Tuesday, November 29, 2011

Mother nature celebrates end of Forth Bridge's 121-year paint job with a spectacular show


It is newly painted in what some see as a rather mundane shade of ochre - but yesterday Mother Nature decided that the Forth Bridge deserved better.
In a trice the heavens opened up and suddenly the world's most distinctive rail bridge was bathed in all the bright colours of the rainbow. It was the ideal backdrop for the bridge, standing in all its glory - free of scaffolding for the first time in ten years.
It was also a historic moment for the team of 200 workmen carrying out what was known as the world's longest paint job.

For the first time since 1890 they could lay down their brushes, knowing they won't have to start all over again on Monday.
Thanks to advances in paint ‘technology’, the one-and-a-half mile bridge, with its  43 acres of surface and 6.5million rivets will not require a paint job for 25 years.

Maintenance of the bridge has passed into the language to describe an endless task. ‘It is like painting the Forth Bridge,’ goes the saying. Now that has been made redundant by a triple-layer coat of super-strong paint.
A Network Rail spokesman said: ‘The bridge looks amazing, restored to its  original glory. It’s looking almost as good as when it was first built.’










.

PERINCIAN PROSES BANTUAN KHAS RM500

Kerajaan akan mengumumkan perincian proses pendaftaran program bantuan khas kerajaan RM500 kepada rakyat berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan, awal bulan depan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, mereka yang layak boleh mula mendaftar pada pertengahan bulan depan.

"Perincian yang kita (kerajaan) akan umumkan meliputi cara-cara pendaftaran, kelayakan mereka yang boleh mendaftar dan sebagainya.

"Sekiranya terdapat individu yang tidak ada rumah dan duduk menumpang, mereka juga layak mendaftar,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek membaik pulih rumah Touch Point di sini hari ini.

Beliau berkata pelbagai agensi kerajaan akan terlibat seperti Jabatan Kebajikan Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Kita juga telah melantik seramai 2,000 pekerja sambilan bagi melaksanakan kerja-kerja proses pendaftaran itu,” katanya.

Ahmad Husni juga berkata bantuan khas itu dijangka diagihkan mulai pertengahan tahun depan dan mereka yang layak akan diumum melalui media massa.

Baru-Baru ini, Husni berkata borang program bantuan khas itu akan mula diedarkan melalui LHDN secara percuma pada 1 Dis.

"Dijangka 3.4 juta individu akan mendaftar melibatkan nilai bantuan keseluruhan berjumlah RM2.6 bilion.

"Proses pendaftaran adalah sangat penting dan LHDN juga akan buka bilik gerakan dan kesemua sukarelawan akan membantu sepanjang proses pendaftaran termasuk di kawasan pedalaman,” katanya.










.

BILA KELUARGA SUDAH TAHU


BEKAS anggota kumpulan OAG yang kini mencipta nama sebagai pengacara, Qushairi Mohammed Razali atau Qi dilihat tidak lagi berahsia mengenai hubungannya dengan penyanyi popular Yuna. Pasangan ini lebih bersikap terbuka mengenai hubungan mereka dan sering dilihat bersama termasuklah menghadiri majlis penganugerahan.
Ditemui di satu sesi fotografi khas bagi mempromosikan rancangan Field Trip USA musim kedua yang disiarkan setiap Rabu, 9.30 malam di 8TV, jejaka berusia 34 tahun itu menegaskan, apa yang dilakukan adalah perkara biasa dan tiada apa yang perlu disorokkan membabitkan hubungannya dengan penyanyi bakal mencipta nama di Amerika Syarikat itu.

“Cuma dalam keadaan tertentu saya juga seperti orang lain. Ada perkara dianggap peribadi tidak perlu dikongsikan dengan umum. Begitupun saya tidak berselindung mengenai hubungan saya dan Yuna. Saya mahu menjalani hidup seperti manusia biasa dan menjadi diri sendiri,” katanya.

Tegas Qi lagi, sebelum ini bukan dia mahupun Yuna mahu menyembunyikan hubungan cinta mereka, sebaliknya mereka masih lagi dalam peringkat berkenalan dan berkawan. Soal cinta tidak wujud.

“Apabila ia benar-benar berlaku saya dan Yuna sendiri tidak menyembunyikan.
Lagipun hubungan kami sudah diketahui keluarga kedua-dua belah pihak. Tidak ada perkara yang kami fikir perlu disembunyikan. Pada saya biarlah kami dahulukan keluarga. Tidak manis sekiranya hubungan kami diketahui orang sedangkan mereka tidak tahu,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan dia dan Yuna akan mengakhiri zaman solo dalam masa terdekat, kata Qi, mereka belum lagi memikirkan mengenai perkara itu apatah lagi kedua-duanya sedang sibuk.

