Monday, August 1, 2011

Putus dua


Sebuah pesawat syarikat penerbangan Caribbean Airlines yang sarat dengan penumpang tergelincir dari landasan ketika mendarat di Guyana malam tadi sebelum terputus dua, namun ia tidak mengakibatkan sebarang kematian.
Pesawat Boeing 737-800 dari New York itu tersasar dari landasan dan merempuh pagar sejurus mendarat di lapangan terbang Cheddi Jagan, di sini tengah malam tadi.


Pesawat malang berkenaan terputus dua dan berhenti hanya beberapa meter dari gaung.
Hanya tiga daripada 163 penumpang dan anak kapal mengalami kecederaan dengan seorang daripadanya patah kaki.
"Ia memang satu keajaiban kerana nahas ini tidak menyebabkan kematian," kata Pengerusi Caribbean Airlines, George Nicholas yang melawat tempat kejadian.

Para penumpang dilaporkan menjerit apabila pesawat tersebut hilang kawalan sejurus mendarat dan mereka berpusu-pusu keluar dari kapal terbang menggunakan gelongsor kerana bimbang ia mungkin terbakar.
Syarikat penerbangan Caribbean Airlines yang berpangkalan di Trinidad and Tobago berkata, pihaknya masih belum dapat mengenal pasti punca kejadian yang berlaku ketika cuaca elok dan jarak penglihatan baik.


Penyiasat dari Amerika Syarikat (AS) dan Guyana telah dihantar bagi mencari kotak hitam pesawat.
Stesen penyiar Canadian Broadcasting Corporation melaporkan, seramai 12 rakyat Kanada berada dalam penerbangan itu, sementara kebanyakan penumpang lain merupakan rakyat Guyana.
Hospital Besar Georgetown dalam satu kenyataan memberitahu, seramai 35 penumpang kini dirawat termasuk juruterbang, Edinburgh Gardens, 52 tahun.



.

Terbunuh ditimpa tiang


Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terbunuh apabila tiang gol di padang permainan di sebuah kampung tumbang dan menimpanya.
Kejadian itu berlaku Jumaat lalu ketika Casey Breese bermain dengan rakannya, di padang bola sepak di desa Caersws, dekat Newtown di tengah Wales.

Dia dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia akibat kecederaan di kepala.
Polis serta pegawai kesihatan dan keselamatan masih menyiasat kejadian itu.

Inspektor Ian Andrews dari Balai Polis Dyfed-Powys berkata: “Sekumpulan kanak-kanak sedang bermain bola sepak apabila tiang gol menghempap mangsa hingga menyebabkan kematiannya.


“Kami meminta saksi kejadian supaya tampil memberi maklumat. Tiada sebarang perbuatan mencurigakan dilaporkan dan pihak koroner juga sudah memaklumkannya.

Polis ingin bercakap dengan rakan mangsa di padang yang menjadi kediaman Caersws FC itu, dalam minggu ini. Kebanyakan mereka masih bersedih dengan kejadian itu dan enggan ditemu bual.

Seorang ibu berkata: “Anak lelaki saya terlalu sedih - dia dan Breese adalah kawan baik. Breese seorang kanak-kanak lelaki yang periang, selalu tersenyum dan dikenali oleh setiap orang di desa ini. Tiada siapa percaya apa yang sudah berlaku.” Sementara itu, perlawanan persahabatan pra-musim antara Caersws FC dengan Carmarthen Town yang dijadualkan semalam dibatalkan sebagai tanda hormat atas kematian Breese.


 
.

Dia permata hati kami


KEHADIRAN Ramadan kali ini memberi seribu makna ceria buat penyampai radio, Nurul Hana Che Mahazan atau Nana, 28.Bukan saja menerima kehadiran cahaya mata pertama, Althea Raqeem Brian yang kini berusia sembilan bulan, malah Nana juga menyambut Ramadan bersama suami tercinta, Mohamed Raqeem Brian, 36, bagi tahun kedua.
Apa yang menggembirakan bekas penyampai radio Era dan Xfm itu, dia tidak berdepan banyak masalah dalam memberi galakan kepada suami yang baru tiga tahun memeluk Islam kerana Brian dengan rela hati menunaikan rukun Islam ketiga itu dengan bersungguh-sungguh.

