Tuesday, November 8, 2011

Begitu banyak sampah yang terhimpun



Pihak berkuasa Bangkok akan perlu mengangkut tiga hingga empat juta tan sampah apabila banjir yang menenggelami kira-kira 60 peratus daripada ibu negara Thailand ini surut.
Lori sampah di bandar raya ini tidak dapat masuk ke sesetengah kawasan banjir sejak berminggu-minggu lalu dan kemungkinan tempoh sebulan lagi diperlukan untuk air surut sepenuhnya, lapor akhbar The Nation hari ini.

Kira-kira sembilan juta penduduk yang terjejas akan mengeluarkan kira-kira 500 kilogram sampah setiap seorang sepanjang bencana itu, kata Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Pencemaran, Worrasart Apaipong.
"Buat masa ini penduduk disarankan supaya memastikan segala jenis sampah berada di atas paras air," katanya.
Cadangan itu mungkin sukar dilakukan oleh sesetengah penduduk yang tinggal dalam keadaan rumah mereka ditenggelami air melebihi semeter sejak berminggu-minggu lalu.

Penduduk Bangkok juga menghadapi tugas besar untuk membaiki kereta mereka.
Kira-kira 500,000 kenderaan yang separuh tenggelam akan memerlukan sekurang-kurangnya penukaran bateri dan minyak hitam, kata Worrasart.

Thailand dilanda banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun pada musim monsun ini.
Air limpahan dari kawasan dataran tengah menakung di sebelah utara Bangkok dan sedang mengalir perlahan-lahan ke pusat bandar hari ini dalam pergerakannya ke laut, menurut Perkhidmatan Penyiaran Awam Thai.

Sementara itu pakar memberi amaran, Bangkok yang dibina di atas tanah paya kini mendap perlahan-lahan dan banjir yang melandanya sekarang mungkin membayangkan senario lebih buruk pada masa depan disebabkan kesan perubahan iklim.

Metropolis ini terletak hanya 30 kilometer ke utara Teluk Siam, di mana pakar meramalkan paras laut akan naik 19 hingga 29 sentimeter menjelang 2050 akibat pemanasan global.
Jika tiada tindakan diambil untuk melindungi bandar raya ini, sebahagian besar Bangkok akan berada di bawah paras laut dalam tempoh 50 tahun, kata pakar perubahan iklim di Universiti Chulalongkorn, Anond Snidvongs.










.

Dia didapati bersalah


Doktor peribadi kepada Michael Jackson, Conrad Murray didapati bersalah hari ini kerana menyebabkan kematian raja pop itu pada Jun 2009 lalu.

Sebaik mahkamah memberikan keputusan juri itu, sanak saudara dan kenalan Michael kedengaran berteriak gembira dengan sesetengahnya menangis di luar mahkamah.

Keputusan itu diumumkan selepas mahkamah bersidang selama enam minggu.
Keluarga Michael yang diketuai ibunya, Katherine dan ayahnya Joe berada di dalam mahkamah untuk mendengar keputusan berkenaan dengngan anggota media dan peminat Michael berkerumun di luar.

Murray berdepan penjara empat tahun dan dia juga bakal menghadapi penggantungan daripada menjalankan khidmat perubatan.

Murray menghadapi didapati bersalah kerana memberi ubat propofol berlebihan sebagai membantu raja pop itu tidur di kediaman penyanyi itu di Los Angeles selepas berlatih untuk konsert baru di London.

Sejak Mahkamah Tinggi Los Angeles memulakan perbicaraan pada 27 September lalu, seramai 49 saksi terbabit - 33 saksi untuk pendakwaan manakala 16 saksi pembelaan.









.

Lagi jurukamera tv terbunuh

Seorang jurukamera televisyen mati awal pagi semalam ketika merakamkan serbuan polis ke atas sarang pengganas di pinggir Rio de Janeiro.
Gelson Domingos, 46, terbunuh akibat terkena peluru sesat ketika bertugas membuat liputan di kawasan setinggan di bandar pelabuhan Antares.

