Sunday, January 1, 2012

Selamat Diijabkabulkan


Selepas enam bulan bercinta, akhirnya vokalis kumpulan Gabba Gabba iaitu Ash atau nama sebenarnya, Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid, akhirnya sah bergelar suami kepada pelakon Sherry Merlis, pada pagi Ahad.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Madrasah Islahiyah Addiniyah, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur dan tiada sebarang majlis persandingan dilakukan untuk kedua-dua belah pihak.

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Sherry iaitu Wan Zainal Abidin kira-kira pukul 10 pagi dengan disaksikan oleh 100 orang tetamu.

Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan sejumlah wang hantaran yang dirahsiakan dan mas kahwin berjumlah RM200 beserta tiga dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, cincin dan manisan.

Ia dibalas lima dulang hantaran oleh pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, sebuah kitab Al-Quran, manisan, cincin dan kek.

Menurut Ash, 29, dia bersyukur kerana akhirnya pernikahan mereka berjalan dengan lancar dan berharap ia akan kekal sehingga akhir hayat.

"Saya berdoa hubungan kami kekal selamanya. memandangkan ini merupakan perkahwinan kedua saya dan Sherry, kami memutuskan untuk tidak mengadakan sebarang resepsi, sebaliknya hanya majlis nikah diikuti dengan jamuan kecil-kecilan.

"Walaupun jarak usia kami agak jauh, Alhamdulillah, masing-masing boleh memahami sesama sendiri. Apa yang membuatkan saya tertarik dengan Sherry ialah keperibadiannya dan paling penting, matanya," kata Ash yang dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Tambah Ash, selain mengusahakan syarikat rakamannya sendiri, Babugusto Records, dia dan Sherry turut merancang untuk membuka sebuah perniagaan produksi.

Pada majlis nikah itu, pasangan merpati sejoli itu mengenakan busana rekaan Lagenda Dan Rizal inspiration manakal wajah Sherry disolek oleh Asmara Andaman.

Pasangan ini mula berkenalan apabila sama-sama terlibat dalam produksi drama Cita dan Cinta, arahan Azma Aizal Yusoof yang diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd.

Sebelum ini Ash pernah mendirikan rumahtangga dengan pengacara Melodi, Khaidirah Abu Zahar atau Dira, 28, dan telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Tengku Anggun Deandra, 3.

Begitu juga dengan Sherry, 40, yang pernah berumah tangga sebelum ini dan memiliki dua orang anak iaitu Habib Daniel, 18, dan Harith Daniel, 17, hasil perkahwinannya dengan Esma Daniel.




Sumber : mStar Online






.

'I love you' : Ayat pertama yang diucapkan oleh seorang lelaki lumpuh selama 19 tahun kepada ibunya


Seorang lelaki lumpuh yang mengalami kerosakan otak dalam kemalangan kereta hampir 20 tahun yang lalu bercakap buat kali pertama - dan berkata 'I Love You' kepada ibu yang selama ini menjaganya. Doktor berkata, Simon Ellis, kini 37, tidak akan dapat bercakap lagi selepas mengalami dua keretakan tengkorak dalam kemalangan pada tahun 1992 apabila dia berusia 18 tahun.

Tetapi dia mengejutkan ibunya, Diane Franklin, 61. Menurut ibunya: 'Mereka memberitahu kami bahawa dia akan mati dalam rawatan rapi dan dia tidak mampu untuk bercakap selama 19 tahun. 'Tetapi sekarang dia telah mula berkata-kata. Saya tidak pernah akan lupa apabila dia berkata 'I Love You' kepada saya. Air mata mula mengalir dan ia sangat emosi.

'Hujung minggu lepas saya kata' merry 'kepadanya dan dia berkata' Krismas '. Saya rasa seperti dia pasti akan datang kembali dan sebagai sebuah keluarga kami merasa sangat gembira.
'Doktor kagum. Mereka hanya tidak boleh percaya. '

Simon telah cedera pada tahun 1992 setelah dia masuk ke dalam kereta dengan rakan yang memandu kereta itu mabuk setelah meminum bir. Kereta yang mereka naiki merempuh dinding dan Simon lumpuh - dan kini memerlukan penjagaan sepenuh masa. Kawannya melarikan diri tanpa sebarang kecederaan.


'Kami berharap percakapannya akan terus bertambah baik dengan bantuan pakar. Hebat untuk melihat dia begitu gembira, teruja dan penuh dengan kehidupan. 'Ia hadiah Krismas terbaik yang kita boleh diharapkan.









.

Putus cinta, tapi makan bersuap-suap?


TIBA-TIBA sahaja hubungan pasangan popular Anang-Ashanty (gambar) dikhabarkan putus di tengah jalan kerana lamaran yang dirancang oleh Anang pada September lalu gagal.

Namun, mereka masih dilihat mesra dan saling makan bersuap-suap ketika membikin klip video terbaru mereka.

Kemesraan sejoli itu seolah-olah menunjukkan hubungan mereka berada dalam keadaan baik.

Menurut Ashanty, khabar angin itu tersebar kerana lamaran tersebut terpaksa dibatalkan akibat kesibukan masing-masing.

