Thursday, September 29, 2011

Apa akan jadi pada Carloz Tevez?

 
Manchester City menggantung Carlos Tevez, hari ini, bagi membolehkan siasatan dilakukan susulan keengganannya untuk keluar bagi digantikan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah ketika menentang Bayern Munich, baru-baru ini.


Bagaimanapun, beliau menafikan enggan keluar seperti yang diarahkan pengurusnya, Roberto Mancini, yang mana selepas perlawanan yang menyaksikan pasukan Liga Perdana Inggeris itu tewas 2-0, berkata karier Tevez sudah tamat di kelab itu.









P/S - Apa dah jadi dengan Tevez? Pemain bola sepak yang berbakat ini, nampaknya sedang memperjudikan masa depannya yang cerah dalam dunia bola sepak..  Tidak ada mana-mana kelab yang menginginkan pemain yang mempunyai moral tidak baik..








.

Kembali ke mahkamah..



PENGACARA Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 31, (kiri) bersama peguam Syarie, Mohd Noor Aizan Mohd Idrus ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam hari ini untuk sebutan kes permohonan perintah kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.


Apa akan jadi kes ini seterusnya? Semoga mereka dapat menyelesaikan masalah ini dengan cara yang baik..



P/S - Berita terdahulu [klik]







.

The rickshaw graveyard

This is some eyesore, or should that be eye-shaw.
For thousands of rickshaws blot the landscape at this unofficial junkyard in a suburb of the Bangladesh capital Dhaka.
There is an estimated 15,000 here in the Mirpur area, almost all of them human-powered pedal vehicles which are either unsafe after years battling it out for custom on the crazed streets or unwanted.
The traditional rickshaw is facing a growing challenge from battery-powered vehicles that can be easily charged electrically and don't require quite the same superhuman effort from the driver.

These vehicles, mainly made in India, are surging in popularity because they are faster and can carry six or seven people, compared to a traditional buggy's three.
In Dhaka, the number of rickshaws on the street swells to nearly three million ahead of festivals, increasing the chance of accidents and general road chaos.
Nearly half of all crashes involve them. Many who come from out of town have little or no experience driving in such busy conditions.
Many roads in the capital have been declared off-limit to rickshaws to ensure smooth movement of cars but many flout the ban and even enter VIP roads reserved for ministers and government officials.


'Often we are just helpless,' said police officer Saiful Huda. 'We can't allow them to violate rules, but neither can we ignore that they too need an income for survival.'
Mohammad Shapan is a rickshaw who lives in a small town in eastern Bangladesh but has no choice but to head to Dhaka to boost his income and feed his family.
'The last time I came to Dhaka was ahead of the Eid,' the 25-year-old said, referring to the festival that ends the Islamic fasting month of Ramadan, which fell in August.
'I was happy to see my daily income rose three times. I could buy new clothes for my wife, mother and child for the Eid. It was a happy occasion for the family.'
Rickshaws far outnumber cars on the streets of many Bangladeshi towns, and they are an important source of income for the country's poor, who often have no other options.


'The overwhelming presence of rickshaws on the streets of the capital is a growing concern as law enforcers often find it hard to take them off  the streets,' said Benazir Ahmed, police commissioner of Dhaka.
'They ply, in many cases, without valid permits or are run by untrained drivers, causing accidents.'
The result, say both officials and users alike, is often hair-raising, but the low price makes them unavoidable.
'Every day I go to school to drop and pick up my children using rickshaws, because they are cheap and readily available,' said Munni Haque, a housewife and mother of three.
'But often I travel with my life in the hands of the drivers, who cruise through heavy traffic too fast and not at all caring for safety. This is a daily hazard poor and middle-class people have to endure.'
Still, in a land where poverty grips nearly 40 per cent of Bangladesh's 160 million people, who live on the equivalent of just $1.25 a day, there are often few other options for those who lack land or other jobs.
'We need nothing but muscle to run pedal-powered rickshaws,' a smiling Shapan said, adding that if his earnings rise he hopes to send his son to school and buy his wife a sewing machine so she can augment the family income.


Police and municipal officials say that some rickshaw pullers are as young as twelve, and are working to support their parents -- at the risk of their own lives.
'Poverty is to blame,' said Wahidul Islam, an officer with a private bank. 'Many people living in the villages and urban areas are too poor to feed their families. They have no land, no work and perhaps no option but to seek a living pedaling rickshaws.'