Polis berkata, Domingos memakai jaket perlindungan ketika itu tetapi ia gagal menghalang peluru daripada terkena badannya.

“Mangsa disahkan mati ketika tiba di hospital,” katanya.

Domingos merakamkan siri popular di Brazil, TV Bandeirantes yang memaparkan mengenai wartawan televisyen sebagai “mangsa keganasan yang menjejaskan orang tidak berdosa setiap hari” di negara itu.

Empat suspek penjenayah turut terbunuh dan enam pengedar dadah ditahan dalam operias berkenaan.










.

Gambar tragis ketika kereta melanggar seorang kanak-kanak sehingga mati


Seorang anak kecil berusia 3 tahun setengah dilanggar kereta BMW X6 ketika sedang bermain.

Kejadiannya bermula ketika pemandu kereta ini hendak mengundurkan kenderaannya, dia langsung tidak menyedari bahawa ada anak kecil yang sedang berdiri, di belakang keretanya.


Akibatnya kereta tersebut melanggar kanak-kanak itu sehingga terkapar dan tayar kereta melenyek badannya sehingga anak kecil itu mati.
Terlihat kaki mangsa yang kecil menggelepar saat-saat terakhir ketika masih bernyawa. Pemandu itu telah ditahan polis atas tuduhan kekerasan.

Pelajaran dari peristiwa mengerikan ini adalah kita harus selalu waspada dengan sekeliling kita saat kita memandu kenderaan.
Periksa selalu untuk memastikan kenderaan selamat dari bahaya.
Berikut gambar yang merakam kecelakaan mengerikan ini.











.

Wohooo, beli apa tu??



Ketika umat Islam menginsafi pengertian ibadah korban, ada di kalangan mereka yang bukan sahaja tidak mengambil pengajaran di sebaliknya, malah melakukan perkara mungkar dengan membeli nombor ekor.
Kejadian berlaku sehari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha, iaitu hanya tiga hari selepas premis nombor ekor di daerah ini diserbu pihak berkuasa agama.

Pentadbir Agama Daerah, Mohd. Khalil Md. Noor berkata, dalam serbuan Sabtu lalu itu, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 30-an kerana membeli nombor ekor.
Katanya, ketika ditahan pukul 6.40 petang, lelaki itu leka membeli tiket judi bernilai RM28 di satu premis di Jalan Dato Haji Hassan.

"Siasatan awal mendapati suspek datang ke pusat bandar bersama isteri dan bapa mertuanya tetapi menipu keluarganya itu untuk ke kedai ekor dengan memberi alasan membeli barang keperluan," katanya.
Pada 2 November lalu, pasukan agama sama menahan enam umat Islam yang membeli nombor ekor di premis di daerah itu setelah dikenal pasti apabila menjawab salam anggota penguat kuasa terbabit.

Tambah Mohd. Khalil, lelaki itu dibebaskan selepas dijamin isterinya tetapi akan dituduh di mahkamah syariah dalam masa terdekat.
Katanya, jika sabit kesalahan, suspek boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Mohd. Khalil memberi amaran kepada umat Islam di daerah itu menjauhi judi kerana pihaknya akan membuat tangkapan dengan lebih kerap bagi membendung kegiatan itu di kawasan terbabit.










.

Apa tu?



Seorang pemilik kedai gambar di Tanjung Kling, di sini, terperanjat besar apabila seekor ular tedung selar sepanjang hampir dua meter terjatuh dari siling sebuah bilik di kedainya, kelmarin.
Peniaga terbabit, Lu Chee Yang, 46, berkata ketika kejadian dia menuju tandas apabila suatu objek jatuh dari siling pada jam 2 petang di bilik khas mencuci gambar.

Dia terkejut apabila mendapati ia ular lalu berlari ke hadapan kedai.

“Saya rasa ular berkenaan datang dari kawasan semak tebal di belakang rumah kerana pernah terserempak haiwan berbisa itu.

“Saya berharap pemilik tanah berkenaan membersihkan semak-samun di situ bagi mengelak sarang ular.