"Kami tidak mengambil pusing tentang khabar angin itu. Kami belum menentukan bulan berapa akan berkahwin, mungkin sebab itu keluar dakwaan seperti itu," ujar Ashanty seperti dilaporkan dalam portal detikhot.

Ketika pembikinan video klip itu, Anang dan Ashanty juga kelihatan masih 'intim'.

Kedua-duanya memang merancang untuk berkahwin pada tahun 2012. Bahkan Anang dan Ashanty sudah menempah pakaian pengantin walaupun belum menetapkan tarikh perkahwinan itu.









.

Hilang 9 jari dihempap tiang


Seorang pekerja binaan hilang sembilan jari apabila kedua belah tangannya dihempap sebatang tiang cerucuk di tapak pembinaan sebuah projek perumahan di Lutong Lama dekat sini semalam. Kejadian mengerikan itu berlaku kira-kira pukul 3 petang ketika mangsa, Libau Rahim, 30, yang berasal dari Similajau membuka ikatan tali pada tiang cerucuk yang sedang diangkat menggunakan kren.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba, tiang cerucuk itu terjatuh dan menghempap sembilan jari tangannya.

Mangsa menjerit meminta tolong sebelum dia pengsan dan jeritan itu menyedarkan rakan-rakannya yang berada di tapak pembinaan bersebelahan untuk menghulurkan bantuan. Dia kemudian dibawa ke Hospital Miri oleh majikannya untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, Libau ketika ditemui di Hospital Miri hari ini berkata, dia tidak mampu berbuat apa-apa selain menjerit kesakitan sewaktu kejadian.

"Saya pun tidak tahu mengapa tiang itu tiba-tiba terjatuh padahal ikatannya baru sedikit dibuka.

"Ketika itu saya merasa tangan saya terkena sesuatu dan ketika saya mengangkat kedua-dua tangan saya, saya lihat jari saya berlumuran darah dan terputus sebelum saya menjerit minta tolong," katanya.

Menurutnya, kemalangan yang menimpanya itu adalah yang paling buruk pernah berlaku di tempat kerjanya.










.

Tutup Facebook


Selebriti masakan terkenal, Datuk Redzuawan Ismail, 53, atau lebih popular dengan panggilan Chef Wan menutup akaun Facebook miliknya iaitu Chef Wan Fan Club mulai hari ini kerana ia dijadikan tempat oleh segelintir pihak untuk mencemuhnya.

Menurut Chef Wan, dia berbuat demikian kerana sudah tidak tahan lagi dengan maki hamun orang ramai berikutan komennya sebagai juri dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) yang disiarkan Astro.

"Tujuan saya mewujudkan fan page Chef Wan Fan Club di laman sosial Facebook kira-kira empat bulan lalu adalah untuk berkongsi pengalaman dan pandangan bersama peminat sehingga ia berjaya mengumpulkan lebih 80,000 peminat.

"Namun, apa yang saya lihat ia sudah menjadi punca kepada wujudnya sifat hasad dengki, tikam belakang dan kutuk-mengutuk terutamanya terhadap diri saya. Oleh itu, lebih baik saya tutup terus akaun Facebook tersebut," ujarnya ketika ditemui selepas berakhir saingan program MLM di sini kelmarin.

Beliau juga kesal kerana terlalu banyak pihak yang bersifat terlalu cepat menghukum atau menilai sesuatu perkara yang ditulisnya.

"Bukan sahaja cara saya mengkritik dalam MLM dihentam hebat tetapi juga paling menyedihkan saya dituduh cuba memurtadkan cucu saya hanya kerana membawanya ke majlis Hari Natal.

"Tuduhan-tuduhan begini membuatkan saya kecewa dan mengambil keputusan untuk menutup akaun tersebut," ujarnya.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata, dia juga mahukan ketenangan dalam dan tidak mahu menghabiskan masa dengan melayari laman sosial itu. Tambahnya terdapat banyak perkara lain yang menjadi tumpuannya pada 2012 seperti kerjaya masakan dan ingin menghabiskan masa bersama keluarga.

"Serina pun bakal melahirkan anak kedua pada bila-bila masa sahaja. Lebih baik saya tumpukan perhatian kepada cucu dan keluarga," ujarnya.

Sementara itu, ditanya sama ada dirinya akan menerima sebarang jemputan sebagai juri selepas ini, chef Wan berkata, dia masih belum memikirkan soal itu. Bagaimanapun katanya, ada kemungkinan dia akan kembali ke pentas juri jika tawaran yang diberikan sesuai.

"Buat masa ini saya tidak mahu fikir mengenai perkara tersebut. Mungkin akan buat lagi (juri) dan mungkin tidak," ujarnya.









.

SITI NURHALIZA SAH MENGANDUNG


Berita mengembirakan yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh semua peminat Datuk Siti Nurhaliza... menurut sebuah blog, http://www.illustrasiaku.com Siti, telah membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilannya di Singapura, sempena persembahan ambang tahun baru 2012..

Tahniah Datuk Siti..
Semoga impian beliau untuk menimang cahaya mata akan termakbul....
Rezeki tahun baru ;)








.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!