Friday, November 18, 2011

Tokyo Sky Tree


Guinness World Records semalam mengiktiraf Tokyo Sky Tree setinggi 634 meter sebagai bangunan tertinggi di dunia.


Dalam majlis yang diadakan di bandar raya Tokyo, Pengarah Pengurusan Guinness, Alistair Richards menyampaikan pengiktirafan tersebut kepada Presiden Tobu Tower Sky Tree Co., Michiaki Suzuki.
Bangunan pencakar langit tersebut mengatasi Canton Tower di China yang memiliki ketinggian 600 meter.





P/S - CE FESTIVAL





.

Keteguhan cinta :D


TEMPOH perkenalan selama 18 bulan dirasakan sudah cukup lama bagi pasangan merpati sejoli ini untuk memeterainya dengan ikatan perkahwinan.
Bagi Zahiril Adzim, 27, dan Shera Aiyob, 25, keputusan yang mereka ambil tepat dan tidak perlu ditangguhkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga.
Biarpun ada mengusik perkahwinan ini masih terlalu awal untuk mereka, bagi Zahiril dan Shera mereka tetap yakin cinta mereka melangkaui segala-galanya .

Memilih tanggal 20 November ini sebagai tarikh keramat, kedua mereka kini sedang berhempas pulas melakukan segala persiapan agar hari yang dinanti itu berlangsung dengan indah.
Shera belajar tugas isteri melalui buku
Menurut Shera, selain sibuk membuat persiapan untuk hari besarnya yang bakal tiba tidak lama lagi, dia dan Zahiril juga turut melakukan beberapa persediaan selepas menjadi suami isteri.

“Kami baru sahaja selesai mengangkat beberapa perabot ke rumah baru kami.
“Memandangkan kami berdua agak sibuk selepas cuti berkahwin nanti, kami rasa adalah lebih baik kami melakukan segala persiapan ini secara berperingkat,” katanya ketika di temui di butik Hatta Dolmat di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Menurut anak jati Ipoh, Perak, ini walaupun ada yang meragui akan kesediaannya untuk memikul tanggungjawab seorang isteri, dia sudah lama bersedia.
“Soal sedia itu sebenarnya terletak pada diri kita sendiri, jika kita asyik mengatakan belum waktunya, sampai bila-bila pun ia tidak akan berlaku.
“Selain itu memilih untuk membaca buku -buku nasihat, merupakan antara usaha Shera di dalam mempelajari ilmu seorang isteri,” katanya bersungguh.

Menyedari penglibatannya dalam bidang lakonan kurang menyerlah, Shera berpendapat, perkahwinan tidak akan menjejaskan peluangnya untuk lebih dikenali.
Dia juga reda menerima apa jua keadaan sekiranya usaha untuk menjadi seorang pelakon yang berjaya terpaksa dilupakan selepas bergelar isteri.
“Mungkin belum masanya untuk Shera menyerlah sebagai pelakon.
“Lagi pun rezeki itu bukan kita yang tentukan dan jika benar rezeki Shera bukan di dalam bidang lakonan selepas berkahwin nanti Shera tetap terima,” katanya.










.

LETAK IKLAN NUFFNANG DI TEPI BLOG


Lihat anak panah berwarna oren dalam gambar diatas...
Itulah namanya Iklan kat tepi blog.. Bukan hanya iklan nuffnang, malahan mangga, innity, advertlets atau apa jenis iklan pun nak letak, asalkan ada kod, boleh jer rasanya....



Tutorial ini dibuat diatas permintaan encik cikgu kita, Gen2Merah..



Kenapa nak letak iklan kat tepi tu? kan kat sidebar boleh? Bagi lulu, rasanya lebih kemas iklan tu berada ditepi blog, memandangkan sidebar biasanya sudah sarat dengan pelbagai widget.. termasuk follower dan bloglist.. So, ini adalah salah satu cara juga untuk mengemaskini kan blog.. betulkan??






Caranya..

