Saturday, October 22, 2011

Rayu bawa pulang

Seorang wanita yang lari mengikut kekasih ke Indonesia kira-kira tiga tahun lalu merayu pihak berkuasa Malaysia supaya membantu membawanya pulang ke pangkuan keluarga di Kampung Bukit Tiu, di sini.
 
Azhlina Azmi, 23, ketika dihubungi mengaku menyesal dengan tindakannya itu dan berharap dapat kembali semula ke pangkuan keluarganya kerana kehidupan yang dilaluinya kini amat memeritkan.

"Saya memang menyesal ke Indonesia. Saya sudah berkahwin dan kini mempunyai seorang anak berusia tiga tahun. Saya tiada wang untuk buat pasport dan membeli tiket penerbangan balik ke Malaysia. Saya dan suami memang mahu balik ke Malaysia pada bila-bila masa sekiranya ada pihak yang membantu.

"Suami saya bekerja di ladang sawit, gaji tidak sampai RM15 sehari, wang yang ada hanya cukup untuk menampung makan minum kami sekeluarga," katanya yang bercakap dalam bahasa Indonesia sambil menangis.
Azhlina dan suami yang dikenali sebagai Salleh Jaafar, kini tinggal di rumah kongsi di kawasan ladang kelapa sawit milik sebuah syarikat dari Singapura di Desa Kebun Agung Rantau Pulung, Balik Papan, Kalimantan Timur.

Pada 4 Mei lalu, akhbar ini melaporkan bapa Azhlina, Azmi Sulaiman, 50, merayu agar pihak berkuasa membantu membawa pulang anak perempuan sulungnya itu yang didakwa dilarikan oleh seorang pemuda dari Lombok, Indonesia sejak tiga tahun lalu.
Sementara itu, Azmi ketika ditemui sekali lagi merayu kepada pihak berkuasa supaya membantu anaknya pulang semula ke pangkuan keluarga.

"Saya merayu kepada sesiapa sahaja terutama pihak berkuasa supaya tolong bawa pulang Lina. Saya bukannya orang senang yang boleh pergi ke sana untuk mengambil mereka pulang.
"Ini kali keempat saya membuat rayuan melalui media massa, tolong kami, isteri saya sudah kering air mata mengenangkan nasib anak di sana yang entah cukup makan atau tidak," katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Machang, Azman Ghazali yang melawat keluarga tersebut berkata, pihaknya akan cuba sedaya upaya untuk membantu keluarga tersebut membawa pulang Azhlina.

"Kita telah merujuk kes ini kepada Biro Aduan Awam Pemuda UMNO pada Mei lalu dan sekarang masih menunggu maklum balas daripada biro tersebut kerana proses untuk membawa pulang Azhlina bukannya satu perkara mudah dan memerlukan kerjasama antara kerajaan.
"Saya melihat proses untuk membawa pulang Azhlina lebih mudah kerana dia berada di Kalimantan, lebih dekat dengan Malaysia," katanya.









.

ibu kecewa hospital utamakan bayaran dari rawatan anak


Seorang ibu meluahkan rasa kecewa terhadap layanan sebuah hospital swasta di sini yang lebih mementingkan bayaran tanpa mempedulikan kesakitan yang dialami bayinya ketika cuba mendapat rawatan di hospital berkenaan.
Rosnani Rosdi, 37, yang menggunakan perkhidmatan di hospital itu sejak 12 tahun lalu berkata, dia membawa bayi lelakinya, Muhammad Aidil Fiqri, 10 bulan untuk mendapatkan rawatan pada 13 Oktober lalu.

Dakwanya, anak kelimanya itu yang juga dilahirkan di hospital sama pada 12 Disember 2010 perlu menjalani x-ray kerana mengalami bengkak kepala akibat terjatuh dari tangga rumahnya beberapa hari sebelumnya.
"Ketika mendaftar di kaunter, kakitangan tersebut memaklumkan saya masih ada bayaran tunggakan sebanyak RM2,800 ketika melahirkan Muhammad Aidil yang belum dijelaskan.
"Saya mengakuinya dan jumlah itu adalah sebahagian daripada RM6,200 yang merupakan kos keseluruhan pembedahan bersalin. Sebelum ini telah pun dibayar RM3,000," katanya.