Ditanya mengenai persediaan dan berdepan bulan yang mubarak ini, Nana memaklumkan Brian seorang yang cepat belajar dan mudah menyesuaikan diri dengan apa jua situasi.

“Brian tidak berdepan banyak masalah untuk berpuasa memandangkan sebelum memeluk Islam lagi dia sudah biasa menahan lapar dan dahaga pada siang hari.

“Dia juga ada ramai rakan Muslim dan puasa bukan sesuatu yang asing kepadanya.

 “Ini tahun kedua kami berpuasa bersama sebagai suami isteri. Tahun lalu saya perhatikan dia tidak pun menghadapi sebarang masalah untuk berpuasa.

“Malah, Brian sudah cukup matang untuk berfikir mengenai tanggungjawabnya dalam menunaikan ibadah puasa seperti orang lain. Saya bangga dengan kesungguhan Brian untuk menunaikan pelbagai tuntutan agama,” kata Nana.

Suasana Ramadan kali ini mungkin lebih berbeza daripada tahun sebelumnya apabila tugas Nana lebih tertumpu kepada menguruskan rumah tangga dan buah hati mereka, Althea.

Akui Nana yang sudah berpindah ke Hot FM, sebagai ibu dan isteri, dia sentiasa memberi keutamaan kepada keluarga dulu seperti memastikan semua tersedia serta menjaga keperluan suami serta anaknya.

“Saya seronok dapat menjaga dan melihat sendiri Althea membesar. Memang pada usia sekarang dia dalam proses membesar dan dia mula lasak sedikit. Maklum saja dia sudah mula belajar merangkak.

“Jadi sepanjang bulan puasa ini saya perlu membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Saya kena imbangi dengan tanggungjawab beribadah, tugas seharian dan juga keluarga,” kata Nana.

Dalam soal kerjaya, bekas peserta Akademi Fantasia 1 (AF1) itu mengambil langkah berhenti daripada kerjaya sebagai penyampai radio Xfm pada 1 Mac lalu.

Ia lebih kepada mahu menumpukan perhatian kepada menjaga anaknya dan rumah tangga. Tugasnya di konti adalah lebih kepada hujung minggu dan kini Nana banyak menjadi pengacara di majlis rasmi serta keramaian.

Kata Nana, keputusan beralih angin itu dibuat selepas mendapat keizinan dan menerusi perbincangan dengan Brian sendiri yang juga kakitangan AMP di Astro.

Menurut Nana, apabila sudah ada anak, jadual hariannya turut berubah berbanding zaman bujang dulu.

“Sekarang contohnya, tak perlu kunci jam kerana setiap pagi suara Althea sudah cukup kuat untuk mengejutkan saya! Mana boleh lagi bangun lambat seperti bujang-bujang dulu. Walaupun dulu emak yang bantu jaga Althea, saya sebenarnya lebih puas kalau dapat menjaga Althea sendiri.

“Buat masa ini saya belum terfikir lagi untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah. Selepas berhenti kerja saya selesa menjaganya sendiri. Setakat ini semuanya masih dapat diuruskan dengan bantuan Brian.

“Dari sudut ekonomi, saya sebenarnya tidak mahu membebankan Brian seorang. Sekurang-kurangnya dengan adanya pendapatan tambahan, dapatlah kami berbelanja lebih sedikit sambil menabung untuk anak.

“Sebab itulah saya bekerja hanya pada hujung minggu dan kalau ada undangan
mengacarakan majlis. Kami dah bersetuju untuk menjaga Althea secara bergilir-gilir,” katanya.

Brian yang bertugas sebagai Pengurus Saluran Hit FM jelas seorang ayah yang penyayang dan gemarkan kanak-kanak. Walaupun Nana kerap berada di samping Althea, anak mereka juga cukup manja apabila bersama Brian.

