.
Seorang lagi mangsa yang merupakan jiran Eng Geap, Kooi Kim Bok, 64, berkata ketika kejadian dia sedang tidur bersama isteri dan seorang anak lelaki di bilik berasingan terkejut apabila terdengar bunyi letupan kuat dan api marak terlalu cepat.

"Saya panik masa tu. Saya, isteri dan anak tekad untuk terjun dari tingkat atas setinggi tiga meter melalui tingkap bagi menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Kooi berkata dia mengalami kecederaan di bahagian tangan kanan serta kepala manakala anak dan isterinya patah kaki dan kini dirawat di HSB Alor setar.
Dalam kejadian itu dua rumah berkembar musnah keseluruhan termasuk sebuah kereta dan dua motosikal manakala dua lagi hanya terbakar di bahagian atas sahaja.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak, Alor Setar Mahmad Fauzi Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan 2.03 minit pagi dan sampai di tempat kejadian tujuh minit kemudian.

Dua jentera dan sebuah lori tangki dengan kekuatan 15 anggota dikejarkan bagi memadamkan kebakaran. Kebakaran dapat dipadam sepenuhnya 3.14 minit pagi.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Bashah Md Hanipah yang juga AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata turun padang melawat tempat kejadian dan turut melawat mangsa di HSB serta menghulurkan sumbangan awal bagi meringankan beban mangsa.










.

Beckham tolak tawaran PSG


David Beckham tidak akan menyertai Paris Saint-Germain (PSG) atas “alasan keluarga” kata pengarah kelab Perancis yang mendapat sokongan modal dari Qatar itu, Leonardo.

Sehubungan itu, kelab tersebut kini berusaha untuk mendapatkan Kaka dari Real Madrid atau Pato dari AC Milan.

“Dia (Beckham) tidak akan datang ke PSG,” kata Leonardo, dengan “alasan keluarga” pemain berusia 36 tahun dan bekas kapten England itu tidak akan berpindah dari Los Angeles ke Paris.










.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!