Thursday, August 4, 2011

Cabaran Ramadan bagi pemain bola sepak Islam di Liga Jerman


Pemain bola sepak liga Jerman beragama Islam kini dalam dilema untuk meneruskan ibadat puasa mereka menjelang pembukaan musim baru Bundesliga, Jumaat ini.

Pemain sayap Perancis, Franck Ribery yang memeluk agama Islam sejak 2002 dilaporkan tetap akan berpuasa tetapi tidak ketika beliau beraksi bersama kelabnya, Bayern Munich.
Pemain kelab SV Hamburg, Anis Ben Hatira sebaliknya merancang untuk terus berpuasa walaupun terpaksa beraksi dalam perlawanan.

Ibadah puasa bukanlah satu persedian yang ideal untuk atlet dan Majlis Pusat Islam di Jerman (ZMD) telah menerbitkan panduan untuk membantu pemain bola sepak membuat keputusan.
Ketua ZMD, Aimen Mazyek memberitahu Agensi berita Jerman dpa bahawa pemain bola boleh berpuasa selepas musim perlawanan bola tamat.
"Kami percaya mengerjakan puasa tanpa mengambil kira aktiviti fizikal dalam kerja tidak digalakkan dalam Islam," katanya.

Mazyek turut menyifatkan isu ini sukar kerana pemain perlu menyoal diri mereka sendiri sama ada sukan lebih penting daripada agama dan sama ada dia mahu beraksi dengan tenaga orang yang berpuasa tanpa mempedulikan kepentingan pasukannya.
Kelab divisyen kedua, SSV Frankfuert sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila tiga pemain Islam menerima amaran kerana berpuasa di bulan Ramadan tanpa meminta kebenaran kelab.

Kelab itu kemudiannya menerima kecaman awam dan isu itu menyebabkan kelab-kelab lain lebih berhati-hati.
Sementara itu, pemain kelab Bayer Leverkusen, Omer Toprak memberitahu dia sebelum ini patuh mengerjakan ibadah puasa, tetapi kini menyifatkannya tidak lagi sesuai dengan prinsip persembahan tinggi bola sepak.

Rakan sepasukannya pula, Karim Bellarabi mahu berpuasa selepas musim tamat, berlainan dengan pemain kelab Hertha Berlin, Tuney Torum yang tidak mahu lagi berpuasa selepas hampir pengsan ketika cuba berpuasa selama sebulan.
"Sebab itulah saya memutuskan untuk tidak lagi berpuasa, tetapi saya sangat kagum kepada pemain yang melakukannya," kata Torum.




.

day 27 - makanan dan minuman kegemaran anda


Makan kfc adalah makanan syurga dunia bagi lulu.. keenakkannya memang sehingga menjilat jari... Apatah lagi bila ayam panas itu dicicah dengan sos cili.. adeh, bila tengok gambar ni, siyes macam nak pergi kepsi sekarang juga.. Tapi, hari ni tak boleh, sebab petang ni nak masak.. masak yang simple..



Untuk minuman pula....

1. Milo..
milo yang dibancuh dengan susu, tanpa air panas.. milonya memang tak hancur/sebati, namun bertambah sedap bila sejuk + ais batu.. Cubalah... memang lain daripada yang lain.. Bila tengok milo kat gelas tu, berketul jer, masuk dalam mulut, siap boleh kunyah-kunyah lagi milo yang berketul tu..ngee


2. Soya..
Minuman wajib... Mesti minum soya.. Agaknya itulah sebab kulit boleh putih mulus, licin.. rahsianya kot...
Tapi minum soya cepat kenyang.. Sangat sesuai dikala sarapan.. Memadai dengan segelas kacang soya, cukup untuk melegakan....



P/S - Tamat cabaran hari ke 27.. wah dah nak habis cabaran ni... ~baca yang lain~




.

Udang Goreng Tepung


  • Udang
  • Tepung goreng ayam (yang dalam kotak tu)
  • Tepung gandum
  • telur
  • perasa


Kupas kulit udang, tinggal sedikit bahagian ekor.
Tepung gandung campur tepung goreng ayam (kalau nak tepung tu besar dan tebal, sila letak sedikit baking powder, tapi untuk udang dalam gambar tu, memang tak letak) letak sedikit perasa.
Pecahkan telur dan pukul sekejap (guna garpu).
Celup udang dalam telur, kemudian salutkan dengan tepung tadi...
Kemudian goreng..




.

Will Smith and wife Jada open the doors to their idyllic Malibu mansion



Hollywood stars Will Smith and wife Jada Pinkett Smith have opened the doors to their stunning Malibu home, offering a glimpse into their opulent lifestyle.
The smiling couple give a tour of their crib in a glossy feature for Architectural Digest magazine.
In one photo they are seen posing with the property's fellow residents - their children Willow,10, and Jaden, 13, along with Smith's 18-year-old Trey from a previous marriage.