Design>Page Elements>HTML/Javascript

<div style='display:scroll;position:fixed;bottom:10px;right:3px;'><!-- nuffnang -->
<script type="text/javascript">
nuffnang_bid = "02f7e9d5545a4461f951d0229c2f8e1c";
document.write('<scr' + 'ipt type="text/javascript" src="http://synad2.nuffnang.com.my/lmn.js"></scr' + 'ipt>' );
</script>
<!-- nuffnang--></div>





Tambahkan kod berwarna ungu diatas sebelum kod nuffnang korang.. untuk makluman, kod nuffnang diatas adalah milik lulu Lulu-Pages. Lulu letak hanya untuk sebagai contoh yer.. ok hanya se-simple itu tau.. Sebenarnya lulu dah cuba banyak tutorial.. Dan, syukurlah, akhirnya cara ini memang menjadi... Jom cuba....






P/S - Sila klik 1 kali eh ;) [CE FESTIVAL]





.

Perhentian bas berhawa dingin


Perhentian bas berhawa dingin pertama di Malaysia dekat Bandar Kinrara yang menjanjikan keselesaan kepada pengguna kini dibuka kepada orang ramai mulai semalam.
Perhentian bas yang beroperasi setiap hari dari jam 6 pagi hingga 11 malam itu boleh menampung 40 pengguna dalam satu masa manakala penyaman udara di situ beroperasi dari jam 9 pagi hingga 7 malam sebagai langkah penjimatan tenaga.

Pembinaan perhentian bas berhawa dingin pertama yang menelan kos RM83,000 itu ditampung sepenuhnya oleh pemaju butik bersepadu, Trinity Group Sdn Bhd (Trinity Group).
Sebagai langkah keselamatan, perhentian bas di hadapan pejabat Trinity Group di Zest Point, Bandar Kinrara itu turut dilengkapi kamera sistem litar tertutup (CCTV) selain rondaan berkala beberapa pengawal keselamatan yang ditugaskan Trinity Group.

Kos penyelenggaraan perhentian bas itu di bawah tanggungan Trinity Group sepenuhnya dan dianggarkan melebihi RM1,000 setiap bulan.

Pengarah Urusannya, Datuk Neoh Soo Keat, berkata sumbangan berupa prasarana itu diharap memberi keselesaan kepada masyarakat disamping melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikatnya.

Perhentian bas berhawa dingin pertama di Malaysia itu mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) dan penyampaian sijil pengiktirafan itu disampaikan Pengasas merangkap Pengarah Urusan MBR, Datuk Danny Ooi.










.

Muzium Kapal Selam Malaysia


Kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 dari Perancis yang akan dijadikan Muzium Kapal Selam pertama negara selamat tiba di tapak muzium itu di Dataran 1Malaysia, Klebang di sini, pada pukul 4 petang hari ini.
Kapal selam milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu tiba di jeti sementara Klebang kira-kira pukul 9.30 pagi setelah tiba di tanah air pada 13 November lalu dan bertolak dari sebuah kapal kargo di perairan Selat Melaka pukul 8.15 pagi ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Felda Transport Services Sdn. Bhd., Zainal Abidin Ujud berkata, kapal selam seberat kira-kira 1,300 tan itu dibawa menggunakan tongkang yang dipasang treler gandar pelbagai yang mempunyai 480 tayar.
"Apabila tiba dijeti, kapal selam ini dibawa menggunakan multi axle trailer yang mempunyai 480 tayar sehingga tiba ditapak di Dataran 1Malaysia sejauh 1.7 kilometer dari jeti.

"Tugas kami selesai di situ dan selepas itu, kapal selam ini akan diuruskan oleh pihak kerajaan negeri. Ini bukan sahaja pengalaman pertama bagi kami, malah yang pertama di dunia membawa kapal selam berlayar di dalam kapal kargo khas dari Perancis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Felda Transport Services Sdn. Bhd. adalah syarikat bertanggungjawab mengangkut kapal berukuran 67.5 meter panjang, 11.7 meter tinggi dan 6.5 meter lebar itu dari sebuah pelabuhan di Perancis, 12 Oktober lalu.

Kapal itu tiba di perairan Selat Melaka berhampiran Klebang di sini, 13 November lalu selepas 31 hari pelayaran.
Menurut Zainal, Agosta 70 digunakan untuk tujuan melatih krew pertama kapal selam Malaysia dari 2005 hingga 2009 dan latihan itu dijalankan berikutan kontrak yang ditandatangani Malaysia untuk pemilikan kapal selam Scorpene Perancis pada 2002.

