Wednesday, July 13, 2011

Siapa tak nak hadiah, kan...



Hoho, siapa tak nak hadiah, kan... Apatah lagi free...weee, lulu pun suka...
Jom sertai Lovely Giveaway... Siapa tahu korang bertuah...
Apa pun, sila klik pada banner dengan kadar segera...


Mengenai giveaway ni [KLIK] yang telah pun tutup, 11 julai yang lalu,
Lulu akan senaraikan senarai peserta beserta link nya..
Juga pendedahan ekslusif mengenai hadiah Giveaway itu..
Yeah, ramai yang akan menang....
'Melekat' jer lah yer kat Lulu-Pages ni... *wink




.

Adeh, nyaris lagi..


Seorang penonton, Keith Carmickle nyaris maut selepas beberapa rakannya memegang dua kaki dan kaki kanannya semasa dia terjatuh dari tempat duduk semata-mata untuk menangkap bola besbol di sebuah stadium di sini pada Isnin lalu, lapor sebuah akhbar semalam.


Dia diselamatkan oleh seorang rakan dan sekumpulan peminat selain seorang saudaranya semasa dia melompat untuk menangkap bola tersebut.
Insiden yang mencemaskan itu berlaku semasa seorang pemain besbol, Prince Fielder memukul bola ke arah kanan stadium.


Carmickle yang berdiri di atas sebuah meja tunduk tetapi dia hilang imbangan badan.
"Saya berpendapat, saya mendapat kehidupan yang baik," katanya.
Sebelum ini, seorang anggota bomba, Shannon Stone pernah terbunuh apabila terjatuh kerana mahu menangkap bola besbol dalam perlawanan yang berlangsung pada Khamis lalu.




.

Serba kekurangan namun tetap menjadi perhatian


Seorang jurugambar sangat bertuah apabila berjaya merakamkan aksi yang jarang dapat diabadikan melalui lensa - seekor buaya besar melompat di Sungai Adelaide.
Sepanjang 5.5 meter, Brutus ialah seekor buaya air masin yang hidup di sungai berkenaan dan menjadi perhatian di kalangan pelancong di Wilayah Utara Australia kerana keunikannya yang kudung.

Brutus kehilangan kaki kanan depan dipercayai selepas bertarung dengan jerung di kawasan muara Sungai Adelaide.
Ketika gambar ini dirakamkan, Brutus cuba mencapai daging kerbau yang dihulurkan bersebelahan bot sarat berisi pelancong.

Jurugambar terbabit, Katrina Bridgeford, berkata dia tidak menyangka dapat mengambil aksi Brutus dalam keadaan istimewa begitu.

“Ia sangat hampir dengan pelancong dan anda boleh menyentuh Brutus jika menghulurkan tangan ke arahnya,” katanya.

Aktiviti melihat aksi buaya melompat dari sungai adalah tarikan utama aktiviti pelancongan di kawasan berkenaan.




.

day 6 - tiga perangai burok anda


Yeah kembali dengan soalan cabaran..
Soalan cabaran hari ke 5 ramai yang tak puas hati..ekeke
Sorry eh, Lulu Caldina memang selalu badget jadi artis..
so, semua kena no komen.. main tepis-tepis jer soalan kontroversi ni..
..


Tiga perangai buruk Lulu?
Ceh soalan...

1. Lulu suka sangat makan kepsi..
Terasa macam nak pindah tinggal sebelah kepsi, senang lanting-lanting ayam kepsi, kan... hari-hari nak ayam kepsi, terasa nak saman jer kepsi yang telah membuatkan ku addict dengan produk mereka.. Owh, ayam makan dengan nasi, cicah sos cili.. pergh.. apalagi dikala panas... bila tgk pekerja kepsi makan kepsi tetiap lunch, lulu sungguh jeles.. kenapa makan kepsi tak pandai jemu eh???


2. Bila tengok tv, dahi akan berkerut..
Family selalu tegur.. Tapi, betul tak perasan.. Asal dah kusyuk tengok tv jer, dahi akan mula berkerut.. Tapi, betul ke orang kata, mudah nampak tua ler dahi lulu bila selalu buat macam ni??