It is the first they have been pictured as a five-piece and sees the power couple open up about the creating this 'spiritual home' with stunning mountain views.
Will, 42, gushes to Architectural Digest magazine that the layout of the 25,000sq ft house has been designed with no 'dead ends… to create an infinite cycle that represented what Jada and I hoped for our love'.
The Smith home, designed by architect Stephen Samuelson, includes a plethora of hand-crafted elements, ensuring an intimate and bespoke feel.
And Samuelson reveals the sprawling pad takes inspiration from various cultures, from Persian, Moroccan and Spanish to Southwest America.


The spiritual quality the pair wanted to create is cemented with a meditation room for Jada.
Hawthorne star Jada told the magazine: 'For Will and me this home was always a spiritual endeavour.
'We’re very earthy, organic people. We wanted to create a family retreat, something made by hand and as natural as possible, something that ties back to the land.'
The 39-year-old added: 'Whatever it becomes, the craftsmanship will always represent our union and the love of our family.'

Will and Jada have several homes spotted across the globe, including ones in Miami Beach, Stockholm and Philadelphia.
His son Trey is from his previous marriage to Sheree Zampino, who he married in 1992 before divorcing in 1995.
Trey appeared in his father's music video for the 1998 single Just the Two of Us.



.

Lelaki curi Avanza tak sedar ada budak tidur dalam kenderaan


Seorang budak empat tahun yang sedang tidur dalam kenderaan pelbagai guna (MPV), menempuh detik mencemaskan kira-kira tujuh jam apabila dilarikan seorang lelaki yang mencuri kenderaan terbabit, ketika ditinggalkan ibunya berdekatan sebuah Taska dekat Masai di sini, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku jam 7 pagi di Taman Kota Masai, ketika mangsa, Mohd Mirza Baihiqi Suhaimi bersama kakaknya, Nurul Arisya, 9, dibawa ibu mereka, Wan Juriana Wan Jamal, 36, untuk menghantar adik bongsu mereka, Mohd Syakirin, dua tahun di Taska itu.

Ketika menyerahkan anak bongsunya kepada petugas Taska itu, Wan Juriana yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, tidak mematikan enjin serta mengunci pintu kerana dua anaknya masih dalam MPV Toyota Avanza itu termasuk Nurul Arisya yang duduk di tempat penumpang depan.

Menceritakan semula detik cemas itu, Nurul Arisya berkata, ketika dia sedang menunggu ibunya kembali ke kenderaan itu, tiba-tiba seorang lelaki masuk duduk di tempat pemandu kenderaan keluarganya itu sebelum mengarahnya keluar dari MPV berkenaan.

“Ketika emak hantar adik saya masuk Taska, kereta tidak berkunci dengan enjin masih hidup. Saya duduk di depan menunggunya, manakala adik Mirza sedang tidur di tempat duduk belakang.

“Tiba-tiba seorang lelaki masuk dalam kereta dan menjerit suruh saya keluar. Perbuatan itu membuatkan saya takut dan panik, sebelum saya keluar. Lelaki itu memecut laju kereta emak sambil membawa sekali adik saya yang sedang tidur,” katanya ketika ditemui di Taska itu petang semalam.
Wan Juriana yang masih terkejut, berkata anaknya itu adalah sesuatu yang tidak ternilai berbanding kereta yang dilarikan pencuri dalam kejadian itu.

“Saya ibarat mendapat nyawa kembali apabila Mirza ditemui selamat. Kejadian ini berlaku dalam sekelip mata ketika saya singgah dan turun mendukung Syakirin untuk diserahkan kepada pengasuh,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Seri Alam, sejurus anaknya ditemui selamat.

Bagaimanapun, Mohd Mirza Baihiqi ketika ditemui kelihatan masih terpinga-pinga dengan pengalaman yang dilaluinya dan tidak mampu menceritakan detik cemas ditempuh sepanjang tujuh jam berada bersama pencuri kenderaan ibunya itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Saifi Abdul Hamid, yang mengesahkan kejadian itu, meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat kedudukan MPV Toyota Avanza yang dilarikan dalam kejadian itu tampil menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.




P/S - Apa pengajaran dari kisah ni??


.

Tragis dan meloyakan


Itulah gambaran yang boleh diberikan terhadap penemuan mayat manusia yang telah dipisahkan dengan sebelah kaki dan beberapa bahagian organ dalamannya dibuang ke dalam mangkuk tandas di sebuah rumah di Blok Chryssa, Apartmen Astaria, Taman Kosas di sini semalam.
Sebelum penemuan mayat itu, penghuni di blok itu mengadu terdapat bau yang kurang menyenangkan di kawasan sekitarnya.

Menyedari perkara itu, pihak penyelenggara apartmen telah membuat pemeriksaan di sebuah rumah kosong di tingkat lima dan menemui kaki sebelah kiri dan beberapa bahagian organ di dalam mangkuk tandas di rumah tersebut sebelum bertindak membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihak polis bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat daripada pengurus bangunan itu pada pukul 4 petang memaklumkan dia menjumpai kaki dan beberapa bahagian badan lain manusia di dalam sebuah rumah.
“Hasil pemeriksaan polis bersama pihak patalogi menjumpai sebelah kaki kiri dan organ dalaman manusia yang dibuang ke dalam mangkuk tandas.