Pada masa sama katanya, kakitangan hospital itu langsung tidak bertanya tentang tujuannya datang ke situ walaupun melihat kepala anaknya itu yang bengkak, sebaliknya terus mengarahkannya ke pejabat pentadbiran.
Menurutnya, setibanya di pejabat, seorang kakitangan wanita memberitahu dia perlu menjelaskan semua baki hutang tersebut sebelum membenarkan rawatan x-ray dilakukan ke atas anak lelakinya itu.
Rosnani memberitahu dia sedang menunggu potongan harga daripada pihak hospital kerana cuai ketika melakukan pembedahan ketika melahirkan Muhammad Aidil.

"Akibat kecuaian doktor, pipi kanan Muhammad Aidil calar selain buah pinggang saya turut luka menyebabkan saya terpaksa membawa beg air kencing selama empat minggu.
"Disebabkan itu, saya minta pihak hospital memberikan potongan harga, tetapi mereka cuma beri potongan RM400 sahaja dan minta saya bayar lagi RM2,800," katanya.
Menurutnya, potongan harga sebanyak RM400 adalah tidak berbaloi dengan kesakitan dialami mereka dua beranak.









.

Beli: Kes tipu melalui Internet meningkat


Sebanyak 1,241 kertas siasatan berhubung kes penipuan pembelian barangan melalui Internet telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini, membabitkan kerugian hampir RM3 juta.

Daripada jumlah itu, penipuan membabitkan laman web mudah.my paling tinggi dilaporkan iaitu 872 kes dengan kerugian mencecah RM1,354,120.12.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf memberitahu, modus operandi sindiket penipuan itu ialah suspek akan mengiklankan barangan dalam laman web dengan menawarkan harga rendah untuk menarik minat pembeli.

"Mangsa dan suspek hanya akan berurusan melalui telefon ataupun emel. Mangsa menyedari tertipu apabila tidak menerima barangan walaupun pembayaran telah dibuat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Ramli, sejak Januari hingga September tahun ini, sebanyak 1,241 kertas siasatan telah dibuka bagi kes penipuan pembelian melalui Internet membabitkan kerugian RM2,969,420.34.
Beliau berkata, jumlah tersebut didapati meningkat berbanding 1,114 kes dilaporkan dalam tempoh yang sama pada tahun lalu, walaupun jumlah kerugian menurun berbanding RM3,124,836.72.

Katanya, jumlah kes yang disiasat bagi tempoh dua tahun ini adalah meningkat lebih 50 peratus berbanding hanya 551 kes dengan kerugian sebanyak RM786,029.89 dicatatkan dalam tempoh sama pada 2009.
"Sehubungan itu, pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar berwaspada dalam membuat transaksi ke atas pembelian barangan melalui Internet terutama bagi laman web mudah.my yang mencatatkan jumlah kes tertinggi berbanding lain-lain laman web.

"Sejak Januari hingga September lalu sahaja, sebanyak 872 kertas siasatan dibuka untuk menyiasat penipuan pembelian barangan melalui mudah.my dengan kerugian berjumlah RM1,354,120.12," ujarnya.
Menurut Ramli, jumlah kes penipuan membabitkan mudah.my didapati meningkat setiap tahun dengan 739 kes membabitkan RM1,216,506.64 kerugian dicatatkan dalam tempoh sama pada tahun lalu dan 458 kes dengan RM616,522.89 kerugian pada 2009.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan urus niaga melalui Internet kerana sifat tersebut adalah faktor utama mangsa-mangsa ditipu.

