Friday, December 9, 2011

Gerhana bulan penuh mulai 7.34 malam esok


Masyarakat di negara ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang akan bermula dari 7.34 malam esok sehingga 1.30 pagi Ahad.

Pegawai penyelidik Agensi Angkasa Negara, Redzuan Tahar, berkata gerhana dapat dilihat dengan mata kasar mulai 8.46 malam, manakala fasa umbra bermula dari 10.06 malam dan akan berlanjutan kira-kira 51 minit.
 "Pencerap di Malaysia akan dapat melihat keseluruhan gerhana dan juga ketika bulan di fasa titik gelap pada 10.32 malam sekiranya tiada perubahan cuaca," katanya ketika dihubungi.

Redzuan berkata, orang ramai boleh datang ke Planetarium Negara bagi menyaksikan fenomena itu selain mengikuti perkembangan semasa fenomena gerhana bulan penuh kali ini melalui laman sosial Facebook, 'Lunar Malaysia Eclipse'.

Mereka yang ingin maklumat lanjut boleh hubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium.














.

GAYA STREET, KOTA KINABALU

INI ADALAH BAHAGIAN 2 PERCUTIAN DI KOTA KINABALU









Mengunjungi Kota Kinabalu, adalah tidak lengkap jika tidak berkunjung ke Gaya Street (sunday market).. Terletak tidak jauh dari hotel tempat lulu menginap, Tang Dynasty, tempat ni penuh sesak dengan orang ramai dan kereta.. Nak cari parking sangat lah sukar.. Namun bila berjaya mengunjungi tempat ini, bolehlah kita shooping sepuas-puasnya..












Pelbagai barang kraftangan dan bermacam-macam benda lagi ada terjual disini.. Daripada hasil kerja tangan, makanan, hinggalah kepada makanan dan minuman.. Pakaian dan alat tradisional, beg tangan.. semuanya ada disini..






Dengan terik mentari, berpeluh juga melalui setiap gerai yang ada.. Dan pelbagai reaksi pengunjung kita akan lihat disini..






Memandangkan krismas akan menjelma tidak lama lagi, gelagat seorang lelaki dengan anjingnya yang 'berpakaian' kostum krismas (menurutnya) berlegar-legar di gaya street ini begitu menarik perhatian.. Terasa kesian dengan anjing itu, namun terselit rasa kagum juga disitu, kerana anjing itu kelihatan selesa dalam keadaan begitu..


















 

Di beberapa gerai juga terdapat fridge magnet dan key chain yang menjadi 'kegilaan' ramai.. Dan yang bestnya, ianya dijual dengan harga yang murah.. Berbanding tempat yang lulu pernah pergi, biasanya 1 FM saja boleh mencecah RM9-RM15, namun disini dengan kualiti dan hasil yang menakjubkan, alaaaa RM10 boleh dapat 3 tau.. Terfikir juga masa tu nak buat giveaway, nak beli dengan banyak.. Namun niat itu terpadam sebab budget kena dioptimakan.. Banyak tempat lagi nak pergi wuwuwu.. Love Sabah.. :)



Jika ketempat ini, tidak sah jika tidak merasa makanan jajan yang selalu menjadi perbualan.. Lulu kurang arif mengenai namanya.. Namun, rasanya saja sudah cukup menambat hati.. Sekali rasa memang nak lagi.. Haa kat sini memang sukar nak cover budget..ekeke..












Ada beberapa hasil jualan lain yang juga menarik perhatian lulu.. Siyes, disini memang sangat berbeza jika dibandingkan dengan 'Petaling Street'.. Lulu benar-benar terpikat dengan hasil kerja tangan ayaman beg tangan.. Harga dia agak mahal juga, (tak berjaya merembat walau satu pun..huhu), namun sangat kreatif.. Ada pelbagai saiz dan warna..









Susah nak diceritakan satu persatu.. namun semoga gambar-gambar yang lulu selitkan, berjaya menambat hati korang.. jangan lupa singgah kesini jika berkunjung ke Kota Kinabalu....




BAHAGIAN 1 DISINI













.

