Tuesday, October 25, 2011

Melakukan sesuatu yang menakjubkan


Bukan semua orang miliki kebolehan melukis.. Apatah lagi bila lukisan itu cantik dan boleh dijual..


Namun, ada juga orang yang boleh melukis dan berkarya melalui bahan yang paling tidak masuk akal..


Bukan berus, bukan warna..seperti yang lazimnya...


Berbeza dengan  Marcus Levin, pelukis ini menjadikan paku pengganti berus lukisan.
Hanya memaku pada kayu menjadikan hasil karya seni yang hebat dan menakjubkan.


Siapa sangka paku boleh menghasil sesuatu yang luar biasa? Dan dia dapat membuktikan tiada yang mustahil diunia ini................







.

Bumi kini hadapi masalah penduduk, suhu


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran penduduk dunia akan mencecah 15 bilion orang menjelang akhir abad ini, menyebabkan tekanan berat kepada sumber planet Bumi, kecuali tindakan segera diambil untuk mengawal kadar pertumbuhan.
Perangkaan itu berkemungkinan mengejutkan ramai pakar kerana ia jauh lebih tinggi berbanding yang dianggarkan.
Terdahulu, PBB menganggarkan dunia akan memiliki 10 bilion penduduk menjelang akhir abad ini, manakala ketika ini hampir tujuh bilion orang menghuni dunia.

Perangkaan baru itu dinyatakan dalam kajian oleh Dana Kependudukan PBB (UNFPA) yang akan disiarkan minggu ini. Laporan bertajuk ‘Kedudukan Penduduk Dunia 2011,’ dihimpun untuk menandakan bahawa di mana-mana saja di muka Bumi, bayi yang dilahirkan akan menjadikan penduduk dunia melebihi tujuh bilion.

Sebahagian pakar memberi reaksi terkejut dengan perangkaan itu. Pengerusi Population Matters, Roger Martin, yang berkempen untuk mengawal penduduk, berkata Bumi memasuki fasa baru yang bahaya.

“Planet kita menghadapi masalah dari semua aspek termasuki pertumbuhan penduduk dan perubahan suhu. Planet sebenarnya tidak menampung tujuh bilion penduduk,” katanya.
Bumi mempunyai dua kali ganda penduduk sejak tahun 1960-an, disebabkan kadar kelahiran tinggi di Afrika, Asia dan Amerika Latin.

Sebahagian lagi masih ragu-ragu dengan fakta bahawa penduduk dunia akan mencecah 15 bilion dengan kadar segera. Penulis Population Bomb, Profesor Jack Goldstone, dari Universiti George Mason, berkata beliau yakin pemimpin dunia akan mengambil tindakan tertentu untuk memastikan penduduk dunia dapat dikurangkan.

“Cara mengurangkan bilangan kanak-kanak dalam keluarga tersebar ke seluruh dunia,” katanya sambil menambah 10 hingga 12 bilion penduduk menjelang 2100.

Ramai pakar dasar percaya kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) mempunyai cara mengehad dan mengawal penduduk dunia. Kunci utama, kata mereka ialah memastikan perancangan keluarga yang berkesan disampaikan ke seluruh negara membangun.

“Apa yang amat kritikal ialah komitmen kerajaan. Perancangan keluarga sebenarnya tidak mahal,” kata Naib Presiden Majlis Kependudukan beribu pejabat di New York, John Bongaarts.

Bagaimanapun, aktivis isu perancangan keluarga berdepan faktor budaya dan agama yang menjadikan usaha mendidik wanita dan mengurangkan saiz keluarga sukar.






.

Kasihnya ayah buat anaknya....


Sejak kebelakangan ini, kita sering dikejutkan dengan berita-berita yang mengaitkan hilang kemanusiaan warga negara china terhadap satu sama lain. Aneh bagi kita di Malaysia, apabila mereka tidak mengendahkan nyawa orang lain.