"Orang ramai yang menggunakan kemudahan pembelian barangan melalui Internet perlu membaca langkah-langkah keselamatan terdapat dalam laman web tersebut, memastikan membeli daripada pengiklan berdaftar atau berjumpa dengan pengiklan bagi proses pembelian.
"Sekiranya masih ragu-ragu, orang ramai boleh membuat semakan di pejabat Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di talian 03-26163972 (waktu pejabat) atau Bilik Gerakan JSJK (03-26163999) selepas waktu pejabat," katanya.









.

The reckless bus driver spotted reading a newspaper as he drives along a main road



This is the moment a bus driver was caught driving along a main road while reading a newspaper. 
The reckless driver was spotted by horrified motorists flicking through the paper while at the wheel of his bus - full of passengers in Grantham, Lincolnshire.
He was suspended from his job for a fortnight after footage of him pulling away in busy traffic as he turned pages was discovered. 

Kelly and Danny Wright who were driving past were so shocked  - they got out a mobile phone and filmed the driver reading as the bus pulled away.
Mrs Wright said: 'I was disgusted.  He had passengers on that bus and some of them were kids. At the end of the day it’s dangerous driving.
'At the beginning he was sitting in traffic and we thought we would give him the benefit of the doubt, but then he actually turns the page as he pulls off'.

 They contacted Centrebus, the company that owns the buses, but said they did not not get a response.
She added: 'I think it’s amazing how he’s still driving the bus. Personally I think he should be stopped.
'He had the kids’ lives in his hands. It is such a big vehicle that he’s in charge of. He could’ve hit someone'.
As the bus driver drove on he folded the paper up and put it down, she said.

Alan Humphrey, operations manager of Centrebus in Grantham said the driver was disciplined by the company and given a two week suspension when the mobile phone video footage came to light.
He said: 'It was dealt with as a disciplinary matter.
'I don’t appreciate what he has done, it shouldn’t have been happening.

'He shouldn’t have been doing what he was doing at the steering wheel. 
'Hopefully it will never happen again. He was in traffic but that doesn’t give him the right to get the newspaper out and start looking at it'.
Mr Humphreys said the company deals with any matter like this, which is brought to his attention, seriously.
He added: 'I’m always willing to listen to customers and take their comments on board. 
'I’m on top of the drivers at every stage but I can’t be sat with them 24/7. I rely on the workforce to do their best for the company. 
'The driver is still with the company and I haven’t had any other bad reports about him'.
Lincolnshire police have given the footage to their road policing unit.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.

10 pasangan diijab kabul


Sepuluh pasangan yang menjadi peserta MyIdol Raja Sehari 1Malaysia 1Pasangan selamat diijabkabulkan secara beramai-ramai di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini hari ini.
Majlis akad nikah di hadapan hampir 1,000 tetamu termasuk anggota keluarga pengantin disempurnakan oleh bekas Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT), Datuk Ismail Ali.
Kesemua pasangan itu akan disandingkan pada majlis khas di Dataran Shah Bandar, dekat sini malam esok, yang akan turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh ketika ditemui pemberita berkata, 10 pasangan itu adalah mereka yang terpilih daripada lebih 100 pasangan yang memohon untuk menyertai program yang bermula sejak Jun lepas.

"Kesemua kos perkahwinan pasangan ini termasuk wang tunai RM5,000 dan pakej berbulan madu ditaja sepenuhnya oleh penganjur yang disokong pelbagai agensi kerajaan dan swasta di Terengganu,” katanya.
Wan Ahmad Farid, yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, berkata, berdasarkan sambutan hangat yang diberikan terhadap program tersebut kali ini, pihaknya bersedia untuk mempertimbangkan agar ia terus diadakan pada tahun depan.








.

Selalu Pulang Awal Kerana Anak


Pengacara Nazril Idrus atau Nash berkata sejak menjadi bapa hampir enam bulan lalu, dia akan pulang ke rumah sebelum pukul lapan malam untuk menghabiskan masa bersama dua puteri kembarnya Iman Lilly dan Tiara Rose dan isterinya, aktres Sazzy Falak.

