Tuesday, August 16, 2011

Kuaci ratusan tahun masih elok


Kuaci hitam berusia beratus tahun dan masih berada dalam keadaan baik merupakan antara artifak yang dipamerkan pada Pameran Khazanah Kapal Karam di Muzium Negara yang bermula hari ini sehingga 15 Oktober ini.
 
Makanan tersebut dijumpai dalam keadaan masih baik dan bertaburan di dalam salah sebuah kapal yang karam di dasar lautan.
Kuaci itu merupakan antara 240 artifak yang ditemui dari 13 buah kapal yang tenggelam di sekitar perairan negara sejak 1380-an dan kini dipamerkan di muzium berkenaan.

Ketua Pengarah, Datuk Ibrahim Ismail berkata, kesemua artifak itu telah mencungkil pelbagai rahsia daripada kapal-kapal yang telah tenggelam di dasar lautan dan kesemuanya merupakan barangan perdagangan yang dibawa bersama di dalam kapal tersebut.

"Kebanyakan artifak yang dijumpai ialah daripada jenis seramik yang ditemui dalam keadaan yang baik dan ditemui masih tersusun dalam keadaan kapal yang karam itu," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.
Terdapat beberapa seramik dari China berwarna biru dan putih yang berasal dari tahun pemerintahan Jingtaiji Tienshen (1450- 641) dan merupakan penemuan awal seramik China yang biasanya dijumpai dalam jumlah yang agak banyak di kawasan Asia Tenggara.

Seramik mempunyai fungsi khusus antaranya digunakan sebagai hantaran perkahwinan serta upacara keagamaan dan fungsi itu dikenal pasti menerusi motif pada corak hiasannya.
Sementara itu, seorang pelancong dari Taiwan, Jeff Fan, 45, berkata, pameran tersebut sungguh menakjubkan dan menarik untuk didekati.

"Saya rasa pameran ini amat berguna kepada orang ramai, amat rugi jika anda tidak pergi mengunjungi pameran ini," katanya.
Seorang pelancong dari India, Amit Thakkar, 40, berkata, pameran itu seronok untuk dikaji bagi mereka yang meminatinya.
"Saya berasa sungguh seronok apabila sampai di pameran ini kerana saya amat meminati perkara yang berkaitan dengan sejarah dan kajian antropologi," katanya.



.

Tuntutan Ganti Rugi Perkahwinan


Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa, menetapkan 13 Oktober depan untuk mendengar permohonan tuntutan ganti rugi yang difailkan oleh pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim terhadap bekas isteri pertamanya, Faizah Mohamad.

Hakim Syarie, Abdul Walid Abu Hassan menetapkan tarikh tersebut selepas menolak permohonan interlokutari (permohonan dalam permohonan) Faizahbagi membatalkan saman itu selepas berpuas hati bahawa ketidakhadiran Roslin pada prosiding lalu tidak akan memprejudiskan wanita tersebut.
Sementara itu, peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakili Roslin memberitahu, antara saksi yang akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan itu kelak ialah produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman dan suaminya, Jailani Sidek yang merupakan bekas jaguh badminton negara serta ibu Roslin.

Raja Azmi yang terkenal dengan filem kontroversinya, ... Dalam Botol hadirbersama Jailani di mahkamah pada hari ini untuk memberikan sokongan moral kepada Roslin.
Faizah yang dinamakan sebagai defendan dalam saman tersebut pula tidak menghadiri prosiding dan hanya diwakili peguam syarie, Amir Nazli Hussin.

Pada 12 Ogos 2009, Roslin memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi bernilai RM53, 460 daripada Faizah yang meliputi bayaran keseluruhan wang hantaran dan perbelanjaan mengadakan majlis perkahwinan.
Tuntutan tersebut juga meliputi mas kahwin berjumlah RM15,080, cincin (RM1,900), kos pengangkutan (RM200), bayaran jurunikah (RM150), upah solekan pengantin dan sewa barang kemas (RM500), barang hantaran (RM11, 465) dan baju serta kasut pengantin perempuan (RM6,750).

