Friday, October 21, 2011

Liku hidup pengayuh beca tua


"Siapa yang mahu hidup merempat macam ini. Kalau saya cakap dekat awak, mungkin awak tidak akan percaya, tapi inilah hakikatnya kehidupan kami sebagai pengayuh beca di negeri yang kian membangun ini."
Itu yang diluahkan Mat Mat Dak, 86, yang menjadikan beca sebagai tempat untuk bermalam dan melepaskan penat lelahnya selepas berkayuh membawa pelanggan seharian. Mat yang berasal dari Nibong Tebal sudah 47 tahun mengayuh beca di sini dan tetap gigih mencari rezeki meskipun mempunyai 12 orang anak yang kesemuanya sudah besar.

Dia memberitahu, walaupun anak-anak melarangnya bekerja lagi, namun dia tetap berkeras mahu terus mencari rezeki sendiri dan tidak mahu menyusahkan mereka yang sudah berkeluarga."Sudah 20 tahun saya macam ini. Tidur di bahagian depan beca dengan sebiji bantal dan selimut nipis."Tiada siapa pun yang hendak datang menjenguk. Tiba-tiba malam ini awak datang nak temuramah saya dan bertanyakan hal saya," katanya.
 
Menceritakan tentang jadual hariannya, Mat berkata, dia bangun seawal jam 5 pagi sebelum membersihkan diri di tandas awam.Selesai mandi, dia akan mula meronda di kawasan tumpuan orang ramai bagi mencari pelanggan untuk dibawa ke tempat yang dituju."Selalunya saya dapat dalam RM20 hingga RM30 sehari. Itu pun bergantung kepada keadaan cuaca dan musim. Sekarang ini memang orang ramai yang bercuti namun bukan semua mahu naik beca.

"Kalau hujan, saya akan bawa beca saya ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan berteduh di situ. Sekiranya cuaca baik saya akan berada di Jalan Penang yang merupakan kawasan tumpuan pelancong," ujarnya.Ditanya sama ada dia pernah diberikan bantuan oleh mana-mana pihak, Mat hanya menggeleng dan menundukkan kepalanya.Baginya, pengayuh beca seperti dirinya seolah-olah tiada nilai dan tidak perlu diambil berat."Kami umpama sampah masyarakat.

Sepanjang 47 tahun mengayuh beca, tidak pernah seorang pun wakil rakyat yang datang menjenguk."Saya ada dengar kerajaan negeri sekarang berjiwa rakyat dan sedang berusaha membasmi masalah miskin tegar tapi kehidupan kami masih sama seperti dulu. "Hidup kais pagi makan pagi walhal kami juga penyumbang kepada pelancongan negeri ini," jelasnya.

Menurutnya, jika kerajaan negeri benar-benar prihatin dengan nasib rakyatnya, semua golongan masyarakat kurang bernasib baik perlu dibantu dan bukan hanya ketika menjelang pilihan raya.Dia menambah, golongan sepertinya pasti gembira jika diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak-pihak berkaitan."Kami tidak minta apa-apa, cuma diberi perhatian khususnya daripada kerajaan negeri kerana kami juga rakyat Pulau Pinang. "Kalau ada apa-apa bantuan yang boleh diberikan, apa salahnya mereka turun sendiri dan memberi dan tidak semestinya kami perlu pergi mencari mereka seperti peminta sedekah," katanya.











.

Cari kakak kandung



Seorang wanita, Alfariza Ab. Aziz, 38, meminta bantuan orang ramai untuk mengesan dan mencari kakak kandungnya yang terpisah sejak 39 tahun lalu.
Kedua-dua beradik tersebut terpisah sejak dilahirkan setelah mereka diserahkan kepada keluarga angkat Melayu oleh ibunya, Kiew Tai Yen, 79, dan bapanya, Loo Siau Chuan akibat kesempitan hidup.
Alfariza anak kelapan daripada sembilan beradik berkata, maklumat yang ada mengatakan kakaknya itu bekerja sebagai jururawat di Batu Pahat.

