Sunday, October 9, 2011

Mencari duit poket dengan mudah..


weee, since dah lama tak cerita mengenai tips, jom kita kongsikan cerita menarik ni..
Korang dah blogging berapa lama? setahun? bertahun? oh baru berapa bulan?
Lulu dah setahun lebih, start pada 10 jun 2010...
Dan setakat ni bila pasang nuffnang, syukurlah, ada juga habuan untuk makan kepsi..ngee...
Namun demikian, apa salahnya kita mencuba yang lain pula..?
Masih berkaitan nuffnang...
Juga pengiklanan dan berbaloi jika anda rajin..




yeah churpchurp..
Welcome churpchurp to Lulu-Pages and FB Lulu Caldina..

Ya, untuk yang belum tahu, lulu secara rasminya ada akaun Facebook pada 08 September, baru-baru ni..
belum sampai sebulan lagi, dan begitu jugalah akaun churpchurp ni..
(sila add lulu kat FB ;)  [FB Lulu Caldina]
Namun berita baiknya, belum sebulan, lulu dah separuh jalan untuk cash out..
Owh, churpchurp ni kena cukup RM100 baru boleh cashout yer..
Dan, memang agak senang hati disitu, since sign up churpchurp, dan rajin iklankan (ambil link dan iklankan di FB ataupun blog.. ), maka dapatlah dengar bunyi duit tu bertambah kan..ekeke..


Memang ramai dah tahu mengenai ni..
Ramai juga yang ada Facebook, sebab sebelum ni macam lulu jer yang takde..
Tapi berapa ramai yang tahu mengenai churpchurp yang superb ni?
Korang ada twiiter? hah kat situ pun leh masuk churpchurp ni.. [Twitter Lulu Caldina]


Blogger selalu bising mengenai Buffered Earning dan pendapatan dari nuffnang..
Maklumlah kalau nak harapkan trafik memang sedih..
Huhu, lulu pun bukannya banyak trafik.. biasa jer..
Tapi dengan churpchurp, korang tak payah bergantung pada trafik..
Janji rajin tempek link tu, bila orang klik hah, berisilah tabung.. kan..


Jom, sertai churpchurp untuk mendapat duit poket lebih :)



Churpchurp










.

Cabbage patch kid grows giant vegetable


A grandfather has come up with a novel way of getting his five-year old to eat her greens - by helping her grow a giant cabbage that weighs more than her.
Paris Vowles, helped her grandfather Philip Vowles, 62, to grow the enormous vegetable that weighed in at almost eight stone - over twice her body weight.
Paris said she loves helping her grandfather, a retired farmer, to grow large lettuces, and massive marrows at his allotment in Llanharry near Cardiff.

Paris told The Daily Express: ' I love helping granddad grow vegetables  - it's lovely seeing them getting bigger and bigger.'
And Mr Vowles told the paper that her help in the garden has encouraged her to eat her vegetables.
He said: 'Paris likes to help me. She says the vegetables taste much better than the ones you get in the supermarket.'
But the giant cabbage is too much for one family to eat so the gardening pair said they will cut up it up and share it.
Mr Vowles said: 'I'm going to cut it up and give it to the local pub so customers can enjoy it.'








.

Tidak cukup tidur bahayakan nyawa


Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.

Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama.

Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau. Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya.

Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.

Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.

Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard. Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang.

Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain.
Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.

Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan.






.

Dendam komunis ke akhir hayat


"Selagi masih tertanam peluru senjata komunis dalam badan saya, selagi itu dendam kepada pengganas tersebut tidak akan padam sehingga ke akhir hayat."
Demikian luahan seorang bekas polis, Bahari Ismail, 61, yang pernah bertugas di Batalion 19, Pasukan Polis Hutan (PPH) di Pengkalan Hulu, Perak dan diserang hendap sekumpulan pengganas pada 23 Disember 1976.

Katanya, tarikh tersebut merupakan sejarah hitam dalam hidupnya kerana pada hari itu, dia bersama tiga rakan lain ditembak bertalu-talu semasa dalam perjalanan pulang ke kem PPH di Pengkalan Hulu selepas selesai menjalankan operasi.
Menurutnya, kejadian berlaku semasa konvoi PPH melalui kawasan berselekoh di Batu 29, Jalan Pengkalan Hulu-Gerik dan secara tiba-tiba kenderaan yang dinaiki telah diserang hendap oleh komunis yang dipercayai mahu melumpuhkan sistem komunikasi pihak berkuasa.
"Apabila sampai di satu selekoh, kenderaan kami dihujani peluru komunis yang memaksa saya dan tiga rakan melompat keluar dan berselindung di sebalik kenderaan.

