Saturday, December 31, 2011

SEGMEN | Lulu Caldina nak review blog saya

~ENTRI MELEKAT SEHINGGA 31122011~



Jom kita bersegmen... nak tak????

Lama dah lulu tak review blog orang tau.. Tetiba terasa nak review, tapi kita kena pilih yang terbaik.. hoho, pemilihan yang akan lulu buat, tak semestinya blog tu lawa atau miliki trafik tinggi, yang bakal terpilih.. Lulu hanya mencari kejujuran dan orang yang benar-benar mahu blognya direview, berdasarkan isi kandungan entri itu nanti..


Jelaskan lah kan, kenapa blog korang tu harus lulu review.. lulu akan bantu review dengan ikhlas, semoga dengan cara ini, tujuan korang join segmen ni akan memberi manfaat buat korang..


Tapi, tak bermakna kalau beratus yang join, beratus blog juga yang lulu perlu review, kan.. Hanya 5 entri terbaik sahaja yang akan lulu pilih dan blognya akan lulu review dan, seperti biasa akan melekat dalam entri melekat selama 24 jam. Ayuh, ambil kesempatan ini, sebab, mulai tahun depan lulu akan jarang dah buat segmen, memandangkan lulu ada perancangan yang lebih besar untuk Lulu-Pages ni.. ;)


Cara untuk join segmen ni :
  1. Ambil header kat atas, letak dalam entri beserta link entri ini dengan tajuk "LULU CALDINA REVIEW BLOG SAYA" .  Tajuk lain, reject!
  2. Dalam entri tu nanti, jelaskan dengan cara tersendiri, kenapa berminat nak lulu review blog korang.. Entri ringkas dan tidak menepati, reject!
  3. Dah siap, tinggalkan link entri tu kat ruangan entri ni.. selain link entri, reject!!
  4. Tarikh tutup adalah hari sabtu (31 disember 2011), menjelang tengah malam..






itu jer... selesai.... kawan-kawan, jom klik link ni..[KLIK] tenkiu ;D










.

Cukai keatas orang 'gemuk'


Perancis meluluskan satu cukai 'gemuk' ke atas minuman berkarbonat dalam usaha membendung obesiti di kalangan kanak-kanak dan membantu meningkatkan pendapatan negara.

Majlis Perlembagaan Perancis, semalam meluluskan cukai baru minuman berkarbonat itu selepas mengumumkannya pada Ogos lalu.

Kerajaan mengumumkan bahawa cukai baru itu hanya akan menambah satu pence (RM0.50) kepada satu tin minuman berkenaan seperti Coca-Cola atau Fanta.

Bagaimanapun, minuman 'diet' akan dikecualikan daripada cukai berkenaan.

Pendekatan baru itu iaitu kenaikan cukai daripada tiga kepada enam sen euro itu dijangka meningkatkan pendapatan negara lebih 100 juta pound (RM498 juta) setahun.

Menurut pengumuman itu, perolehan itu dijangka digunakan bagi membiayai bayaran keselamatan sosial untuk petani.

Dalam pada itu, syarikat-syarikat minuman termasuk Coca-Cola mengecam cukai berkenaan.

Coca-Cola pada September lalu berkata, pihaknya menangguhkan rancangan pelaburan bernilai 17 juta euro (RM69.85 juta) untuk membina kilang di selatan Perancis sebagai bantahan kepada cukai tersebut.

Cukai itu diperkenalkan selepas kerajaan mengumumkan penurunan cukai sos tomaro dan garam di kantin sekolah.








.

11 larangan malam tahun baru


Seramai 4,000 anggota polis akan ditempatkan di beberapa lokasi tertentu untuk memastikan lalu lintas ketika perayaan menyambut Tahun Baru 2012 di Jakarta berjalan dengan lancar.

Polis Metro Jaya dalam pada itu turut mengeluarkan 11 larangan kepada warga Jakarta yang mahu merayakan malam Tahun Baru itu di bandar raya ini, lapor Pos Kota.Antara larangan itu ialah tidak melanggar lampu isyarat, tidak menggunakan kenderaan seperti pick up, trak atau kereta yang tidak berbumbung.

Orang ramai juga dilarang menaiki bumbung kenderaan, terutamanya kepada mereka yang menaiki bas atau pengangkutan awam pada malam perayaan Tahun Baru.

Kenderaan juga dinasihati supaya tidak diletakkan sembarangan, manakala bagi penunggang motosikal dilarang membawa secara laju, menggunakan topi keledar, sentiasa berada di bahagian kiri jalan dan menyalakan lampu utama.