Pada 23 September lalu, Duta Malaysia ke Perancis Tan Sri Abdul Aziz Zainal mewakili kerajaan Malaysia telah menandatangai satu pemindahan pemilikan kapal selam Agosta 70 dengan Kementerian Pertahanan Perancis Yves Blanc mewakili kerajaan Perancis.
"Kali terakhir Agosta 70 digunakan oleh TLDM dan Tentera Laut Perancis ialah ketika melakukan pelayaran di Lautan Atlantik pada Julai 2009. Selepas itu, ia tidak digunakan lagi," tambahya.










.

Halau ibu bapa kerana duit

Hanya kerana tidak memberi wang RM10, sepasang suami isteri warga emas dihalau anak lelakinya yang berusia 32 tahun dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Sungai Merali, di sini, kelmarin.
Menurut sumber polis, dalam kejadian jam 3 petang itu, anak mangsa yang baru pulang melepak bersama rakannya meminta wang RM10 daripada ibu bapanya untuk berjudi sebelum dinasihatkan tidak melakukan perkara itu.

Katanya, nasihat itu menyebabkan anak lelaki mangsa marah dan mengamuk sebelum memecahkan barangan berharga.
“Sebelum itu, mangsa sudah memberi RM5 ketika anaknya mahu keluar melepak. Sejam kemudian, anak lelakinya pulang semula dan kali ini, meminta tambahan wang RM10 untuk berjudi.

“Permintaan itu tidak dihiraukan menyebabkan anaknya mengamuk,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, anak lelaki mangsa juga mengugut mahu mencederakan ibu bapanya, namun tidak sempat apabila mangsa mengelak dan mengugut mahu keluar rumah sekiranya perangai anaknya tidak berubah.

Katanya, ugutan itu menambahkan kemarahan anaknya yang menghalau kedua-dua orang tuanya itu.

“Tidak tahan dengan perangai anaknya yang suka meminta wang, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak sejurus kejadian,” katanya.










.

Lelaki maut dipukul dengan pemarut kelapa

Seorang lelaki mati selepas dipukul dengan alat pemarut kelapa ketika sedang tidur di rumahnya di Kampung Bahagia Batu Sapi dekat sini.

Isahak Iming, 59, yang cedera parah di kepala, mati di Hospital Duchess of Kent (HDOK) di sini, pada 6.30 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong, berkata kejadian dilaporkan berlaku pada 3.30 pagi dan Isahak yang cedera parah dibawa ke HDOR oleh anggota keluarganya

"Sehubungan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa bagi membantu siasatan kes itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Koperal kepada 59 Anggota Polis di sini hari ini.

Beliau berkata, lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan itu dikatakan tinggal bersama Isahak dan dipercayai mempunyai penyakit mental.

Latanya, lelaki itu dihantar untuk menjalani pemeriksaan mental di HDOK untuk pengesahan.











.

Kahwin 11.11.11 dan sekarang sudah bercerai


Seorang lelaki Bangladesh yang berkahwin pada 11.11.2011 pada pukul 11.11 pagi akhirnya bercerai dengan isterinya beberapa minit selepas majlis perkahwinan mereka berlangsung.
Lelaki Bangladesh itu, Shawkat Ali Khan berkata, dia tidak mengetahui kenapa isterinya itu bertindak keluar dari majlis perkahwinan mereka.

Namun, pasangannya itu, Farzana Yasmin berkata, dia berasa marah ekoran permintaan keluarga Shawkat yang mahu hantaran perkahwinan termasuk sebuah peti sejuk dan sebuah televisyen.
Amalan hantaran perkahwinan oleh pengantin wanita telah dilarang di Bangladesh.
"Untuk menjadikan majlis tersebut istimewa, saya mengeluarkan kad mahal, mengundang rakan dan saudara-mara untuk menyertai majlis perkahwinan," kata Shawkat yang berusia 32 tahun.