3. Mesti makan sayur..
Asal makan nasi jer, mesti ada lauk sayur.. Apa lagi kalau masak sayur hijau tu, tak terlalu masak, hijau dan selera makan akan superb.. Dan bila takde sayur, selera pun hambar.. hoho



Tu jer eh, lebih-lebih, sila tanya kat komen.. Tapi tak janji lulu akan jawab... wee ;p




P/S - Tamat cabaran hari ke 6... yang lain meh tengok sini...[KLIK SINI]




.

Wordless Wednesday











.

50 tinggal sehelai sepinggang


Kira-kira 50 penduduk yang tinggal di 12 buah rumah di Kampung Chubadak Jaya, Sentul di sini, tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran awal pagi ini.
Kebakaran berlaku pukul 5.30 pagi semasa kebanyakan mereka sedang nyenyak tidur menyebabkan ramai yang tidak sempat menyelamatkan harta-benda.
Namun, tiada kecederaan dan kehilangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu kerana semua penduduk sempat menyelamatkan diri.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Haikal Jimmy Ngali Abdul berkata, sebanyak sembilan jentera bersama 48 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gombak Selatan, Sentul, Chow Kit, Hang Tuah dan Setapak dikejarkan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima maklumat mengenai kebakaran itu pada pukul 5.53 pagi.

Beliau berkata, usaha memadam kebakaran menghadapi masalah kerana tiada pili bomba di tempat kejadian menyebabkan pihaknya terpaksa mengambil air dari sungai di belakang perkampungan tersebut dan pili bomba dari sebuah flat lain yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ.
"Setelah bertungkus-lumus, akhirnya api dapat dikawal pada pukul 6.39 pagi dan kebakaran padam sepenuhnya pada pukul 8.15 pagi," katanya ketika ditemui di tempat kebakaran di sini hari ini.

Sementara itu, seorang mangsa, Norlia Sakrani, 27, yang ditemui di tempat kejadian hari ini berkata, dia yang sedang nyenyak tidur terjaga apabila tiba-tiba terdengar bunyi letupan.
Norlia yang bekerja di sebuah kedai fotostat di Chow Kit berkata, dia kemudian terpandang api sedang marak di sebahagian rumah mereka.
"Tanpa berlengah saya dan ahli keluarga lain segera keluar menyelamatkan diri tanpa sempat mengambil apa-apa untuk dibawa bersama," katanya.

Kebakaran kali pertama di kampung yang sudah berusia 30 tahun itu turut mendapat perhatian Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan apabila mengambil kesempatan melawat mangsa-mangsa kebakaran pada pukul 8.15 pagi ini.
Menurut Saravanan, beliau akan membantu kesemua mangsa terlibat dalam kejadian itu untuk mendapatkan penempatan baru di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu dalam tempoh 24 jam.

"Kami juga akan memberikan bantuan uniform, peralatan sekolah dan kewangan kepada anak-anak mangsa yang masih belajar," katanya sambil memberitahu buat sementara, mangsa ditempatkan di Pusat Komuniti Sentul Perdana.




.

Cerai cepat sebab nak kahwin lain..


Pelakon dan penyanyi, Joey pada Selasa, bersetuju agar kes pengesahan lafaz cerai dan rujuk yang difailkan oleh isterinya di Mahkamah Rendah Syariah di sini dipercepatkan kerana dia mahu berkahwin lain.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Joey ketika ditanya oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah jika dia mahukan keputusan yang segera dalam permohonan yang difailkan oleh Noraini Mohamad Nasir,44, pada 15 Oktober 2010.

Bagaimanapun, Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud,37, mengakui wanita yang ingin dijadikan pasangan hidup bukan Noraini, sebaliknya wanita lain yang tidak dinyatakan namanya.
Semasa ditanya bila perkahwinan tersebut akan dilangsungkan, Joey menjawab: "Tiada tarikh, tetapi pada tahun ini."