.

GIVEAWAY " ANUAR ZAIN vs SITI NURHALIZA"

GIVEAWAY

Lama dah tak join giveaway... Tapi siyes berharap sangat dapat memenangi salah satu hadiah yang ditawarkan.. Sebab? Lulu memang sangat minat dengan lagu-lagu daripada 2 artis hebat ni... Anggaplah lulu dibesarkan dengan mendengar lagu-lagu hebat mereka..ngee.........Doakan lulu menang..huhu.................


Jomlah kita memeriahkan giveaway terbaru seorang blogger hebat ni.. Siapa tau korang akan bernasib baik, kan.. :) Tarikh tutup adalah 051011......




.

Ini memang aneh


Misteri batu nisan sebuah kubur dipercayai berusia lebih 300 tahun yang seakan ‘bernyawa’ apabila semakin tinggi hingga mencecah hampir satu meter menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk Kampung Dusun di sini.
Kubur lama itu menempatkan cucu kepada seorang mualaf yang juga kapitan Cina dikenali sebagai Loo Soon yang membuka kampung berkenaan dan lelaki itu datang ke Kampung Dusun untuk mencari emas.

Loo Soon atau nama Islamnya, Bedu Ahmad atau Tok Dusun kemudian berkahwin dengan wanita tempatan dan memperoleh empat anak. Seorang daripadanya dipanggil Tok Muda.

Penduduk kampung terbabit mendakwa, kubur mempunyai batu nisan bernyawa itu milik Karim Muda iaitu cucu kepada Tok Dusun yang juga individu bertanggungjawab membuka perkampungan berkenaan.

Bekas Penghulu Kampung Dusun, Ahmad Nazri Abdul Rani, 73, berkata, keanehan batu nisan berkenaan membuatkan penduduk kampung tertanya-tanya apakah fenomena sebenar di sebalik kejadian itu.

Katanya, batu sungai yang dijadikan nisan itu pada mulanya tidaklah setinggi dilihat kini dan perkara itu amat menghairankan penduduk.

“Kami percaya batu nisan itu hidup kerana di sini ada lagi beberapa kubur dipercayai daripada keturunan Tok Dusun yang diletakkan batu jenis sama untuk dijadikan nisan tetapi tidak pula meninggi.

“Sehingga kini, penduduk kampung berusaha mengesan identiti sebenar kubur lain yang dipercayai daripada keluarga Tok Dusun untuk mencari salasilah individu dikatakan bertanggungjawab membuka kampung yang turut dinamakan sempena namanya itu,” katanya ketika ditemui.
Sambil menunjukkan ketinggian sebenar batu nisan itu, Ahmad Nazri yang juga ‘orang lama’ di kampung berkenaan berkata, dia percaya kejadian pelik itu bukti hikmah dan kekuasaan Allah.

“Kita janganlah memikirkan yang bukan-bukan kerana apa yang berlaku adalah ketentuan-Nya.

“Sebagai hambaNya, kita mesti percaya pada apa yang berlaku dan jangan sekali-kali melakukan perbuatan menyalahi agama," katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Dusun, Ibrahim Aziz, 58, berkata, disebabkan keganjilan yang berlaku itu, penduduk kampung kini berusaha menjaga kawasan tanah perkuburan berkenaan kerana khuatir kemungkinan ada pihak tidak bertanggungjawab berbuat syirik di kubur itu.

Katanya, mereka tidak mahu sesuatu perkara khurafat yang menyalahi agama dilakukan di kawasan tanah perkuburan berkenaan apatah lagi di ‘kubur bernyawa’ itu.

“Kita sedia maklum benda pelik begini mudah dijadikan pihak cetek agama sebagai tempat melakukan perkara syirik seperti pemujaan nombor ekor dan sebagainya.

“Justeru penduduk kampung berusaha menjaganya supaya bebas daripada gangguan pihak tidak bertanggungjawab itu," katanya.

Ibrahim berkata, sehingga kini penduduk kampung masih tidak melihat sesuatu kejadian pelik berlaku di sekitar kubur berkenaan.

“Jika boleh, saya minta pihak berkenaan datang menjalankan kajian di sini untuk mengenal pasti identiti sebenar beberapa lagi kubur lain,” katanya.