Menurutnya, majlis itu diadakan pada pukul 11.11 pagi pada 11.11.2011.
"Majlis itu berlangsung di sebuah masjid tepat pada waktu itu," katanya yang merupakan seorang guru besar.
Dia percaya 11 merupakan nombor yang bertuah.
"Kami telah merancang parti selepas perkahwinan dua hari kemudian.
"Saya menunggu majlis yang mempunyai nombor tersebut selama bertahun-tahun lamanya.

"Saya tidak mengetahui bahawa ia akan berakhir," tambahnya.
Farzana yang berusia 27 tahun dipuji oleh ramai penduduk Bangladesh kerana pendiriannya berhubung hantaran perkahwinan itu.
Amalan hantaran dalam perkahwinan itu dikritik kerana keluarga pengantin perempuan perlu memberikan hadiah yang mewah kepada si suami.

Ketua polis tempatan, Babul Akhter menyokong dakwaan Farzana dengan menyatakan perkahwinan tersebut berkecai berhubung ekoran tuntutan hantaran yang dibuat oleh ibu saudara Shawkat semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Namun, Shawkat menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan dia berkemampuan untuk tidak menerima hantaran itu.










.

Pelakon ini mengumumkan akan berpisah dengan suaminya


Aktres terkenal Hollywood, Demi Moore semalam mengumumkan penceraiannya dengan aktor muda, Ashton Kutcher — pasangan berprofil tinggi yang berkahwin pada 2005 lalu.

Pengumuman itu muncul sebulan selepas media melaporkan bahawa Kutcher yang berusia 33 tahun tidak lagi sehaluan dengan Moore yang berusia 49 tahun yang sebelum ini mendirikan rumah tangga selama 13 tahun dengan pelakon, Bruce Willis.


“Ia amat menyedihkan dan rasa berat hati untuk saya memutuskan ikatan perkahwinan saya selama enam tahun dengan Ashton,” katanua dalam satu kenyataan.


“Sebagai seorang wanita, seorang ibu semenangnya timbul ketakutan untuk mengakhiri perkahwinan ini, tapi saya perlu membuat pilihan untuk masa depan dan kehidupan saya seterusnya.











.

Tidak sempat kongsi kejayaan



Seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bertam Indah di sini terkilan tidak sempat berkongsi kejayaan mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 dengan bapanya yang terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya petang semalam.
Nur Hazwani Rosaidi, 12, hanya mampu memegang slip keputusan UPSR yang disampaikan Pengarah Pelajaran negeri, Ahmad Tarmizi Kamaruddin di sisi jenazah bapanya, Rosaidi Awang Kechik, 41, di rumahnya di Taman Paya Keladi di sini.

Menurut Nur Hazwani, bapanya yang bertugas sebagai pegawai bank di Pulau Pinang beria-ia memohon cuti untuk menemaninya ke sekolah mengambil keputusan UPSR hari ini.
“Bapa juga bercadang membawa kami sekeluarga melancong semasa cuti sekolah ini sebagai hadiah sekiranya saya berjaya mendapat 5A.

“Memang sedih sangat apabila bapa tak sempat nak tengok keputusan ini. Saya berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh selepas ini,” kata anak ketiga daripada enam adik beradik itu.
Menurut murid itu, bapanya meninggal dunia ketika pulang dari tempat kerja kira-kira pukul 7.30 malam semalam apabila motosikal ditungganginya melanggar sebuah lori yang sedang membuat pusingan U di Butterworth.

Dalam pada itu, seorang lagi calon yang mendapat 5A, Azwin Nurain Aidi Kharsana dari SK Ara Rendang berkata, mimpi bertemu bapanya semalam yang mengucapkan tahniah kerana mendapat 5A akhirnya menjadi kenyataan.
“Abah berjanji mahu memberi hadiah sekiranya saya berjaya mendapat 5A, tetapi itu semua tinggal kenangan,” ujarnya.
Bapanya, Aidi Kharsana Ahmad @ Mat Noor, 38, terbunuh selepas mereka sekeluarga terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Tapah, Perak ketika pulang berhari raya dari Pontian, Johor, 8 November lalu.

Ibunya, Mukrimah Hamzah cedera parah dan masih dirawat di Hospital Pakar KPJ dekat sini manakala adik bongsunya, Muhammad Mukhriz, 3, patah kaki.











.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!