Namun, tidak kurang anehnya juga seperti berita-berita sebelum ini, kisah ini adalah berkaitan seorang bapa di sana, yang terlalu sayangkan anaknya, sehingga sanggup merantai kaki anaknya yang berusia 2 tahun yang bernama Lao Lu di lampu merah tepi jalan raya agar anaknya tidak dibawa lari orang..









.

Warganegara Jepun dihukum gantung


Seorang bekas jururawat warganegara Jepun dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah di atas tuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine atau syabu seberat 3,493 gram dua tahun lalu.

Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad memutuskan hukuman itu ke atas Mariko Takeuchi, 37, selepas berpuas hati bahawa tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah semasa memberi keterangan membela diri.
Mariko didakwa mengedar 3,493 gram methamphetamine di Kaunter Pemeriksaan Kastam D, Unit Khas Penumpang T, Balai Ketibaan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini pada pukul 9.55 malam, 30 Oktober 2009.








.

Bayi 'kepala besar' perlu bantuan

Seorang ibu merayu bantuan orang ramai untuk menampung kos perubatan bayinya berusia setahun yang kini bertarung nyawa di Hospital Pulau Pinang kerana menghidap penyakit hydrocephalus atau 'kepala besar'.

Rathi Fawatih, 25, berkata, bayinya, Mohd. Fariz Shah Putra dimasukkan ke wad sejak Jun lalu dan baru sahaja menjalani dua pembedahan bagi membuang tumor dan air di kepalanya yang semakin mengembang.
Katanya, pembedahan dilakukan pada Julai dan Ogos lalu dan kini bayinya menunggu rawatan susulan bagi menyelamatkan nyawanya.

"Jun lalu, saya dan suami mendapati kepala Mohd. Fariz semakin membesar lalu dia dibawa ke hospital bagi tujuan pemeriksaan dan doktor mengesahkan penyakit yang dialaminya.

"Jika sebelum ini dia aktif seperti bayi lain tetapi sekarang dia hanya mampu menggerakkan mata dan kaki jika terjaga dari tidur," katanya ketika ditemui di hospital itu hari ini.
Sebagai ibu kata Rathi, dia mahu melihat anaknya pulih dan membesar secara normal.
Katanya, dia dan suami terpaksa berganti-ganti menemani anaknya di hospital bagi memantau keadaannya.

Menurutnya, suaminya pula terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu lori pada Mac lalu selepas terlantar di hospital kerana menghidap penyakit kencing manis dan jantung.
"Saya juga terpaksa berhenti kerja sebagai operator di sebuah kilang kerana sukar membahagikan masa menjaga anak di hospital," katanya.
Selain itu, mereka turut berdepan masalah membeli keperluan asas Mohd. Fariz seperti susu dan lampin pakai buang yang mencecah RM300 sebulan.
Bagi yang mahu menyalurkan sumbangan boleh menghubungi Rathi menerusi 016-4777776.








.

Jarak usia tidak halang cinta


PENGACARA, pelakon dan bekas penyampai radio Era FM, Yasmin Hani Richardson lega apabila jodohnya dipertemukan dengan Sha'arin Mohammed Razali Wong selepas diijabkabulkan di Duchess Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada petang Jumaat lalu.
Biarpun bertemu jodoh pada usia 32 tahun tetapi anak kacukan Melayu dan Inggeris ini tidak menganggapnya sebagai terlambat, malah bersyukur dijodohkan dengan Sha'arin yang 15 tahun lebih tua daripadanya.

Menurut Yasmin, dia tidak menganggap jarak usia antaranya dan bekas pemain dram kumpulan Blackrose itu sebagai penghalang cinta yang mereka bina di mana ia kemudiannya berakhir dengan ikatan suami isteri.
"Saya tidak anggap faktor jarak usia sebagai penghalang kerana saya selalu berfikiran positif, apatah lagi saya dapati Sha'arin seorang yang penyayang. Itu adalah kriteria seorang lelaki yang saya impikan untuk dijadikan suami.