Selain itu, dia juga menuntut bayaran khidmat video (RM2,000), kad jemputan kahwin (RM700), pengangkutan dan penginapan (RM1,300), perbelanjaan kenduri di Kelantan (RM10,000) serta tiket kapal terbang pengantin (RM500).

Pada 27 Mei lalu, Faizah yang merupakan seorang Eksekutif Operasi di Puchong, dekat sini memfailkan permohonan interlokutari itu untuk membatalkan saman tersebut.
Roslin dan Faizah berkahwin pada 30 Januari 2009, tetapi ikatan perkahwinan itu hanya mampu bertahan selama 12 hari dan Roslin juga bersumpah bahawa tiada hubungan suami isteri berlaku sepanjang tempoh tersebut.

Selepas berulang-alik ke mahkamah, pasangan tersebut akhirnya disahkan bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, dekat sini pada 12 Mei 2009.
Roslin seterusnya mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Norhayati Othman pada 9 Julai 2009, tetapi perkahwinan tersebut juga tidak bertahan lama apabila mereka bercerai sebulan selepas itu.



.

Dua warga emas terselamat


Seorang wanita warga emas yang leka menyediakan juadah nasi kerabu untuk berbuka puasa nyaris maut apabila rumahnya musnah dalam kebakaran di Perumahan Awam Laka Temin, Bukit Kayu Hitam di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 6.20 petang, Ku Emas Ku Sulaiman, 82, yang merupakan ibu tunggal melecur di dahi dan cedera di tangan kanan akibat terkena api ketika cuba memadam kebakaran di rumahnya itu.
Turut terlibat, sebuah rumah bersebelahan mangsa iaitu seorang lagi warga emas, Hamid Ahmad, 70. Bagaimanapun, Hamid tidak mengalami kecederaan.

Menurut Ku Emas, ketika itu dia yang bersendirian asyik memotong sayur di dapur rumahnya sebelum terdengar letupan kecil dari arah ruang tamu dan melihat api mula marak.
Katanya, dia kemudian cuba memadam api dengan mengambil air dari bilik air tetapi gagal kerana api marak dengan cepat.

"Saya kemudian menjerit meminta tolong sebelum jiran datang membantu membawa saya keluar melalui pintu dapur," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Ketika kejadian cucunya, Ku Ridzuan Ku Ahmad, 31, dan seorang cicitnya, Ku Iskandar Ku Ahmad, 3, tiada di rumah.

Ku Emas ketika ini menumpang sementara di rumah anak perempuannya di kawasan berhampiran.
Ku Emas dan Hamid semalam menerima sumbangan berupa selimut, telekung dan keperluan harian daripada
Pergerakan Puteri UMNO Kubang Pasu yang diketuai Wan Zawiyah Wan Halim, selain bantuan wang tunai daripada Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd. Johari Baharum.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zamri Chik berkata, pihaknya berdepan kesukaran untuk memasuki kawasan itu kerana laluan yang sempit selain berdepan tekanan air rendah.

Namun, katanya, tekanan air dapat diatasi dengan mendapatkan bekalan air di luar kawasan itu bagi memadamkan kebakaran.
"Dengan tekanan air lebih kuat, api dapat dikawal daripada merebak ke rumah berdekatan pada pukul 6.45 petang," katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian.



.

Mother told she had miscarried and offered pills to bring on labour told she is still pregnant



A mother left grieving after doctors told her she had miscarriage, found out she was still pregnant two weeks later.
Mother-of-two Chelsea Muff, asked for a second scan at Bradford Royal Infirmary because she was still showing signs of being pregnant. The ultrasound revealed her baby was still alive.
The 32-year-old who is now almost four months pregnant, said she had been left 'shocked and upset' by the ordeal.