Penunggang motosikal juga dilarang membuka penapis bunyi ekzos dan tidak melakukan konvoi kerana boleh menyebabkan kesesakan. Orang ramai juga dilarang membawa senjata dan tidak boleh memasang siren pada kenderaan.









.

Selamatkan Anjing, di Rumah Penyembelihan


Polis di utara Filipina berkata, mereka telah menyelamatkan berpuluh-puluh anjing yang sedang dibawa ke rumah penyembelihan.

Supritendan Polis, Ronaldo Gayo berkata sebanyak 60 ekor anjing ditemui masih hidup, manakala 12 yang lain telah mati lemas dalam van ketika ditemui polis membuat serbuan.

Kaki dan muncung anjing-anjing terbabit ditemui terikat dengan tali.

Gayo berkata pemandu van dan pembantunya telah ditangkap sambil dibawa ke destinasi sebenar mereka - sebuah rumah penyembelihan di kandang babi dan ladang ternakan ayam yang luas di bandar San Carlos.

Pemilik dan pekerja rumah penyembelihan itu bagaimanapun berjaya melarikan diri apabila polis tiba sebelum tengah malam Rabu.

Membunuh anjing untuk memperdagangkan dagingnya adalah salah di sisi undang-undang, tetapi daging anjing dianggap sebagai makanan istimewa di beberapa bahagian di Filipina.








.

Kembali kepangkuan


Kepulangan sensasi Thierry Henry ke pangkuan Arsenal mungkin dapat disaksikan apabila kelab London itu menentang Fulham, Isnin ini.

Gunners dijangka bakal menandatangani perjanjian dengan pemegang rekod penjaring terbanyak kelab itu secara rasmi, Ahad ini sebaik pasaran perpindahan dibuka.

Perbincangan lanjut telah berlangsung kelmarin dan usaha bagi menyaksikan kepulangan penyerang Perancis itu bakal menjadi realiti pada usianya yang mencecah 34 tahun.

Keinginan bos Arsenal, Arsene Wenger untuk membawa pulang Henry sekurang-kurangnya selama enam minggu semakin memuncak setelah menyaksikan persembahan tidak bermaya anak-anak buahnya yang sekadar seri 1-1 dengan Wolves di tempat sendiri, kelmarin.

Gunners bakal membayar 70,000 pound (RM343,646) seminggu untuk khidmat Henry, dan menyelesaikan polisi insurans dalam usaha memuaskan hati kelab yang diwakili pemain itu, New York Red Bulls.

New York tidak akan memulakan musim mereka sehingga 11 Mac depan.

Perjanjian serupa turut dilakukan antara LA Galaxy dan AC Milan bagi mendapatkan bekas kapten England, David Beckham pada musim 2008/09.

Henry yang sudah memulakan latihan bersama Gunners, memiliki rekod cemerlang menentang Fulham, dengan sembilan kemenangan dan seri 11 perlawanan. Dia dijangka menyarung jersi No. 12.

Sementara itu, pertahanan Arsenal, Per Mertesacker turut menggesa Wenger mendapatkan penyerang Jerman, Lukas Podolski.


Gunners sememangnya mengikuti perkembangan penyerang Cologneitu yang dianggarkan bernilai 15 juta pound (RM73.7 juta).

Mertesacker, rakan sepasukan Podolski dalam skuad Jerman, berkata: "Dia merupakan seorang penyerang yang bagus. Kaki kirinya amat luar biasa."








.

Dua Pertuduhan Menipu Pengerusi


Ahli Perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail didakwa pada Jumaat atas dua pertuduhan menipu Pengerusi Pusat Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Shamsulbahrian yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Shamsubahrin Ismail Resouces Sdn Bhd, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beliau membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain petang Jumaat.

Ahmad Zamzani membenarkan Shamsulbahrin, 45, dari Bukit Jelutong, Shah Alam, diikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Beliau menetapkan 31 Jan depan untuk sebutan semula kes.

Shamsulbahrin dipercayai memperdaya Mohamad Salleh untuk membayar perkhidmatannya di sebuah restoran di Bukit Tunku pada pukul 6 petang, 20 November lalu.

Beliau ditahan pada 21 Disember apabila dia didakwa cuba menyogok beberapa pegawai kanan polis yang mengendalikan siasatan NFC dengan wang berjumlah kira-kira RM1.7 juta bagi mengelak daripada ditahan.

Dia masih lagi ditahan reman sehingga dibicarakan di Mahkamah pada Jumaat.

NFC mencetuskan kontroversi apabila Laporan Ketua Audit Negara pada Oktober mendedahkan syarikat tersebut tidak terurus dan gagal membekalkan daging lembu seperti disasarkan.