''Tetapi, tidak tahu di hospital mana. Kami juga tidak mengetahui nama kakak kerana hingga kini ibu saya tidak pernah berjumpa dengan keluarga angkat kakaknya itu,'' katanya di sini hari ini.
Dia yang kini sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 22 bulan tinggal bersama keluarga angkatnya Ab. Aziz Othman di alamat No. 684, Lorong 3, Taman Merdeka di sini.
"Adik bongsu kami juga diserahkan kepada sebuah keluarga Cina kerana kesempitan hidup," ujarnya.
Menurut Alfariza, bapa mereka yang telah meninggal dunia merupakan seorang tukang besi di Tongkang Pecah, Batu Pahat suatu masa dahulu.

"Walaupun telah beragama Islam, saya tidak melupai ibu yang telah melahirkan dan telah beberapa kali menemuinya di Batu Pahat. Begitu juga dengan adik-beradik yang lain," katanya.
Oleh itu, beliau berharap pihak-pihak yang mengenali kakaknya dapat membantu mempertemukan mereka.
Mereka yang mengetahui di mana kakaknya berada ataupun kakaknya sendiri membaca berita ini boleh menghubunginya di talian 012-3627764 atau 07-6876684 (Ab. Aziz Othman).









.

Mahkamah tolak permohonan ibu batal pengislaman anak

Mahkamah Tinggi Ipoh, hari ini menolak permohonan seorang guru tadika beragama Hindu supaya Mahkamah Persekutuan mendengar permohonannya bagi membatalkan pengislaman tiga anaknya selepas suaminya memeluk agama itu, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Tarmizi Abd Rahman yang membuat keputusan itu dalam kamar, mengarahkan perbicaraan penuh permohonan membatalkan perakuan memeluk islam tiga anaknya pada 2009 didengar di mahkamah itu.









.

Lewis Hamilton and Nicole Scherzinger split after four-year relationship



Lewis Hamilton and Nicole Scherzinger have split up.
The 26-year-old F1 racing driver - who is seven years younger than his erstwhile girlfriend -decided to call time on their relationship because their conflicting work schedules meant they were seeing less and less of each other.
The sportsman and Miss Scherzinger - who rose to fame as part of the Pussycat Dolls pop group - had been dating for four years.

A friend said: ‘They are still very good friends and it was an amicable split, but they just decided it was impossible to keep the relationship going with such conflicting work schedules.’
The Hawaiian-born singer is part of the judging panel on X Factor USA, alongside Simon Cowell.
As a result, she is based in Los Angeles, California.
Hamilton, meanwhile, travels all over the world as one of the leading drivers in F1.
Yesterday, he was at an event for his driving team Mclaren.

A source told how he was in ‘good spirits’ at the event.
The couple started dating in 2007 after meeting at the European Music Awards in Munich.
Miss Scherzinger, 33, was by his side as he was crowned world champion in Brazil in November 2008.
But they spent increasing amounts of time apart due to their busy careers.
Hamilton is based in Switzerland while Miss Scherzinger lives in Los Angeles.
In July there was unconfirmed speculation the couple had become engaged.
The couple split in January 2010 when they had been together for 20 months.
Following the break up, Hamilton told: ‘I just want to move forward in a positive manner. The focus is on this season and doing the best I possibly can and getting the results on the track. I’m just keeping my mind on that.


‘It never was a distraction but I am not going to take my mind off what I’ve got to do by thinking about it.’
Speaking of their relationship recently, Hamilton said: ‘We go to the gym together quite often and she goes running with me. She does her own programme and I do mine and it’s pretty cool.’
A spokesman for Hamilton declined to comment.
A spokesman for Miss Scherzinger was unavailable for comment.










.

Lulu ajak Shopping online ;)


Weee.............
Mari dekat kakak abang.. adik, makcik.. ibu dan ayah........
Lulu nak ajak shopping online ni..
Buat yang masih tercari-cari tempat yang sesuai, harga yang berpatutan dan juga penjual yang baik.....