Sesekali tawa dan aksi Althea mencuri tumpuan ketika sesi fotografi bersama Rap diadakan.

Seperti ibu bapanya, telatah Althea seolah-olah mahu menarik perhatian orang untuk membelai dan mendukungnya.

Nana dan Brian akui mereka tidak sabar-sabar melihat Althea bertatih dan berjalan kelak.

Apa yang nyata, pastinya kehadiran Syawal yang bakal tiba bertambah meriah dengan kehadiran Althea yang menjadi kesayangan seluruh keluarga Nana dan Brian.



.

Kerana mabuk, siapa yang memandu


Seorang lelaki mabuk didakwa membenarkan anaknya berusia lapan tahun memandu pikapnya di lebuh raya di tenggara Louisiana semalam, sambil dia tidur di sebelah, sehingga peronda menahan kanak-kanak itu.

Budak itu memandu trak Chevrolet itu berhampiran bandar Holden dengan bapanya tidur di tempat duduk penumpang dan adiknya yang berusia empat tahun di belakang, menurut kenyataan yang dikeluarkan polis Louisiana.

Seorang pemandu menyedari trak itu dipandu tidak tentu arah sebelum menelefon polis.

Peronda yang menahan trak berkenaan di Livingston Paris mendapati ia dipandu kanak-kanak berkenaan sebelum menyoal siasat bapanya, Billy Joe Madden, 28.

Polis berkata, Madden mabuk dan tidur sementara anaknya memandu kenderaan itu dalam perjalanan ke Dallas, Texas.

Lelaki terbabit ditahan dan di penjara atas kesalahan, membenarkan kanak-kanak memandu dan tidak memakai tali pinggang keledar. Madden kekal dipenjara di Pusat Tahanan Livingston Parish kerana gagal membayar ikat jamin berjumlah AS1,474 (RM4,422).

Kedua-dua anaknya diserahkan kepada pihak berkuasa kebajikan sementara menanti seorang anggota keluarga yang boleh mengambil alih penjagaan ke atas mereka, kata polis.




.

Beratnya juga dah berkurangan..


Berat Orang Utan betina paling berat di Britain berkurangan sebanyak 20 kilogram (kg) selepas haiwan itu diberikan diet buah-buahan, sayur-sayuran dan senaman, lapor sebuah akhbar semalam.
Haiwan itu yang diberi nama Oshine mempunyai berat 100kg semasa ia tiba di Taman Dunia Monyet di sini pada tahun lalu.


Orang Utan itu gemuk kerana dia diberikan makan manisan dan gula-gula semasa dijadikan haiwan peliharaan di Afrika Selatan selama 13 tahun.
"Oshine masih perlu mengurangkan berat badan sebanyak 20kg hingga 30kg," kata pengarah taman itu, Alison Cronin.



.

day 25 - makna disebalik link blog anda



Guna nama sendiri untuk blog.. alaa, semua orang buatkan..
Bila fikir-fikir nama yang paling sesuai untuk blog + dengan nama sendiri..
teruslah tercetus Lulu-Pages..
Sebab blog ni merupakan medan buat lulu untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan buat semua..
"Sharing is caring" kan... ngee...
Sikap lulu yang suka surfing mencari berita terkini,
kini terhimpun didalam satu..
iaitu, Lulu-pages..


Semoga blog lulu ni, Lulu-Pages akan bertambah sukses..
terima kasih diatas sokongan korang semua....


Lawakan blog ni?? wink... :)




P/S - Selesai cabaran hari ke 25.. ~baca~



.

Segmen CP | Jelajah Anak Malaysia 2011



 
 Lulu bangga menjadi anak malaysia, kerana malaysia aman tenteram, disamping hidup dalam budaya yang berbilang kaum, adat dan agama...
Disamping itu rakyat bebas bersuara, buktinya, bebas berblog, kan??
Lulu juga bangga menjadi anak malaysia, kerana seluruh keluarga lulu dilahirkan dimalaysia, dan insya-Allah akan dapat berkembang lagi dimasa akan datang dengan selamatnya..ngee..