"Namun, semasa cuba menyelamatkan diri itu, saya dan pasukan telah terkena tembakan menyebabkan kami semua cedera parah," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Bahari berkata, tidak cukup dengan tembakan, pengganas komunis turut membaling beberapa bom tangan sehingga menyebabkan kenderaan dan alat komunikasi yang berada di dalamnya musnah sama sekali.
Bagaimanapun katanya, dalam suasana cemas itu, dia bersama rakan yang lain cuba bertahan dengan berlindung di belakang pokok berhampiran dan membalas serangan berkenaan sementara menunggu bantuan tiba 30 minit kemudian.

"Tempoh 30 minit dirasakan begitu lama, namun kami tidak mudah mengalah dan tetap memberikan tentangan dengan senjata yang kami bawa," katanya.
Menurutnya, pengganas komunis berundur apabila dua buah kereta perisai polis tiba untuk memberikan bantuan dan turut dibantu oleh platun meriam yang melancarkan serang balas tidak jauh dari lokasi kejadian.
Katanya, selepas keadaan tenang dia mendapati keseluruhan badannya berlumuran darah dengan empat serpihan bom tangan yang mengenai dadanya.
"Satu persatu serpihan di dada saya cabut tetapi masa itu tidak berasa sakit sehingga tiba di Hospital Baling yang kemudiannya merujukkan saya ke Hospital Alor Setar kerana kecederaan yang terlalu parah," katanya.

Selesai dirawat katanya, baru dia menyedari bukan sahaja tercedera akibat serpihan bom tangan yang dilontar oleh komunis tetapi terdapat juga tujuh kesan tembakan di beberapa bahagian badannya.
Beliau berkata, daripada tujuh tembakan itu, tiga butir telah menembusi badannya dan empat lagi masih berada dalam tubuh badan sehingga kini iaitu masing-masing satu di lengan kanan dan pinggang dan dua di betis kanan.

Katanya, dia tidak berniat untuk mengeluarkan peluru berkenaan kerana tidak mahu membahayakan nyawa dan yang paling penting adalah sebagai bukti tentang kekejaman komunis.
"Ia akan menjadi lambang perjuangan saya dan rakan polis yang lain khususnya dari Skuad 69 yang bermandi darah memperjuangkan negara dari cengkaman komunis," ujarnya.






.

Syukur anak sihat....


TIADA perkara yang lebih meruntun jiwa seorang ibu tatkala mengiringi darah daging sendiri menuju ke ruangan bilik bedah di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 14 September lalu.
Berat sungguh hati untuk meninggalkan anak yang baru berusia 78 hari itu, untuk menjalani pembedahan tersebut.

Terus-terang, dia tak sanggup melihat kesakitan Aida Eirdeena yang disahkan mengalami truncus arteriosus, penyakit jantung kongenital melibatkan saluran darah utama dari jantung bercantum.
Doktor yang terlibat juga mengesahkan tentang kehadiran lubang pada dinding di antara dua pengepam jantung anaknya itu.
Situasi yang mengkehendaki puteri sulungnya membuat pembedahan awal tatkala tekanan darah pada paru-paru masih stabil. Andai lewat dilakukan, tekanan pada paru-paru akan meningkat dan menambah risiko pembedahan akan datang.

“Saya dan suami tak masuk ke bilik bedah. Tak sanggup nak tengok kesakitan Eirdeena terutamanya ketika Eirdeena dibius sebelum pembedahan bermula,” singkap juara rancangan realiti Gadis Melayu pertama terbitan TV9 ini, Aida tentang pengalaman membabitkan anaknya.
Permata sulung Aida itu dilahirkan pada 29 Jun 2011 dengan berat 2.2 kilogram menerusi pembedahan di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor.

Eirdeena disahkan mempunyai penyakit truncus arteriosus sewaktu membuat rawatan susulan di IJN pada minggu ketiga selepas dilahirkan.
Mengulas lanjut tentang situasi tersebut, Aida memberitahu dia sudah mengikat janji dengan suami, Mohd. Saiful Nizam Ismail, 30, yang juga penyampai berita TV3 untuk tidak menitiskan air mata atas situasi yang melanda anak mereka.