She said: 'It happened very quickly, after they gave me the scan and told me I had miscarried they offered me tablets to bring on labour there and then.
'They offered me the tablets, which I didn't take, and booked me in for an operation for two weeks later.

'I didn't take them because, to be quite honest, I didn't want to believe it was happening to me.

'I didn't go for the operation, I couldn't face it, but phoned up and booked myself in for another scan - I didn't mention I hadn't gone in for surgery.
'I couldn't give up yet and wanted to go in for one last chance. I still felt like I was pregnant and was showing signs like a weak bladder and putting weight on so I wanted to be sure.


'I had been reading up about miscarriages and in all cases the women involved had been given internal scans, something which I didn't get.
'I was going to ask for this after my second scan but then they told me my baby was alive.'
The mother who also has Corey, 14, and Destiny, 11, added: 'Of course I am happy that my baby is alive but my emotions are still up and down. I worry that if they made a mistake the first time they could make another one and maybe got the second scan wrong.

'I worry a lot more and am being very cautious when I'm at work, and am careful with things like lifting.

'I am quite disgusted by the way the hospital have dealt with it, they haven't even phoned up to see how I'm doing.' 

An investigation has been launched by the hospital. A spokesman for Bradford Teaching Hospitals NHS Foundation Trust said: 'We sympathise with Miss Muff for the distress she has experienced.
'The Foundation Trust is taking all necessary actions to investigate the circumstances and has contacted Miss Muff directly to discuss her concerns.'

 

.

"Saya nak kahwin??? eh belum lagii lah.."

Penyanyi dan pengarah filem Yusry Abdul Halim menolak dakwaan kononnya akan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Lisa Surihani pada tahun hadapan seperti mana yang dilaporkan dalam sebuah akhbar harian pada Sabtu lalu.

Pihak KRU Studios dalam satu kenyataan berkata, laporan berita berkenaan adalah tidak benar dan ia mungkin berlaku salah faham.
“Akibat laporan berkenaan, Yusry telah dihujani dengan pelbagai soalan untuk pengesahan berita tersebut khususnya tentang beliau dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dengan Lisa Surihani pada tahun 2012.

“Dengan ini Yusry ingin menjelaskan bahawa beliau tidak pernah memberikan kenyataan sedemikian dan spekulasi itu mungkin terjadi kerana salah faham,” kata kenyataan itu.

Dalam kenyataannya Yusry turut menambah pihaknya masih belum berbincang mengenai isu perkahwinan dan meminta semua pihak agar tidak keliru dengan pendedahan yang dibuat akhbar berkenaan.
Katanya, pada masa akan datang dia akan memaklumkan perkhabaran gembira mengenai hubungannya dengan Lisa Surihani kepada peminat termasuk pihak media untuk mengelak sebarang spekulasi.

Sabtu lalu sebuah akhbar yang memetik kenyataan Yusry dengan melaporkan pengarah filem Karak itu membayangkan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan selepas gagal dengan perkahwinan pertama bersama aktres Erra Fazira.



.

Ayah kepada pemain Chelsea diculik


Ayah bintang bola sepak kelab Liga Perdana England, Chelsea, John Obi Mikel diculik di Nigeria, Jumaat lalu, kata wakil pemain itu dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut syarikat pengurusan, Sport Entertainment and Media Group (SEM), Michael Obi, yang menguruskan sebuah syarikat pengangkutan diculik pada Jumaat lepas, namun tiada tuntutan wang tebusan dibuat.

Mikel, 24, dimaklumkan mengenai situasi itu sebelum pasukannya memulakan perlawanan menentang Stoke City, namun dia memaklumkan untuk bermain dalam perlawanan tersebut 'supaya tidak menjatuhkan semangat pasukan dan keluarga.

Tiada sebarang petunjuk kedudukan Michael sejak dia tidak pulang ke rumah dari tempat kerjannya di Jos, ibu kota Plateau State di tengah Nigeria.