“Yuna sendiri akan mempromosikan album Inggeris untuk pasaran Amerika Syarikat.
Sepanjang tahun depan dia akan menjelajah negara Uncle Sam itu. Dan saya sendiri sudah mempunyai beberapa perancangan termasuk kembali aktif menghasilkan muzik di samping mengintai peluang kembali ke layar kaca atau perak,” katanya.

Penghijrahan dibuat Qi yang sebelum ini menganggotai kumpulan popular indie, OAG dengan menyertai dunia penyiaran dan menjadi pengacara mula menunjukkan perkembangan. Apatah lagi peluang mengendalikan rancangan popular seperti Destinasi Budget disiarkan di 8TV sebelum ini dan Jalan-Jalan Cari Makan membuatkan namanya menjadi sebutan ramai.

Tidak kurang juga ramai yang memuji kemampuannya sebagai pengacara. Kata mereka, Qi begitu bersahaja dan sangat petah beraksi depan kamera sewaktu memberikan informasi kepada penonton.

“Saya tinggalkan dunia muzik sekitar 1999 dan pada 2004 barulah saya mencuba bidang pengacaraan. Segala bermula daripada ajakan seorang teman yang meminta saya mengacarakan rancangan Destinasi Budget. Saya kurang yakin tetapi apabila menghadiri uji bakat mereka berminat dan melamar saya.

“Pertama kali menonton wajah saya sebagai pengacara saya rasa kelakar, tetapi rakan-rakan memberitahu saya boleh buat dan saya nampak bersahaja.

Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada ibu kerana dia menjadi pengkritik utama. Setiap kali rancangan itu disiarkan ibu akan memberikan komen apa yang harus saya perbaiki dan daripada situ saya mula berubah dan mengumpul keyakinan,” katanya.

Berpindah daripada dunia muzik kepada pengacaraan kata Qi, tidak memberikan banyak masalah kepadanya kerana apa yang berbeza adalah medium dan alat digunakan untuk menyampaikan apa yang ingin disampaikan.

“Seperti muzik saya ingin menyampaikan lagu kepada orang ramai. Untuk itu ia memerlukan melodi dan nota lagu bagi menjadikan ia satu karya yang baik dan boleh diterima. Sementara pengacaraan pula kita perlu menyampaikan informasi kepada penonton dan apa yang diperlukan adalah kamera. Persamaan yang wujud dalam dua perkara ini adalah penyampaian harus datang dari hati dan akal.
Sekiranya itu dapat dilakukan barulah orang mudah untuk menerima lagu dihasilkan atau rancangan dipersembahkan,” katanya.

Bercerita mengenai Field Trip USA untuk musim kedua, kata Qi kali ini pihak produksi cuba membawa penonton melihat Amerika Syarikat dari sudut berbeza di mana pelajar terbabit dalam rancangan ini akan tinggal bersama keluarga yang menetap di kawasan luar bandar di sana selama enam bulan.

“Saya hormati semangat yang dimiliki pelajar terbabit yang sanggup tinggal di kawasan pedalaman di Amerika dalam tempoh enam bulan semata-mata untuk menimba ilmu dan belajar cara hidup masyarakat lain. Saya berkesempatan mengunjungi beberapa tempat di mana pelajar ini tinggal. Pada saya untuk menetap empat hari sudah bosan inikan pula mereka duduk sampai enam bulan.


“Seorang pelajar, Thessa tinggal bersama keluarga angkatnya di kawasan kampung di Iowa. Dia berasal dari Melaka. Bayangkan penempatan tempat keluarga angkatnya menetap hanya ada 200 orang penduduk. Rasanya Melaka jauh lebih maju.
Tidak ada banyak aktiviti di sana tetapi dia gembira tinggal bersama keluarganya dengan membantu mereka berladang. Satu kehidupan cukup menarik untuk dipaparkan,” katanya.

Satu lagi keluarga yang sempat dilawati apabila seorang pelajar bisu menetap dengan keluarga angkatnya yang juga bisu di Indianapolis. Katanya menarik kerana bapa keluarga angkatnya itu seorang genius kerana menghasilkan satu perisian yang dapat membantu orang kelainan upaya (OKU) seperti mereka.

Beralih kepada harapannya sempena menyambut tahun Maal Hijrah, Qi menjelaskan seperti umat Islam yang lain dia mengharapkan perancangan bakal dilaksanakan akan menjadi kenyataan. Apatah lagi impiannya besar kerana mahu kembali aktif dalam bidang muzik.

