Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday










P/S - Thanks Bobo dan Bi sebab jadi model ;)





.

Mariah Carey introduces twins Monroe and Moroccan for the first time



She has kept them away from the spotlight since their birth in April.
But Mariah Carey is about to debut her twins Monroe and Moroccan for the first time in a new interview with Barbara Walters for ABC's 20/20 this Friday night.
In a sneak peek, which doesn't show the babies' faces, the 41-year-old is seen cooing over her children after opening the doors of the New York City home she shares with husband Nick Cannon.

In the interview, the babies appear to already be emulating their parents style.
Little girl Monroe is seen wearing a white puffy dress, while Moroccan looks adorable in a suave camel-coloured blazer.
During their chat with Walters, the super star couple discuss all things parenthood, revealing that the twins already have been given the nicknames 'Roc and Roe.'
Hard-hitting Barbara also fires some pretty personal questions at Mariah during the sit-down. 


When asked whether she trusts her husband of just three years, Mariah is seen cheekily answering: 'Sometimes!', while Nick jokingly protests to the side.
Since the couple's babies' arrival, fans have yet to see whether the youngsters look like the actor or their singer mother.
The only photo the couple have released was of Monroe with a hand covering her face.
Mariah tweeted the picture, with the comment: 'This is baby Monroe saying "no pictures dahhhhling" at 7+1/2 weeks..oh dear :)'

Mariah and Nick welcomed the twins on April 30.








.

Diploma jadi kenangan keluarga


Jika ibu bapa lain tersenyum lebar meraikan hari konvokesyen anak masing-masing, Nasarudin Ahmad dan isteri, Rosazizi Abd. Rahim pula terpaksa menahan pilu ketika menerima diploma bagi pihak anak sulung mereka.

Cukup memilukan pasangan suami isteri itu apabila mengetahui Allahyarham Fatin Nadiah yang maut dalam nahas jalan raya pada 24 April lalu, ialah salah seorang pelajar cemerlang program Diploma Pertanian pada Konvokesyen Ke-35 Universiti Putra Malaysia (UPM).
“Arwah tidak sempat menyarung jubah konvo tetapi saya terima pemergiannya sebagai takdir dan reda dengan ketentuan Tuhan.

“Diploma hasil usaha arwah akan kami jadikan kenangan kami sekeluarga dan dorongan buat dua adik lelakinya,” katanya ketika ditemui selepas menerima diploma daripada Pro-Canselor UPM, Tan Sri Dr. Nayan Arifin pada hari keempat konvokesyen universiti itu di sini, hari ini.
Sementara itu, sepasang suami isteri turut berkongsi kegembiraan apabila menerima ijazah sarjana dalam program Pembangunan Sumber Manusia pada majlis konvokesyen tersebut.
Dahalan Saklam, 36, dan isterinya, Siti Sharifah Nor Mohd. Yusof, 38, tidak pernah menjadikan kepenatan bekerja dan jarak rumah yang jauh sebagai halangan untuk mencapai kejayaan.

“Kami tinggal di Melaka dan setiap hujung minggu kami akan berulang-alik ke UPM bagi mengikuti kuliah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Siti Sharifah, paksaan suaminya untuk menyambung pelajaran membuahkan hasil apabila mereka berjaya mendapat ijazah sarjana dengan purata nilai gred keseluruhan (CGPA) yang memberangsangkan.
Bagi pasangan adik-beradik, M. Kogila, 25, dan M. Antaran, 27, mereka tidak akan memperolehi kejayaan seperti hari ini tanpa sokongan bapa yang banyak berkorban untuk mereka.

“Bapa hanya bekerja sebagai pemandu lori, namun dia tetap berusaha bagi menampung perbelanjaan pengajian kami,” kata adik-beradik ini yang menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
Menurut mereka, belajar dalam satu jurusan yang sama memberi banyak kelebihan untuk mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan tugasan.








.