"Selain itu, saya juga tertarik dengan suami saya kerana dia seorang yang gemarkan cabaran dan menitikberatkan soal kekeluargaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Hits sewaktu ditemui selepas majlis resepsi di Duchess Place yang diadakan pada sebelah malam, pada hari yang sama pasangan ini dinikahkan.
Pelakon filem Cicak-Man dan Duyung itu bukan setakat tidak mengambil kira soal perbezaan umur, tetapi dia turut bersedia menerima dua anak Sha'arin hasil perkahwinan suaminya itu dengan bekas isteri pertamanya dulu.

Jelas Yasmin, dia tiada masalah berkomunikasi dengan dua anak suaminya itu iaitu Narissa, 25, dan Armand, 23, biarpun jarak usia mereka tidak jauh beza antara satu sama lain, sekali gus menjadi ibu tiri kepada kedua-duanya.
"Sebelum saya dan Sha'arin bernikah lagi saya memang rapat dengan dua anaknya itu. Malah, hubungan saya dengan mereka macam kawan. Dalam hal ini, suami saya banyak menekankan soal perhubungan yang erat dalam keluarga kami.

"Nilai-nilai kekeluargaan itu menyebabkan saya tertarik untuk memilih Sha'arin sebagai suami. Saya bersyukur kerana dipertemukan jodoh sekarang biarpun saya mula terfikir soal jodoh sejak usia 21 tahun lagi," ujarnya.
Pasangan itu diijabkabulkan oleh jurunikah, Ustaz Abdullah Hashim di mana hanya dengan sekali nafas Sha'arin sah bergelar suami Yasmin pada pukul 3.45 petang dengan mas kahwin RM80 dan wang hantaran RM32,000.

Kata Yasmin lagi, dia dan suami sepakat untuk mengadakan majlis resepsi pada hari yang sama selepas diijab kabulkan kerana itu secara tidak langsung, menepis pelbagai gosip kurang enak yang membabitkan percintaan mereka sebelum ini.
Jelas Yasmin, dia enggan melayan gosip-gosip liar yang melanda dirinya sewaktu menjalin hubungan cinta dengan Sha'arin yang pada ketika itu, telah hampir dua tahun berpisah dengan bekas isterinya, aktres Ida Nerina.

Perkahwinan Sha'arin dengan Ida Nerina adalah perkahwinan kali kedua manakala bersama Yasmin, kali ketiga.
"Saya bersyukur kepada Allah kerana akhirnya jodoh saya sampai juga. Walaupun ada terdengar cerita-cerita kurang elok tentang hubungan saya dengan Sha'arin, namun saya tidak mahu ambil endah. Biarlah apa orang hendak kata.

"Kalau dulu orang bertanya saya, bilakah mahu berkahwin? Sekarang ini, apabila sudah berkahwin orang bertanya tidak teringin ke mahu dapat anak dalam masa terdekat ini? Apa yang boleh saya cakap, berilah ruang kepada saya yang baru kahwin ini.
"Bukan setakat belum memikirkan soal itu, malah saya dan Sha'arin pun tidak tahu hendak berbulan madu ke mana.

"Saya tidak mahu terburu-buru dan biarlah semua itu berjalan perlahan-lahan sambil kami menikmati perkahwinan ini," jelasnya.
Selain berlakon filem, Yasmin juga sebelum ini pernah mengacarakan rancangan televisyen seperti Kelab Disney, Ria Sentral, Muzik @ Ria, Pakar Kejelitaan, Sensasi Batik, Pop Sensasi, Dua Dunia dan Layar Lensa.








.

Trucker hit boy... then ran over him again to be sure he'd died 'because it was cheaper than paying for hospital bills'



A lorry driver ran over a five-year-old  boy – and then reversed over him to make sure he was dead in an apparent attempt to avoid footing hospital bills for the child.
The sickening incident happened in Luzhou, western China, when driver Ao Yong hit Xiong Maoke as he left home to walk to school.
Witness Zhang Shifen said: ‘I saw the truck move back a little and then move forward again. Xiong became wrapped up in the wheel and the truck continued forward another ten yards.’