In an interview with Sky Sports News, Mikel said: "We haven't heard anything, no phone calls, nothing.
"Whoever has got my dad or knows where my dad is please contact me and hopefully he will be released. Please let him go -- my dad is an old man and he hasn't done any harm to anyone as far as I know and I don't know why he has been taken.


P/S -  He played well at Stoke and his loyalty and team effort­ can't be doubted now. I have a new found respect­ for the guy and I really hope his dad is found safe and­ well a.s.a.p. My heart goes out to his family and to all­ those who have missing loved ones and friends.



.

Penjenayah mati ditembak


Seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya 21 kes pecah rumah dan samun sekitar Tanjung Bunga dan Tanjong Tokong, di sini terbunuh dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di sini, awal pagi semalam.

Suspek berusia 36 tahun itu mati di tempat kejadian selepas terkena tiga tembakan di badan dalam kejadian jam 2.30 pagi.
Polis turut merampas sepucuk revolver dan beg galas yang mengandungi jam tangan, bungkusan lut sinar dipercayai syabu dan ketulan emas yang dileburkan, motosikal curi yang ditunggangi lelaki itu serta peralatan memecah rumah.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata sebelum kejadian, pasukan khas polis yang meronda di sekitar Tanjung Bunga terserempak dengan seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.
Polis mengejar lelaki terbabit yang melarikan diri apabila diarah berhenti sehingga sampai ke kawasan semak, sebelum dia melepaskan beberapa das tembakan.

“Polis melepaskan tembakan balas untuk mempertahankan diri dan tiga tembakan mengenai lelaki itu,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.
Siasatan mendapati lelaki itu mempunyai tujuh rekod jenayah lampau dan polis menyiasat sama ada dia bertindak sendirian atau berkumpulan.
Siasatan juga mendapati cap jari suspek menyamai cap jari yang ditemui di sebuah rumah dipecah masuk di Tanjong Tokong baru-baru ini. Mayatnya dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Ayub berkata, pasukan khas yang terserempak dengan penjenayah terbabit ditubuhkan berikutan kekerapan pecah rumah dan samun menjelang musim perayaan.
Katanya, penjenayah tidak memilih mangsa, malah rumah seorang pegawai kanan polis di Tanjong Tokong turut dipecah masuk minggu lalu, menyebabkan kerugian RM30,000.

Ahli keluarga termasuk isteri pegawai kanan polis itu diikat tetapi mereka tidak dicederakan. Suspek dipercayai warga asing dan siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti identiti suspek.

Mengenai Ibu Pejabat DAP di sini yang disimbah cat merah dan jingga kelmarin, Ayub berkata, pihaknya sedang menyiasat kes itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan.

Kejadian dipercayai dilakukan enam lelaki yang menaiki tiga motosikal yang membaling cat ke premis berkenaan kira-kira jam 1 pagi.



.

Hilang selepas balik dari sekolah


Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) November ini dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke rumahnya selepas pulang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1, Puchong tiga hari lalu.

Bapa mangsa, Azizan Hassan berkata, anaknya, Ameerah Asha yang merupakan anak sulung daripada dua beradik pergi ke sekolah kira-kira jam 7 pagi dengan menaiki van sekolah sebelum dilaporkan tidak pulang ke rumah pada petang itu.
Menurutnya, Ameerah Asha sebelum itu ada menghubungi ibunya memberitahu akan pulang lewat pada hari berkenaan kerana ingin mengulang kaji pelajaran di sekolah bersama rakan.

Katanya, anaknya itu tidak menunjukkan sebarang perbuatan pelik pada kali terakhir bersama keluarga dan selalunya akan tiba di rumah tepat pada waktu yang ditetapkan.
"Saya telah melakukan pelbagai usaha untuk mengesan Ameerah Asha termasuk berjumpa dengan guru kelas dan rakan yang bersamanya pada petang itu.