Lantaran itu, sepanjang tempoh pembedahan kira-kira lima jam tersebut mereka lebih banyak melayan perasaan masing-masing sewaktu berada di bilik khas.
“Kami tidak bercakap apa-apa. Saya solat, baca surah Yasin dan banyak berdoa agar tidak ada perkara buruk yang melanda Eirdeena. Saya juga minta supaya dikuatkan hati saya untuk berdepan dengan apa juga masalah selepas pembedahan itu,” ujarnya.

Berkongsi perasaan pemilik nama Khairul Noormaidah Zali, 26, ini, dia memberitahu bahawa tempoh debaran menunggu anaknya keluar dari bilik bedah tidak sama sewaktu melahirkan Eirdeena. Macam-macam persoalan bermain dalam mindanya.
Bagaimanapun, fasa kerisauan bertukar ceria apabila Pakar Klinikal Kardiologi Pediatrik, Dr. Marhisham Che Mood dan Dr. S.Sivakumar (Pakar Perunding Bedah Kardiotorasik) mengkhabarkan tentang perkembangan positif Eirdeena.

Sudah pasti kegembiraan dan kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi. Eirdeena kemudiannya dibenarkan pulang selepas mendapat penjagaan rapi di IJN selama 13 hari.
“Sekarang ini Eirdeena dikuarantin selama enam minggu kerana bimbang jangkitan kuman. Dia juga perlu makan 10 jenis ubat setiap hari. Disebabkan dia belum putus susu badan, saya ambil keputusan untuk bercuti tanpa gaji.

“Tak mengapalah, saya reda dengan dugaan Tuhan. Buat saya lebih kuat dan mungkin sebagai petanda bahawa saya perlu dekat dengan-Nya. Eirdeena yang bermaksud ‘kebanggaan dan kehormatan kami’ ini adalah amanah yang akan terus dijaga sehingga akhir hayat,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada pihak terlibat dalam pembedahan anaknya di IJN.





.

Ikan kebangsaan Bangladesh kian pupus


Sejak dulu, rakyat Bangladesh gemar makan ikan hilsha, ikan enak berdaging putih yang sering dikenali dengan baunya ketika dimasak dan menjadi sajian utama semasa sambutan Tahun Baru dan perayaan keluarga.

Bagaimanapun ikan berwarna perak yang diiktiraf sebagai ikan kebangsaan sejak kemerdekaan negara itu pada 1971, semakin sukar diperoleh dan dihidangkan berikutan harganya yang terlalu mahal dan mendapat permintaan tinggi dari negara jiran.

Saya gemar makan hilsha sejak kanak-kanak dan belajar memasaknya daripada ibu. Hidangan yang istimewa tidak lengkap tanpa ikan itu. Bagi kami ia adalah juadah mewah yang tidak mampu dibeli, kata suri rumah Dhaka, Nazmin Ara.

Peniaga berkata sekilogram hilsha kini berharga 1,000 taka (RM42.70) di pasaran runcit di Dhaka, dua kali ganda harganya dalam tempoh dua tahun walaupun nelayan berkata jumlah penangkapan meningkat setiap tahun.

Walaupun ikan itu tidak mampu dibeli golongan miskin, tetapi kumpulan kelas pertengahan dan atasan sering makan ikan itu lazimnya dengan nasi dan cili bakar.

Tetapi kini ia tidak lagi menjadi juadah melainkan ada acara istimewa seperti Tahun Baru, hidangan untuk tetamu asing dan majlis kerajaan.

Pembeli dan pegawai menyalahkan peningkatan harga pengangkutan dari tempat penangkapan ke pasar dan pasaran gelap ke India terutama di Bengal barat yang bersempadan dengan Bangladesh, menyebabkan kekurangan ikan itu di pasaran.
Hilsha yang juga dikenali sebagai ilish, adalah ikan laut yang gemar bertelur di sungai berikutan kurang arus dan kurang masin. Ia ditangkap di sungai utama Bangladesh seperti Padma, Meghna dan Jamuna serta muara Teluk Bengal.

Menurut Jabatan Perikanan, Bangladesh mengeluarkan 340,000 tan hilsha pada 2010 hingga Jun 2011, 27,000 tan lebih berbanding tahun lalu.