Abdul Halim kemudiannya menetapkan 26 Julai ini untuk memberikan keputusan berhubung kesahihan dakwaan lafaz cerai dan rujuk yang didakwa telah dilafazkan oleh Joey terhadap Noraini di rumah kelamin mereka, tahun lalu.

Pada tarikh tersebut, Abdul Halim juga akan memberikan keputusan sekiranya Joey yang dinamakan sebagai defendan dalam permohonan itu perlu bersumpah bagi menafikan dakwaan Noraini berhubung lafaz rujuk tersebut.

Ini kerana, pasangan tersebut tidak bersependapat dengan lafaz rujuk yang didakwa berlaku pada 8 Jun 2010 di bilik tidur mereka dan Noraini mendakwa, tangan kiri suaminya memegang senaskhah Al-Quran semasa melafazkan rujuk tersebut.
Kedua-dua mereka hanya bersetuju dengan fakta bahawa Joey telah melafazkan cerai pada 4 Jun 2010 meskipun lafaz yang dimulakan dengan Bismillah itu hanya didengari oleh seorang rakan bernama 'Acong' .

Pasangan tersebut berkahwin pada 4 Mei 2005 dan mereka mempunyai seorang anak angkat, Zidani yang kini berusia empat tahun.
Sementara itu, pada perbicaraan pada Selasa, Joey memberitahu bahawa dia berada dalam keadaan yang waras, sedar dan tidak dipaksa semasa melafazkan lafaz cerai tersebut.

"Saya juga faham dengan maksud lafaz, iaitu saya menceraikan dia (Noraini). Lafaz juga dilafazkan dengan kuat dan saya rasa dia dengar lafaz tersebut," katanya.
Semasa disoal oleh peguam syarienya, Fakhrul Azman Abu Hassan, Joey berkata, pada 4 Jun 2010 dia dan Acong telah ke rumah Noraini untuk berbincang bagi melafazkan lafaz cerai tersebut.
"Waktu berbincang, Noraini ada bersama, tetapi semasa mahu lafaz, dia berpusing seperti mahu masuk ke rumah," katanya.

Joey yang pernah menghasilkan album ‘Beradu Suratan’ itu seterusnya memberitahu dia tidak bersetuju dengan cadangan oleh peguam syarie Amli Embong yang mewakili Noraini, bahawa lafaz rujuk dilafazkan semasa dia kembali ke rumah, empat hari kemudian.
Katanya, perkara itu tidak pernah berlaku dan tujuan dia kembali ke rumah hanya untuk mengambil barang dan melawat Zidani.

"Saya ada bertanya khabar Noraini dan beritahu tujuan saya datang. Saya berada di sana tidak sampai setengah jam kerana dia tidak benarkan saya untuk masuk ke dalam rumah," katanya.
Joey juga memberitahu, dia mengambil masa yang lama untuk memfailkan permohonan pengesahan itu di mahkamah kerana tidak dapat mencapai persetujuan dengan Noraini berhubung pelantikan peguam untuk mengendalikan kes tersebut.

"Saya sudah cuba untuk berbincang dengan dia untuk menggunakan seorang peguam sahaja untuk memudahkan urusan tetapi dia dengan cara dia dan tiba-tiba sahaja dia failkan dahulu permohonan tanpa persetujuan saya," tambahnya.


Sementara itu, menjawab soalan Abdul Halim, Joey mengakui bahawa dia tidak bersama dengan Noraini sebelum 4 Jun 2010 kerana berada di lokasi penggambaran dan semasa itu, mereka telah sering bergaduh.
Joey juga mengakui bahawa Noraini atau nama dipanggilnya sebagai 'Igom' tidak pernah meminta cerai, namun begitu kerap meminta untuk dibebaskan kerana telah tidak boleh hidup bersama.
Abdul Halim: Selepas lafaz cerai, apakah jawapan kamu jika ditanya mengenai hubungan kamu dengan Noraini?

Joey: Saya akan jawab masih dalam proses perceraian. Saya juga akan cerita bahawa saya ada lafaz cerai di luar, tetapi masih belum disahkan.
Dalam kes ini, Noraini memfailkan permohonan pengesahan tersebut kira-kira seminggu selepas media menyiarkan berita mengenai keakraban antara Joey dengan pelakon, Watie (Elite) atau nama sebenarnya Norwati Sadali.