“Saya sangat rindukan muzik dan mahu kembali aktif. Kebanyakan bidang pengacaraan yang saya lakukan sekarang akan berakhir tahun ini dan masa terluang membuka ruang kepada saya untuk kembali aktif dengan menghasilkan muzik. Saya juga mahu mencuba menyanyi sendiri lagu-lagu yang dihasilkan.

“Selain itu saya juga bercadang mahu mengadakan persembahan bersama OAG.
Alhamdulillah, keadaan Radhi sudah semakin baik. Ternyata tahun baru yang datang ini saya lihat membawa banyak rahmat bukan saja kepada saya tetapi semua orang. Saya berdoa agar apa yang saya impikan ini akan terlaksana. Begitupun segala saya serahkan kepada-Nya. Sebagai hambanya saya hanya mampu berusaha dan berdoa apa yang diimpikan menjadi kenyataan,” katanya seraya mengakhiri perbualan.









.

12 mayat mangsa sudah ditemui


Dua belas mayat sudah ditemui dari sebatang sungai selepas sebuah jambatan roboh di sini menyebabkan puluhan kenderaan terjunam ke dalam sungai, kata pihak berkuasa, semalam.
Kira-kira 30 orang dipercayai hilang selepas jambatan sepanjang 720 meter yang dibina menyamai jambatan Golden Gate di San Francisco yang merentasi Sungai Mahakam itu runtuh Sabtu lalu.

Pasukan penyelamat terpaksa menghentikan operasi menyelam dan mencari mangsa buat sementara waktu kerana tahap penglihatan yang buruk akibat keadaan air yang keruh dan arus deras. “Satu lagi mayat ditemui menjadikan jumlah kematian kepada 12,” kata ketua agensi mencari dan menyelamat Kalimantan Timur, Harmoni Adi.
Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho mengesahkan pengemaskinian jumlah kematian itu sambil berkata, beberapa mayat terdampar di tebing sungai “Seramai 14 lagi masih dirawat di hospital,” katanya sambil menambah darjah penglihatan mencatat kosong di sungai sedalam 40 meter itu.




P/S - Lagi gambar mengenai kejadian ini di entri ini










.

Hanya kerana insurans


Seorang lelaki yang berkata tangannya perlu dipotong berikutan satu rompakan di China, disoalsiasat oleh polis di sini kerana dakwaan kecederaan itu dipercayai akibat perbuatannya sendiri.
Polis berkata, syarikat insurans Hu Chi-yang, 59, memohon supaya kes itu disiasat dan memetik polis China sebagai berkata, lelaki itu membeli polisi insurans berjumlah AS$1 juta (RM3 juta) sebelum kejadian.

Gambar Hu dengan tangan kirinya yang kudung disiarkan menerusi televisyen ketika dalam perjalanan ke balai polis.
Kes itu timbul awal bulan ini apabila Hu, bekas ahli perniagaan memberitahu media Taiwan, dia diserang berulang kali oleh tiga lelaki di Fujian, tenggara China.

Menurutnya, dia dirompak kira-kira AS$600 dan perompak terbabit hampir memotong tangannya hingga putus untuk melarikan cincin dan jam Rolex. Dia terpaksa menjalani pembedahan memotong tangan itu selepas doktor di China berkata, ia terlalu teruk untuk diselamatkan.

Hu kemudian mendakwa polis China enggan membenarkan dia membawa pulang tangan itu ke Taiwan, menyebabkan dia tidak boleh menggunakannya sebagai bukti.

Pada sidang akhbar Isnin lalu, polis di Fujian berkata, mereka percaya kecederaan Hu adalah akibat perbuatannya sendiri dan berkata, tangan itu dipotong dengan cermat dan darah yang diambil dari tempat kejadian mengandungi bahan bius.

Menurut agensi berita China News Service, polis turut menemui kesan jari Hu pada pisau yang ditemui di kawasan berhampiran dan bukti menunjukkan dia membelinya dari sebuah kedai tempatan.

Polis dan pendakwa raya di Taipei berkata, mereka membuka kes terhadap Hu.

“Kami diminta oleh sebuah syarikat insurans tempatan supaya menjalankan siasatan,” kata Timbalan Ketua Biro Siasatan Jenayah Taiwan,Yang Yuan-ming kepada wartawan.

Yang memetik penyiasat China sebagai berkata, Hu membeli polisi insurans bernilai AS$1 juta sebelum berlepas ke China.










.

Angkara teguran

Angkara menegur seorang wanita supaya tidak membuang sampah merata-rata menyebabkan seorang lelaki cedera dipukul dengan besi oleh dua lelaki termasuk teman lelaki wanita terbabit dalam kejadian di Pandan Perdana, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa yang berusia 25 tahun menegur perbuatan seorang wanita membuang sampah di kawasan awam.