“Berdasarkan maklumat patalogi, mayat itu dipercayai telah dibuang kurang daripada seminggu lalu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Amiruddin berkata, turut ditemui bahagian lain badan mayat itu yang disimpan di dalam beberapa helai beg plastik.

Difahamkan, beg plastik tersebut ditemui tergantung di atas siling tandas dan diletakkan di beberapa ruang dalam tandas tersebut serta banyak kesan tompokan darah di dalam rumah itu.
Beliau berkata, setakat ini pihak polis masih menyiasat identiti dan jantina mayat memandangkan rumah tersebut tidak berpenghuni dan terbiar sejak 10 tahun yang lalu.



.

Kerana beri laluan ambulans, kereta dirempuh


Akibat memberi laluan kepada ambulans di persimpangan lampu isyarat, seorang pegawai bank dan isterinya nyaris maut apabila kereta mereka dirempuh kenderaan lain di Gong Kapas dekat sini, hari ini.
Kejadian berlaku pukul 11.30 pagi ketika mangsa, Mohd. Haslin Ibrahim, 34, dalam perjalanan dari arah Kampung Paloh dekat sini untuk menghantar isterinya, Salina Salleh, 31, ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kuala Terengganu.

Salina ketika ditemui berkata, kereta Proton Waja yang dipandu suaminya itu berhenti di lorong paling kanan kerana lampu isyarat merah sebelum sebuah ambulans muncul dari arah belakang sambil membunyikan siren.
Ketika itu, katanya, suaminya segera membelok ke kiri untuk memberi laluan namun tiba-tiba, sebuah kereta Perodua MyVi dari sebelah kiri terus melanggar kereta pasangan itu.

"Kereta kami kemudian terbabas sehingga merempuh sebuah Proton Wira di arah bertentangan yang turut berhenti kerana lampu isyarat merah, sementara MyVi berkenaan melanggar tiang lampu isyarat," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana kesemua mangsa yang terlibat tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan peka dengan siren kecemasan sama ada ambulans, polis atau bomba.
"Pemandu harus berwaspada dengan siren kecemasan tidak kira ambulans atau bomba bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini," katanya.




.

Siapa Follower bertuah ini?


Juga antara pembaca awal Lulu-Pages..
Pembaca setia.. dan selalu bagi respon terhadap setiap entri.. 
Merupakan seorang guru di sebuah daerah yang hebat..
Bumi peladang katanya...


Blog yang menarik, kerana banyak diselitkan kehidupannya sebagai seorang guru..
Juga karenah pelajar dan kereta merahnya...
Sanggup berhabis duit demi kereta..
dan... pergh.. penyokong setia manchester united..
entah pandai main bola ke tak.. hoho


Jom, berkunjung ke blog ini..
Menyusuri kehidupan seorang guru yang masih belum berpunya..
oppss...itu kena tanya sendiri pada tuan punya blog ini..
weewuuu...



(keta cantik warna merah, tapi lagii cantik kalau warna biru..ngee)




P/S - Ingin menjadi follower bertuah??? 
siapa tau korang bertuah di entri akan datang ;)



.

Kenapa kahwin lari??


Seorang bapa merayu anaknya, seorang atlet menembak pelapis kebangsaan yang menghilangkan diri setelah kahwin lari tahun lalu supaya kembali ke pangkuan keluarga.
Azlan Maidin, 53, juga merayu anaknya, Nabila Ashazra, 20, supaya meneruskan kembali latihan menembak di Majlis Sukan Negara di Kuala Lumpur demi masa depan.
Nabila adalah pemenang pingat emas acara Air Pistol di Kejohanan Menembak Asia Tenggara di Bangkok tahun lalu.

Dia bagaimanapun menghilangkan diri setelah dipercayai berkahwin dengan seorang lelaki berusia 44 tahun di Wilayah Pattani, Thailand pada 12 November tahun lalu.
Lebih menyedihkan keluarga atlet tersebut ialah lelaki berkenaan yang sudah mempunyai empat anak mengambil Nabila sebagai isteri ketiga.
Azlan menjelaskan, dia mula menyedari kehilangan Nabila setelah mendapat panggilan telefon daripada seorang wanita yang mendakwa sebagai isteri pertama lelaki tersebut pada 25 Julai lalu.

Menurutnya, dalam perbualan singkat itu, wanita tersebut mendakwa anak perempuannya itu kini berada di Kampung Kor, Lorong Kubur, Kota Bharu, Kelantan.
"Saya sangat risau kerana dia dikatakan berkahwin dengan seorang lelaki berusia 44 tahun dan sudah pun mempunyai dua isteri serta empat anak," katanya kepada pemberita di Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Negeri Melaka, Ayer Keroh di sini semalam.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!