Wednesday, October 26, 2011

Banyak minum soda tingkatkan kelakuan ganas remaja


Sepasukan penyelidik Amerika Syarikat (AS) hari ini mendedahkan wujudnya kaitan antara perlakuan ganas golongan remaja dengan jumlah air soda yang mereka minum.
Dalam kajian yang dilakukan terhadap sekumpulan pelajar sekolah menengah di Boston, mereka yang minum lima tin minuman ringan setiap minggu didapati mudah terlibat dengan perlakuan agresif berbanding pelajar yang kurang mengambil minuman tersebut.

''Apa yang kami temui ialah wujud kaitan yang kuat antara jumlah minuman ringan yang diambil oleh remaja dengan perlakuan ganas mereka.
''Bukan hanya keganasan terhadap rakan sebaya malah perlakuan ganas terhadap teman masing-masing serta adik-beradik.

''Ia satu penemuan yang mengejutkan bagi kami apabila kajian yang dijalankan cukup jelas memperlihatkan perkaitan itu,'' kata Profesor di Sekolah Kesihatan Awam, Harvard University, David Hemenway.
Katanya, kajian itu berdasarkan kepada soal selidik terhadap 1,878 responden yang terdiri daripada golongan pelajar berusia antara 14 dan 18 tahun di pusat Boston, kawasan yang mencatatkan jumlah jenayah yang tinggi berbanding pinggir bandar Boston.

Antara soalan yang dikemukakan adalah sama ada mereka pernah meminum arak atau merokok serta membawa senjata dan melakukan keganasan terhadap rakan serta ahli keluarga.
Hemenway berkata, di kalangan mereka yang minum 14 tin minuman ringan dalam seminggu, 43 peratus daripada mereka didapati membawa senjata api atau pisau manakala 27 peratus lagi melakukan keganasan terhadap teman masing-masing dan lebih 58 peratus pula bertindak ganas kepada rakan sebaya.





.

Kesukaran hidup jadi pendorong

Impian untuk mengubah taraf hidup keluarga menjadi pendorong kepada Hasniah Salehe dari Tawau, Sabah untuk berjaya dalam pelajaran.

Dorongan itu turut membolehkan beliau merangkul Anugerah Dekan Kelas Pertama dalam Majlis Penyampaian Diploma Program Kerjasama dan Eksekutif UTMSPACE 2011, di sini hujung minggu lalu.

Hasniah, 25, graduan Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik dari Kolej Teknologi Darul Naim di Kota Bahru, Kelantan tersebut memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.69.

Menurut anak kesembilan dari 10 beradik ini, dia yang kehilangan bapa sejak lapan tahun lalu telah menanam semangat untuk belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran demi mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang jurutera.
‘‘Saya berasal dari kampung dan kebanyakan abang dan kakak saya hanya bersekolah setakat peringkat menengah sahaja.

‘‘Kehidupan keluarga saya yang agak sukar itulah yang telah menyuntik semangat untuk saya belajar bersungguh-sungguh agar dapat membantu keluarga suatu hari nanti,” katanya ketika ditemui di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai di sini.

Hasniah berkata, antara petua kejayaannya adalah belajar secara berkumpulan kerana dengan cara itu dia dapat mengulang kaji pelajaran bersama rakan-rakan dan membantu antara satu sama lain.
Selain bidang akademik, katanya, beliau turut aktif dalam persatuan selain selalu mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kolej pengajiannya.

‘‘Bagi saya akademik dan kokurikulum sama-sama penting dan sebagai pelajar kita harus pandai membahagikan masa dengan bijak,” katanya.
Seramai 1,883 graduan menerima diploma masing-masing dalam pelbagai jurusan dan daripada jumlah tersebut, seramai 486 graduan di bawah Program Diploma Eksekutif daripada 10 buah rakan pintar dan seramai 1,397 graduan di bawah program Diploma Kerjasama UTMSPACE.





.

Wordless Wednesday








.

Hmm.. now what? Curious case of the confused grasshopper scratching its head



Raising a foreleg to its head as it sits atop a flower, this grasshopper appears somewhat confused about what to do next.

Looking like a human scratching its head, the humorous pose was captured by amateur photographer Matt Cole, 40, in Lount Nature Reserve, Leicestershire.
Matt, from Ashby de la Zouch, said: 'It's always great to photograph an animal or insect doing something slightly unusual.

'I was very pleased to capture a sharp image of it in this pose.

'I was on the lookout for interesting insects when I spotted it and followed for a few minutes as it jumped from one perch to another.
'Eventually it settled on this Devil's-bit Scabious flower and allowed me to set up my tripod in front of it.
'As I was watching through my camera viewfinder it briefly lifted its front leg.
'It was starting to spit with rain so it could have been brushing a water drop off its head or eye.
'Either that or it is scratching its head in bemusement, wondering what on earth I'm doing there.'
He added: 'You can put a lot of effort into fieldcraft, technique and composition but sometimes you need a bit of luck to give an image that something extra.'