Other passers-by said the lorry driver jumped from his cab after hitting the boy. They claimed Yong then asked: ‘How much shall I pay?’
Police said Yong, a 35-year-old lorry driver from Luxian, argued with the boy’s family about the size of the damages for seven hours.
After the latest incident, Yong denied reversing over the boy to kill him. Last night, police and government staff insisted Xiong died on impact.
Their investigation ruled that Yong was the first person to call the police after his truck hit the boy in the village of Yunfeng, in Luzhou, Sichuan province.
They said his body was not removed immediately because angry villagers were demanding instant compensation from the driver.
In heartrending scenes, the boy's mother sat shocked next to the covered body of her five-year-old son. 


A string of such horrific cases have led to soul-searching in China, where the economic boom has been blamed for fuelling materialism at the cost of compassion.
Handing over compensation if an accident victim dies is seen by many Chinese as cheaper than paying for lengthy hospital treatment. The Communist regime does not provide free healthcare for its 1.3billion citizens.
The fear of high medical bills is also thought to be behind a second accident in China in which a two-year-old girl was run over twice but ignored by more than a dozen passers-by.

Video footage showed Wang Yue being hit by two vehicles and left for dead. The film was seen by millions on the internet and caused an outcry. Both drivers were arrested. One was charged with causing her death.









.

Berputih mata


Seorang ahli peniagaan bergelar Datuk mengalami detik-detik cemas apabila beg berisi wang RM200,000 miliknya cuba dirompak empat lelaki di tempat letak kereta berhampiran pusat beli-belah The Summit USJ di sini semalam.

Semasa kejadian pada pukul 4.30 petang, Datuk yang juga peniaga barangan lusuh berusia 50-an itu ditemani seorang adik lelaki dan pengawal peribadinya.
Ketiga-tiga mangsa ketika itu sedang berbincang mengenai urusan pembelian timah dengan dua pekerjanya di tempat letak kereta itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supritendan Tan Ah Chua berkata, ketika perbincangan sedang berlangsung, empat lelaki menaiki sebuah kereta Proton Iswara berwarna biru meluru ke arah mangsa.
"Tiga daripada suspek yang bersenjatakan kapak dan parang cuba merampas beg dibawa Datuk manakala pengawal peribadi Datuk pula diserang menyebabkan dia cedera di tangan kiri dan paha kanan akibat ditetak dengan parang.

"Pengawal peribadi itu kemudian melepaskan empat das tembakan ke arah ketiga-tiga suspek itu," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Menurut beliau, akibat tembakan itu, dua suspek masing-masing berusia 32 tahun cedera di perut manakala dua lagi berjaya melarikan diri dengan menaiki kereta Proton Iswara yang menunggu mereka.
"Penjenayah itu gagal menyamun beg berisi wang tunai milik Datuk itu," kata beliau.
Jelas beliau, kedua-dua suspek yang cedera dan pengawal peribadi berusia 44 tahun dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan lanjut.

Tambah beliau, polis tidak menolak kemungkinan salah seorang suspek yang melarikan diri turut cedera dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mereka supaya menghubungi balai polis berdekatan.
Dalam pada itu, Ah Chua berkata, pihak forensik yang menjalankan siasatan di tempat kejadian menemui beberapa kelongsong peluru yang dilepaskan oleh pengawal peribadi Datuk itu.







.

Terpaksa ponteng demi keluarga


Demi menjaga bapa, nenek dan datuk yang sakit, lima beradik di Kampung Tok Ku, Sering, dekat sini terpaksa bergilir-gilir ponteng sekolah biarpun menyedari tindakan itu bererti memperjudikan masa depan mereka.
Kakak sulung daripada lima beradik itu, Nik Nur Alwani Zulkifli, 16, berkata dia dan adik-adiknya, Nik Muhamad Arif, 15, Nik Muhamad Afif, 13, bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Sakti serta Nik Mohamad Azwar, 11, dan Nik Nur Athirah, 10, di Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Jembal, terpaksa ponteng sekolah.