Mereka dilaporkan mula rapat selepas bertemu di lokasi penggambaran sebuah drama bersiri dan Noraini pada keterangannya memberitahu bahawa Joey telah keluar daripada rumah selepas membuat pengakuan mengenai hubungan tersebut.
Sebelum ini media melaporkan Joey dan Watie berkawan rapat dan mereka memang mempunyai perancangan untuk berumahtangga.




.

Tiada kopitiam halal??


Tidak ada satu pun daripada kira-kira 180 buah premis kopitiam di Selangor mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Malah, daripada jumlah itu, kira-kira 10 peratus atau 18 premis kopitiam sahaja dari negeri itu yang memohon pensijilan halal daripada JAIS dan Jakim.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin berkata, setakat ini, pihaknya masih belum mengeluarkan sijil halal kepada mana-mana premis kopitiam di Selangor.
“Selangor belum ada kopitiam yang dapat sijil halal daripada JAIS walaupun kita ada buat pengumuman supaya mereka (pengusaha kopitiam) memohon untuk mendapatkannya.

“Sehingga kini, permohonannya ada tapi kurang iaitu kurang daripada 10 peratus sahaja yang memohon sijil halal daripada JAIS atau Jakim,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar kesedaran dan kepenggunaan halal Negeri Selangor di sini semalam.



P/S - Kopitiam kat SOGO, makanannya sedap.. tapi agak pedas..



.

Pelajar tingkatan lima maut dirempuh kereta

Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Payong dekat sini, maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan untuk pulang ke rumahnya di Kampung Gelugor Kedai, semalam.
Difahamkan, kemalangan pukul 2.25 petang itu berlaku semasa pemandu kereta tersebut dikatakan menggunakan telefon bimbit untuk melayani khidmat pesanan ringkas (SMS).

Mangsa, Nor Adibah Hanim Abdullah, 17, yang parah di kepala dan badan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, tetapi disahkan meninggal dunia pukul 7 petang.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Supritendan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa dan beberapa rakannya berjalan di tepi jalan selepas tamat sesi persekolahan.

"Ketika mangsa melintas, muncul sebuah kereta dari arah Chendering ke Bukit Payong dan melanggar mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Ahmad Mazlan memberitahu, polis masih menyiasat punca sebenar kejadian itu berlaku.




.

Bekas isteri artis tuntut hutang nafkah


Bekas isteri vokalis kumpulan Headwind, Zainal Abidin Mohamed atau lebih dikenali Zainal Abidin memfailkan tuntutan hutang nafkah anak berjumlah RM167,102.04 di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Natasha Gabriel Abdullah, 52, yang juga bekas model selaku plaintif menerusi peguam syarie, Norhusniah Husin mengemukakan tuntutan itu di hadapan Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain.
Bagaimanapun, Zainal Abidin, 51, yang diwakili peguam syarie Abdul Halim Bahari, tidak hadir.
Natasha mengemukakan tuntutan itu yang juga hutang nafkah sejak 2002 hingga kini membabitkan yuran persekolahan, kelas agama dan perubatan anak mereka.

Zainal Abidin juga menghadapi satu tuntutan lain iaitu permohonan mengubah perintah nafkah bulanan, wang perbelanjaan hari raya dan pembelajaran dua anaknya yang difailkan Natasha tahun lalu.

Dalam tuntutan itu, Natasha memohon nafkah bulanan RM200 bagi setiap anak dinaikkan kepada RM1,200 seorang.

Turut dimohon, nafkah hari raya diubah daripada RM150 kepada RM300 setiap seorang.
Bagi nafkah membabitkan pelajaran, Natasha menuntut belanja anak mereka, Mikhail, 18, dinaikkan sehingga RM3,500 sebulan manakala anak perempuan iaitu Timur, 16, RM2,000 sebulan.
Mahkamah menetapkan perbicaraan dua kes berkenaan pada 24 Oktober ini.