Selamat hari kemerdekaan...
(Sebelum tu, berpuasa dan berhari raya...)




Untuk segmen ni, lulu tag UMS Niza..



.

 

Westlife's Kian Egan announces he and wife Jodi Albert are expecting their first baby


Westlife star Kian Egan and his wife Jodi Albert have announced they are expecting their first child.
The 31-year-old singer told fans on his Twitter page this afternoon that he and Parade singer Jodi are 'delighted' about the prospect of becoming parents.
He wrote: 'Myself and my wife @JodiWonderland are delighted to say we are expecting our first baby! We are so happy and cannot wait to be parents x.'


Former Hollyoaks actress Jodi, 28, also reiterated the couple's statement on her Twitter page.
The couple married in a romantic ceremony on Turtle Beach in the Caribbean in May 2009, after five years together.
Since then, Kian has been working hard not only in Westlife but also managing Jodi's girlband Wonderland.

But Jodi also revealed she actually had to audition for her husband before he agreed to put her in the band.
She said: 'Don’t get me wrong, it was probably one of the hardest auditions I’ve ever had to do and I’ve been to a lot of auditions in my life.
'But I just had to grit my teeth and go for it, and forget for a second about everything else. I thought to myself, I either want to do this and get signed or I can get silly about it and then I may as well just go home.'



Talking about her hopes for the success of the group recently, Jodi said she was looking forward to the challenge of competing with the success of bands such as Girls Aloud.
She said: 'I know that Girls Aloud may reform next year, but I welcome that as I think we can hold our own. If we become half as successful that’s be amazing.'
'We have gained quite a few fans, though, in part thanks to Westlife who we’ve opened for in concert in front of 70-odd thousand people – not many new bands get that chance. It’s been great for us and the reception’s been good.'



.

Nasib baik diampunkan..


Seorang lelaki Iran terlepas hukuman dibutakan matanya hari ini kerana menyimbah asid ke muka seorang pelajar perempuan, selepas diampunkan mangsanya pada saat-saat akhir sebelum hukuman dilaksanakan.
Laman web televisyen negeri, ISNA berkata, mangsa yang buta akibat serangan asid, Ameneh Bahrami, 24, membuat keputusan untuk melepaskan haknya menuntut pembalasan dan meminta supaya penyerangnya, Majid Movahedi yang dijatuhkan hukuman qisas iaitu dibutakan matanya, dimaafkan.

Majid dijatuhkan hukuman itu pada 2009 selepas didapati bersalah menyimbah asid ke muka rakan sekelasnya selepas wanita itu berulang kali menolak lamaran untuk berkahwin dengannya, namun hukuman tersebut ditangguhkan oleh pegawai tanpa menyatakan sebarang sebab.

Menurut Ameneh, dia memaafkan penyerangnya itu kerana Tuhan ada mengatakan pelaksanaan hukum qisas dalam kitab Al-Quran namun turut dinyatakan bahawa kemaafan lebih baik daripada qisas.
“Saya berjuang selama tujuh tahun untuk membuat keputusan bagi membuktikan kepada semua orang bahawa individu yang menyimbah asid perlu dijatuhkan hukuman qisas, namun hari ini saya memaafkan dia kerana ia adalah hak saya. Malah saya lakukan untuk negara ini, kerana dunia melihat apa yang kita mampu lakukan,” katanya.

Pendakwa raya Tehran, Abbas Jafari Dolatabadi memuji keputusan Ameneh itu dan menyatakan pihak mahkamah mungkin meneruskan hukuman tersebut namun wanita tersebut menuntut wang pampasan sebagai ganti terhadap kecederaan serius yang dialaminya.



.

Berat dah kurang dah..


Seekor kucing paling berat di dunia, Otto mengalami penurunan berat badan selepas ia dihantar ke sebuah hospital haiwan, lapor sebuah akhbar kelmarin.