Teguran mangsa membuatkan teman lelaki wanita terbabit yang berada di tempat kejadian tidak berpuas hati lalu memanggil rakannya untuk membelasah mangsa.
Menurut mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad, 25, teman lelaki wanita itu datang ke rumahnya bersama seorang rakan dengan membawa dua besi panjang.

Katanya, mereka mengetuk dan menendang pintu pagar rumahnya serta mencabar untuk berlawan.

“Saya cuba memberi nasihat, namun berlaku pertengkaran sebelum mereka memukul saya dengan menggunakan besi,” katanya di sini, semalam.

Katanya, lebih malang, dua lelaki itu mencekik lehernya hingga tidak boleh bernafas, namun bersyukur kerana dapat melepaskan diri.

Menurutnya, selepas kejadian itu, dua lelaki terbabit masih tidak berpuas hati dan mengajaknya bergaduh, namun dia menolak kerana tidak mahu perkara itu diperbesarkan.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Balai Polis Ampang.










.

Dua beradik nyaris kena peluru sesat


Dua beradik melalui pengalaman mengerikan apabila mereka nyaris terkena tembakan peluru sesat yang dilepaskan seorang perompak di luar sebuah kedai emas di pekan Wakaf Tapai dekat sini hari ini.
Ketika kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, Foo Yong Kent, 9, dan Foo Yong Jack, 6, sedang berada di dalam kereta menunggu ibu mereka, Wee Sow Tian, 46, membasuh tangan di kedai milik keluarga itu sebelum ke bandar Kuala Terengganu.

Satu das tembakan yang dilepaskan perompak itu menembusi cermin hadapan kereta jenis Proton Iswara Aeroback dinaiki kanak-kanak itu namun mujur ia tidak mengenai mereka.
Meskipun dua kanak-kanak itu terselamat dan tidak mengalami kecederaan, mereka kini berada dalam keadaan trauma berikutan kejadian tersebut.
Ketika tembakan peluru sesat itu dilepaskan, Yong Kent berada di tempat duduk depan sebelah pemandu manakala adiknya, Yong Jack di kerusi belakang.

Tembakan dilepaskan perompak terbabit ke arah pemilik kedai emas sebelum melarikan diri bersama
rakannya dengan sebuah motosikal menghala ke Bukit Payong.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, tembakan itu dilepaskan sebaik sahaja penjenayah itu terserempak dengan pemilik premis berkenaan ketika cuba melarikan diri.
Bagaimanapun, katanya, pemilik kedai emas terbabit terselamat kerana dia sempat mengelak dengan menyorok di tepi sebuah kereta.

"Kedua-dua penjenayah sebelum itu melarikan satu dulang barang kemas bernilai RM10,000 setelah merompak kedai emas itu menggunakan sepucuk pistol dan tukul besi," katanya di sini hari ini.
Berikutan itu, polis melancarkan operasi memburu dua penjenayah terbabit dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang di talian 09-6812222 bagi membantu siasatan.










.

Tiga maut letupan bot nelayan


Tiga terbunuh manakala empat lagi parah apabila sebuah bot pukat tunda nelayan meletup dipercayai berpunca daripada tong gas memasak di perairan Utara Kudat, kira-kira 215 kilometer dari sini, malam tadi.
Mayat tiga nelayan itu termasuk dua wanita ditemui terapung berdekatan bot berkenaan, mereka dipercayai rakyat tempatan walaupun identiti masing-masing belum dikenal pasti .

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Dawi Ossen berkata, kejadian berlaku pukul 9.40 malam apabila tong gas memasak yang dipercayai berada berhampiran tangki minyak bot itu meletup.
"Letupan kuat itu menyebabkan dua lagi bot memancing yang berada berhampiran bot pukat tunda itu turut terbakar. Empat pemancing yang berada dalam bot berhampiran termasuk seorang wanita cedera parah akibat melecur.

"Kita masih menjalankan siasatan berhubung kejadian ini, namun siasatan awal percaya kejadian berpunca daripada kebocoran gas memasak dan bukan kecuaian mana-mana pihak," katanya ketika dihubungi hari ini.
Dawi berkata, mayat pertama ditemui pukul 6.30 pagi ini manakala dua lagi mayat masing-masing ditemui pukul 11.40 pagi dan 12.15 tengah hari selepas operasi memadam kebakaran bot itu selesai dijalankan.
Menurutnya, sepasukan anggota Pasukan Gerakan Marin yang sedang meronda di perairan Kudat bergegas ke tempat kejadian selepas terdengar letupan kuat dari bot itu.

Katanya, empat pemancing yang cedera parah berusia antara 21 hingga 50 tahun dihantar ke Hospital Kudat untuk menerima rawatan. Kesemua mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil.









.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!