Menurutnya, ia bagi meringankan beban ibunya, Tengku Azizah Tengku Ahmad, 41, yang mengambil alih tugas menyara keluarga selepas bapanya, Zulkifli Deraman, 44, disahkan menghidap penyakit angin ahmar sejak dua tahun lalu.
“Selepas bapa disahkan menghidap penyakit angin ahmar dan lelah sehingga dia tidak mampu menguruskan diri sejak dua tahun lalu, ibu terpaksa mengambil alih menjadi ketua keluarga dan mencari nafkah untuk kami sekeluarga.

“Keadaan bapa yang semakin teruk sehingga terpaksa memakai lampin pakai buang memaksa kami bergilir ponteng sekolah menjaga bapa menggantikan ibu yang keluar bekerja.
“Apatah lagi kedua-dua nenek dan datuk saya, Tengku Sepiah Tengku Ahmad, 89, dan Tengku Ahmad Tengku Daud, 90, yang sakit tua dan tinggal bersama kami memerlukan penjagaan sewajarnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Nik Nur Alwani berkata, keadaan bapanya yang sebelum ini bekerja sebagai anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) kawasan Kedai Lalat dan buruh di kampungnya kini semakin teruk sehingga tidak mampu bercakap dan terpaksa berulang-alik mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Ibu mereka, Tengku Azizah memberitahu terpaksa membenarkan lima daripada enam anaknya itu ponteng sekolah kerana dia terpaksa keluar bekerja menyara keluarga sebagai pembantu di sebuah kilang perabot di Pasir Tumboh dengan pendapatan harian kira-kira RM18 sehari.
Bagaimanapun, katanya ekoran keadaan suami dan dua orang tuanya yang kadangkala diserang sakit teruk, dia terpaksa selalu mengambil cuti.

“Kalau dikira sebulan saya akan menerima pendapatan RM540 tetapi kerana kerap mengambil cuti pendapatan yang diperoleh terlalu sikit dan tidak mencukupi.
“Saya terpaksa menanggung kos lampin pakai buang suami yang berjumlah RM300 sebulan,” katanya.
Selain itu, katanya keadaan rumah pusaka didiami mereka semakin usang dan menunggu roboh dengan atap yang bocor serta dinding dan lantai yang berlubang menambah bebanan hidupnya.

Tengku Azizah yang tidak pernah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak mengetahui prosedur berkata, dia berharap ada insan yang sudi menghulurkan bantuan kewangan untuk membaiki rumahnya.
Wanita itu juga berharap memperoleh peralatan seperti mesin jahit untuk membolehkannya bekerja dari rumah dan menjaga suami serta kedua-dua ibu bapanya, sekaligus memberi ruang kepada kelima-lima anaknya ke sekolah.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Tengku Azizah di talian 014-5026179 atau penghulu Kampung Tok Ku, Shukri Ali di talian 013-9538113.
Bantuan juga boleh terus disalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional Tengku Azizah yang bernombor 03103-29-00015739-3.







.

Artis pertikai yuran sekolah anak


Penyanyi Zainal Abidin hari ini mempertikaikan keterangan bertulis berhubung dokumen pengesahan yuran persekolahan anaknya yang dikemukakan oleh bekas isterinya dalam perbicaraan kes tuntutan nafkah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Peguam syarie, Abdul Halim Bahari yang mewakili Zainal Abidin menyatakan, anak guamnya itu mempersoalkan tuntutan Natasya Gabriel Abdullah berkenaan persekolahan anak mereka, Mikhail yang menuntut di sebuah sekolah swasta di Wangsa Maju dekat sini.
Justeru, menurut Abdul Halim, pihaknya memerlukan pengesahan mengenai dokumen tersebut.