.

Dia ditemui lemas


Hajat seorang murid prasekolah untuk menghadiahkan ikan pekasam kepada dua gurunya tidak kesampaian apabila dia ditemui lemas di Sungai Langgar di Kampung Limbong di sini Isnin lalu.
Mayat mangsa, Muhammad Saiful Sudin, 6, ditemui penduduk kampung pada pukul 9.05 malam iaitu selepas dua jam dia diketahui terjatuh ke dalam sungai sedalam lima meter itu.

Ibu mangsa, Zaitun Man, 50, memberitahu, sebelum kejadian, dia dan anak bongsunya itu pergi memancing ikan di satu saliran air di kawasan sawah tidak jauh dari rumahnya.
"Selepas sejam memancing dan mendapat empat ekor ikan sepat, kami berdua pulang ke rumah dengan menaiki motosikal pada pukul 7 petang.

"Bagaimanapun, tiba di simpang menghala ke rumah, Saiful ternampak lima rakannya bermain di atas titi sungai lalu dia terus turun dari motosikal," katanya ketika ditemui semalam.
Katanya, dia melarang Saiful bermain di sungai tetapi dia terus berlalu pergi dan memberitahu hendak pergi ke rumah saudaranya.
"Tidak lama kemudian seorang rakannya datang ke rumah beritahu Saiful terjatuh ke dalam sungai," tambahnya.







.

Tengok, ada lagi............


Seorang pengurus syarikat percetakan terkejut apabila menemui dua guni plastik berisi naskhah al-Quran yang dipercayai dibuang pihak tidak bertanggungjawab di kilangnya di Mergong di sini.

Plastik putih itu berisi helaian surah Yasin, doa, wirid serta panduan ibadah itu ditemui dibuang di tepi kilang Percetakan Siaran Sdn. Bhd. pada petang Isnin lalu.
Pengurus Pemasaran syarikat itu, Abdul Basidh Abdul Wahid, 40, memberitahu, dia menemui bungkusan itu ketika mahu menutup pagar premisnya kira-kira pukul 6 petang.

"Saya tidak menyangka dua bungkusan plastik itu berisi helaian al-Quran termasuk surah Yasin selain helaian doa, wirid dan panduan ibadah.
"Perbuatan itu satu penghinaan kerana tidak menjaga kesucian al-Quran dan agama," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Syarikat percetakan itu yang beroperasi sejak tahun 1958 adalah satu-satu syarikat percetakan yang mempunyai lesen mencetak teks al-Quran di Kedah dan Perlis.
Abdul Basidh memberitahu, selain mencetak bahan al-Quran, kilang itu turut mencetak buku agama dan kalendar yang ditempah pelbagai pihak.
Tambahnya, perbuatan membuang bahan al-Quran di premisnya itu dilihat mahu melepaskan tanggungjawab dan mengambil jalan mudah melupuskannya.








.

Siapa yang gersang?


Koleksi surat, skrip dan puisi cinta serta gambar lelaki berkulit putih kacak, antara bahan ditemui polis dalam komputer riba warga Nigeria yang digunakan mereka untuk mengaut RM24 juta daripada 774 wanita tempatan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mencatatkan sepanjang 2010 hingga Ogos lalu, seramai 232 warga Nigeria ditahan kerana terbabit penipuan Internet dengan menyasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata siasatan polis mendapati sindiket penipuan warga Nigeria di negara ini mempunyai skrip atau ayat cinta yang dicipta khusus bagi memancing wanita tempatan terutama mereka yang kesepian dan ketandusan kasih sayang.

“Taktik atau cara yang mereka lakukan ialah menghantar e-mel atau mesej melalui laman sembang sosial di Internet seperti facebook, Tagged dan Wayn kepada ratusan mangsa dalam sehari,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan pada komputer riba yang digunakan seorang ahli sindiket terbabit, pihaknya menemui skrip berkenaan bersama fail lain yang siap disusun atur dalam pelbagai versi bagi menjayakan rancangan mereka.







.

Penjual ikan tidak mampu tanggung kos pembedahan


Biarpun gembira dikurniakan sepasang bayi kembar siam yang bercantum di dada, kegelisahan tetap membelenggu seorang penjual ikan, Zulkifli Ngah, 41, berikutan bayi dilahirkan pada jam 11 pagi pada 22 September lalu perlu menjalani pembedahan.

