Thursday, October 20, 2011

Justin Bieber rendah?


Presiden AS, Barack Obama ditanya sama ada beliau mengenali penyanyi remaja yang terkenal, Justin Bieber semasa beliau berkunjung ke negeri Virginia kelmarin.

Selepas bercakap mengenai kecemerlangan dalam pelajaran di Sekolah Tinggi Bluestone, Virginia, seorang pelajar perempuan bertanyakan kepadanya: “Adakah anda mengenali Bieber?”
Nampaknya, Presiden AS itu mengenali bintang pop tersebut.
Bieber pernah membuat persembahan dalam satu majlis perayaan di White House pada tahun lalu.
Presiden berusia 50 tahun itu memberitahu, Bieber ialah seorang pemuda yang baik.

Obama berkata: “Saya fikir dia sudah mempunyai teman wanita (Selena Gomez).”
Pelajar berkenaan juga ingin tahu sama ada Bieber rendah?
Dia ternyata kecewa apabila Obama menjawab” “Ya, dia rendah.”
Obama sedang dalam rangka lawatan tiga hari di negeri Virginia dan Carolina Utara untuk memberi penerangan mengenai rang undang-undang pekerjaan yang dirangka oleh pentadbirannya.









.

Cedera parah rempuh belakang lori


Seorang lelaki parah selepas teksi dipandunya merempuh belakang sebuah lori tiga tan di Jalan Bangsar, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu, mangsa, Alias Lazim, 49, yang memandu seorang diri dalam perjalanan ke Petaling Jaya.

Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 35, berkata, ketika kejadian dia berada di belakang teksi berkenaan yang secara tiba-tiba merempuh belakang lori yang diletakkan di tepi jalan.

Katanya, akibat kejadian itu pemandu teksi berkenaan mengalami patah bahu kanan dan cedera di muka.

“Saya dan orang ramai cuba membantu mengeluarkan mangsa sebelum bomba dan penyelamat tiba,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning mengesahkan kejadian itu dan siasatan dijalankan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.











.

[TERKINI] Lagi kemalangan melibatkan bas..


Empat pekerja kilang cedera apabila bas kilang yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi bas kilang di Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu di sini, Khamis.
Kejadian pada pukul 6.15 pagi di persimpangan lampu isyarat itu turut menyebabkan dua kereta yang berhenti di lampu isyarat itu dilanggar dari belakang.

"Keempat-empat mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dengan seorang daripadanya patah kaki," kata Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang DSP Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi, di sini.
Beliau berkata ketika kejadian, bas kilang yang membawa 40 pekerja itu berhenti di persimpangan lampu isyarat Fasa empat kawasan perindustrian Bayan Lepas.

"Bas itu secara tiba-tiba dirempuh dari belakang oleh sebuah lagi bas kilang. Impak rempuhan itu menyebabkan seorang pekerja kilang terpelanting ke tengah jalan, dua kerusi bas tercabut keluar dan dua kereta yang sedang menunggu lampu isyarat (bertukar hijau) turut dilanggar," katanya.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh lebih 10 kilometer dari arah jambatan Pulau Pinang menghala ke kawasan perindustrian Bayan Lepas.


Seorang pekerja kilang, Murni Hayati Zainal Abidin, 27, berkata sebelum kejadian, bas yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.
"Secara tiba-tiba, saya terasa satu rempuhan kuat di bahagian belakang sebelah kanan bas dan mendengar rakan-rakan menjerit," katanya ketika ditemui Hospital Pulau Pinang sini.
Beliau yang tidak cedera, berkata rakannya Noraini Razali, 40-an, yang duduk di bahagian kanan bas patah kaki kiri.











.

Doodle Cute dan free ~ Lulu Caldina bertudung.. sila percaya :)


Hai semua pembaca Lulu-Pages.........
Siyes dengan tajuk entri mengenai doodle, ramai yang minat.. Bila dah ada FB ni pun, ramai yang asyik puji gambar kat FB lulu tu memang cute.. Dan untuk pengetahuan semua lulu menang Full template dalam giveaway arieff. Termasuk doodle berpakaian chelsea tu juga hasil kerja tangannya..


Minggu lepas, entah macam mana, lulu turut 'dihadiahkan' doodle yang cute dari seseorang yang juga kenalan FB lulu.. Kebetulan minatnya yang mendalam terhadap excel, yang membolehkannya membuat doodle cute, juga bagi lulu dia memang seorang yang sangat kreatif.. Tak percaya? silalah berkunjung ke blog ini..