Terdahulu, Natasya dalam keterangannya mengesahkan segala butiran yang terkandung dalam keterangan bertulisnya adalah benar dan afidavit itu akan menjadi keterangannya di mahkamah.
Natasya, 52, yang merupakan bekas model menuntut RM167,102.04 ke atas bekas vokalis kumpulan Headwind pada tahun lalu.
Jumlah tersebut merangkumi yuran persekolahan, kelas agama dan bayaran perubatan sejak tahun 2002 sehingga kini.

Wanita itu bernikah dengan penyanyi lagu Hijau itu pada 24 Mac 1987 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mikhail, 18, dan seorang anak perempuan, Timur, 16, sebelum mereka bercerai pada 12 Disember 2000.
Mikhail merupakan pesakit autisme dan menghidapi penyakit mata.

Zainal Abidin turut berhadapan satu tuntutan lain iaitu permohonan mengubah perintah nafkah bulanan, wang perbelanjaan hari raya dan pembelajaran dua anaknya itu yang difailkan Natasya pada tahun lalu.
Dalam tuntutan tersebut, Natasya memohon agar nafkah bulanan RM200 sebulan bagi setiap anak dinaikkan kepada RM1,200 seorang setiap bulan.

Turut dimohon adalah nafkah hari raya diubah daripada RM150 kepada RM300 setiap seorang.
Bagi nafkah membabitkan pembelajaran, Natasya menuntut agar perbelanjaan pendidikan Mikhail dinaikkan sehingga RM3,500 sebulan manakala Timur RM2,000 bulan.
Kedua-dua remaja itu bersekolah di sebuah sekolah swasta di sini.
Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain bersambung esok.








.

Bantuan RM100 murid


Kementerian Pelajaran telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi memperincikan kaedah penyaluran bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap murid di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, swasta, persendirian dan juga sekolah agama di seluruh negara.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jawatankuasa itu diwujudkan bagi memastikan bantuan yang disediakan dapat digunakan oleh murid semasa membuat persediaan persekolahan sesi 2012 nanti.

Beliau berkata, kementerian akan memastikan pelaksanaan pemberian bantuan itu berjalan lancar.
"Saya ingin mengingatkan kepada ibu bapa atau penjaga murid, bahawa peruntukan tersebut adalah untuk penyediaan keperluan persekolahan murid dan janganlah digunakan untuk tujuan yang lain," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 bagi Kementerian Pelajaran di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas mengenai penyelarasan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, walaupun kadar yuran yang ditetapkan hanya boleh diputuskan dalam mesyuarat agung PIBG, kementerian akan memastikan kadar yang ditetapkan tidak membebankan ibu bapa dan mendapat persetujuan semua ahli.

Katanya, satu surat siaran bagi memperjelaskan pekeliling sedia ada akan dikeluarkan sebagai panduan kepada PIBG di semua sekolah berhubung perkara itu selaras dengan pemansuhan yuran sekolah seperti yang diumumkan pada Bajet 2012 sebelum ini.
Dalam pada itu, menjawab pertanyaan daripada Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berhubung bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat, Muhyiddin berkata,pihaknya telah mengemukakan cadangan kepada sekolah-sekolah berkenaan yang masih belum berdaftar dengan kementerian agar mereka berbuat demikian.

Ini katanya, bagi memudahkan bantuan pendidikan disalurkan kepada mereka secara berterusan kerana sekiranya mereka tidak berdaftar, pihak kementerian hanya boleh menyediakan peruntukan untuk diberikan secara ad-hoc kepada sekolah-sekolah terbabit.
Muhyiddin berkata, kementerian akan terus memberikan tumpuan kepada sekolah-sekolah yang benar-benar memerlukan perhatian terhadap aspek pembangunan fizikal berdasarkan maklumat yang dikumpul daripada kajian audit fizikal yang dijalankan sebelum ini.

Beliau berkata, ia memastikan semua sekolah yang memerlukan penambahbaikan segera dapat diselenggara supaya persekitaran pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang kondusif dapat diwujudkan.









.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!