"Bagaimanapun, sehingga kini kami tidak menerima apa-apa maklumat mengenai anak saya dan bimbang perkara buruk berlaku terhadapnya," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kehilangan mangsa dan pihaknya menjalankan siasatan kes itu sebagai kes orang hilang.

Zainal berharap orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau menemui anak mangsa agar menghubunginya atau isteri di talian 013-7743477 dan 012-6430432 atau mana-mana balai polis.

 

.

Kerana terkena mercun


Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun sempat berlari sejauh kira-kira 50 meter sambil menahan kesakitan selepas mukanya melecur manakala kedua-dua tangannya cedera akibat bermain mercun bola di Kampung Jeruk, Besut, Terengganu, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Al Muhammad Fakrul Aiman Al Mohd Faizal bermain mercun bola seorang diri selepas membelinya menggunakan wang lebihan membeli kuih untuk juadah berbuka puasa.

Mangsa kini menerima rawatan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dekat sini, sejak jam 8 malam kelmarin.
Bapa mangsa, Al Mohd Faizal Mat Razi, 32, berkata, sebelum kejadian anak sulung daripada tiga beradik itu baru selesai membeli kuih yang dipesan ibunya, Yanti Narawi, 30, kira-kira jam 5 petang.

“Selepas membeli kuih dia keluar dari rumah dan tak sangka rupa-rupanya bermain mercun bola di padang bola yang jaraknya kira-kira 50 meter dari rumah kami.

“Ketika itu saya berada di sawah sebelum isteri datang memberitahu anak kami cedera akibat terkena mercun bola. Saya menghantarnya ke Klinik Kesihatan Kampung Jeruk dan seterusnya dikejarkan ke Hospital Jerteh, Terengganu.

“Anak saya kemudian dirujuk ke HUSM kira-kira jam 8 malam semalam (kelmarin) untuk rawatan lanjut kerana mukanya melecur teruk, selain turut diberi alat bantuan pernafasan,” katanya ketika ditemui di wad HUSM, semalam.

Menurut Al Mohd Faizal, sebelum ini dia pernah melarang anaknya bermain mercun kerana ia boleh mengundang padah.
Bagaimanapun, katanya, anaknya secara senyap-senyap membeli mercun bola menggunakan wang baki membeli kuih untuk juadah berbuka.

“Dia bermain mercun seorang diri, sebelum berlari pulang ke rumah dalam keadaan kesakitan selepas melecur di muka dan cedera di tangan kanan dan kiri akibat terkena mercun bola,” katanya.

Difahamkan, kejadian menimpa Al Muhammad Fakrul Aiman itu kes kecederaan akibat bermain mercun pertama dilaporkan di Terengganu sejak bermula Ramadan 1 Ogos lalu.
Di Kelantan, sehingga kini, lima kes cedera akibat bermain mercun direkodkan dalam tempoh tidak sampai seminggu bermula 4 Ogos lalu.

Antaranya, seorang remaja, Nasrudin Mohd Nazli, 19, hilang tiga jari tangan kirinya dan cedera di muka selepas mercun bola yang dinyalakan ketika membonceng motosikal meletup di tangan sebelum sempat dilempar dalam kejadian di Kampung Dewan Beta, dekat sini.



.

Akhirnya dia bertuah [FOLLOWER BERTUAH]




(entah apa maknanya kak :) )

Minggu ni nak buat ni.. 
Sebab lulu tahu betapa seronoknya menjadi tumpuan dalam entri melekat disesuatu blog.. wee..
Blogger ni merupakan pembaca setia Lulu-Pages..
Jadi inilah caranya lulu menghargai follower..


First time lulu datang ke blog ni, lulu sangat terharu sebab ada
banner Lulu-Pages disitu..
Juga sangat bangga.. ngee
Blog yang simple, namun menarik..
Kisah berkisar kepada kehidupan harian,
memang sangat menarik untuk menjadi blog yang wajib disinggah setiap hari..