Berat badan asal haiwan itu ialah 16.4 kilogram (kg) tetapi ia berkurangan lebih 2.3kg.
Haiwan itu mempunyai berat badan 13.4kg semasa ia dipamerkan dalam satu program televisyen msnbc.com pada Khamis lalu yang berjudul Today.


Kucing itu dihantar oleh pemiliknya ke sebuah hospital haiwan di New Jersey pada Januari lalu untuk menjalani prgram diet selama enam bulan.



P/S - Dah tengok ni? [Cutenya awak...leh kenal?
 


.

Hadiah siap dibungkus


Yeah hadiah sudah siap packing..
alamat semua pemenang pun lulu dah terima sejak keputusan diumumkan..
Terima kasih korang semua sebab beri respon pantas..
Ianya memang banyak memudahkan urusan lulu...



hari ni lulu akan pos..
(hanya bagi pemenang hadiah dari Lulu Caldina)
Dan lepas tu tunggulah encik posmen datang eh..


Ngee... Terasa seronok sangat buat giveaway ni..
Macam nak buat lagii...
Tapi bagi lulu rehat dulu, sebab hadiah memang dah ada..ngee...
Maklumlah dan masuk ramadan, ada banyak benda nak buat..
lepas raya-lah insya-Allah...


Kalau lulu buat korang join tak????
wink..




.

Matanya mungkin buta


Seorang pemuda tidak menyangka hasratnya untuk menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Khamis lalu, berakhir dengan tragedi apabila saraf mata kanannya disahkan rosak akibat terkena mercun.
Kejadian berlaku sebelum perlawanan bermula iaitu kira-kira pukul 9 malam, sejurus selepas para penonton selesai menyanyikan lagu Negaraku.

Semasa insiden, mangsa, Ahmad Jazimin Jalaluddin, 29, yang berasal dari Ketereh, Kelantan dan menetap di Bangi dekat sini, berada bersama rakannya, Mohd. Azhari Arifin, 29, di tempat duduk di bahagian hadapan.
Menurut Mohd. Azhari, namun tanpa disangka-sangka sebutir mercun dipercayai dibaling oleh penonton di belakang tempat duduk di kawasan itu tiba-tiba meletup di hadapan mereka.

"Ahmad Jazimin mengadu sakit dan masa itu saya lihat mata kanannya berdarah. Kami berdua lalu keluar dan mendapatkan rawatan daripada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) di luar stadium.
"Ahmad Jazimin kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) lalu ditahan untuk rawatan lanjut," katanya di sini hari ini.

Mohd. Azhari berkata, Ahmad Jazimin yang masih dirawat di PPUM sehingga hari ini, dimaklumkan doktor merawatnya bahawa mata kanannya itu berkemungkinan buta kerana saraf yang rosak.
Katanya, lebih menyukarkan keadaan apabila isteri Ahmad Jazimin dikenali sebagai Ina tidak sempat menjaga suaminya itu kerana dimasukkan ke wad untuk bersalin.

"Ia satu dugaan berat buat rakan saya apatah lagi menjelang Ramadan ini. Dia kini dijaga oleh ibunya di PPUM untuk tempoh dijangka seminggu lagi kerana doktor perlu memastikan tiada jangkitan pada mata itu," katanya.
Mohd. Azhari berkata, berikutan kejadian itu, dia telah membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil pukul 10 malam keesokan harinya.



.

Mereka putus tunang??


“Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.

“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.

“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.

Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.

“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.

Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.

“Saya menelefonnya untuk mendapatkan kepastian dan memintanya berterus terang, namun dia enggan berbuat demikian. Dia cuma beritahu ada masalah dan akan bincang dengan keluarganya.

“Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi,” katanya.

Menjawab satu soalan, Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia).

“Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya,” katanya.

Elia berkata, tindakan Khairul Fahmi memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.

Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini,” katanya.




P/S - Baca berita ni, tiba-tiba teringat Diana Naim..



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!