Pada mulanya, tawarannya untuk buatkan lulu doodle, memakai tudung, benar-benar lulu hargai. Apatah lagi, sekelip mata, hanya beberapa minit dah siap doodle Lulu-Caldina memakai tudung.. Cute, sebab sebaik terima lulu tersenyum senang hati..ekeke...





Nur Daniani, nama pemilik blog ni (nama pun dah lawa kan? ;), ada mengambil tempahan untuk header design, dan mungkin juga doodle, kalau anda bernasib baik.. ngee... Silalah pujuk dia jika dah terjatuh hati dengan doodle2 ciptaannya...


Selang beberapa jam, email lulu menerima beberapa doodle lagi darinya.. sila jangan jeles :p























Nanana, lulu tak tau... ekeke... siyes cutekan?????
Pendekkan cerita, sila terjah blog Nur Daniani..............weee................







P/S :
  1. Entri melekat ni ditujukan khas buat Nur Daniani, sebagai tanda terima kasih diatas keikhlasannya buatkan lulu doodle2 superb cute...
  2. Giveaway Angry Bird keychain telah ditutup.. Senarai nama peserta akan diumumkan bila-bila masa sahaja, untuk entri melekat, bagi memudahkan korang blogwalking sampai sakit jari :) DAN disusuli dengan nama pemenang yang akan didedahkan kemudian.
  3. Semua doodle terpaksa lulu watermark, bagi menggelakkan di manipulasi atau mangsa copycat..












.

Kenali Sonia Yang


Sonia Yang dimahkotakan sebagai pakar linguistik muda terbaik apabila berjaya menguasai 10 bahasa dengan baik.
Baru berusia 10 tahun, Sonia mengagumkan juri ketika dia menyertai pertandingan bahasa bersama lebih 5,000 peserta semalam.

Peserta diuji mengenai pengetahuan terhadap bahasa asing, serta kemampuan belajar bahasa baru.
Dilahirkan di Taiwan dan berpindah ke England bersama keluarganya, Sonia kini menetap di Cheadle Hulme, Stockport.


Ketika tiba di England, Sonia mampu bercakap bahasa Jepun, China dan Inggeris, selain bahasa ibundanya.

Sonia juga mampu menguasai bahasa Kazakhstan, Uganda, Jerman, Sepanyol, Perancis dan Portugal.







.

Derita Wesley Warren Jr.


Seorang lelaki Nevada, Wesley Warren Jr, memerlukan RM3 juta bagi membolehkannya menjalani pembedahan membetulkan buah zakarnya yang besar melampau.
Selama ini, lelaki berusia 47 tahun itu hanya mendiamkan penderitaannya, namun semalam dia membuat rayuan terbuka bagi membolehkan pembedahan dijalankan dan mampu menjalani hidup seperti biasa.

Warren memiliki buah zakar seberat 44.5 kilogram.
Disebabkan pembesaran melampau pada buah zakarnya, Warren tidak boleh memakai seluar, selain terpaksa bergantung kepada pemakanan antibiotik dan ubat setiap hari.

Apabila keluar rumah, Warren perlu mengenakan seluar besar yang diubah suai.


Katanya, bukan mudah bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan keadaannya begitu.

“Masalah ini memaksa saya menghabiskan lebih banyak masa di rumah,” katanya.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak menjadikan Warren terlalu kecewa.

Menurutnya, selain mempunyai sahabat, dia mahu menjalin hubungan cinta dengan wanita idamannya.

“Di sebalik kekurangan ini, saya tidak kecewa, berputus asa atau terfikir untuk membunuh diri,” katanya.

Kata Warren, dia percaya masalah itu berpunca daripada insiden pada 2008.


“Saya terkepit kemaluan ketika tidur dan keesokan harinya, ia membesar seperti bola,” katanya.

Sementara itu, doktor berkata, Warren menghadapi masalah limfatik pada zakarnya menyebabkan berlaku takungan cairan pada organ berkenaan dan ia membengkak secara melampau.












.

Tearful Lindsay Lohan led away from court in handcuffs



A tearful Lindsay Lohan was led away from court in handcuffs and taken into custody today after a judge blasted her for violating probation.
The troubled actress, 25, had her probation revoked pending a November 2 hearing after Judge Stephanie Sautner slammed her for failing to complete time at the Downtown Women's Centre.
The Mean Girls star is now understood to have been released after posting $100,000 and will not spend time behind bars - for now, at least.

