Saturday, July 23, 2011

day 16 - guru sekolah anda yang paling anda suka


Soalan ni senang jer jawab... Tapii lagi bagus kalau tanya guru sekolah yang paling kita benci...
memandangkan soalan-soalan cabaran takde tanya, so lulu nak jawab keduanya lah kan..

Masa sekolah rendah, lulu ada suka seorang guru.. 
Seorang guru lelaki yang lembut dan berbudi bahasa..
Namanya Cikgu Azmi..
Cikgu ni kemana jer, mesti bawa rotan macam dalam gambar tu..
Tapi, rotan tu bukan digunakan untuk rotan pelajar..
Dia selalu bawa jer pun... Macam perhiasan..ekeke...


Cikgu Azmi ni memang baik..
bercakap dengan suara yang lembut (bukan lelaki lembut),
dan mengajar pun enjoy jer..
Subjek yang dia ajar kompemlah boleh skor kan..
Dan dia merupakan guru yang disayangi oleh semua pelajar disekolah tu..


Bagi lulu, seorang guru itu harus menggunakan budi bicara berhadapan dengan pelajar..
Itu bagi memastikan sesi pembelajaran berjalan lancar...


Dan masa sekolah juga, lulu ada benci seorang guru..
Masa lulu tingkatan 3..
ada beberapa orang guru sandaran...
jadi yang seorang ni, asyik pandang2 jeling...
Pada suatu hari, masa lulu duduk di kantin bersama rakan,
dia datang dan berbisik pada lulu..
"jom ke library... cikgu ada kunci ni.."
WTH, maksudnya apa???

Dan selepas itu, ada banyak lagi kes seumpamanya...
Lulu buat tak layan, dan khabar terakhir mengenai cikgu tu,
dia dah kahwin dengan pelajar sendiri.. hoho..


Tidak semua guru itu bersikap buruk..
Ada yang jujur menjadi seorang guru,
dan menjadi guru contoh disekolah...
Tanpa guru siapalah kita, kan???
Terima kasih cikgu................ :)




P/S - Ingin memenangi iklan blog  percuma ? [KLIK]
~Tamat Cabaran hari ke 16 ~baca~




.

Mengamuk kerana bola tampar..


Beratus-ratus penonton mengamuk semasa menyaksikan pertandingan bola tampar di Kampung Blumbungan daerah Pamekasan di sini kerana tidak berpuas hati dengan penganjur perlawanan, Ahad lalu.

Penonton dilihat mengamuk dengan merosakkan kemudahan yang terdapat di gelanggang bola tampar tersebut selepas kecewa dengan penganjur pertandingan yang mungkir janji.
“Penganjur pertandingan mengatakan ada pemain kebangsaan yang akan hadir pada pertandingan ini namun tiada seorang pemain kebangsaan yang hadir walaupun pertandingan telah tamat,” kata Achmad, salah seorang daripada penonton yang mengamuk.

Menurutnya, kebanyakan penonton hadir ke pertandingan bola tampar itu kerana mahu menyaksikan kehadiran pemain kebangsaan seperti yang dijanjikan oleh pihak penganjur.
“Terbukti penganjur telah berbohong,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi penonton, Abdul Wasid berkata, dia sanggup membayar Rp5,000 (RM1.80) untuk tiket masuk semata-mata mahu melihat pemain kebangsaan beraksi.
“Saya mula mengesyaki sesuatu sebaik sahaja pertandingan bermula selepas pemain kebangsaan tidak kelihatan seperti yang dijanjikan penganjur,” jelasnya.

Akibat marah dengan penganjur pertandingan, ratusan penonton terbabit bertindak merosakkan gelanggang serta dinding yang diperbuat daripada buluh.
Penganjur pertandingan yang takut dengan kejadian tersebut pula telah bertindak menyelamatkan diri masing-masing.




P/S - Ingin memenangi iklan blog  percuma ? [KLIK]



.

Ianya akan dipamer..


Gaun pengantin ciptaan Alexander McQueen yang dipakai Kate Middleton ketika berkahwin dengan Putera William bakal dipamerkan kepada umum mulai hari ini.

Gaun satin berwarna putih gading yang direka Sarah Burton akan dipamerkan di Istana Buckingham pada Sabtu sebagai acara tahunan pembukaan musim panas di mana beratus ribu pengunjung dijangka akan melihatnya.


Sejuta penduduk berbaris di jalanan di London untuk menyaksikan pasangan itu yang kini bergelar Duke dan Duchess of Cambridge, ketika mereka berkahwin pada 29 April lalu tetapi tidak ramai yang berpeluang melihat lebih dekat gaun pengantin terbabit.


Renda yang diletakkan pada gaun terbabit dibuat dengan memotong bunga renda itu secara individu dan dijahit dengan rekaan yang unik menggunakan jahitan yang amat halus iaitu dua atau tiga milimeter.

