Saturday, November 5, 2011

Kanak-kanak 3 tahun selamat..

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang terkurung selama dua hari di dalam rumah berjaya mengharungi kehidupan dengan minum lebihan susu dan makanan selepas ibunya meninggal dunia secara tiba-tiba di rumah mereka di sini, baru-baru ini.

Keadaan tersebut hanya disedari jiran terdekat setelah keluarganya tidak dapat menghubungi ibu kanak-kanak itu, Lauren Silbery, 28 tahun yang meninggal dunia.
Menurut bapa saudaranya, Pete Silbery, kanak-kanak perempuan tersebut dapat membuka peti sejuk untuk mengambil makanan dan menenangkan dirinya dengan bermain anak patung beruang yang diberi nama 'Possum'.

"Kali terakhir kami menghubunginya (Lauren) ialah pada 19 Oktober lalu dan dua hari kemudian kami cuba menghubunginya lagi, namun tiada sebarang jawapan.
"Bimbang dengan keadaan tersebut, kami meminta jiran terdekatnya untuk pergi ke rumah Lauren bagi melihat apa yang berlaku," katanya.

Daripada pemerhatian jiran tersebut, dia mendapati Shylah berada di dalam rumah, namun ibunya tidak kelihatan, sekali gus menyebabkan keluarganya menghubungi polis.
Sejurus itu, polis datang ke rumah Lauren dan memujuk gadis kecil itu menarik meja kopi ke arah pintu untuk membukanya.
Selepas kejadian tersebut, Shylah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat kekurangan air dan ruam lampin.
Sementara itu, pihak berkuasa masih menunggu hasil bedah siasat ke atas mayat Lauren.








.

Dog rescued 40 hours after being buried by heartless owner



Battered and weary, this dog was rescued after 40 hours buried underground by his heartless owner.
Neighbours helped dig Jerry the Brittany spaniel out from below two-feet of earth and bricks in Delsenzano, Italy, after hearing his whimpering.
Police say the owner piled layer upon layer of earth on top of the dog to make sure he could not dig his way out.


Neighbours dialled 999 and he was rescued by experts who rushed him to an animal rescue centre where he has been recovering.
One rescuer said: 'It was sickening to see such a lovely animal abused in such a cruel way. His owner admitted he'd buried him there the day before but couldn't say why.'


The owner has apparently claimed he thought the animal was already dead and he was simply getting rid of the remains. However, he has been accused of cruelty.
'His owner is to be charged with deliberate animal cruelty and if convicted will lose the right to own a pet again,' said a prosecutor's office spokesman.









.

Itu caranya dia protes


Seorang pemuda Tibet membakar dirinya di luar Kedutaan China di sini sebelum perbuatan tersebut dihalang oleh polis India, kata beberapa saksi.
Pemuda berkenaan yang turun dari sebuah kenderaan awam bertindak mencurahkan minyak tanah ke seluruh tubuhnya dan menyalakan api pada tubuhnya yang berpakaian sebelum beberapa anggota polis bergegas memadamkan api yang sedang marak.

Seorang wartawan agensi berita AFP yang berada di lokasi kejadian berkata, seluar panjang dan seluruh pinggang pemuda berkenaan dijilat api sebelum api dapat dipadamkan.

Dia yang cedera ringan akibat melecur pada kedua-dua kakinya kemudian dibawa keluar dari tempat kejadian dengan menaiki kenderaan polis.
Tindakan nekad tersebut dilakukan kerana memprotes campur tangan pemerintahan China di wilayah Tibet.






.

Pecah rekod?


Raja pandu kereta mengundur, I. Rajagopal (gambar kecil), 56, bakal melakar sejarah tersendiri apabila merancang memandu secara mengundur pada jarak paling jauh berbanding dua rekod sebelum ini.
Pada penjelajahan sejauh 1,500 kilometer (km) bermula pada 12 Disember 2012 bersempena tarikh 12.12.12 itu, beliau akan menggunakan kereta jenis Proton Saga 1.6 bermula di bandar raya Johor Bahru.

"Dari Johor Bahru, saya akan memandu secara mengundur dengan purata kelajuan 40 kilometer hingga 50 kilometer sejam mengelilingi Semenanjung Malaysia sebelum kembali semula ke Johor Bahru.
"Penjelajahan ini dijangka mengambil masa selama 10 hari," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada 2008, Rajagopal mencipta rekod pertama memandu secara mengundur dengan purata kelajuan 55 kilometer sejam sejauh 88 kilometer dari Jalan Ungku Puan, Johor Bahru hingga ke pantai peranginan Desaru di Kota Tinggi.







.

Bakal ada keputusan


Juri perbicaraan bagi kes doktor Michael Jackson, Conrad Murray yang menghadapi tuduhan membunuh tanpa niat, bakal membuat keputusan selepas pendakwaan dan pembelaan selesai mengemukakan hujah mereka hari ini.

Hakim Michael Pastor, berkata barisan juri terbabit terdiri daripada tujuh lelaki dan lima wanita itu mula berbincang awal hari ini selepas hampir enam minggu perbicaraan itu berlangsung.

Murray dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan yang membawa kepada kematian raja pop dunia itu pada 2009.





 


.

Mahu masuk sekolah biasa


Kanak-kanak terkecil di Malaysia, Kama Mirezzanial Kama Rezmie Kamaruddin, 7, melahirkan harapan untuk belajar di sekolah harian biasa seperti kanak-kanak lain seusianya.
Dia yang mempunyai ketinggian 56 sentimeter dan berat 4.5 kilogram pada masa ini tidak bersekolah kerana enggan mengikuti pembelajaran di sebuah sekolah pendidikan khas di Putrajaya.
Kama Mirezzanial yang dilahirkan pada 2 Mac 2004 telah disahkan oleh Malaysia Book of Records (MBR) baru-baru ini sebagai kanak-kanak terkecil di Malaysia.

Bapanya, Kama Rezmie berkata, anaknya itu lahir dalam keadaan pramatang di Hospital Putrajaya ketika usia kandungan lapan bulan dengan berat 550 gram dan bersaiz 25 sentimeter. Dia disyaki mempunyai syckel syndrom iaitu sindrom kekerdilan yang menyebabkan pertumbuhan badannya terencat berbanding kanak-kanak lain.

"Doktor ketika itu mengesahkan dia hanya boleh hidup tidak sampai 75 hari selepas dilahirkan dan berkemungkinan mengalami masalah perkembangan otak.
"Meskipun tumbesarannya mula berhenti pada usia lima bulan tetapi Kama Mirezzanial terus hidup sehingga kini malah dia begitu aktif, boleh bertutur dengan baik dan boleh membaca," katanya ketika ditemui di pejabat MBR di sini semalam.

Lebih mengagumkan, kata Kama Rezmie, anaknya itu kini gemar menghabiskan masa dengan bermain iPad dan iPhone pada waktu lapang dan amat meminati ikon Upin dan Ipin.








.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!