Kos pengangkutan semakin meningkat, kami tidak boleh menjualnya dengan harga yang murah lagi walaupun kami mahu, kata pemborong ikan, Oli Ullah di kawasan bazar Kawran Dhaka.






.

Rentung dan terbakar


Empat buah bot nelayan rentung selepas terbakar akibat disambar petir di Kampung Marhum di sini petang kelmarin. Kejadian tersebut menyebabkan kerugian berjumlah hampir RM100,000.
Salah seorang pemilik bot, Abdul Ghafar Ismail, 50, berkata, ketika kejadian pukul 7.30 petang itu, dia berada di rumahnya dan angin bertiup kencang.

Abdul Ghafar berkata, dia terkejut apabila terdengar bunyi dentuman guruh dan petir yang sangat kuat.
“Tiba-tiba saya ternampak salah sebuah bot yang diletakkan di jeti nelayan telah disambar petir menyebabkan ia terbakar sebelum api merebak ke bot-bot yang lain.

“Saya bersama anak lelaki berlari ke jeti itu yang terletak kira-kira 30 meter dari rumah saya untuk cuba memadamkan api,” katanya ketika ditemui di sini semalam.






.

Kereta gagal memotong rempuh lori


Kegembiraan tiga sahabat yang baru sehari bekerja di tempat baru berakhir tragedi apabila kereta dinaiki bertembung sebuah lori pasir menyebabkan mereka terbunuh dalam kemalangan di Jalan Batu 16 1/2 Sungai Tiram, dekat sini, pagi semalam.

Mohamad Faiz Ahmad Tahir, 18; Mohamad Khairuddun Karimi, 21, dan Mohamad Nazri Zulkifly, 20, maut di tempat kejadian dalam kemalangan pada jam 9.20 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, yang mengesahkan kejadian itu berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kereta Proton Wira dipandu Mohamad Faiz dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan, tetapi gagal lalu bertembung dengan lori dari arah bertentangan.
Difahamkan, ketiga-tiga mangsa yang baru sehari bekerja di sebuah kilang dekat Taman Desa Cemerlang, di sini, dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Kampung Sungai Tiram.

Dalam perjalanan pulang, kereta mereka bertembung sebuah lori pasir dari arah bertentangan menyebabkan ketiga-tiga mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah, katanya.

Beliau berkata, pemandu lori hanya cedera ringan, manakala mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk dibedah siasat.

Sementara itu, adik Mohamad Nazri, Mohamad Faiz Zulkifly, 17, yang ditemui di HSI, tidak menyangka abangnya yang gembira bekerja di tempat baru, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri itu.
Abang Nazri seorang yang pendiam dan ramah. Sebelum ini dia bekerja di bengkel berhampiran rumah dan dia gembira bekerja di tempat baru bersama dua rakan karibnya itu, katanya.

Saya hanya mengetahui kejadian ini kira-kira jam 10 pagi tadi (semalam). Saya tidak sangka abang Nazri sudah tiada, katanya.






.

Semoga pengorbanannya menjadi ikhtibar dan pembakar semangat..


“Saya berharap pengorbanan Allahyarham suami saya menjadi iktibar dan pembakar semangat kepada mereka yang masih lagi hidup,” kata Norazrina Jaafar mengulas penganugerahan Bintang Gagah Perkasa (BGP) kepada suaminya sempena ulang tahun ke-73 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob hari ini.
Katanya, anugerah itu diharap menjadi satu inspirasi kepada pengamal media untuk berbakti dan berjasa kepada negara dan agama.

Jurukamera BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor diberi penghormatan tertinggi oleh kerajaan negeri Melaka sebagai penerima pertama BGP sejak ia mula diperkenalkan pada 1978.

Anugerah yang yang diperkenalkan khusus untuk anggota tentera dan polis, namun tidak ada penerimanya sebelum ini.
Noramfaizul, 39, terkorban ketika menyertai misi kemanusiaan di Somalia pada 2 Sept lepas ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan di negara bergolak itu.

"Saya berasa sangat bersyukur kepada Allah SWT dan juga berterima kasih kepada kerajaan negeri Melaka atas pengiktirafan ini,” kata Norazrina yang kelihatan sebak sewaktu ditemui pemberita.








.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!