Lulu dengan ini memperkenalkan blog yang baru meletakkan iklannya di Lulu-Pages..
Dinamakan sempena nama anak, arissa, butik online ini sudah dibuka sejak bulan june lagi..
Pelbagai barang dijual, dan dikhususkan buat simanja anda..




Kalau dapat bantal peluk tu, siyes mesti lena tidur kan.. ekeke, ada pelbagai design lagi tau.. semuanya cute



weewuu apakah itu????
Angry bird you.. dan ada pelbagai karektor angry bird tau..




Benda ni mesti si manja suka.. wowo kuyu jer mata dia..







Sebenarnya ada banyak lagi yang dijual didalam butik ini, kamon, bagi support.. wee...
Jom, ucapkan selamat datang buat Arissa's Choice..




Photobucket



















.

Bila manusia menyelamatkan haiwan


Dua anggota bomba di sini memberikan bantuan pernafasan dari mulut ke hidung seekor anjing yang berusia tujuh tahun pada Selasa lalu.

Anggota bomba itu, Jared Thompson dan Jamie Giese memberikan bantuan pernafasan itu selepas haiwan tersedut asap dalam kebakaran yang berlaku di rumah tuannya.

Haiwan itu dikatakan tidak bernafas semasa ia dibawa keluar oleh kedua-dua ahli bomba tersebut.
Anjing itu kemudian diberikan bantuan pernafasan melalui oksigen sebelum ia dihantar ke dua buah hospital haiwan untuk mendapatkan rawatan.

Tindakan kedua-dua anggota bomba tersebut menyebabkan anjing itu masih hidup.
Ketika kejadian, haiwan itu terperangkap di dalam rumah tuannya.
Tuannya tidak berada di rumah kerana mereka keluar ke bandar semasa kebakaran berlaku.








.

Ular sawa batik mengeram 35 biji telur


Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menangkap seekor ular sawa batik sepanjang sembilan meter yang sedang mengeram 35 biji telurnya di dalam tunggul pokok kelapa di Kampung Laut dekat sini, semalam.

Menurut Pengawai JPAM Tumpat, Mohd. Fuad Ismail, kemunculan ular sawa seberat 50 kilogram itu disedari penduduk, Mohd. Razif Ibrahim, 23, apabila ternampak berpuluh-puluh biji telur dalam tunggul terbabit.
Katanya, ular sawa itu tiba-tiba sahaja muncul dari bawah timbunan telur itu ketika Mohd. Razi menguis telur-telur itu menggunakan sebatang kayu.

"Anggota JPAM bergegas ke Kampung Laut selepas menerima panggilan Mohd. Razif kira-kira pukul 7.20 malam. Operasi menangkap ular itu diketuai oleh Nik Huwaina Nik Hassan bersama empat anggota lain," katanya ketika ditemui di pejabat JPAM sini, hari ini.
Jelasnya, semua telur itu menetas di pejabat JPAM di sini hari ini.
"Sebanyak 35 ekor anak ular hidup dikurung dalam sarang ular sebelum diserahkan ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan," ujarnya.









.

Jatuh ke dalam perigi


“Saya akhirnya berjaya menggapai tangan Adik dan terus menggoncang badannya tetapi semuanya sudah terlambat kerana nafasnya ketika itu sudah terlalu lemah. Adik kemudian terkulai di pangkuan saya,” kata Junaidah Zaningin, 40, di sini, kelmarin.
Anak bongsunya yang berumur empat tahun, Muhammad Ismail Hamdan atau lebih mesra dipanggil ‘Adik’, meninggal dunia apabila terjatuh ke dalam perigi berhampiran rumah mereka di Kampung Tulang Gajah, Lenga pada jam 10 pagi kelmarin.

Ketika ditarik keluar, Muhammad masih lagi bernyawa tetapi disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Lenga.
Mengimbau kejadian, Junaidah berkata, mereka berdua sedang mandi di perigi berkenaan apabila Muhammad tiba-tiba tergelincir dan terjatuh ke dalamnya.