The outcome is pending the November hearing, which was scheduled by the judge today, where the court will hear further testimonies before deciding on the course of action.
Lindsay was formally arrested in court today and taken into custody after Sautner revoked her probation.
On her booking sheet, the Los Angeles County Sheriff's Department accidentally listed her sex as male, and detailed how she weighed 116lbs. 


Sautner said Linsday should serve 16 hours at the morgue on clean-up duty between now and her next court hearing in an attempt to mitigate the current situation.
The actress had been sentenced to 360 hours community service earlier this year as part of her punishment for stealing a gold necklace from a jewellery store.
During the hearing, Sautner asserted Lohan had managed to wilfully get herself kicked off the programme by cancelling on the women's centre nine times.

Lohan welled up as her lawyer Shawn Holley Chapman fought her corner, pointing to the 'glowing report' by the Probation Service.
But despite Lohan completing some volunteer work this week at the Red Cross, the judge ruled it as void because it was not part of the sentence she had specifically stipulated at an earlier hearing.
She says Lohan should have gone to the morgue for clean-up duty to complete some of the hours of community service instead - which was the second part of the probation Sautner had originally stipulated.
'Nobody has the power to change my sentence,' said an incredulous Sautner.

Packing punch after punch, an unimpressed Sautner told Lindsay: 'Probation is a gift as I see it. There is something called looking a gift horse in the mouth.'
Sautner was also perplexed as to why the Probation Service had given Lohan such a positive report.
She said her work this week at the Red Cross would not count towards the 60 days of community service Lohan has been ordered to complete.
Sautner also estimated that Lindsay has only managed to fulfil three days out of the 60 so far, also taking into account the time taken to complete a shoplifters course.
She noted that Lindsay had been a no-show at the women's centre nine times and had only managed to do around a day-and-a-half there.


Sautner suggested it was Lohan's inability to keep to schedule and disruption of the programme that eventually left women's centre with no option but to cancel her role there.
The star pulled up to the courthouse at 9.55am for the 10am hearing at the Airport Branch Courthouse.
Dressed in an eggshell blue dress and white scarf, the actress was also sporting rather heavy handed make-up.
She had her hair tied back in a ponytail and stepped out of her black Cadillac Escalade to a barrage of flashbulbs.
The Mean Girls actress has also served 35 days under house arrest this year as part of her sentence for the necklace theft.

The actress' once promising movie career has been derailed by multiple trips to jail and rehab since 2007.
The judge dismissed Lohan's lawyer Holley's argument that the actress had to go abroad to work, where she has been seen partying over recent weeks in Europe.
'She is supposed to be an actress from what I hear,' Sautner said.
Holley admitted that 'unfortunately' Lohan's career opportunity are not in America right now and that she has been to Europe to earn money to support herself and her family.
But Sautner was more concerned about the logistics of how Lohan had attended weekly appointments with her U.S.-based shrink, which was part of the terms of her probation.
While the psychological report said she had attended every week, Sautner was doubtful, pointing to the time frames of Lindsay's flights between various European destinations.













.

Lahirkan anak perempuan


Wanita pertama Perancis, Carla Bruni-Sarkozy selamat melahirkan anak perempuan iaitu bayi pertama untuk presiden yang memerintah bagi era moden Perancis, lapor media negara berkenaan.


Presiden Nicolas Sarkozy yang menghadiri mesyuarat di Frankfurt berkaitan krisis hutang euro tidak sempat ketika bayi pasangan pertama mereka dilahirkan sebelum jam 8 malam waktu tempatan.
Beliau tiba di klinik persendirian Muette pada kira-kira jam 11 malam.
Radio Europe 1 melaporkan kelahiran itu "berjalan dengan baik" untuk ibu berusia 43 tahun itu, seorang penyanyi dan bekas supermodel.











.