Zulkifli berkata, dia dan isterinya, Noraini Mohamad, 31, mengetahui bakal memiliki anak kembar selepas menjalani imbasan di Hospital Kemaman enam bulan lalu, sebelum mengikuti proses sama di HSNZ dan Hospital Kuala Lumpur selepas itu.

“Ketika doktor memberitahu bayi yang akan dilahirkan nanti kembar siam, kami berserah dan reda dengan ketentuan Ilahi sehinggalah bayi itu dilahirkan bercantum dada,” katanya.

Zulkifli yang menjual ikan di Kemaman berkata, walaupun doktor di HSNZ belum membuat sebarang diagnosis penuh terhadap keadaan kembar siam itu, dia sedar bayinya perlu menjalani pembedahan pada masa depan, bagi membolehkannya menjalani hidup seperti kanak-kanak normal lain.

“Seperti ibu bapa lain, saya ingin melihat kembar ini menjalani kehidupan yang sihat. Namun, saya tidak fikir mampu membayar bil perubatan dan pembedahan mereka dengan pendapatan sebagai penjual ikan,” katanya.

Beliau berkata, dugaan sebegini tidak pernah berlaku kepadanya sebelum ini apabila anak ketiga dan keempat lahir bercantum tidak normal seperti anak pertama dan keduanya yang kini berusia enam dan tujuh tahun.
“Saya terima dugaan ini sebagai takdir, tetapi saya tetap memerlukan bantuan kewangan untuk keperluan mereka pada masa depan kerana pendapatan saya sebagai penjual ikan hanya cukup bagi kehidupan sederhana kami sekeluarga,” katanya sambil berharap dapat bertukar kerja baru di bandar raya ini bagi memudahkannya berulang-alik menjaga bayi yang masih mendapat rawatan di HSNZ.

Katanya, sejak seminggu lalu dia tidak berkerja dan berdepan risiko kehabisan wang apabila sehingga kini tidak menerima sebarang bantuan untuk menyara kehidupan mereka ketika ini.

“Walaupun isteri saya hanya menjalani proses pembedahan selama sejam ketika melahirkan bayi kembar siam itu, namun saya tetap bimbang ada komplikasi lain selepas ini.

“Jadi saya benar-benar berharap ada pihak sudi membantu menghulurkan bantuan untuk masa depan bayi kembar selepas ini dan saya menyerahkan kepada kebijaksanaan doktor untuk menentukan bila masa sesuai bayi ini akan dibedah,” katanya.

Terdahulu Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said melawat bayi terbabit di HSNZ.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan individu dan syarikat boleh menghubunginya di talian 012-9551435.








.

Tragedi tayar treler tercabut


Seorang lelaki maut akibat cedera parah setelah treler dipandunya merempuh belakang sebuah treler lain yang terbabas ke lorong kecemasan gara-gara tayarnya tercabut dalam kejadian di Kilometer 410.5 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Lembah Beringin di sini malam tadi.
Kemalangan berlaku pukul 9.30 malam itu turut mengakibatkan seorang lagi pemuda mengalami cedera parah selepas tercampak dari motosikal yang ditunggangnya ketika cuba mengelak daripada melanggar tayar treler yang tercabut itu.

Mangsa, Wong Chon Lam, 49, yang memandu treler membawa minyak pelincir gagal mengelak daripada merempuh belakang treler membawa muatan penyejuk radiator yang terbabas ke lorong kecemasan setelah tayar belakang sebelah kanannya tercabut.
Rempuhan kuat itu menyebabkan Chon Lam mengalami cedera parah dan maut akibat tersepit di tempat duduk.

Sebelum itu, seorang pemuda, Mohd. Razi Hassan, 30-an, tercampak dari motosikalnya semasa mahu mengelak daripada melanggar tayar treler yang tercabut dan terjatuh atas jalan.
Mohd. Razi yang ketika itu dalam perjalanan dari Petaling Jaya dekat sini ke kampungnya di Trolak Timur, Perak, mengalami kecederaan parah termasuk patah kedua-dua belah kakinya.
Mayat Chon Lam dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat, manakala Mohd. Razi dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.








.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!