NIKITA WILLY DI MALAYSIA


Pelakon popular Indonesia, Nikita Willy yang hangat dengan sinetron Safa dan Marwah dan Putri Yang Ditukar kini berada di Malaysia bagi mempromosi dua single terbarunya.
Menurut Nikita, dia menceburkan diri dalam bidang nyanyian bagi memgembangkan bakat seni yang ada dalam dirinya.
"Saya sudah lapan tahun berada dalam bidang lakonan dan membintangi beberapa filem dan sinetron Indonesia, bidang nyanyian pula merupakan percubaan pertama saya.

"Bagaimanapun maklum balas masyarakat di Indonesia banyak beri sokongan dan galakkan kepada lagu-lagu ini," katanya pada sidang media pelancaran album Nikita Willy, di sini, Khamis.
Selain itu, mini album yang memuatkan lima buah lagu termasuk tiga buah lagu lama akan berada dipasaran pada 12 Disember ini.

Dalam pada itu, penyanyi baru ini masih dalam proses rakaman bagi menyiapkan 12 buah lagu untuk dimuatkan dalam album penuhnya.
Sementara itu, bercerita tentang kehidupan peribadi, Nikita mengakui baru sahaja putus cinta dengan kekasihnya, Bara Tampubolon pada Rabu lepas.

Namun dia menafikan hubungan tersebut putus berikutan khabar angin yang mengatakan dia kini rapat dengan pemain bola sepak Indonesia, Diego Michelis.
"Ya, saya sedang bersedih kerana hubungan saya dan Bara baru sahaja putus Rabu lalu. Banyak halangan yang datang sepanjang kami bercinta dan salah satunya adalah pegangan agama yang berbeza.

"Namun ia bukan kerana saya curang dengan Diego, saya dan Diego hanya kawan dan saya tidak mengenali dia seperti yang dikhabarkan media Indonesia," katanya.
Jelas Nikita lagi, buat masa ini dia masih belum bersedia memikirkan tentang percintaan dan mahu memberi tumpuan sepenuhnya dalam bidang pelajaran dan kerjayanya.






P/S - LAGI BERITA MENGENAI NIKITA WILLY [KLIK] DAN [KLIK]






.

Pekerja kilang tak minta bantuan

Sepasang suami isteri bersama dua anak mereka di Kampung Pulau Gajah, dekat Sabak terpaksa berkongsi rumah bersama 15 biri-biri, burung, ayam, arnab serta kucing selama lima tahun kerana bimbang haiwan dan unggas itu dicuri.

Keputusan nekad untuk tinggal bersama dengan haiwan itu dibuat oleh pekerja di kilang permaidani, Sulaiman Yusof, 45, bersama isterinya, Fatma Yahya, 47, dua anak, Mohamad Hafiz Azlan Sulaiman, 5, dan Mohd Aqif Aiman, 4.

Tinjauan mendapati pasangan terbabit terpaksa menghidu bau busuk najis haiwan berkenaan yang ditempatkan dalam rumah pusaka daif berusia lebih 30 tahun.

Fatma mendakwa tidak pernah memohon bantuan mana-mana agensi kerajaan, termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata, rumah pusaka peninggalan arwah ayah mentuanya itu kini hanya menanti masa menyembah bumi.

"Suami saya tinggal di rumah ini sebelum berkahwin dengan saya, dan kini kami terpaksa terus menghuni rumah ini kerana kemiskinan, keadaan semakin uzur malah dapur tidak dapat lagi digunakan kerana runtuh.

“Malah, kedua anak saya kini semakin membesar tidak dapat bergerak bebas dalam ruang yang sempit ini.
“Suami saya memang gemar membela kambing dan burung yang boleh dijual untuk menambah sumber pendapatan kami kerana gajinya hanya kira-kira RM400 saja sebulan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menghulurkan bantuan RM3,000 bagi meringankan beban ditanggung keluarga itu.

Sementara itu, Setiausaha MAIK, Che Hamat Che Muda, berkata beliau menyampaikan sumbangan itu sebagai mewakili Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra.

“Saya sudah melawat rumah keluarga Fatma dua hari lalu selepas menerima titah Tuanku Tengku Mahkota Kelantan apabila baginda mendapat tahu mengenai kemiskinan Fatma dan bersetuju memberikan bantuan daripada Baitulmal.

“Selain bantuan RM3,000, MAIK akan menjalankan siasatan mengenai status tanah rumah pasangan ini,” katanya.





P/S - Kita sering sedih melihat rakyat diluar negara yang miskin, daif.. namun didalam negara sendiri, ada juga saudara kita yang sangat memerlukan bantuan kita..









.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!