Wordless Wednesday

Banyaknya? hairan macam mana.....


Seorang wanita terkejut apabila menerima bil telefon lebih AS$200,000 (RM623,299.50).

Celina Aarons dari Florida biasanya menerima bil sebanyak AS$175 (RM545.39) termasuk membayar talian bagi dua adiknya yang pekak dan bisu.

Beliau menggunakan telefon pintar kebanyakannya untuk menghantar pesanan dan berhubung dengan lebih mudah.

"Adik saya adalah buah hati saya, dia pergi ke kolej dan saya akan lakukan apa saja," katanya kepada televisyen WSVN mengenai adiknya, Shamir.


Masalah timbul apabila Shamir pergi bercuti ke Kanada dan tidak mematikan perantauan data telefonnya.







.

Salah dihantar ni

Ibu mangsa


Ibu bapa kepada seorang pekerja asing yang meninggal dunia di Malaysia mendakwa pihak berkuasa menghantar mayat yang salah.

Kawan-kawan Simon Petrus Sitepu, 22, menghubungi ibu bapanya dan memaklumkan anaknya mati selepas dilanggar jentera berat ketika sedang bekerja di ladang kelapa sawit di Kedah.
Ibu bapanya pergi ke lapangan terbang hari ini untuk membawa mayat yang disangka Simon tetapi berasa sedih dan menangis apabila melihat mayat tersebut.

Bapanya, Bener Sitepu berkata, mayat yang dilihatnya kelihatan seperti seorang lelaki yang berusia 40 tahun dan berketurunan India.
Sementara itu, pegawai Konsulat Malaysia di Indonesia mengakui terdapat kekeliruan.
Pihak berkuasa turut memaklumkan kepada ibu bapa Simon bahawa mereka kini sedang mencari mayat anaknya.








.

Makan percuma


Komplot sepasang remaja untuk makan percuma gagal apabila mereka ditangkap polis negeri Florida selepas melarikan diri dari sebuah restoran T.G.I. Friday baru-baru ini, lapor laman gawker.com.
Pihak berkuasa berkata, Devin Norling, 18, dan teman wanitanya, Sydney Sanders, 19, merancang komplot 'makan dan lari' untuk mengelak membayar bil makanan sebanyak AS$25.16 (RM78.42) di restoran T.G.I. Friday di pusat beli-belah Indian River Mall di sini.

Dalam aduannya kepada polis, pengurus restoran berkenaan berkata, selepas mereka selesai makan, Sanders dilihat berjalan menuju ke pasar raya Macy's.
Menurutnya, Norling bertanya lokasi tandas.
Selepas meninggalkan tandas, Norling berjalan kembali ke sebuah bilik belakang dan cuba untuk meninggalkan restoran dengan menggunakan laluan kecemasan ketika kebakaran.

Satu bunyi amaran kebakaran kemudian berbunyi dan pengurus restoran tersebut mengarahkan Norling ke laman dalam bangunan.
Menurut pengurus itu, seorang pelayan kemudian menyerahkan bil kepada Norling.
Norling, katanya, mengeluarkan dompetnya dan tidak mengeluarkan sebarang wang sebaliknya memasukkan semula dompetnya ke dalam poketnya.


Dia kemudian berlari keluar dari restoran itu dan melompat pagar restoran dan menuju ke pasar raya Macy's.
Menyedari mereka telah ditipu, pengurus restoran berkenaan menghubungi polis yang kemudian menahan pasangan remaja tersebut.
Semasa disoal siasat, Norling mengaku dia tidak mempunyai tempat tinggal dan tidak makan selama beberapa hari.
Kedua-dua remaja tersebut didakwa kerana menipu untuk mendapatkan makanan.









.