Jom singgah.. :)




P/S - Belum sampai giliran anda, sabarlah menunggu, siapa tahu selepas ini giliran anda..



.

Cium pipi, puji sebelum maut?


Seorang wanita tidak menyangka pujian bersungguh-sungguh suami terhadap masakan yang disediakan untuk berbuka puasa rupa-rupanya menjadi petanda yang lelaki itu akan menemui ajal dalam kemalangan kelmarin.

Kejadian pukul 10.50 malam itu mengakibatkan seorang mekanik, Tuan Mat Shamsul Tuan Ismail, 35, maut selepas dia rentung apabila kereta Proton Wira yang dinaiki bersama tiga lagi rakan terbabas lalu terbakar di Kilometer 24.5 Jalan Terengganu-Kota Bharu di Kampung Jerus dekat sini.
Ini merupakan kemalangan kali keempat menimpa Tuan Mat Shamsul sejak 2008 yang kesemuanya berlaku pada bulan Ramadan.

Tiga rakannya iaitu pemandu ambulans Hospital Tengku Anis (HTA) di sini, Mohamad Ikram Ismail, 27; mekanik, Mohd. Nazirul Munir Mohamad Nasir, 18 dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa, Zuraidi Zakaria, 17, dapat diselamatkan. Kesemua mangsa berasal dari Kampung Bukit Abal dekat sini.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Mohamad Ikram dari arah Pasir Puteh ke Kota Bharu terbabas lalu terbakar ketika cuba mengelak kenderaan lain yang mahu memasuki simpang.
Mereka dikatakan hendak pergi ke sebuah kedai untuk minum di Kampung Pak Badol, Bachok yang terletak kira-kira lapan kilometer dari kampung mereka.

Isteri Tuan Mat Shamsul, Rosmawati Kamarudin, 29, memberitahu, ketika waktu berbuka, suaminya begitu berselera dan bersungguh-sungguh memuji masakan ikan lolong masak pedas yang disediakannya.
"Selepas berbuka, arwah mengurut-ngurut badan dan mencium pipi saya. Perkara itu telah lama tidak dilakukannya dalam tempoh tujuh tahun perkahwinan kami dan ia membuatkan saya berasa pelik.

"Empat anak saya, Tuan Muhammad Amierul Hayyat, 8, Tuan Nur Amiera Balqis, 6, Tuan Nur Auni Batisya, 5, dan Tuan Nur Amna Ainunisyha, 4, seakan-akan tidak percaya dengan kejadian itu tetapi saya menasihati mereka supaya reda dengan apa yang berlaku," ceritanya ketika ditemui di HTA di sini semalam.



.

Ringan disebut, berat ditimbang

Hadith: 
Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Nabi s.a.w bersabda:'Dua kalimah yang amat dikasihi Allah Yang Maha Pemurah, ringan disebut lidah dan berat timbangannya (pahalanya) iaitu; Maha Suci Allah dan dengan kemuliaan-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Besar.


Huraian Hadith: 
Zikir dalam ertikata sebenarnya adalah suatu cara untuk menyebut, mengingat dan mendekatkan diri kapada Allah. Maka segala aktiviti yang tujuannya menyebut, mengingat dan mendekatkan diri kepada Allah dinamakan zikir, seperti solat juga dinamakan zikir. Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku ( Tahaa: 14 ). Namun begitu pengertian zikir yang lebih spesifik adalah menyebut nama Allah dengan lisan dan hati. Berzikir dengan lisan dan hati adalah perintah Allah yang mempunyai manfaat yang sangat besar di dunia mahupun di akhirat kelak. Firman Allah yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya ( Al Ahzab:41) Berzikir adalah suatu cara untuk mendekatkan diri hamba kepada Tuhannya. Apabila seorang hamba sudah dekat dengan tuhannya maka segala hajat yang diminta dan diinginkannya pasti termakbul sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith baginda yang bermaksud: Dan Aku bersamanya bila ia berzikir ( HR.Muslim ).




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!