Nash berkata, pengalaman menjadi bapa telah mengubah kehidupannya secara menyeluruh. Ia secara tidak langsung menjadikan dirinya sangat komited dan mengutamakan keluarga tercinta dalam apa juga perkara yang dilakukan.
“Sejak menjadi bapa, tanggungjawab dan komitmen menjadi semakin besar. Saya akan pastikan pulang ke rumah pada pukul 8 malam setiap hari untuk meluangkan masa bersama anak kembar saya, Iman Lilly dan Tiara Rose.

“Saya perlu mencipta suasana kasih sayang dalam keluarga. Mujurlah saya mempunyai isteri yang hebat yang sentiasa menyokong di sisi,” katanya.Nash menambah, dia bersyukur dan berasa sangat dirahmati dengan kehidupan yang dilaluinya kini.
“Kehidupan saya sangat dirahmati. Walaupun saya dan isteri terpaksa menunggu sehingga empat tahun setengah untuk mendapat anak sebelum ini tetapi kini segala-galanya bagai sudah lengkap.

“Saya mempunyai keluarga yang bahagia, kerjaya yang baik dan kewangan yang stabil. Tiada apa lagi yang saya mahu melainkan agar semua rahmat yang diberikan ini kekal berterusan,” katanya.
Menyentuh soal kerjaya, Nash yang kini bergelar perunding kewangan profesional, berkata dia sedang terikat dengan komitmen sebagai pengacara sebuah program keusahawanan iaitu Make The Pitch untuk saluran ntv7.

Nash berkata, walaupun dirinya sibuk dengan pelbagai siri ceramah dan bengkel kewangan di serata dunia, tema dan konsep program tersebut menarik perhatiannya untuk turut serta.
“Saya sentiasa teruja apabila bercakap tentang bidang kewangan dan perniagaan. Kebetulan pula, program terbaru di ntv7 ini bertepatan dengan pengetahuan dan kemahiran yang saya miliki, jadi mengapa tidak saya melibatkan diri.

“Walaupun saya hanya memainkan peranan yang kecil sebagai pengacara, tetapi saya terbabit secara langsung untuk aspek belakang tabir program ini termasuk idea, konsep dan skripnya,” katanya.
Program mingguan yang bermula sejak 12 Oktober lalu itu bersiaran pada setiap Rabu pukul 8.30 malam di ntv7 selama 12 minggu.







.

AKHIRNYA SELAMAT BERGELAR ISTERI


Dengan sekali lafaz, pelakon Yasmin Hani Richardson,32, sah bergelar isteri kepada bekas gitaris kumpulan Black Rose, Sha'arin Mohammed Razali,40-an, dalam satu majlis yang diadakan di Duchess Place Jalan Ampang, dekat sini, Jumaat.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah Abdullah Hashim kira-kira pukul 3.45 petang dengan mas kahwin sebanyak RM80. Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.
Yasmin telah menerima wang hantaran sebanyak RM32,000 berserta tujuh dulang hantaran iaitu cincin, sirih junjung, beg, set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran

Manakala pihak lelaki pula menerima sembilan dulang hantaran termasuklah cincin, sirih junjung, seutas jam tangan, set haruman, buah-buahan, manisan, kamera digital, sejadah dan sebuah kitab Al-Quran.
Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Qamilla manakala wajah Yasmin disolekkan oleh teman rapatnya, Tengku Putra Iskandar Tengku Othman.


Pelamin kedua-dua mempelai ditaja oleh Mohd Ali.
Sementara itu, majlis resepsi akan berlangsung pada malam Jumaat (malam ini) Di lokasi yang sama.
Sha'arin sudah pun memiliki dua orang anak iaitu Siti Narissa Edora, 25, dan Armand, 23, hasil perkahwinan pertamanya.
Sha'arin juga pernah bernikah dengan pelakon Ida Nerina untuk perkahwinan keduanya tetapi tidak bertahan lama.









.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!