Mengikut rekod, Natasha bernikah dengan Zainal Abidin pada 24 Mac 1987 dan dikurniakan dua anak iaitu Mikhail dan Timur, sebelum bercerai pada 12 Disember 2000.






.

Permintaan tidur bersama petanda pemergian buat selama-lamanya


Seorang ibu tidak menyangka permintaan dua beradik untuk tidur bersamanya, sebagai tanda mereka akan pergi selama-lamanya, apabila kedua-duanya ditemui lemas dalam tali air, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa, Alwani Shamimi Mohd Ridza, 11 dan adiknya, Muhamad Izat Afik, 9, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pak Badol, ditemui mati lemas di dasar tali air di Kampung Pak Koje, Melor, di sini, beberapa meter dari kediaman mereka.

Ibu mangsa, Asmarani Ismail, 31, berkata dua daripada tiga beradik itu tidak pernah berkelakuan sebegitu sebelum ini, apabila tiba-tiba meminta mahu tidur bersamanya dan gembira apabila dibenarkan berbuat demikian.
“Saya tidak sangka permintaan arwah berdua mahu tidur bersama, seolah-olah permintaan terakhir, malah bagaikan tidak percaya akan kehilangan kedua-dua anak manja itu serentak, tetapi reda dengan ujian Tuhan ini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Bapa mangsa, Mohd Ridza Awang, 35, berkata sebelum kejadian, beliau bersama isteri serta anak bongsu mereka, Muhamad Izz Afif, meninggalkan kedua-dua mangsa di rumah untuk menziarahi mentuanya di Mahligai, di sini.


Katanya, dua beradik itu tidak pernah bermain di tali air, malah sebelum meninggalkan mereka, beliau sempat menasihatkan mereka supaya tidak bermain berhampiran kawasan berkenaan.
“Kami meninggalkan mereka jam 6 petang dan pulang sejam kemudian sebelum mendapati kedua-duanya tiada di rumah. Saya terus mencari mereka di rumah saudara berhampiran, tetapi gagal.

“Ketika mencari bersama beberapa penduduk, saya ternampak basikal Alwani di atas tebing tali air dan bergegas ke situ sebelum melihat basikal Muhamad Izat dalam tali air berkenaan,” katanya.
Beliau bersama penduduk kampung turun ke tali air pada paras lebih dua meter dan berjaya menemui mayat Alwani Shamimi sebelum menemui Muhamad Izat Afik berhampirannya.





.

Pekerja Bangladesh maut


Seorang pekerja lelaki warga Bangladesh ditemui mati manakala rakannya cedera selepas dipercayai terhidu gas karbon monoksida daripada sebuah generator di dalam sebuah kontena berhampiran tapak projek Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pasir Kecil, Jalan Kuala Ketil, di sini hari ini.
Mangsa, Giash Uddin, 24, ditemui mati dalam keadaan terbaring dalam sebuah bilik di kontena terbabit yang dijadikan tempat penginapan mereka di tapak pembinaan berkenaan.

Rakannya, Sohag Miah, 27, pula ditemui dalam keadaan cedera dengan mulutnya berbuih di bilik yang sama.
Penyelia pekerja projek, Abdul Manaf Darus, 50, berkata, dia menemui dua pekerja asing tersebut kira-kira pukul 8 pagi ketika baru memulakan kerja.
"Semasa tiba di sini, saya dapati keadaan sekeliling penuh dengan asap. Apabila buka bilik kontena, saya ternampak Giash terbaring sementara Sohag bernafas tercungap- cungap.

"Berdasarkan makluman awal, pada malam tadi kedua-dua mereka menghidupkan generator selepas bekalan elektrik terputus," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Abdul Manaf memberitahu, mereka dikatakan masuk ke dalam bilik kontena terbabit dan tidur dalam keadaan pintu serta tingkap tertutup.

"Mereka mungkin tidak menyedari generator sudah terbakar dan mengeluarkan asap semasa tidur," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.
"Siasatan awal mendapati, tiada unsur jenayah atau khianat dalam kes ini," ujarnya sambil memberitahu mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk dibedah siasat sementara Sohag dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan lanjut.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!