Syarikat tersebut menerima pinjaman sebanyak RM250 juta daripada kerajaan untuk membangunkan industri penternakan lembu berskala besar dalam tempoh jangka masa panjang bagi memastikan bekalan daging di negara ini mencukupi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) menjalankan siasatan ke atas syarikat tersebut dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga isteri kepada Mohamad Salleh untuk mengetahui sama ada beliau terlibat memberikan pinjaman itu kepada NFC.





P/S - Malam tadi tengok kat berita, selamba jer dia senyum dan lambai kat kamera..









.

Kemalangan terburuk


Dua lelaki mati dan 61 lagi cedera kelmarin menjelang subuh dalam nahas yang melibatkan 40 buah kenderaan, kata polis. Nahas yang turut melibatkan kereta dan van itu berlaku ketika pemandu memandu dalam keadaan kabus tebal yang membataskan penglihatan di sebuah lebuh raya menuju ke timur New Orleans. Menurut beberapa orang yang melalui tempat kejadian, mereka mendengar mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut meminta pertolongan.

"Anda baru mendengar semua bentuk panggilan dan orang ramai menjerit meminta pertolongan," kata seorang pemandu trak tunda, Wesley Ratcliff kepada stesen televisyen tempatan WWL-TV.


Menurutnya, dalam tempoh 13 tahun kerjayanya bertindak balas dengan nahas, kemalangan tersebut adalah yang paling buruk pernah dilihatnya. Seorang jurucakap polis, Garry Flot tidak bercakap mengenai kemungkinan punca nahas. Menurutnya, seorang mangsa yang mati itu merupakan pemandu sebuah trak pikap.

Dia berkata, seorang lagi mangsa yang mati ialah seorang penumpang sebuah trak pikap lain yang berusia 54 tahun. Beberapa pemandu yang melalui lebuh raya itu ketika nahas menyatakan, mereka tiba-tiba berada dalam kegelapan dan tidak dapat melihat cahaya lampu kereta.


"Saya berpendapat ia kabus tetapi suami saya menganggap ia merupakan asap," kata seorang saksi, Stacie Williams kepada stesen televisyen WWL-TV.








.

Bila dia enggan


Dua keping gambar menunjukkan seorang pekerja menarik belalai seekor anak gajah untuk memujuk haiwan itu menaiki sebuah alat penimbang di Zoo Wuppertal, di sini kelmarin.

Pekerja berkenaan menarik belalai anak gajah bernama Uli itu untuk merekodkan berat haiwan tersebut dalam prosedur rutin di zoo berkenaan.

Namun, Uli yang ketakutan enggan memberi kerjasama apabila haiwan tersebut meundukkan kepalanya bagi mengelak ia ditarik ke atas penimbang tersebut.

Anak gajah itu kemudian akhirnya berdiri di atas penimbang tersebut dengan seorang kakitangan membelai kepala haiwan tersebut.








.

Rumour : Beyoncé has given birth to a baby girl named Tiana May Carter?


The internet rumour mill has gone into overdrive today with reports that Beyoncé has given birth to a baby girl. According to reports- which neither the singer herself nor husband Jay-Z have confirmed- Beyoncé has named her daughter Tiana May Carter.

The Single Ladies star is said to have delivered her first child at at St. Luke's Roosevelt Hospital, a private facility in New York.
Her representation - both in the US and the UK- has not been available for comment this afternoon.
A story published yesterday by MediaTakeOut.com claimed that nurses at the hospital were 'buzzing' at the news that they might be expecting Beyoncé and Jay Z.

The hospital has made no official comment.

The baby suite apparently reserved by Beyoné and Jay Z is reportedly equipped to deliver three babies and sleep 12 people.
Twitter has been abuzz with gossip and congratulations in relation to the birth rumours.

Director and choreographer Adam Shankman tweeted: 'Not meaning to start anything...but...did Beyonce have her baby?!? Just heard a bit on the radio... Is it true?'

Some are treating the news as certain, and have offered their blessing.

One user wrote: 'Congrats to Beyonce & Jay Z on new baby girl Tiana-May Carter.'
Others have taken issue with the star's apparent choice of name, with one fan posting: 'I love BK and Jay, but Tiana May???'

Beyoncé has still never tweeted from her own account, which boasts 2,259,656 followers.
The report that she has given birth has been picked up by The Mirror, Huffington Post, The Hollywood Reporter, Yahoo, Music News.com, and Allhiphop.com among others.

Beyoncé has spent the bulk of the last few months in New York, which is understandable if she has been expecting her new arrival around the New Year.








.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!