“Sepanjang mandi, Adik memegang kain basahan yang saya pakai untuk mengelakkan dia daripada terjatuh tetapi entah bagaimana, tangannya tiba-tiba terlepas.

“Seketika kemudian, Adik sudah terjatuh ke dalam perigi sedalam kira-kira satu meter itu. Saya cuba untuk menggapai tangannya tetapi gagal,” katanya.

Menurut Junaidah, dia akhirnya berjaya menggapai tangan Muhammad dan mendapatkan bantuan jiran untuk menghubungi suaminya, Hamdan Abdul Hamid berusia 40-an, bagi memaklumkan kejadian itu.

Katanya, Hamdan yang bekerja di Bukit Kepong bergegas ke klinik itu untuk melihat keadaan Muhammad.

“Bagaimanapun Adik disahkan meninggal dunia ketika tiba di klinik berkenaan. Walaupun sedih, kami reda dengan kejadian ini,” katanya.

Menurut Junaidah, sehari sebelum kejadian, anak bongsu lima beradik itu turut berperangai pelik.

“Adik cukup gembira malah kerap mengusik adik beradiknya. Kami tidak sangka ia petanda Adik bakal kembali kepada-Nya buat selamanya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian.

“Kami sudah mengambil keterangan daripada individu berkaitan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.










.

[GAMBAR] Mayat Muammar Gaddafi


Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mati akibat kecederaan semasa dia bertempur di bandar kelahirannya di sini semalam.
Gaddafi yang memerintah Libya sejak 1969 itu mati selepas ditangkap oleh kumpulan para pejuang yang menentang kepimpinannya sejak Februari lalu.
“Dia (Gaddafi) juga ditembak di kepala,” kata seorang pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan,(NTC) Abdel Majid Mlegta kepada agensi berita Reuters.
NTC merupakan badan yang memerintah Libya buat sementara waktu selepas Gaddafi melarikan diri ekoran kejayaan para pejuang yang menentang kepimpinannya memasuki ibu kota Libya, Tripoli lewat Ogos lalu.


“Terdapat banyak tembakan ke atas kumpulannya dan dia mati,” tambahnya.
Sebelum ini dia memberitahu bahawa Gaddafi yang berumur dalam lingkungan 69 tahun ditangkap dan mengalami kecederaan di kedua-dua kakinya pada Subuh semalam.
Ketika itu, dia sedang melarikan diri bersama sebuah konvoi semasa jet-jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) melancarkan serangan.
NATO mengambil alih operasi ketenteraan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melindungi orang awam pada 31 Mac lalu.
Sejak itu, jet-jet NATO mengendalikan serangan udara dan melaksanakan zon larangan terbang di Libya termasuk melaksanakan sekatan senjata menerusi rondaan di laut.
NATO mengesahkan semalam bahawa jet-jetnya telah mengebom satu konvoi ketenteraan dekat Sirte pada waktu pagi.


Namun, ia menyatakan adalah sukar untuk menyatakan sama ada serangan tersebut menyumbang kepada kemungkinan kematian Gaddafi.
Menurut Abdel Majid, Gaddafi telah dibawa keluar dari lokasi kejadian dengan menggunakan sebuah ambulans.
Menurut seorang pejuang anti-Gaddafi, bekas pemimpin itu ditemui bersembunyi di sebuah lubang saluran air dan berkata: “Jangan tembak, jangan tembak.”
Pejuang itu menyatakan bahawa Gaddafi membuat rayuan itu kepada sekumpulan lelaki yang berjaya menangkapnya.


Seorang pegawai NTC, Mahmoud Shammam memberitahu terdapat gambar yang menunjukkan kejadian penangkapan tersebut.
Ketua Tentera di Tripoli, Abdel Hakim Belhaj juga mengesahkan Gaddafi telah mati dibunuh.
“Dia sudah pun mati,” katanya kepada stesen televisyen Al-Jazeera.
Mayat Gaddafi itu dibawa ke sebuah lokasi yang dirahsiakan demi keselamatan, kata seorang lagi pegawai NTC.
“Mayat Gaddafi bersama dengan unit kami di dalam sebuah kereta dan kami membawa mayat tersebut ke sebuah lokasi rahsia atas alasan keselamatan,” kata pegawai itu, Mohamed Abdel Kafi.

