Thursday, November 17, 2011

Terbesar di dunia


Sekumpulan peminat snek di Jepun semalam mendakwa mereka mencatat rekod untuk biskut beras terbesar di dunia.
Memiliki diameter 160 sentimeter, biskut itu jauh lebih besar daripada biskut beras biasa yang dikenali sebagai senbei.
Senbei yang diperbuat daripada tepung beras, dimakan dengan meluas di Jepun.

Michihiro Yamaguchi yang merupakan seorang ahli Jawatankuasa Biskut Beras Terbesar Dunia di bandar Kioroshi, timur Tokyo menganggap ia adalah detik kejayaan buat mereka.

"Kami berjaya melakukannya. Inilah dendam yang amat manis," katanya selepas gagal dalam percubaan untuk berada dalam buku rekod dunia pada bulan lalu selepas biskut yang dihasilkan itu kurang tiga sentimeter daripada sasaran mereka.




.

Apa yang jarang, ada disana


Kumpulan pemuliharaan Dana Hidupan Sedunia (WWF) semalam mendesak pemerintah Indonesia memulihara hutannya selepas gambar-gambar menunjukkan beberapa ekor harimau yang jarang dilihat berada di sebuah kawasan pembalakan.

Menurut WWF, gambar itu menunjukkan harimau Sumatera, harimau emas, harimau bintang, harimau akar dan harimau batu berkeliaran di sebuah kawasan hutan yang tidak dilindungi.
Ia menyatakan, harimau tersebut ditemui berada di antara Taman Negara Bukit Tigapuluh, Sumatera dan sebuah kawasan pemuliharaan haiwan liar.

Lebih tiga bulan dalam tahun ini, kamera WWF merakamkan 404 gambar harimau liar termasuk 226 ekor harimau Sumatera, 77 ekor harimau akar, 70 ekor harimau emas, empat harimau batu dan 27 harimau bintang.







.

Warna biru yang menjadi pilihan


Sejak beberapa hari my kakak [kak risa], asyik mesg kat facebook dah terima ke belum bungkusan ni..
Biasanya kalau kak risa dah bagitau ada sesuatu yang dikirim, kompem menyusul lah kan tak lama lagi macam dalam entri ni [Hijau oren yang menawan]. Tapi dah beberapa hari, akhirnya pagi ni bergegas ke pos office, untuk ambil sendiri.. Syukur, si biru ini selamat sampai ditangan lulu..


Kak risa dah beberapa kali kirim barang dengan lulu.. owh sungguh terharu disitu.. malah hirupan teh tarik BOH masih terasa sehingga kini.. sekarang ni tetiba terasa malu dan rendah diri (walaupun lulu tinggi orangnya) sebab selalu dapat barang free, dan tak pernah balas apa2 pun untuk kak risa disana..huhu... sungguh muka tak malu, dan terasa nak tutup muka 24 jam dengan tudung biru kiriman kak risa ni..ngee..



Warna ni memang sepadan dengan warna kulit lulu kan.. O.o


Tenkiu my kakak... wuwu, hanyalah doa yang mampu lulu 'titip'kan buat kakak sekeluarga, semoga bahagia sentiasa mengiringi perjalanan hidup kakak sekeluarga....










.

Gambar Aishwarya Rai sedang hamil..


Menurut entri ni [klik] pelakon India yang lawa ni memang sudah selamat melahirkan anak sambil di nanti dengan penuh debar oleh seluruh ahli keluarga kedua belah pihak.. Anak perempuan yang dilahirkan oleh pelakon ini dianggap bayi yang sangat comel oleh suami Aishwarya, Abhishek Bachchan dan datuk kepada bayi tersebut, Amitabh Bachchan...


Namun, sejak pelakon popular ini hamil, susah nak lihat gambarnya, yang sedang hamil, biasa tengok slim jer kan..ngee... Tup-tup dah bersalin, baru jumpa gambar Aishwarya yang sedang hamil... Tapi, memang berbeza sekali.. Kalau dia jalan sorang, tentu ramai yang tak perasan. Bila jalan dengan suami, owh itu Abhishek, errr.... meh tengok..





see... lain sangat kan??? Tapi sekarang ni memang dah jadi trend artis, berlumba-lumba nak kurus cepat lepas bersalin.. Tak hairanlah nanti jika Aishwarya boleh cepat kurus kan..

Lepas ni, kita akan cari gambar bayi comel itu pula :)









.