.

Biawak makan mayat?

Seorang remaja tidak menyangka objek seperti patung yang terbaring di dalam parit di Jalan Pusara di sini, adalah mayat seorang lelaki yang cedera teruk pada muka dan kemaluannya pula hancur.

Mohd. Syamimi Mohd Zulkifli, 17, berkata, beliau terhidu bau busuk ketika melalui jalan itu kira-kira 11 pagi tadi, menyebabkannya menjengah ke dalam parit dan ternampak dua ekor biawak di atas objek yang disangkanya patung.
"Mulanya saya ingat patung, tapi apabila melihat dari dekat saya nampak kemaluan mayat hancur, mungkin dimakan biawak, manakala muka pula cedera teruk,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau yang bekerja di sebuah warung tidak jauh dari kawasan itu kemudian bergegas memaklumkan penemuan tersebut kepada majikannya.
Tiga anggota polis yang kebetulan minum di warung terbabit kemudian menuju ke lokasi dan mengesahkan objek itu mayat seorang lelaki yang hanya memakai baju T hitam tanpa seluar.

Mayat kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk dibedah siasat.
Sementara itu, Ketua polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Samsudin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Beliau berkata, keputusan bedah siasat menunjukkan tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Polis juga belum dapat mengenal pasti identiti mayat, katanya.




.

Penganggur cuba bakar diri


Seorang rakyat Pakistan yang menganggur membakar dirinya sendiri sebagai cubaan membunuh diri di luar parlimen semalam lalu dimasukkan ke hospital dan kini berada dalam keadaan kritikal, kata pegawai.
Menurut jurucakap polis, Naeem Iqbal, Raja Khan, bapa kepada dua orang anak yang berasal dari wilayah selatan Sindh, Naushero Feroz menuang minyak ke badannya sebelum bertindak membakar dirinya.

Pegawai polis yang bertugas terus menyelamatkan nyawa lelaki itu dan membawanya ke hospital.
Khan meninggalkan surat berdekatan dengan barang-barangnya iaitu beg baju yang menyatakan dia penat kerana terus berada dalam keadaan miskin.




.

Nasi Lemak 2.0 Berjaya Kutip RM7 Juta


Filem kontroversi, Nasi Lemak 2.0 berjaya meraih kutipan sebanyak RM7 juta sepanjang ia ditayangkan di pawagam sejak 8 September bulan lalu.
Pengarah dan pelakon filem tersebut, Namawee berkata, pihaknya tidak menjangkakan angka itu tetapi bersyukur dengan sokongan daripada penonton.

"Pada dasarnya saya memang menaruh harapan tinggi pada filem ini namun tidak menyangka sambutannya akan menjadi begitu baik sekali di kalangan penonton di Malaysia," ujarnya pada majlis meraikan kejayaan filem itu di sini, Isnin.
Katanya, walaupun mendapat pelbagai kritikan negatif daripada pelbagai pihak, namun dengan sokongan dan maklum balas positif daripada penonton cukup baik.

Tambahnya, filem terbitan dengan kerjasama UB Prodigee Entertainment dan Prodigee Media itu telah ditayangkan di 71 buah pawagam di seluruh negara dan berada di tempat ketiga teratas selama tiga minggu berturut-turut.
Sementara itu, penerbit filem berkenaan, Fred Chong memberitahu, Nasi Lemak 2.0 juga telah menjadi filem tempatan berbahasa Cina dengan rekod kutipan wayang tertinggi.

"Ia bukan sahaja mendapat kutipan sebanyak RM7 juta malah menduduki tempat kelapan secara keseluruhan sebagai filem dengan kutipan pawagam tempatan tertinggi dalam sejarah.
"Saya berasa gembira kerana ia bukan sahaja ditonton oleh masyarakat Cina, bahkan kaum-kaum lain di negara ini turut keluar memberi sokongan," ujarnya.

Dalam pada itu, Fred berkata, pihaknya gembira apabila Nasi Lemak 2.0 telah dipilih sebagai filem tayangan rasmi untuk pesta filem termashyur, Taipei Golden Horse Film Festival 2011 dan menurutnya ia sesuatu jarang berlaku bagi sesebuah filem dari Malaysia.
"Saya terkejut apabila diberitahu mengenai perkara tersebut kerana Nasi Lemak 2.0 bercirikan aspek tempatan dan tidak menyangka orang dari luar negara dapat memahami gaya dan jalan ceritanya," katanya.
Ujarnya lagi, filem itu akan ditayangkan di Singapura dan Taiwan pada Disember depan.

Ditanya mengenai projek terbaru selepas kejayaan Nasi Lemak 2.0, Fred memberitahu, pihaknya sedang meneliti beberapa skrip yang telah disiapkan oleh Namawee untuk dijadikan sebuah filem.
Malah katanya, dia akan meneruskan usaha untuk menampilkan barisan pelakon berbilang kaum untuk mencerminkan cerita 1Malaysia melalui jalan cerita menarik.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!