Bagaimanapun, stesen televisyen Al Arabiya melaporkan bahawa mayat Gaddafi telah tiba di Misrata.
Stesen televisyen satelit Al- Jazeera me laporkan jenazah Gaddafi kemudian ditempatkan di sebuah masjid di bandar Misrata, barat daya Libya.
Stesen-stesen televisyen dan beberapa saluran lain menunjukkan imej askar-askar mengelilingi sebuah lubang paip besar di bawah lebuh raya iaitu lokasi tempat Gaddafi ditemui dan membuat rayuan supaya dia jangan ditembak.


Sementara itu, anak kelima Gaddafi, Moutassem dan bekas ketua perisikan Libya, Abdullah al-Senussi ditangkap semalam di pelabuhan Sirte.
Kedua-duanya dibawa dari Sirte ke Misrata yang terletak kira-kira 200 kilometer ke timur Tripoli.
Stesen-stesen televisyen di seluruh dunia menyiarkan Gaddafi selepas NTC menyatakan bahawa dia terbunuh.
Seorang pegawai NTC kemudian mengesahkan bahawa gambar tersebut adalah Gaddafi.

Gambar itu yang dipercayai dirakamkan menerusi telefon bimbit menunjukkan wajah yang pucat, berdarah dan mata hampir tertutup mirip Gaddafi.
Foto tersebut menunjukkan rambut kerinting halus dan struktur muka mirip Gaddafi.
Ketika gambar tersebut disiarkan, masih tidak jelas sama ada dia masih hidup atau cedera.


Foto tersebut menunjukkan terdapat darah dari bahagian mulutnya.
Adalah menjadi sesuatu kebiasaan bagi para pejuang Gaddafi merakamkan gambar di lokasi pertempuran.
Seorang lagi pegawai tentera Libya mengesahkan bahawa satu foto yang menunjukan seorang lelaki yang mirip Gaddafi mati itu dan disiarkan stesen televisyen Al-Jazeera adalah Gaddafi yang sebenar.
Pegawai itu iaitu anggota jawatankuasa keselamatan NTC di Tripoli, Kolonel Mostafa Noah berkata: “Ya, itu adalah betul.”

Bekas Menteri Pertahanan Libya, Abu Bakr Younis dilaporkan turut terbunuh di pelabuhan Sirte, menurut stesen televisyen Free Libya.
Stesen itu menunjukkan gambar Abu Bakr dengan kecederaan di bahagian dada.
Menurut laporan media, Abu Bakr mengiringi Gaddafi semasa dia terbunuh.
Gaddafi dikehendaki oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa berhubung dakwaan membunuh sejumlah orang awam.
Rejim pemerintahannya tumbang pada 23 Ogos lalu selepas memerintah selama 42 tahun di negara yang kaya dengan minyak itu.
Gaddafi menjadi pemimpin Libya selepas dia melakukan rampasan kuasa tentera semasa pemerintah Libya, Raja Idris mendapatkan rawatan perubatan di luar negara pada tahun 1969.


Ketika itu, Gaddafi merupakan seorang pegawai tentera Libya.
Kebangkitan di Libya untuk menumbangkan Gaddafi bermula di bandar Benghazi menerusi tunjuk perasaan penduduk yang tidak berpuas hati dengan kepimpinannya pada Februari lalu.
Tunjuk perasaan itu mendapat ilham daripada kebangkitan rakyat yang berlaku di Tunisia dan Mesir sehingga mengakibatkan kedua-dua pemimpin di negara berkenaan tidak lagi berkuasa.
Namun, tunjuk perasaan itu bertukar menjadi pertempuran dalam kalangan penduduk yang membentuk kumpulan pejuang menentang Gaddafi.
Kematian Gaddafi itu menyebabkan NTC kini menguasai sepenuhnya Libya selepas mereka bertempur selama lapan bulan.











.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!