Lebih muatan punca kemalangan


Sekurang-kurangnya 17 pelajar tadika dan dua dewasa terbunuh semalam selepas sebuah bas sekolah dengan sembilan tempat duduk membawa 64 orang terbabit dalam kemalangan dalam perjalanan ke sekolah di barat China.

Mangsa berusia 5 hingga 6 tahun maut selepas kenderaan itu bertembung dengan sebuah trak membawa arang di wilayah Gansu menyebabkannya remuk.
Pihak berkuasa menyalahkan lebih muatan sebagai punca kemalangan dalam kejadian yang mencetuskan kemarahan di seluruh negara itu, mendedahkan kelemahan sistem pendidikan hingga membahayakan pelajar di kawasan luar bandar, lapor Xinhua.

Lima orang mati di tempat kejadian iaitu empat kanak-kanak dan pemandu bas itu, kata pegawai dikenali sebagai Fan, pengarah pejabat kecemasan di Biro Keselamatan Gansu.

Seramai 14 mangsa lagi menghembuskan nafas terakhir di hospital atau ketika dalam perjalanan ke pusat perubatan. Seorang lagi mangsa adalah guru tadika, katanya.
Fan berkata, bas itu membawa 64 orang, 62 daripadanya adalah kanak-kanak. Seramai 45 orang lain dihantar ke hospital, 13 daripada mereka parah, lapor Xinhua.
Gambar dalam laman web Xinhua menunjukkan bahagian depan bas mini itu remuk manakala trak itu tidak rosak teruk.

Tujuh belas mangsa berada dalam perjalanan ke tadika Little Doctor di Qingyang ketika nahas berlaku jam 9.40 pagi waktu tempatan.

Pihak tadika menguruskan bas itu, kata Li Yuanqing, pegawai akhbar kerajaan tempatan daerah, Zhengning.

Kenderaan membawa lebihan penumpang biasa dilihat di China dan kemalangan sering berlaku kerana kenderaan terbabit tidak berada dalam keadaan baik selain tabiat memandu pemandu yang buruk.
September lalu, televisyen menyiarkan berita sebuah bas mini lapan tempat duduk ditahan kerana membawa 64 pelajar tadika.








.

Artis bersalin... anak perempuan..


Bekas Ratu Cantik Dunia yang juga pelakon terkenal Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan di sebuah hospital swasta Seven Hills di sini, hari ini.
“Saya kini bergelar datuk kepada seorang bayi perempuan yang comel,” kata pelakon veteran, Amitabh Bachchan yang juga bapa mertua aktres jelita itu menerusi laman Twitternya.

Katanya, Aishwarya dimasukkan ke hospital tujuh bintang itu pagi semalam diiringi ibu bapanya, Vrinda dan Rai Krishnaraj; abangnya, Aditya; suaminya, Abishek serta ibu mertuanya, Jaya.
“Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, Tuhan mempunyai caranya tersendiri dan ia merupakan anugerah yang istimewa daripadanya,” kata aktor itu.
Menurut satu sumber, Aishwarya dilapor menjalani pemeriksaan pada malam Sabtu dan petang Ahad lalu di hospital Seven Hills yang terletak di pinggir bandar Andheri, di sini.


“Kami sekeluarga berkumpul untuk menantikan detik kelahiran bayi tersebut dan ia merupakan kegembiraan terbesar bagi saya,” kata Amitabh.
Katanya, dia turut menerima ucapan tahniah dari seluruh dunia untuk Aishwarya.
Aishwarya 37, berkahwin dengan Abhishek, 35, pada April 2007.








.

Remaja leka berjudi


Enam remaja termasuk seorang perempuan di bawah 16 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah premis snuker yang menjalankan aktiviti permainan perjudian menangkap ikan ala kasino di Kepong di sini, malam tadi.
Mesin permainan berbentuk judi itu yang dirampas itu dipercayai baru dibawa masuk ke negara ini untuk menarik minat pelanggan terutama remaja.
Premis berkenaan antara empat premis perjudian yang diserbu Bahagian Kongsi Gelap, perjudian dan maksiat (D7) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) kira-kira jam 8.30 malam dan berakhir dua jam kemudian.

Permainan judi dengan pertaruhan minimum RM10 itu menawarkan hadiah menarik di mana pemenangnya dipilih berdasarkan mereka yang mengumpul mata tertinggi dalam kumpulan membabitkan lima individu.

Difahamkan, premis itu turut menyediakan permainan 'jackpot' dengan nilai taruhan minimum RM50 dan maksimum RM1,000 bagi merebut wang pertaruhan sehingga RM10,000 bagi cabutan setiap bulan.

Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Md Isa, berkata premis berkenaan mempunyai lesen snuker namun turut menjalankan aktiviti perjudian komputer di dalam sebuah bilik berasingan.

“Hasil serbuan, kita berjaya merampas 99 komputer berinternet yang digunakan untuk perjudian dan sebuah mesin permainan seperti di kasino. Kami turut merampas wang tunai lebih RM1,400.

“Kami menahan enam remaja lelaki dan seorang perempuan berusia bawah 16 tahun yang masih bersekolah ketika mereka sedang leka bermain permainan judi terbabit. Penjaga premis warga Indonesia berusia 27 tahun turut ditahan,” katanya.

Kesemua tahanan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk diambil keterangan dan ibu bapa pelajar terbabit turut dimaklumkan berhubung penahanan itu.

Azman berkata, premis yang menjalankan aktiviti 24 jam itu dipercayai sudah lama beroperasi berdasarkan lesen perniagaannya.







.

‘Pilihan saya tepat’


“Saya bahagia. Walaupun hanya mengenali suami ketika diijabkabulkan Jumaat lalu, dia kelakar dan mudah bertolak ansur,” akui Noor Mahayu Shamsuddin, 26, yang bertemu jodoh dengan warga emas berusia 64 tahun.
Menurutnya, dia tidak mengenali Mat Ibrahim, imam Masjid Mukim Bechah Laut di sini, sebelum ini kerana semuanya diuruskan keluarga.

“Semuanya keluarga yang aturkan dan saya hanya tahu bakal suami imam. Hanya dalam tempoh tiga minggu dirisik, saya selamat diijabkabulkan,” katanya.
Menurut Noor Mahayu, keputusannya berkahwin dengan lelaki 38 tahun lebih tua daripadanya yang juga duda dibuat atas kerelaan sendiri, tanpa paksaan sesiapa.

“Nasihat ayah yang paling utama. Saya buat keputusan tepat (berkahwin dengan Mat) memandangkan dia mempunyai latar belakang agama yang baik dan perkahwinan ini juga sangat istimewa bagi saya.

“Saya hanya melihat wajah suami ketika dinikahkan dan baru sedar saya pernah melihatnya di hospital ketika menjaga arwah ibu yang ketika itu sakit, dua bulan lalu,” katanya ketika ditemui bersama suaminya di Kampung Baru, Bechah Laut, semalam.

Noor Mahayu berkata, dia juga mahukan anak ramai seperti diinginkan suaminya bagi menyambung zuriat mereka.

Sebelum ini, anak bongsu daripada tujuh beradik itu pernah bekerja di syarikat swasta di Kuala Lumpur sebelum pulang ke kampung untuk menjaga ibunya yang sakit saraf. Ibunya bagaimanapun meninggal dunia, dua bulan lalu.

Noor Mahayu turut berkorban menjaga bapanya yang cacat kaki akibat kencing manis.

“Selain menjaga ayah, kini saya turut menjaga suami tercinta,” katanya ceria.




P/S - Membaca berita terdahulu? [klik] dan [klik]








.

Maut apabila motosikal bertembung kereta dipandu calon SPM


Seorang tukang masak maut akibat dirempuh kereta yang dipandu seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Jalan Lahar Buaya, Sungai Tiang di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 petang, Salleh Itam, 58, yang menunggang motosikal jenis Honda Wave maut di tempat kejadian akibat kecederaan teruk.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Aziz Ahmad berkata, kereta Proton Waja yang dipandu oleh pelajar terlibat bertembung dengan motosikal mangsa dari arah Pendang dipercayai untuk pulang ke rumahnya di Kampung Baru.
“Akibat pertembungan itu, kereta pelajar itu remuk di bahagian depan manakala motosikal mangsa turut mengalami kerosakan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Abdul Aziz, setakat ini pelajar tersebut atau warisnya belum membuat laporan berhubung kemalangan itu.
“Pelajar itu kini dirawat di sebuah hospital swasta di Alor Setar kerana kecederaan di hidung,” ujarnya.
Sementara itu, anak angkat mangsa, Mohd. Nor Awang, 40, berkata dia mendapat berita kemalangan itu ketika di tempat kerja di Kuari Bukit Perak kira-kira pukul 2 petang.

“Arwah yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di Tanah Merah menaiki motosikal setiap hari dan keluar rumah kira-kira pukul 6 pagi serta pulang sekitar pukul 1 tengah hari,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru.
Tambahnya, arwah masih bujang dan mempunyai dua anak angkat. Seorang lagi ialah Shamsul Effendi Mat Aris, 27, yang dipelihara sejak bayi.







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!