“Saya bernasib baik kerana ular berkenaan jatuh ke lantai, bukan atas saya atau jatuh pada waktu lain dan saya tidak menyedari kehadirannya dalam kedai,” katanya.

Ular berkenaan ditangkap bekas anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Eddie Rizal Amiruddin, 32, yang berpengalaman lebih tujuh tahun dalam tugas itu sepanjang berkhidmat dengan JPAM.










.

Three million Muslims attend annual hajj pilgrimage as Eid holiday gets underway


Three million Muslim pilgrims today symbolically stoned Satan in a valley near the Saudi Arabian holy city of Mina - part of the last, and most dangerous, rite of the annual hajj.
In previous years the sheer number of people swirling around the pillars has led to stampedes - with 244 people killed in 2004 and 360 fatally injured the following year.
Saudi authorities subsequently built the current concrete complex to reduce the danger, and have so far not reported any injuries from this year's event.


Vast crowds cast pebbles as they flowed past the three pillars, on the same day as the start of the Islamic holiday of Eid al-Adha.
The ritual in the desert valley commemorates Abraham's stoning of the devil, who is said to have appeared three times to the prophet to tempt him.


Male pilgrims in two-piece seamless white robes, and women covered head to foot except for their hands and faces, chanted 'God is great' while casting the pebbles.
Pilgrims later shaved their heads or clipped off a lock of hair, a tradition dating back to the Prophet Muhammad's own pilgrimage.

They are also required to slaughter a lamb or goat, representing the lamb that Abraham sacrificed in the place of his son Ishmael. Pilgrims are allowed to arrange for this to be done in a different location or in their own countries.
Today also marks the start of Eid al-Adha, in remembrance of Abraham's near-sacrifice of his son.
Dina Mohammed Ramadhan, a 27-year old pilgrim from Egypt, said as she emerged from the crowd with her husband pushing her two babies in a carriage: 'Thank God that we are doing hajj this year. May God protect all Arab and Islamic countries.'


The five-day pilgrimage is packed with symbolism and ritual. It is aimed at cleansing the soul of sin and winning absolution by tracing the footsteps of the Prophet Muhammad and of Abraham, whom Muslims view as a forefather of Islam.
Libyans who have long been denied the opportunity to make the hajj were reportedly in attendance at this year's pilgrimage.
The privilege was usually only reserved for Muammar Gaddafi's cronies.









.

Akhirnya dia pergi jua...


Ibu kepada pasangan kembar Ahmad dan Muhammad Rosli, Aisah Kandar, 35, meninggal dunia di Hospital Putrajaya pagi Isnin selepas setahun bertarung dengan barah payu dara. Jenazah Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Haji Dorani di sini selepas Zohor.

Rosli Abdul Rahim, 40, bapa kepada pasangan kembar berusia 13 tahun itu, berkata beliau akan menunaikan amanah untuk menjaga lima anaknya termasuk Ahmad dan Muhammad sebaik mungkin seperti dilakukan arwah sebelum ini. "Pesanan terakhirnya ialah supaya saya tabah dalam membesarkan anak-anak.

"Saya akan ambil semangat isteri yang tidak pernah tunjuk sakit depan anak-anak walaupun beliau menderita kesakitan, termasuk terlantar tidak boleh bergerak sejak dua bulan lepas," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini. Ahmad dan Muhammad mendapat perhatian media kerana dilahirkan bercantum pada bahagian dada dan punggung pada 1998, sebelum menjalani pembedahan pemisahan di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi, pada September 2002.

Ahmad, selaku abang sulung kepada adik-adiknya, berkata dia akan selalu ingat pesanan arwah ibu supaya belajar bersungguh-sungguh dan menjaga adik-adiknya. "Saya sedih sebab ibu pergi ketika Hari Raya Aidiladha, tapi bersyukur kerana sempat bacakan surah Yasin untuk ibu bersama Muhammad malam tadi.
"Saya bercita-cita menjadi seorang arkitek dan adik (Muhammad) mahu jadi pelukis. Kami akan berusaha mencapai impian seperti janji kami kepada arwah ibu," katanya.








.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!