Ahli Royal School of Needlework dilaporkan membasuh tangan mereka setiap setengah jam ketika bekerja untuk menyiapkan perincian renda terbabit dan menukar jarum mereka setiap tiga jam untuk memastikan ia sentiasa tajam.


Dalam satu temu bual video yang dimainkan ketika pameran, Burton menerangkan buat pertama kalinya mengenai idea di sebalik gaun berkenaan di mana Catherine sendiri dikatakan turut terbabit secara langsung.



P/S - Ingin memenangi iklan blog  percuma ? [KLIK]


.

Mewahnya...


Beberapa buah laman web akhbar membuat spekulasi bahawa bilionair Malaysia, Tan Sri Robert Kuok merupakan pemilik sebuah kapal bersalut emas paling mewah di dunia yang dibelinya pada harga AS$4.5 bilion (RM13.38 bilion).

Menurut akhbar dalam talian, thejournal i.e di Ireland semalam, jika harga itu benar, ahli perniagaan Malaysia yang didakwa menjadi pemilik kapal tersebut pastinya Kuok.
Akhbar itu menyatakan, lelaki terkaya di Malaysia ialah Kuok yang memiliki kekayaan sebanyak AS$12.5 bilion (RM37.2 bilion).

Beliau merupakan pengasas kumpulan Hotel Shang-ri La yang beroperasi di seluruh Asia.
Namun, kebanyakan kekayaannya datang dari sahamnya dalam Wilmar, syarikat minyak kelapa sawit terbesar dunia yang tersenarai dalam bursa saham, lapor akhbar itu.
Kapal mewah itu mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan.
Keseluruhan badan kapal History Supreme dari dasarnya sehingga ke bahagian dek termasuk ruang makanan, rel dan sauh disalut emas padu.

Bilik tidur utamanya dihias mewah dengan menggunakan logam platinum dan menampilkan dinding bertatahkan sejumlah batu meteor serta artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex.
Kapal History Supreme merupakan hasil kerja tangan pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool, Stuart Hughes yang mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya.




P/S - Ingin memenangi iklan blog  percuma ? [KLIK]




.

Imej lebih ngeri


Semua enam imej penyakit kronik pada kotak rokok sedia ada akan digantikan kepada yang baharu dan lebih ngeri mulai Januari tahun depan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abd. Rahman berkata, ia bertujuan mengingatkan kira-kira tiga juta perokok di negara ini terhadap bahaya tabiat merokok dengan lebih berkesan.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai imej baharu yang bakal diperkenalkan itu.
Imej penyakit kronik pada kotak rokok ketika ini ialah kelahiran bayi pramatang, kanser paru-paru, kanser mulut, kanser leher, gangren dan keguguran janin.

"Kami belum memutuskan imej yang bakal digunakan tetapi ia tetap diganti setiap dua tahun sekali sebagaimana perancangan asal,'' katanya pada sidang akhbar selepas hadir ke Seminar Pendidikan Fatwa-Merokok Adalah Haram di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra di sini semalam.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha.
Kerajaan memperkenalkan imej penyakit kronik akibat merokok yang meliputi 40 peratus di bahagian depan dan 60 peratus di bahagian belakang berkuat kuasa 1 Jun 2009.




P/S - Ingin memenangi iklan blog  percuma ? [KLIK]



.

A very happy birthday!



The birth of a baby is always a happy occasion but when Mason Parker came into the world - there was cause for a triple celebration.
The newborn beat odds of 48 million to one to be born on Tuesday July 19th, which is also his mother Jacquie Parker's 29th birthday, and his father Paul's 32nd birthday.
The couple, from Long Island, USA, revealed it was a race against the clock to deliver the healthy 8lb 4oz boy, as the minutes counted down to midnight.

Paul, a package designer, said: 'When it looked like the baby was coming, the nurses called in the doctor.
'He didn't know until one of the nurses told him. He said: 'Which one?' She says: 'Both'.
'And he's like: 'We can have three birthdays today!'"
The Parkers had been excited when Jacquie went into labour at 3am on Tuesday morning, a day before the due date of July 20th.


However, by the afternoon the contractions had stopped, and the couple believed they'd missed making it a triple celebration.
But finally, 20 hours after the labour began, Jacquie's contractions started again, and she gave birth naturally at 11.30pm at North Shore Long Island Jewish Medical Center.
'As midnight kept getting closer, we started to lose hope,' said Paul.
'It was barely July 19th, but it was a wonderful end to the day."
Jacquie said: 'I never thought it would actually happen.
'Being in labour isn't the way you'd choose to spend your birthday, but it was definitely worth it.'


The couple, who had been planning to have a quiet restaurant meal for their joint birthdays, say they now have a much better reason to celebrate.
And they are already planning a special party next year to mark Jacquie's 30th, and her son's first birthday.
'I'll be planning the big bash for both birthdays,' said Paul, 'I don't mind getting just a cupcake.'




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!