Terima ijazah dari UPM


Kehidupan glamor sebagai selebriti tidak pernah memadamkan impian pelakon Rashidi Ishak dan pengacara Nor Azzura Azizul Azman untuk menggenggam segulung ijazah.
Hari ini, impian mereka tercapai apabila masing-masing dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi pada Konvokesyen Ke-35 Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

Bagi Rashidi, 39, sokongan isterinya yang juga pelakon, Vanidah Imran serta dorongan rakan-rakan menjadi penguat semangat untuk meneruskan pengajian luar kampus sehingga tamat.

“Walaupun sibuk dengan urusan kerja malah terpaksa ke luar daerah untuk menjalani penggambaran sehingga terpaksa ponteng kuliah, saya tetap mencuri masa untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah.
“Saya amat bersyukur kerana tenaga pengajar amat memahami bidang lakonan yang saya ceburi,” katanya yang bercita-cita menyambung pengajian peringkat sarjana dalam jurusan kewangan Islam.

Vanidah pula berharap kejayaan suami memberi motivasi kepada anak-anak mereka untuk belajar sehingga berjaya seterusnya menjamin masa depan.



Sementara itu, pengacara Wanita Hari Ini, Nor Azzura, 27, berpendapat semangat dan minat yang mendalam untuk menyambung pelajaran harus ada dalam diri setiap individu.
“Jika ada minat yang mendalam untuk sambung pelajaran, Tuhan akan sentiasa membantu kita ketika menghadapi setiap kesulitan,” katanya.








.

Pertukaran tawanan dilaksanakan


Pergerakan Hamas hari ini membebaskan askar Israel, Gilad Shalit yang ditahan di Genting Gaza selama lebih lima tahun, sebagai pertukaran dengan 1,027 tahanan Palestin yang dipenjarakan oleh rejim Zionis.
Shalit diserahkan oleh pasukan keselamatan Hamas kepada perantara Mesir yang membantu mengatur pembebasan askar Yahudi itu.

Dalam wawancara dengan stesen televisyen Mesir beberapa minit selepas dia diserahkan kepada pihak berkuasa negara itu, Shalit, 25, berkata, dia berharap pertukaran tahanan itu akan membawa kepada perdamaian antara Israel dengan Palestin.

Perjanjian pertukaran tahanan itu, yang paling berat sebelah dalam sejarah Israel, menamatkan isu yang berlarutan selama lima tahun setengah, menyaksikan tentera Israel melancarkan beberapa serangan di Gaza, mengenakan sekatan ke atas wilayah itu dan mengadakan banyak rundingan yang gagal membebaskan Shalit.
Di pihak Palestin, tahanan termasuk berpuluh-puluh pejuang yang menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana serangan maut ke atas rakyat Israel.

Kumpulan pertama yang dibebaskan berjumlah 477 orang termasuk 27 wanita tiba dengan konvoi bas di Genting Gaza dan Tebing Barat tidak lama selepas Shalit dibebaskan, dengan disambut sebagai wira oleh ahli keluarga serta para pemimpin dan penduduk Palestin.
Lebih 200 tahanan tersebut yang berasal dari Tebing Barat sebaliknya akan dihantar ke Genting Gaza manakala kira-kira 40 lagi akan dihantar ke Syria, Qatar, Turki dan Jordan kerana tidak dibenarkan pulang ke wilayah Palestin.

Sejumlah 550 lagi tahanan dijadual dibebaskan oleh Israel dalam tempoh dua bulan lagi di bawah perjanjian pertukaran itu.
Israel dan Hamas sebelum ini mengadakan banyak pusingan rundingan mengenai pembebasan tahanan menerusi perantara Jerman dan Mesir.

Namun pegawai di kedua-dua pihak berkata, situasi semasa yang sebahagiannya berpunca daripada revolusi Mesir baru-baru ini membantu mereka melangkah ke arah mencapai perjanjian.





P/S - 1027 tukar dengan 1 orang? kalau tau, baiklah culik jer org israel tu, pastu tukar jer dengan banduan/tahanan kat israel.. ataupun sebagai jaminan untuk keamanan/hak kebebasan palestin..