Hilang tempat tinggal


Lima beranak yang dikategorikan daripada keluarga termiskin hilang tempat tinggal apabila rumah pusaka pemberian nenek mereka hangus dalam kebakaran di Kampung Gong Ara, dekat sini, malam tadi.
Kebakaran berlaku pukul 9 malam ketika Faizal Yusof, 31, bersama isterinya, Roshamila Mamat, 23, serta tiga anak berada di rumah ibu mereka, Halimah Ismail, 44, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

Roshamila berkata, dia dimaklumkan kejadian itu oleh adiknya, Zairul Fatahan Mamat, 19, tetapi hanya tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa kerana terkejut.
Katanya, kesemua pakaian anak-anak iaitu Norharis Idayu Faizal, 6; Mohd. Hafizul Hisyam, 3; dan Nur Fatihah, 1, musnah dalam kebakaran.

"Selalunya pada pukul 7 petang kami akan berada di rumah emak dan kembali ke rumah pada pukul 10.30 malam setiap hari untuk tidur terutama apabila ada penduduk meminta suami saya melakukan kerja-kerja kampung pada waktu malam.
"Kami sekeluarga tinggal sehelai sepinggang termasuk kehilangan dokumen penting seperti kad pengenalan dan surat beranak ahli keluarga.

"Tiada barangan berharga yang hangus kerana kami keluarga miskin dan mengharapkan pendapatan harian suami bekerja sendiri," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini.
Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Kaharudin Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.37 malam dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian bersama sebuah jentera dan empat anggota untuk memadamkan kebakaran.
"Punca kebakaran masih dalam siasatan dan kerugian yang dialami dianggarkan berjumlah RM20,000," katanya.









.

Kerana cinta aku sanggup

Untuk memastikan wanita dicintai menjadi milik mereka biarpun si dia sudah berkahwin, ada lelaki tidak kisah mengeluarkan puluhan ribu ringgit untuk membayar wang tebus talak.

Mungkin ada menganggap perbuatan itu ibarat `membeli isteri orang’ namun bagi lelaki dan wanita terbabit, itu bukan persoalan penting kerana segala urusan dilakukan mengikut prosedur termasuk proses di mahkamah.
Berkongsi pengalamannya, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Normah, 31, mengaku teman lelakinya membayar RM20,000 kepada mahkamah untuk kos tebus talak bagi mengesahkan perceraiannya dengan bekas suami.

Normah berkata, selepas diceraikan dia terus berkahwin dengan teman lelakinya itu dan kini mereka bahagia sebagai suami isteri.

“Suami saya sekarang tidak kisah mengeluarkan RM20,000 sebagai bayaran tebus talak asal kami dapat bersama,” katanya yang berkahwin buat kali kedua hanya selepas empat bulan dicerai suami pertama.









.

Entri pertama pagi ni ~ entri penting di hari khamis


Selamat pagi....
wee, baru jer hari isnin, tak sedar hari ni dah hari khamis.. cepat betul masa berlalu.. tak sedar, dah lebih setahun berblogging, dan dah hampir 6000 post entry setakat ni, tak termasuk 1000 lebih yang lulu dah delete.. Entri ni, memang kena didulukan.. kena publish paling awal dari entri-entri yang akan menyusul selepas ni.



Sekarang kepala pening, rasa macam nak term*ntah pun ada..
Sebab berjaga tengok bola.. Standard lah kan kalau ada game waktu subuh, walaupun............
game subuh tadi hanyalah delayed. Gila astro ni, chelsea main takde LIVE.. Geram..


Namun demikian, game Champion League pagi tadi, walaupun delayed, lulu tetap setia didepan kaca tv, menyaksikan Chelsea menentang Racing Genk di halaman sendiri, Stamford Bridge.. Biarpun boleh jer tengok result live kat samsung galaxy sebab WIFI tetap on 24 jam kat rumah.. ekeke.. saja, buat suspen sendiri, ala-ala game LIVE macam tu..


Tak lama lagi nak pasang beyond kat rumah, so, game bola itu akan lebih terang kat mata ni.. :D



Dalam game subuh tadi, Chelsea menang besar.. Diulangi, menang besar, 5-0...
Memang sudah dijangka, sebab lawan kali ni, memang bukan team yang digeruni.. Tapi, yang paling manisnya, dalam 5 gol itu, el-nino (torres) ada menjaring 2 gol, gol yang cantik diminit ke 11 dan 27.. Susah tengok torres menyerlah sejak menyertai team the blues.. Syabas Torres.. Lain-lain gol dijaringkan oleh Meireles (8), Ivanovic (42) dan Kalou (72).



Game yang berbaloi, walaupun lulu dapat mata panda.. weee........












.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!