.

Saya , blog dan pembaca


Jarang sangat dah encik ben buat segmen..
So, segmen kali ni memang sukar untuk dilepaskan..


Saya, blog dan pembaca?
Sejak ada blog, lulu banyak mendapat manfaat darinya... Berdasarkan blog 'sebaran maklumat dan pengetahuan', lulu sangat bersyukur kerana melalui blog, lulu dapat salurkan maklumat, berita terkini, dan yang paling penting adalah, melalui blog, dapatlah merapatkan hubungan silaturrahim antara lulu dan pembaca.. :)






Maju dan terus maju dalam dunia blog, jika lulu boleh, korang pun boleh.. ;)
salam kenal buat yang 1st time datang Lulu-Pages...












.

Tidak berjaya biarpun puas mencuba


Biarpun puas mencuba, beberapa orang awam tetap gagal menyelamatkan seorang lelaki daripada rentung dalam keretanya yang terbakar di tempat letak kereta Taman Tun Dr Awang, Bagan Ajam di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.10 pagi itu, orang ramai yang beriadah di tepi pantai berhampiran lokasi kejadian gempar apabila melihat sebuah kereta Proton Wira terbakar dan terdapat seorang lelaki tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu.

Berikutan itu, mereka hanya mampu melihat mangsa rentung bersama kereta berkenaan kerana api dipercayai bermula dari dalam kereta, marak dengan pantas memusnahkan kenderaan itu dalam masa hanya beberapa minit.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd Nasir Salleh berkata, mangsa dikenali sebagai Chang Wooi Teong, 44, berdasarkan pemeriksaan rekod pemilikan kereta berkenaan.

Menurutnya, usaha beberapa orang awam untuk menyelamatkan mangsa gagal kerana pintu kereta itu berkunci.









.

Nyaris maut kerana dihimpit perodua alza


Seorang wanita nyaris maut selepas motosikal ditungganginya terbabas sebelum terjatuh di Jalan Forest Height, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Siti Qursiah Mohd Zain, 21, dari Taman Desa Chembong, Rembau, cedera di muka dan tangan akibat terjatuh atas jalan.

Saksi dikenali sebagai Hashim, 25, berkata, dia melihat wanita itu yang menunggang motosikal Honda EX5 dalam perjalanan dari arah Seremban menuju Senawang.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, dia melihat sebuah Perodua Alza menghimpit motosikal mangsa menyebabkan wanita itu terbabas ke bahu jalan sebelum terjatuh.

“Saya nampak mangsa berguling beberapa kali selepas terjatuh sebelum terbaring kesakitan di atas jalan.

“Saya terkejut melihat kejadian itu, namun kemudian berusaha menahan beberapa kenderaan bagi membantu wanita itu.

“Kami cuba membantunya, tetapi dia tidak dapat bergerak sebelum menghubungi ambulans kerana risau dengan keadaannya yang seperti tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) dengan menaiki sebuah ambulans.

Sementara itu, sumber di HTJS berkata, mangsa mengalami beberapa kecederaan seperti luka di muka dan tangan dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.








.

Gegendang telinga pecah


Seorang lelaki menghadapi detik cemas selama sejam apabila dipukul dan dikurung selepas dilarikan sekumpulan lelaki hingga menyebabkan dia cedera termasuk gegendang telinganya pecah.
Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah malam 30 September lalu, mangsa dan seorang rakan sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya di Taman Universiti, Skudai di sini.

Mangsa, Sheikh Abdul Hifzuldeen Afendi, 21, mendakwa, dia dan rakannya kemudian dihalang oleh sebuah kereta Toyota Corolla yang dinaiki lima lelaki.
“Empat lelaki keluar dari kereta dan memukul kami.
“Selepas itu, mereka (suspek) tarik saya masuk ke dalam kereta dan membawa saya ke sebuah padang di masjid Taman Sri Skudai,” katanya









.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!